Ads 468x60px

Monday, October 17, 2011

Prihatin: Muhamad Hairuman Miskon



Thanks Sidratul sebab lepas baca ur comment moon terus google pasal adik Hairuman Miskon . Ya Allah terasa ngilu anggota badan bila melihat keadaan dia . For those yg tak tahu adik Hairuman adalah mangsa renjatan letrik . Dia terkena renjatan ketika mengkait buah kelapa sawit thn lepas

Muhamad Hairuman bin Miskon yang merupakan anak yatim piatu sejak berumur 5 tahun. Dia merupakan anak ke 9 dari 10 adik-beradik dan 2 orang kakaknya adalah golongan O.K.U.

Menurut kakak Hairuman, Puan Maryuni Miskon, adiknya terkena renjatan sub station TNB bervoltan tinggi pada 26.11.2010 sewaktu membantu rakannya membersihkan kebun kelapa sawit milik pakcik rakannya itu.

Kabel TNB yang tidak dibalutkan dengan penebat sejak berpuluh tahun merentangi kawasan kebun kelapa sawit dan kampung. Kabel tersebut telah melendut di celah-celah pokok pisang dan kelapa sawit.

Keadaan cuaca pagi itu basah akibat hujan pada malam sebelum kejadian. Galah besi yang digunakan oleh Hairuman telah tercecah pelepah sawit yang mengenai kabel dan menyebabkan tubuhnya terkena renjatan 3000KW. Pakaiannya hangus terbakar dan 50% badannya melecur.

Oleh kerana kecederaannya amat kritikal, doktor mendesak untuk memotong kedua-dua tangannya di paras bawah lengan. Puan Maryuni memohon waktu untuk mendapatkan ikhtiar lain kerana tidak sanggup melihat Hairuman kudung kedua belah tangan memandangkan umurnya baru mencecah 22 tahun.

Sumbangan wang untuk membantu menampung kos rawatan Hairuman boleh disalurkan kepada Puan Maryuni Binti Miskon melalui akaun Maybank – 1620 3063 2448 atau CIMB – 1257 0000 2035 29.

nombor telefon kakak Hairuman iaitu:
018-3807867 – Maryuni Bt Miskon.Alamat: No 28, Jalan Desa Mawar 2/11,

Seksyen 2. Taman Desa Mawar,
45500 Tanjong Karang, Selangor.

anda boley baca selanjutnya di sini : Cyberjoy ada gamba2 n bukti perubatan jugaks . Moon tak sampai hati nak letak gambar dia injured kat sini ..sebab terlalu parah kecederaan dia

transfer Factor

Bila Moon nampak nih ..syukur sangat sebab dia pun di beri mkn Transfer Factor . TF nih mmg bagus n ramai sangat dah guna ...insyaallah kan . Tp tew la ubat ubat nih semer pun mahal kan . Hope ada yg prihatin n sudi membantu meringan kan beban mereka kerana adik ini telah menjadi OKU sepanjang hayatnya .

Moon share kan kat sini ...moga kiter dpt meringan kan beban mereka . Boleh baca lebih lanjut di sini juga ...moga usaha kita yg kecil ini dapat membantu mereka .





4 comments:

Sidratul Muntaha said...

thanksmoon for sharing..
the rest community service mmg ade dlm blog sid.yg paling latest tentang adik ni which is dia tinggal kaki kanan sahaja yang terselamat dan masih lagi berulang alik ke hospital.
bantuan pun dah terhenti.
semalam kakak dia sendiri komen kat blog citer tentang adik dia.

jazakallah moon.
semoga sedikit hebahan ini boleh membahagiakan adik hairuman barang sedikit.
insyaa Allah..

Miss Moon said...

yup sid ...mmg moon paham pasal bantuan nih sebab kadang memula org mmg akan bantu tapi lama lama org pun kadang lupa kan but still ada yg setia membantu dan menantikan kabaran gembira

same goes to case adik Haruman ...i hope ada badan2 yg berkenaan dpt membantu . Pusat zakat n etc ..nanti please let me know kalau nak contact mana mana pihak . Im willing to share .

i hope ada my reader jugaks yg sudi membantu ...insyaallah

lovely said...

mmg sedih pun hari raya ari tu, saya pergi menziarah adik hairuman ni. kat slim river perak. kebetulan. rumah kakak yg jaga dia. dekat ngan umah atuk saya. jd kami sekeluarga pergi menziarah dia pagi raya tu. walaupun dia di timpa dugaan yg berat macam tu.apa yg kami nampak. dia seorang yg kuat semangat dan murah dengan senyuman. Apa pun harap adik hairuman akan dimurahkan rezeki. dan berjaya di dunia & akhirat hendaknya. Amin..

Maryuni Binti Miskon said...

Kpd saudari lovely, saya, Maryuni nak ucapkan ribuan terima kasih krn sudi datang beraya ke rumah saya dan melihat sendiri hairuman. Mmg meriah.... ramai kaum kerabat saudari lovely yang hadir.. T.kasih banyak2 ada yg sudi datang di saat tiada seorang pun saudara sendiri yang datang menjenguk hairuman. rasa terharu...