Wednesday, May 04, 2016

Beg itik 3D

Baru teringat nak share pasal beg itik yg comel n cute ni. Tadik duk browse barang dlm Lazada skali nampak beg ni masih dalam shopping cart hahhahaha. Hari tuh nak beli lepas tuh terlupa terus hahhaha

Kesnya hari tuh Moon hantar kakak ke KLIA2 n masa jalan tuh nampak satu couple nih pakai beg yg sangat comey. Dari jauh dah nampak dah sebab warna kuning mmg menyerlah kan.

Habis makan n minum ngan kakak, nampak lagi sekali beg ni....apa lagi terus snap laju laju. Sebab diaorg jalan betul betul depan Moon.

Moon up kat IG . Lama lepas tuh tuan punya beg komen hahahhah siapa sangka tuan punya beg boleh jumpa gambar dia kat sini ahaksssssssss

Izzati ni sangat baik sebab dia share sekali mana dia beli beg ni

  • miss_izzati90@moonpunyerblog hehe. Smpai ke indon org tny saya kak. Dlm flight pun tanya beli mana. Hehe. Bleh buka kedai beg . Btw. Saya beli kt lazada . Murah je kak. X smpai rm 50 pun 1 bag. Nama beg ni 3d duck bagpack . Akak try search
so lepas dia share tu terus Kak Moon gie cari dalam Lazada. Memang ada banyak jenis n harga dalam Lazada ni n harga dias entiasa berubah ubah


Harvey Norman’s 12th Malaysian International Branded Bedding Fair

Moon mmg suka bila ada fair. Tak kisah apa apa fair pun sebab waktu fair ni memang akan ada special deal. Moon berpeluang pergi ke Harvey Norman's 12th International Branded Bedding Fair. Dari jauh dah nampak banyak katil katil yang sangat cantik dan berkualiti. Tapi yang buat tambah menarik adalah sebab ada 1/2 harga.

 Acara ini berlangsung di concourse area IPC ( Ikano Power Center ) ada banyak katil katil dipamerkan di sini. Nampak tak banner yg besar tu....semuanya pada setengah harga....pitammmmmmm


26 April 2016 - 8 May 2016

50% untuk semua tilam dan katil
kalau beli 2 dan ke atas akan dapat tambahan 10% lagi diskaun
Sealy, Napure, Hilker, Therapedic and Englander adalah product baru yg turut dilancarkan masa pelancaran ni.

Ada free petrol voucher juga

kalau kita nak tukar set katil kita yang lama pada yang baru pun boleh. Sebab pihak Harvey Norman boleh tolong angkat yg lama untuk percuma. So tak payah kita pening kepala mana nak letak yang lama....betul tak.



Acara ini dirasmikan oleh Y.B. Dato’ Seri Ong Ka Chuan,  Menteri Kedua Kementerian Perdagangan Antarabangsa


Kempen ini adalah sempena menyahut seruan pengurangan harga runcit yang disyorkan. Dengan ini pelanggan mempunyai kuasa membeli dengan lebih tinggi dan pada harga yang amat berpatutan. 

Pada majlis pelancaran ni juga, Harvey Norman mendermakan 200 tilam kepada badan kebajikan yang terpilih.

Penerima sumbangan . Badan kebajikan tersebut adalah Beautiful Gates Foundation,Yayasan Sunbeams Home,Rumah Victory Children & Youth Home, Pusat Jagaan Insan Istimewa and Kiwanis Down Syndrome Foundation in PJ

 Moon sempat la pusing dalam Harvey Norman Home Furnishing ni. Alahai lawa lawa semuanya. 

So kalau ada sesiapa yang memang tengah mencari cari tilam yang sesuai, boleh ke concourse area, ikano Power Center. Boleh tengok sendiri dan try baring-baring dulu dan mana tahu anda dapat bawak balik tilam baru pada setengah harga.






Tuesday, May 03, 2016

Ke Office Microsoft

Last week ada ke Microsoft utk dengar pasal produk baru Microsoft iaitu Azure. Biasa dengar Kak Moon cerita pasal langsir je kan. Sampai semua org pun ingat Kak Moon ni kije kat Globe heheheh

Moon sebenarnya kerja bahagian IT. So yg tengah trend sekarang adalah cloud maka boleh la share sket sket kan



Bahagian IT ni mmg cepat berkembang....teknologi setiap hari ada benda baru keluar. Kalau dulu kita pakai server seketol seketul...lepas tuh wujud virtual machine plak. Di mana dalam 1 server boleh ada berpuluh malahan beratus server lain.

Lepas tu wujud plak cloud. Cloud ni ibarat segumpal awan dimana dalam cloud tuh ada macam macam jenis server dan juga storage. So kalau kita nak apa apa kita akan masuk dlm awan untuk amik. Bila translate dalam bahasa melayu mmg pelik bunyinya.



Cam dropbox contohnya la kalau nak senang. Kita letak je pelbagai jenis file. So kita tak perlu store banyak banyak kat pc kita. Kalau nak access pun senang ley access dari laptop atau phone. Janji ada internet connection. So cloud ni pun sama cuma lagi besar n contoh dropbox ni adalah sikit je dari cloud.


kalau sesiapa nak tahu pasal Microsoft Azure boleh la play video kat atas ni atau ke MIcrosoft Azure 
Moon mmg parking je semua dlm ni nanti senang nak tgk atau refer 

ok ni nak share plak ....opis dia org lawa sangat. Dah lama dah tak naik bangunan tinggi tinggi ni tengah tengah KL . Dulu kerja Maxis je naik bagunan tinggi tinggi lepas tu dah kerja kat Cyber bangunan 3 tingkat aje hahahhaha. 



intai kot tingkap nampak cantik je KLCC tapi terlalu rapat, boleh snap gambo KLCC mcm ni aje hahahha



 Lawa la sangat kat atas ni . Dtg utk dengar product briefing tapi dalam masa yg sama duk kagum ngan opis ni



cantik kan

lepas tu makan sambil tgk bangunan KLCC ...alahai best sangat rasanya 

Tapi on the way back tempuh jam terus rasa tak best hahahhahahahah. Kuar jalan Tun Razak tu jem la sementara nak masuk MEX tu .Tapi kalau sekali sekala ok la kan. Tapi kalau tetiba duduk Sepang kije kat KL mau pitam nak travel 

Pak Sutan nampak bangunan Maxis tuh terus dia tanya 

Awak ingat tak masa awak kije Maxis ....saya akan tunggu ngan skuter kat bawah tu jemput awak balik 

Harus la ingat ... ( terus tersipu sipu malu hahahhahah tetibaaaaaaa vleyyyy )

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...