Monday, May 08, 2017

Overload ke

Hari ni tapau nasi lemak siap sambal sotong . Akak jual nasi lemak tu plak bermurah hati bagi nasi lemak banyak giler dah rupa lauk bungkus tengahari dah .

Ke sebab dia kesian tgk muka Moon yg kelaparan hahahhaha ....tak pun dia tgk ni storage besar ni ...kena bagi nasi extra .

Sampai opis terus mkn . Tp macam dah penuh dah perut ni. Macam sayang plak kalau tak habis n buang. Dah jadi membazir pulak kan. Makan jugak la ....magic habis sebungkus yg awalnya nko kata banyak kannnnnnnnnnnnnnnnnnnn

Ni duk rasa meloya dah duk rasa kat anak tekak dah. Tu la gie tebeng sangan org Ganung kata. Kan dah nak muntah ....ni duk diam diam sambil tarik napas dalam dalam .

Ok no luch for me today ............jgn ajak saya kuar lunch plz .

Friday, May 05, 2017

Balik Taiping n Penang

last week kan cuti panjang , Sabtu Ahad n Isnin. Kita org amik 1 hari selasa utk cuti . So plan mmg balik Taiping plus on Ahad ada kenduri kahwin kat Penang.

So lepas Isk habis kelas tuisyen malam ...terus kita org gerak balik Taiping . Semua mengantuk...last last berenti kat RnR kononnya driver nak tido jap . Sekalik semua terlena dlm kereta dekat 2 jam . Budak budak ni mmg masuk je kereta terus pengsan .

Sampai kat  Taiping dlm subuh mcm tuh. Sampai je terus ajak papa semer g breakfast kat warung Nasi Lemak Muhibbah sebab nak makan nasi lemak hahahhaha .

 Nasi lemak n sambal sotong yg yummmehhhhh sangat



Nasi lemak kat sini best sebab ada gulai ala nasik minyak terengganu. Mama kata kedai tu org Terengganu yg masak. Tapi mahal sket tapi sebab sedap mmg berbaloi la bayar mcm tu. Kalau tak sedap n mahal tu mmg nak kena marah .

Siap mkn balik rumah Mama n terus gerak ke Penang. Gerak awal sebab mama kata Auntie Zizah tak sihat so alang balik boleh terus ziarah Auntie. Kebetulan call TM Resort Tanjung Bungah, dia kata ada bilik kosong 1 maka terus book. Sebab mlm boleh blk bilik tido . Tak mo susahkan Auntie. Dia dah la tak sihat kan .

Tapi budak2 ni kalau dtg TM Resort Tanjung Bungah ni mmg dia org suka la . Sebab dpt mandi kolam.

Harga bilik 1 malam adalah RM137 cam tu utk rate staff  . Masa ni kebetulan ada kenduri kahwin kat dewan bawah n mmg penuh . Kita org pun bernasib baik dpt 1 bilik terakhir sebab ada org cancel . Tu pun tingkat 3 . Tercabut urat peha panjat tangga . Dah naik atas pikir 2 3 kali nak turun hahahahhah .

Tapi kat sini selesa sebab apartment 2 bilik . Bilik air pun ada 2 . Ada ruang yg luas  siap ada kerusi n meja makan bagai.


Dari beranda boleh nampak pantai n laut serta kolam renang . Mama plak siap tapaukan nasi siap siap. Dengan kari ikan tongkol ...sayur kacang n ikan goreng. Pergggg mmg syiok duduk bersila kat beranda ni sambil mkn. Angin pulak mmg kuat ..best je. Budak budak dah duk berzikir dah ajak turun mandi kolam. Tapi masa ni tak dibenarkan mandi sebab ada kenduri sedang berlangsung kat dewan bawah tu .

 * bilik lebih kurang mcm ni . Bilik kami dah sepah sepah dah so ltak gambo yg dr booking.com yg kemas  k utk hangpa tgk lagu mana rupa bilik .



Siap makan semer , terus gerak g umah Auntie. Singgah padang Brown utk tapau pasemboq ..mee rebuih n sup . Nak berenti mkn kat situ tapi parking tarak...mama je pergi turun tapaukan utk Uncle n Auntie.


ramai org kat umah auntie. Umah dia org mmg selalu ada tetamu. Auntie dlm duk tak larat sempat dia masakkan laksa.Tapi masa sampai kita org tolong potong2 kan bahan utk ulam n hidangkan makan. Nampak kat dapur siap ada kerusi. Auntie kata dia masak kuah laksa sambil duduk.

 Kuah laksa Auntie Zizah mmg best ...pekat n padat ngan ikan. Orang kata kalau buat berniaga ni boleh bankrap hahahah

 Masa ni Auntie bawak kuar semua gamba lama lama . Tu adalah gamba ayah dia org. Kiranya Atuk Pak Sutan la . Org nya tinggi n segak. Sonok tgk mama n Auntie duk gelak gelak tgk gamba lama lama . Tgk gamba dia org adik beradik masa kecik kecik


zaman dolu dolu dah pakai moto besaq . Mama kata bapak kassim ni kira org senang . Tapi dia meninggal muda jd tinggal la Grandma ngan anak anak . Anak 11 org . Tu yang masa Moon mula mula kenal Pak Sutan dia siap citer Auntie n Uncle dia ramai . Jenuh gaks nak menghafal n kenal sorang sorang . Tapi lama lama mmg cam la kan .

Bila dah malam , kami semua balik la bilik . Perut pun sudah kenyang ....mata pun sudah mengantuk hahhahaha apa lagi ...moh la kita tidoq . 

Besok nya pagi pagi dah lapaq.  Nak pergi tapau nasik kandaq Kampung Melayu takut pnjang plak nak beratur . Last last mai sini je Nasi Dalcha Kassim Mustapha. Tapi tak makan nasik ,...makan roti canai banjir . Mmg sedap la kari kat penang ni .  Tapau nasik dalcha utk kids serta mama n papa n Umi . Tghari dah nak pie makan kenduri dah.

Masa ni ada org PM kat Facebook bgtau ....saya nampak akak cross jln depan Kassim Mustapha td . Akak mai Penang ka ........wah Zainab cam rupanya . Lain kali kalau nampak tegur tau . Akak kalau jln mmg menonong je hahahhah tak tgk kiri kanan . 

Sampai kat bilik nampak budak kecik tu dah masuk kolam dah . Moon ngan Sutan je gie beli makan. Umi kata dia dah tak sabar sebab nampak Kakak Yaya n Abg Isk dia turun mandi. Ngan baju tu jugak dia terjun ....alahai semek . 

 sudahnya si kecik tu pun dah sampai ke kolam org dewasa  . Masa ni Pak Sutan pun kena masuk sekali kejap utk tgkkan dia org .


Budak budak ni dah jadi pandai berenang dah sebab mmg slalu bawak dia org mandi kolam. Sarah tu kalau bg pelampung lengan tu mmg dia akan berenang la kesana kemari sebab dia mmg akan float. Tapi kena dengan pengawasan org dewasa la kan. 

Naik atas semer kelaparan . Yer la pagi pagi korang dah lari gie terjun kolam . Terus cepat2 suap dia org makan bagi kenyang2 sebab jap lg nak check out . Nak gie kenduri plak . 

sempat lagi posing sebelum gerak . Akak mmg tak sempat amik gamba u ols sebab muka dah berlemuih ...panaih ...

 Sarah duk usha je pelamin tu . Sekali siap dia parking duduk depan tu . Masa pengantin duk makan pun dia sibuk nak tgk pengantin  . Dia kata baju kakak princess kawen cantek


Penganten ada 2 org sebab adik n abang kawen serentak . Si adik perempuan baju kuning n si abang baju pink . 


 
 Terus Umi kata dia rasa dah tua . Sebab Isk dah nak sama tinggi dengan dia dah . Dulu masa kecik kecik ni semer Auntie Umi tolong basuhkan berak hahahhahahahha .

Ada apam balik juga kat luar dewan . Budak tu mmg duk berdiri depan tu je duk tgk Pakcik tu buat apam balik

 Lepas makan apam balik, makan plak kek bahulu ni . Dia sorang makan bahulu tu ....alahai semek Sarah.

Habih kenduri terus kami shoot balik terus Taiping . Mmg letih tapi sonok

Selamat Pengantin Baru Hafiz n Jas
Selamat Pengantin baru Wani n Siddiq

Wednesday, May 03, 2017

Next sale langsir

Assalamualaikum

Maaf lama tak apdate . Akak bz yg amats u ols . Minggu ni cuti kan panjang sket . Akak semer ke Taiping ke Penang ke Taiping blk ..mmg jalan jalan sambil blk kampung n ke kenduri kendara .

Hari ni baru masuk kerja ngan badan sakit sakitnya hahahhaha.

Hari tu kan ada akak buat sale langsir kan . Lepas dr sale tu ramai yg whats app , PM n DM tanya bila next sale . Sebab ramai juga yg baru perasan....walaupun akak mmg duk up nearly 2 minggu awal pasal sale . Mungkin belum ada rezeki kan ....takpa . Nanti kalau ada akan akak bg tau ye

21-24 April hari tuh adalah last vip sale utk Raya . Lagi pun tempahan langsir pun dah tutup . Kalau nak tempah juga akan siap selepas raya. Bayangkan betapa banyaknya tempahan utk raya .

Tapi u ols kalau nak beli kain boleh je ke Sarah Hughes Globe, naik lvl 7 n sopink kain.  Kalau nak members price just isi form n bayar RM10 shj .



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...