Thursday, August 06, 2015

Soalan yg amat payah

Semalam masa amik bebudak blk dari nursery tetiba Isk tanya

Isk : Hari nih cikgu Isk tanya soalan. Kalau kita semua naik kapal dan belayar di laut, Tetiba kapal kita nak karam. Antara mak kita, ayah kita , adik adik kita...atok nenek kita....siapa kita nak selamatkan

Me: Kalau boleh nak selamatkan semua la

Isk : Takleh .....cikgu kata boleh selamatkan sorang je. Sebutkan 1 nama je

Me : Alamak...tu mummy payah nak jawab Isk. Kalau Isk, Isk selamatkan sapa

Isk: Isk selamatkan Sara laaaaaaaaaaaaaaaa

Me : Kenapa.

Isk : Sebab...Daddy pandai berenang...mummy pun boleh berenang. Yaya pun boleh terapung....tapi Sarah dia baby...dia mana pandai berenang. Jadi Isk pergi selamatkan nyawa dia la

Ha haaaaaaaaaa betol jugak hujahnya tuh. Kita kadang org tua nih pikir kemain la jauh kan ....bagi bebudak senang je. Mana yg lojik and most of the time lojik dia org tuh betul.

Isk kata cikgu BM tanya sebab nak tgk apa jawapan...ramai yg susah nak pilih mak atau ayah....tapi dia ngan kwn dia pilih utk selamatkan ahli yg paling lemah ...hhahahahha carring sungguh bg Isk.


Last week kemain dia berbisik kat Moon

Mummy ada 3 org pompuan bagitau dia org suka kat Isk sebab Isk baik

Biasa la kalau org suka ...anak mummy kan baik misti la ramai org suka. Isk jgn kacau budak pompuan tau

Bukan ...dia org kata dia org nak ke Isk

Habis tuh Isk buat apa ....

Isk tutup muka malu laaaaaaaaaa

Amboooiii, bukan Isk bgtau Isk suka, tapi budak pompuan yg ngaku. Amboiiii

Mummy jgn bagitau daddy, Isk maluuuuuuuuuuuuu

Cerita la kat mama sebab mama ada dtg umah last week. Mama kata elok la tuh nanti jadi cam daddy dia. Kecik2 punya ramai peminat...siap ada peminat letak surat kat peti surat umah ...vleyyyyyyyyy



Wednesday, August 05, 2015

Roleaf Premium Tea

Masa bulan puasa hari tuh Moon berpeluang utk merasa beberapa jenis teh dari Roleaf. Thank you Roleaf, I suka sangat. Moon mmg bukan coffee lovers sebab Moon tak tahan kopi. Minum je kopi ke nescafe ke mmg pening. So kadang amik decaf...tapi kadang decaf pun ai pening canner tuh. So ai kena la mencintai teh hahahha...sebab teh ada banyak choice kan. Semua jenis teh la ai suka.


Semua teh dari Roleaf nih dtg dari serata dunia...yey kita pun ley rasa semua teh sekarang. Just order online je...ada yg harga murah hinggalah yg mahal. So ikut korang punya kegemaran la ya. Ni Moon dah rasa few tea n dah tersangkut dah kat 2 3 jenis yg moon rasa sangat best...my fav adalah

Organic Chamomile

  A soothing blend for relaxation that takes away anxious, stressed or depressed feelings. Rasa dia sangat clean n sedap....rasa cam teh bunga pun ada. Lepas minum nih mmg malam tuh tido lena hahahah rupanya chamomile nih bantu relax kan kita. So sapa yg asek stress tuh korang kena minum teh nih ...my fav la yg nih

ni la rupa warna tehnya ...cam teh bunga gaks


Peppermint Tea

 Peppermint is a herbal tea which has been drunk for centuries. Soothing and refreshing, it is appreciated for its powerful microbial properties which aid digestion.

Moon suka sangat sebab rasa dia sangat berangin n sejuk je tekak n perut hahah. Punya la Moon suka peppermint tea nih sebab moon rendam uncang yg sama 3 kali n dia still ada rasa berangin tu. Mmg best sangat..kalau tgh tak sedap perut, mmg sesuai minum peppermint tea nih


Lemongrass & Ginger Tea


 Zesty and bright lemongrass contrasts the spicy flavour of ginger to create a refreshing and wild taste sensation. Both herbs have anti-inflammatory properties and are believed to bring about a calming effect in relieving insomnia and stress.

Tak sangka serai kering cam nih pun sedap ahahhaha. Bila minum mmg rasa serai pastuh rasa pedas2 halia tuh. Mmg menyegarkan sungguh. Walaupun dlm description kat web tak der pun mention pasal buang angin semer tuh..tapi bila moon minum mmg buang angin best giler hahah.


Rose Petal

 

 wangi la sangat. terus Moon rasa cam tuan tuan puteri je sebab minum teh bunga2 nih hahah hover sangattttttttttt ahaks. Biasa kalau kita pergi spa ke mana mmg dia org akan hidangkan teh bunga ros nih kan. Well rose petal dari Roleaf nih sangat sedap....n magically canner kelopak bunga ley rasa teh ek...2 kali moon rendam uncang ni. Sangat menyegarkan n terus rasa mulut n hidung rasa wangi hahah. Ada satu jenis lagi baby rose bud dari Paris

A delicate blend of black tea and rose petals, this blend can be served with honey. High in vitamin C, this sweet refreshment is soothing and simply delicious.
Yg lain pun ok jugak tapi yg moon list kan kat atas adalah my fav

 Ni adalah Soothing Sencha. Ni dia rasa cam pahit2 sket. Nih adalah tea dari Jepun

 Sencha nih sangat kaya ngan antioksida n dia ada rasa roast sket. 


Moon pun dapat rasa Rooibos the Robust yg sangat femes kat South Africa dan ianya caffeine free. Bila kita rendam dia bertukar warna cam merah2 sket n rasa cam kayu kayu sket n ada rasa kelat yg agak kuat dan a bit strong for me. Moon lupa plak nak test ngan lemon atau madu. Sebab Moon baca kat internet org South Africa suka campurkan madu n lemon bila minum Rooibus ni.



 Tq so much Roleaf for the wonderful tea...i love it. Siap la lepas nih harus moon order chamomile n peppermint tu. Rupanya salah seorang team Roleaf mmg duk baca blog Moon ...terus rasa segan plak ekekek. Biasalah, ai kan pemalu org nya muahah

Masa duk browse laman web Roleaf nampak plak few tea yg agak familiar. My brother dia mmg suka jalan jalan oversea n biasanya dia bawak balik benda2 cam teh ni la n masa dia ke china dia ada bawak balik teh yg bentuk bunga. Asalnya dia cam bola tapi bila rendam dlm jug terus dia kembang jadi bunga. Me yg so jakun nih pun terus tgk penuh cam kehairanan n kagum hahaha. Rupanya tuh adalah Blooming Tea yg sangat femes kat China

Roleaf nih banyak bekalkan tea range dia org kat cafe2 di serata malaysia. So kalau korang adalah tea lovers korang boleh la pergi usha web dia org.

Tetiba ai yg tak arif pasal teh teh  nih terus masuk pelbagai laman web n cari apa jenis teh yg baik utk kesihatan. Kalau kita tgk org luar negara n org2 cina mmg suka minum teh kan. Rupanya ia adalah utk faktor kesihatan jugaks ....lepas nih nak cuba oolong tea plak . Sebab most web mmg rekemen n cakap pasal oolong tea nih serta green tea.


Web : Roleaf
Facebook : Roleaf


Monday, August 03, 2015

Raya kami di Taiping

Punya la lama baru nak upload. Org lain dah lama update kot...hahahha ampun kan saya ya. Sebab raya tak la meriah sangat sebab tak gie mana pun...raya ke 2 baru kita org pie beraya kat Penang

Tapi macam biasa la sebelum raya tuh mmg acara masak memasak la. Siap tolong mama buat ketupat n kuah kacang. Rendang plak mama dah buat awal awal lagi.

Sehari sebelum raya pergi pasar ngan mama utk beli bahan bahan utk masak. Mmg dating ngan mak mertua kat pasar. Tapi mama yg drive hahahah bertuah tak menantu. Menantu jadi tukang angkat barang ekekek


 malam raya seperti biasalah ...bebudak nih main bunga api. Rafiq pun ada sama sebab mama n papa dia kena kerja time raya. So dia dtg beraya kat Taiping dulu. Raya ke 4 cam tu baru Talib n Baqis balik ke Taiping.

Acara bersalam salaman selepas sembahyang raya. Mama dah nangis2 dah..

beratur utk salam daddy

 lepas salam mmg kena cium la semua...kalau Sarah, bila di cium misti dia akan sebut ' tajam...tajam' sebab misai daddy dia hahah

 Pergi beraya umah jiran2 pastuh duk umah je hahahah. Mmg tak banyak gamba sebab semer main snap pakai phone. Nanti Moon try tgk n share gamba dlm phone plak k
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...