Wednesday, September 30, 2015

Berapa lama kapel sebelum kawen

Tajuk macam budak budak belia remaja je. Tetiba cam terkenang kenang plak kenangan dulu dulu.

Malam tadik duk tgk ceramah ustadz Kazim Kalau Dah Jodoh tuh. Duk tergelak plak bila dia cerita kalau time tunang tuuh semua nyer manis. Semer pun sweet semer pun taching taching. Naik motor pun tolong pakai kan helmet. Tapi kalau nak tgk sweet ke tak...tunggu la lepas kawen hahahha.

Moon ngan pak sutan kapel mmg lama. Kita org cintan cintun masa umor 19 thn masa zaman tgh belajar. Kawen pada umur 24 thn. Dalam 5 tahun lebih jugak la. Tunang pun dalam setahun cam tuh pastuh kawen.

Beza tak sebelum kawen ngan selepas kawen

macam sama je....hahhaha ke Moon dah lupa cam na time kapel dulu hahahhaha.

Sebenarnya masa kapel korang tak perlu risau banyak benda pun kan. Sebab makan minum dia semer mak dia yg jaga, silap silap kain baju dia pun mak dia yg uruskan semua

Tapi once kawen semua yg selama nih mak dia buat, kita la kena buat. Kutip kain baju dia basuh n susun semer.

Lepas kawen la baru tahu kentut busuk ke idok hahahha hebat dak pepapatah modern. Bila dah tido sebilik duduk sebumbung baru la tahu.

Alam kawen nih banyak kena sabo kena tolerate. Walaupun kadang cam nak meletop dada nih tapi bila pikir balik tak baik buat cam tuh kang jadi isteri derhaka. Kadang bukan apa sangat pun. Ni semer kije setan yg duduk menghasut.

Bila ada anak lagi laaaaaaaaaa kena bergunung ganang sabo nyer tu.

2 3 hari ni Moon sangat la letih. Otak letih kepala letih..padahal bukan mengemas umah sgt pun. Tgk kain tak berlipat pun letih...tgk budak2 nih sepahkan umah pun letih...macam mana tuh. Nak kata PMS dah lepas dah pun.

Ke kena giat buat kerja umah baru dia jadi cargas kembali.....

ok la dah letih naip.....k bye

eh tetibaaaaaaaaaaaa

NURAL'S SECRET Miracle Booster Cream

Kadang muka kita nih takley duga juga kan. Kadang elok kadang kemain mencanak naik jerawat. Due to stress dan persekitaran, semua menyumbang pada bertenggeknya jerawat.

Kadang bila red flag tuh lagi sakit hati sebab tetiba plak nak naik jerawat.

Moon berpeluang mencuba Miracle Booster Cream by Nural's Secret. Kandungan dia dapat bantu hilangkan jerawat. Biasa kita sapu krim kat jerawat tu je kan. Tapi Miracle Booster nih boleh digunakan seluruh muka. Bukan saja bagi mati semer jerawat tu tapi at the same time rawat kulit wajah jugaks. Ha kalau cam ni akak sukaa takyah nak sapu banyak2 benda kan.

Dah ada anak kecik nih kadang nak belek muka lama lama dalam bilik air pun payah sebab anak dah meraung ...pantang tak nampak mak dia je. So cam nih lepas mandi cepat2 picit dari botol ...sapu laju2 dah siap. Pastuh muka rasa sejuk n nyamans je. Bau pun wangi.



dah cuba pakai dalam 5 hari. Jerawat yg naik ari tuh mmg kering terus. Frust je Moon sebab tak pernah2 naik jerawat kat antara kening tuh...tetiba naik plak 3 biji kecik2 So sapu je cream ni...besok bangun tido mmg kering. Wahhh ini sudah bagus.



Ni kesan pakai beberapa hari maka sikit dah la kan.....masa kat Penang ari tuh pun Umi ada cuba jugak. Moon ingat Moon je yg syok sendiri sekali dia kata jerawat dia pun kecut jugak.



1 botol Miracle Booster Cream ni ada 15ml. Gambar kat atas adalah 1 pump sahaja...banyak jugak kuarnya kan. So 1 pump nih cukup utk satu muka. Jangan tamak plak letak banyak kang lencun muka...sikit saja hokey. A little goes a long way. Sikit aje pun dah cukup hokey..kecik2 cili padi nih

Bau dia wangi macam lavender dan tak melekit langsung dan senang serap dlm kulit.



Fungsi: 

🌹anti penuaan
🌹anti kedut
🌹anti jerawat
🌹melegakan radang pada kulit
🌹mengandungi enzim yang melahirkan kulit sihat
🌹menghalang pertumbuhan bakteria yang menyebabkan jerawat
🌹membantu menghilangkn parut
🌹melembabkan kulit
🌹menjadikn tona kulit sekata 
🌹mengembalikn keanjalan kulit
🌹membersih dan mengecilkan liang roma
🌹Memudarkan bintik hitam 
.
.
💯% Lulus KKM : NOT150703745K
💯% Buatan Malaysia
💯% Halal
💯% Tanpa bahan terlarang
💯% Tanpa menghakis kulit

Harga:
Rm69.90 Semenanjung Malaysia
Rm79.90 Sabah/Sarawak

 Untuk order, 
Taip ORDER MBC dan hantarkan melalui WhatsApp /sms ke +60162072723 



Facebook : Nural's Secret HQ

IG : Nurals_Secret

Email: nuralsbeauty@gmail.com

Tel: +60162072723



 Cara utk pakai MBC




Tuesday, September 29, 2015

Sambutan bulan Play-Doh

Moon ada terima Play-Doh party pack last week. Mmg tau dah si Isk tuh mmg suka main benda2 macam ni. Moon perasan dia kalau bab hafal2 nih mmg lambat sket tapi bab bab yg reka bentuk ke atau lukis mmg dia suka.

Masa tunjuk kat dia org mmg dia org happy la sangat. Lepas tuh berbut 2 beradik tuh...padahal ada banyak kan....ada 10 warna. Biasala memula dapat benda baru mmg cam tuh. Relax yer anak anak...kita main sama sama.

So apa kata malam ni kita main Play Doh nih



hahahha mummy dia pun gigih la nak main jugaks hahahhaha eh bukan apa ...Moon tgk Sarah tuh je hehheheheheh


 Mak itik ngan anak itik pun ada hahha

 Ni namanya penyu menangis tiada siapa yg tahu. Teringat sajak yg di bacakan masa sekolah dulu.

Tgk Penyu ni jugak teringat penyu yg duduk kat tgh tgh bulatan Kampung Ladang, Kuala Terengganu. Dulu masa kecik2 mmg suka sangat kalau lalu kat bulatan tuh sebab ingat penyu betul. Yerlah...budak2 agi masa tuh.

Skrg penyu tuh dah tak ada. Telah digantikan dengan batu bersurat

Tetiba berkumandang lagu Ganung kita nyanyian Saleem .....

Kita tengok...penyu telllooo


Tetiba sotong pun ada ...oyster siap ada mutiara tu.


Yang ni Sarah paling suka...nampak je nih dia terus sebut ...........'nengok, Baymaxxx " 

Asalnya nak buat yg menggambarkan colorful community tapi bila dah banyak tangan yg duk main maka terciptalah pelbagai bentuk. Ni menunjukkan imaginasi budak2 mmg hebat kan. 

Sarah pun main jugak. Takyah risau sebab Play Doh adalah non toxic dan tak berminyak. Nak main atas meja tanpa lapik apa apa pun boleh. Nanti dah siap main mummy lap je..


Gigih sangat abg isk susun hidupan laut dia ....

Sepatutnya Moon pergi sambutan Play Doh di One-Utama pada Sabtu lepas. Bebudak nih pun dah seronok n tak sabar nak pergi. Tapi masa tuh kami masih di Penang maka tak dapat la join Sambutan Bulan Play Doh dan cubaan mencatat rekod dalam Malaysian Book of Records dan ia nya sudah pun berjaya. Walaupun tak dapat join event tapi knowing that the event was a success pun dah cukup baik. Tahniah Play-Doh Malaysia.

Untuk membolehkan acara ini mencatat nama dalam The Malaysia Book of Record..pelbagai rekabentuk dan arca sebanyak 1500 perlu di hasilkan oleh rakyat Malaysia dalam masa 1 hari. 





Acara ini berjaya di catatkan dalam The Malaysia Book of Record apabila pada hari itu sebanyak 1899 arca dan rekabentuk berjaya di hasilkan. 

Hope dapat join lagi acara seperti ini next time.

#playdohmonth2015

Monday, September 28, 2015

Kembali ke Rahmatullah

Last week balik Penang sebab Grandma sakit. Dapat panggilan dari Mama bagitau yg Grandma tak sedar n guna bantuan pernafasan n machine to help her. Dalam darah ada jangkitan kuman n kena buat dialisis utk cuci darah dia.

Kita org n Talib balik segera ke Penang


 sampai je kat Penang mmg terus ke Hosp utk tgk Grandma. Bebudak ni Moon jaga dulu dalam kereta. Bagi Pak Sutan, Talib n Umi pergi naik ke atas utk tgk. Baqis plak jaga Rafiq dalam kereta.

Lepas Pak Sutan turun baru Moon ngan Baqis plak naik utk tgk. Sedih sangat tgk grandma sebab dia mmg tak sedar. Mama suruh Moon pergi bisikkan syahadah kat telinga dia pun Moon dah menangis dulu.

Kalau tak tiap kali balik jumpa dia misti dia ckp elok2 je.

Moga Allah beri rahmat kat hangpa semua. Nanti mai lagi tgk Grandma na...

sebelum balik mmg dia doa macam2 kat semua org. Cakap pun benda yg baik baik ja. Bila nampak dia terlantar mcm tuh mmg hati kita sedih la kan. Mama dah sampai awal lagi sebab mama gerak dari Taiping. Tapi semua anak anak grandma mmg ada di sisi dia. Semua pun mendoakan yg terbaik dan doa agar Allah permudahkan segalanya.

Sebab kat umah grandma ramai yg ada. So kami gamble je call TM Resort Tanjung Bungah. Kalau ada rezeki bermalam kat situ adalah kan. Nasib baik ada so kami tido situ je. Siang mmg ke hosp utk tgk grandma. So cek in sekadar utk tido aje. Bebudak nih plak nampak je swimming pool dia org plak yg excited. Yer la kids mana dia org paham sangat kan yg kita mai sini sebab ada org sakit.

Kita org mmg sepatutnya tak balik ke mana pun Raya Haji. Mama banyak kali call tanya hangpa semua takmo balik Taiping ka. Talib dapat cuti...mai la balik sekali.

Tapi Allah dah letak dah...mmg kena balik n berkumpul jugak semua sekali. Bila Grandma sakit nak tak nak mmg kena balik juga. Aturan Allah tuh mmg yg terbaik bukan.


Duk kat sini mmg dapat diskaun utk staff. Bilik pun apartment 2 bilik. Mmg elok la utk kami anak beranak n talib anak beranak....Umi pun ada. Mama papa pun ada. So mmg semua pun selesa la kan. Kalau kami semua nak pie jugak sumbat semua umah grandma...kesian la plak org lain kan. Nanti semua jadi tak selesa time nak berebut jamban n time nak tido. Alhamdulillah ada rezeki n bilik kosong,



Dalam bilik mmg tak sempat nak snap. Naik atas mandi mandikan anak anak semua terus kuar balik . Hantar mama ke hosp semua..kami pun pie cari makan.



makan kat Kassim Mustafa aje. Punya la payah cari parking....at the end suruh je Pak Sutan masuk dalam tmpat parking. Nampak plak mural yg cantik2 nih apa lagi terus snap gambo.


             

tu dia punya banyak makanan. Makan kari lepas tu berpeloh2 


Masa kat umah grandma...bebudak nih mmg buat hal sendiri la. Tgk Mek Sarah tuh macam org besar la dia punya suka menconteng.

Masa nih semua duk get ready utk bawak balik grandma.

Kami balik ke bilik pukul 1.30 pagi. Moon masa nih takley tido...baru nak lena terjaga...baru nak lena terjaga balik. Pukul 2. 30 pagi phone pak sutan duk bunyi. Mmg tak sedap hati sangat....lepas tuh dengar plak phone mama bunyi. Malam tu Auntie Bibah jaga grandma kat hosp. Dia bagitau doc kata get ready je sebab oksigen grandma duk turun slowly. Kol 3 mcm tuh grandma dah pergi dah. Semua cepat2 siap utk ke hosp. Moon n Baqis stay dulu tgk anak anak while mama papa Sutan, Talib n Umi pergi dulu ke hosp. Jenazah grandma akan di bawa balik ke kampung Melayu lepas subuh.

Moon n Baqis ke umah grandma pagi tuh bawak anak anak. Since jenazah ada di rumah risau jugak takut budak2 nih duk lari2 dlm umah kan. So sementara jenazah di mandi kan semua tunggu dlm kereta aje. Tapi Moon sempat tgk grandma buat kali terakhir. Semua anak anak grandma termasuk Mama dapat mandikan bonda dia org.

Sayu je suasana dlm umah. Macam mana la perjalanan terkahir kita nanti. Mmg rasa sayu dan menginsafkan sangat.


Pergi nya Allahyarhamah Wan Asma Bee pada pagi Raya Aidiladha dengan tenang sekali. Allahyarhamah di kebumikan di tanah perkuburan kat zoo road. Masa nih org mmg ramai kat masjid  utk sempurnakan ibadah korban...so mmg ramai yg dapat join utk sembahyang jenazah sekali. Mama kata mmg rezeki grandma.

Kami meninggalkan Penang dengan berat hati. Nanti balik Penang mmg takkan sama dah la.

Moga Allah merahmati dan mencucuri rahmat atas Allahyarhamah.

Malamnya ada tahlil buat Allahyarhamah. Auntie Bibah yg mmg duk jaga grandma dari dulu ceritalah. Grandma mmg duk asyik sebut dia duk mimpi pasal org2 yg dah pergi. Kejap dia bgtau dia mimpi jumpa dia nih..pastuh dia duk asyik sebut aku nak balik rumah. Ni bukan rumah aku. So kami yg dengar nih pun sayu je.

Sbb tuh la blog tak berapdate utk beberapa hari.

Wednesday, September 23, 2015

Ke penang

Moon sekarang berada di Penang sebab nenek Pak Sutan tgh sakit dan tenat di GH Penang.

Masa dapat news kita org sangat sangat terkejut sebab jantung dia berhenti selama 10 min tapi doc berjaya buat jantungnya berdegup kembali tapi keadaannya tidak beberapa baik dan menggunakan bantuan pernafasan.

Semua rush balik sebab dgr kata mcm doc suruh bawak balik maknanya memberhentikan segala bantuan pada dia dan selepas itu kita hanya berserah dan berdoa pada Allah.

Hope semua dipermudahkan buat grandma.


Monday, September 21, 2015

Share and win

Share and win this 2 sweet n lovely cushion + a set of towel. Khas utk 5 pemenang bertuah

Hanya tinggal baki 10 hari sahaja lagi untuk jualan murah di Sarah Hughes Globe utk pembaca n follower blog Moon.

Moonpunyerkupon valid digunakan dari awal bulan september hingga akhir bulan september. Harga akan jadi murah kebabom bila anda tunjuk kupon nih. Ramai yg dah pergi n puas hati kan.

Please share this post to your wall and printscreen the shared the post in the comment below.

Cara menggunakan #moonpunyer kupon di entry ini
MOONPUNYERKUPON VALID SEBULAN

dan segala entry berkenaan langsir di globe by #moonpunyerblog anda boleh la klik link ini
SEMUA ENTRY BERKENAAN SARAH HUGHES GLOBE

#langsirmurah #shglobe #moonpunyerblog #moonpunyerkupon

cepat ....siapa yg belum dtg boleh la plan utk dtg ke jalan TAR sempena cuti sekolah ni

Biasanya Moon buat sehari atau 2 hari sahaja

tapi kali nih Bos bermurah hati utk buat sebulan .....

So ada baki lagi 10 hari u olsssssssss

cepat cepat n jangan lepas kan peluang keemasan ini

Share this post atau pun share je status moon kat FB tuh and anda mungkin bakal memenangi 2 bantal ni dan 1 set towel yg sangat best

Ada butang FB kat bawah entry nih...so anda boleh klin n atomatik ia akan share di wall FB anda.

oooo jgn lupa utk save kan kupon nih tau



jgn lupa ajak mak kakak n adik mai ya



hantu

Dah 2 hari si kecik nih asyik sebut hantu ....hantu .

Dari mana la dia dengar nih sebab kita org mmg tak pernah usik utk takut hantu ke apa. Biasa kalau nak gertak dia pun Moon akan sebut haaa tgk lipas tuh .....sebab dia mmg takut n geli tgk lipas.

Maybe dia dgr kat nursery kot. Atau ada bebudak duk sebut ke atau main usik2 ke kan

Semalam dia ketuk bilik Moon lepas tuh bila Moon bukak pintu dia ngan kakak dia terus masuk pastuh dia gelak2 tapi buat muka takut ....eiii hantu.....tuh hantu. Takut ...

Moon siap tanya.

 Kat mana hantu tuh....Sarah nampak kat mana. 

Eiii hantu ....hantuuuuu . Lari...

Tapi dia gelak2, so maybe dia duk main gurau2 dalam bilik kakak dia kot kan. Tapi pagi nih cam lawak sket tapi cam krik krik ...krik krik

Tetiba dia sebut

eii hantu pocong

mana budak nih belajar nih. Sebab dia plak cakap dah clear habis so mmg boleh dengar perkataan sebijik sebijik kuar dari mulut dia. Tapi dia gelak2 ....so rasanya nak timbul rasa takut atau apa neh.

Masa raya ari tuh kita org pergi duk kat hotel di Tanjung Bungah Pinang. Masa tuh tinggal je dia kat mama n papa dlm bilik sebab kita org nak gie beli dinner. Umi kata boleh plak time semua duk sembang2 dia lari ke pintu pastuh panggil

kakak ...kakak..

semua pun cam tak layan lagi n sambung sembang. Sekalik dia dtg dekat semua org n cakap

kakak suh diam.

vleyyyyyyyyyyyyyyyy

terus my MIL pun bismillah n baca ayat Kursi terus. Tapi Alhamdulillah malam tuh semua tido lena n dia pun tak nangis atau apa .

tadik sembang ngan kakak. Kakak moon kata kalau dia tak nangis ke apa ok la kan. Kalau dia ckp takut pastuh nangis mmg mummy dia pun takut hokey.

Ada sekali tuh malam dah la dia tak mo tido lagi tapi duk berlegar2 dlm bilik. Pergi main jam la main brush blusher mummy pastu sapu lantai pakai brush tuh...pitam mak nko tgk. Patut la muka naik jerawat anak wat sapu habuk vley.

Pastu dia tgk atas arah lampu n terus lari kat moon peluk kuat2 pastuh cakap takut takut. Moon pun pelik napa tetiba cam tuh suh dia pandang moon tapi dia takmo siap gigil2. Takut...mummy takut. Terus meremang bulu roma ku. Lain macam je kan. Dia punya takut n peluk Moon tuh sampai tertido la. Terus panggil pak sutan naik n tido bertemankan bacaan ayat suci Al-Quran.

tuh 2 3 bulan lepas kot. So kadang2 mmg pasang Ruqyah atau Al-Baqarah kat umah.

Tapi budak2 nih kadang boleh nampak je kan macam2. Macam last time masa isk masih kecik kami ke Kalumpang  utk family day opis...balik dari dinner n karaoke malam tu n masa semua nak balik bilik boleh plak Isk nih kata nampak nenek. Aduiii Isk kita dalam hutan nih malam malam plak tuh. Nenek apa plak kamu nih.

Tapi pagi tadi mmg dia saja sebut hantu...pastuh gelak. Ada jugak nak kena cubit nih. Sebab skrg semua benda kita cakap dia akan ikut n sebut. Ayat fav dia adalah

Alaaaaaaaaaaaaaaa

sikit2 ala sikit sikit ala. Satuh lagi ayat fav adalah

tak nakkkkkkkkkkkkk

Kalau tgk upin ipin kat phone tuh bila dia dah bosan dia suruh la tuka. bila kita bukak episod upin ipin yg lain dia akan kata tak nakkkkkkkk siap ngan muka frust n tangan lagi hokey.

Nak ngok putri ( cerita katun laru keluaran las copade tu)

pastuh sambil tgk dia ikut la

1 2 3 ...jebat ....keluar la jebattttttt

Tuh kadang terhibur tgk si kecik nih. Cakap macam2 la..siap boleh main sorang2 sambil humming lagu pastuh siap buat dialog lagi. Pegang patung cakap

Tido ....dah dah. Sakit ke....sian baby....sayang baby

tuh la my Mek Sarah...so berdasarkan pemerhatian, dia nih mungkin akan lebih cakap banyak dari kakak dia Yaya. Sebab masa Yaya umor nih dia diam sket bila masuk 5 tahun baru pok pek pok pek dia tuh menjadi rancak. So Sarah nih baru setahun 9 bulan dah kecoh camm ni nanti 4 thn cam na agaknya. perggg

So tips utk anak anda tak cakap pelat adalah make sure anda pun tak cakap pelat ngan dia org. Pesan kat adik beradik yg lain cakap biasa aje. Hari tuh Yaya dia start buat cakap pelat tetiba. Tanya adik dia

Ara nak ngok vi keeeee (  Sarah nak tgk tv ke ) angan angis

mmg Moon stop kan dia la n pesan jgn ckp pelat ngan dia sebab dia akan ikut n buat apa kita buat. Kalau Yaya ckp jerit2 ngan abg ke atau ckp pelat...dia akan buat benda yg sama.

Tuh la cerita si kecik Sara yg dah setahun 9 bulan . Yg pantang nampak org makan dia pun akan dtg nak duduk makan jugaks.

Last week jugak dia start pandai nak mencubit org. Kalau tak puas hati sket dia akan buat tangan pastuh sebut

Cubit kang ......

vley ........tetiba tak puas hati nak cubit. Dia cubit betul plak tuh dia amik isi kecik je...aduuuuuuuh. Yerlah tangan n jari kecik so cubit pun dia mmg amik baik punya kulit kita. Sakit woooooooo. Bila marah mula la dia nangis bagai nak rak macam kena pukul ngan rotan.


amboiiii ngumpat pasal saya keeeeeeeeeeee 

hahahhahahah

Saturday, September 19, 2015

Transgluta By Zenia

Please scroll down for new entry


Ramai yg nak kulit yang cantek n nak cerah bukan. Bukan la tetiba cerah cam putih nmelepak tuh but 2 or 3 shade lighter kan. Putih plak bukan hanya muka je putih tapi tangan ke kaki n badan hitam. Teringat plak iklan yg muka putih tangan hitammmm hahahha. Transgluta nih akan make sure selurih badan akan cerah n bukan kat muka aje.


Skrg ramai yg nak cantik dia org pergi inject vitamin terus kan. Tapi kena hati2 jugaks sebab kadang ada jugak yg barang tiruan n kualitinya diragui.

Moon hari tuh duk nampak Suraya Sulatin duk ckp pasal Transgluta nih so curious jugak kan. Lagi pun Su kata Glutathione ni agen pemutih. So kalau lebih dia akan turun kot air kencing sama mcm kita makan vit C jugak. Cuma Glutathione nih more pada kulit..mcm booster la.

Nampak plak ley bantu hilang kan parut...lagi la mak suka kan.


KELEBIHAN TRANSGLUTA:
🌷Memutihkan seluruh kulit badan secara sekata
🌷Glutahione gred AAA dari KOREA
🌷Melambatkan proses penuaan
🌷Mengecutkan jerawat,memudarkan parut dan jeragat
🌷Mengurangkan kedutan, melembutkan kulit kasar dan pigmen kulit yang tak sekata disebabkan cahaya matahari/UV
🌷Kulit jadi kemerahan secara semulajadi dan berseri-seri
🌷Supplement Halal dan Selamat mudah diamalkan
🌷Tanpa perlu membazir dengan suntikan beratus beribu

 


Kenapa anda harus memiliki Transgluta?

  • 100% BAHAN ASLI GLUTATHIONE, VITAMIN C DAN ANTIOXIDANT
  • 250MG ORIGINALLY FR KOREA
  • DIDAPATI DARI DOKTOR COSMETIC DAN DOKTOR SURGERI PROFESIONAL 
  • TUJUAN UTAMA TRANSGLUTA MEMUTIHKAN KULIT
  • FDA APPROVED!
  • THE MOST POWERFUL SPOT CORRECTOR
  • FADING PIMPLES, ACNE SCAR, RED MARKS, DARK SPOT
  • WHITEN SKIN UP TO MAX!
  • HIGHLY RECOMENDED TO ECZEMA PATIENT


Tapi biasalah, tona warna setiap manusia kan lain-lain. Ada yang gelap sikit, ada yang gelap banyak. Jadi hasilnya akan mengambil masa yang berlainan.

  • Kulit yang sederhana cerah akan ambik masa 1-3 bulan
  • Kulit tona gelap ambil masa 3-6 bulan
  • Kulit amat gelap ambil masa 6-12 bulan
  • Kulit Hitam ambil masa 18 bulan keatas


Yang penting ambil secara berterusan, jangan cepat bosan, dan minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Ini penting!


Tq tau owner Transgluta nih sebab cod terus ngan Moon.

so sesapa yg ada nak putihkan kulit nak hilang parut boleh contact nom kat bawah ya.


Instagram : @fy_zeniabeauty

Whatsapp : 
0193715915 ( Anny )
0129184042 (Suraya)
0193173715 (Lin)

Thursday, September 17, 2015

ke stadium

ni gamba weekend lepas kot. Tgk kat phone tadi n lupa nak up pasal cerita nih. Pak Sutan la ajak pergi ke stadium ni utk jalan jalan bagi budak2 lari, Masa nih jerebu tak la seteruk 2 hari lepas n ramai org joging kat situ.

Mek Sarah tuh sempat la ikut mummy dia jalan 1 round. Nak lari risau plak retak stadium tuh kang hahahha.


masa nih pun dah petang dah pun..so tak der la nak duduk kat situ lama lama


Sarah plak duk bising geli nak sentuh rumput. Bila dia menjerit jerit geli lagi la abg ngan kakak dia kenakan dia n letak dia utk duduk atas rumput.

kalau lepas dia lari mmg merata2 la budak nih lari


mula mula pak sutan letak Sarah atas bahu ok lagi

Yaya tgk dia pun nak jugak...tu kira ok lagi la kan

sekali yg sulong nih pun nak jugak ...Pak Sutan pun layan je kan. Mummy yg tgk nih pun terasa berat bahu memikul hahahha

Nanti udara dah bersih n habis jerebu kita dtg lagi k. Skrg takley la semer duk batuk kong kong kong malam malam.




Pssstt......

Offer #moonpunyerkupon masih berlangsung ya u ols. Sampai akhir bulan nih sahaja dapat harga murah mcm tuh. So sesiapa yg belom pergi n mmg tengah tercari cari kain langsir yg cantik n murah....cepat cepat pergi ke lvl7 Sarah Hughes Globe k'



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...