Friday, June 02, 2017

FV Gaya Koleksi Raya 2017


Tahun ni Moon berpeluang ke Fashion Valet Gaya Koleksi Raya 2017 . Fashion Valet sekali lagi bergabung dengan Andrews Model Malaysia untuk menganjurkan  pertunjukkan Fesyen Raya Terbesar iaitu Gaya Koleksi Raya 2017 . Fashion Show ni  berlangsung di Black Box, Publika bermula dari 11 - 14 Mei 2017 . Acara empat hari ni adalah platform untuk pereka fesyen dan jenama tempatan untuk menampilkan koleksi Raya masing masing .



Sebelum show bermula, boleh la kita tengok tengok dulu apa yang menarik di Fashion Valet Pop Up Shop di White Box . White Box dan black Box sebelah sebelah je .

 Ada light refreshment utk tetamu yang datang


 

  Acara pertunjukkan fesyen ini terbahagi kepasa 5 sessi sepanjang hari bermula dari pukul 2 petang hingga 9 malam.



1) 2.00pm
- Matase Sutera
- Cahaya Lily
- Merah Cinta Hati
- Merah Jambu
- Larney
- Clothersology
- Ira by Twenty3
- Eclectic by Carven Ong
- Lana

2)4.00pm
- Calaqisya
- Minaz
- Tudung People
- Poplook Premium
- Emel by Melinda Looi
- LKW Fashion Club
3) 6.00pm
- Locka
- FZK by Fitri Zainal
- Laguna Sydney
- Kree
- Arared
- Schmiley Mo

4)8.00pm
- Love To Dress
- Aere
- Afiq M
- Syaiful Baharim
- Alia B
- Fizi Woo
5) 9.00 pm
- NH by Nurita Harith
- Mimpi Kita
- Khoon Hooi
- Rizman Ruzaini
- Sapto Djojokartiko
- Studio 133 Biyan


Moon pergi ke session last day, pukul 4 petang .  Ada Calaqisya, Minaz, Tudung People, Poplook Premium, Emal by Melinda Looi dan LKW Fashion Club.

Jom kita tgk baju baju n shawl yg cantik


Calaqisya

Koleksi Raya Calaqisya nampak sangat modern. So kita boleh gayakan untuk raya dan juga untuk menghadiri majlis majlis. For me kalau buat pergi kerja pun nampak segak sangat kan . Warna pun lawa , plain n sweet.

 
 


 Minaz

Minaz pun menampilkan koleksi yg simple dan modern. Sesuai utk orang org muda . Potongan pemplum yang kembang dan flowy sangat menarik .  Warna pun warna warna lembut dan pastel.

 
 


Tudung People

Moon mmg suka usha tudung tudung di tudung people dan kali ni koleksi raya dia org sangat lawa 



warna biru ni sangat lawa . RM 128 satu . Moon sempat pegang n rasa kain shawl ni sangat lembut n best . Berkenan kat Diamant motif on the crown. Masa model ni jalan , nampak elok je shawl ni jatuh n flowy


nak tgk lagi koleksi Tudung People ni boleh klik link kat FashionValet/TudungPeople


Poplook Premium 

Moon suka Poplook sebab Poplook ada keluarkan koleksi utk plus size hiksssssssss dan banyak pilihan . Sesuai utk daily wear dan juga ke majlis. Klik link untuk more koleksi Poplook Premium for Fashion Valet

 


Emel by Melinda Looi

Bila tiba show untuk Koleksi Raya Emel by Melinda Looi terus mata jd segar kembali. Sebab tadi ada banyak koleksi pastel n warna warna lembut. Tapi Emel menampilkan warna yang ceria dan terang.  Semua koleksi adalah dalam bentuk 2 piece . Potongan biasa yang diberikan suntikan moden dengan detail pada pinggang dan juga padanan warna.

 
 


LKW Fashion Club 

Lim Kok Wing Fashion Club mmg tampil berbeza, menampilkan koleksi yang sangat elegan dan mewah. I really enjoy looking at this collection. Padanan warna hitam yang tampak mewah dengan labuci dan kilauan warna emas . Mmg nampak sangat mewah. Rasanya koleksi ni bukan sahaja boleh dipakai masa raya, malahan kalau ada perlu hadirkan diri utk majlis pun sangat sesuai ....glamor but simple and elegant.

 
 

Koleksi Raya Fashin Valet adalah dalam lingkungan harga RM 199 hingga RM399,manakala untuk harga premium adalah dlm lingkungan RM700 hingga RM1900 . 

Anda boleh dapatkan baju raya pilihan anda dengan melayari FASHIONVALET.COM atau berkunjung ke  rangkaian kedai Fashin Valet di Pavilion KL, Bangsar Village II dan 313@Sumerset, Singapura





Monday, May 29, 2017

Mak Andak Hershey Brownies and cookies

Assalamualaikum semua. Macam mana puasa u ols semua. Ok tak ? Misti semer seronok kan sebab 1st day n 2nd day jatuh hari tak kerja . Mmg puas hati dapat duk memasak utk anak anak semer .

Maaf la kalau bagi u ols terliur time puasa ni ...kalau rasa cam menggoda sangat harap baca entry ni dekat dekat nak balik nanti muahahahah

Moon order ngan Haizan sebelum puasa lagi . Moon ada up kat IG n FB tapi biasalah kan Moon ni asyk lambat je nak up kat Blog. Tapi cam rugi plak kalau tak share sebab kadang Moon pun akan masuk blog sendiri jugak utk cari info n contact number semer .

Moon duk beli n order ngan Haizan ni dah lama dah 3 4 thn dah . Kalau time raya je misti order choc chip cookies Mak Andak ...n brownies dia pun sedap hokey


Hershey Brownies RM 55 pembaca Moonpunyerblog harga special RM 50 only
(kena mention u ols dari Moonpunyerblog tau masa order ngan Haizan  )

kebetulan abg Haizan ada kat Cyberjaya jd Haizan kirim utk hantar kan . Happy sangat sangat sebab masa tuh mmg duk rasa nak mkn benda manis manis cam brownies ni . Dapat makan perggggg mmg makan pejam mata .


Mmg puas hati makan . Terasa coklatnya n tak terlalu manis ...just the way i like it. Time tu juga bukak n makan 3 ketui terus muahahhaha


brownies ni moon bawak balik umah . 2 hari je licin terus sebab budak budak ni pun mmg suka brownies. Tambah plak dah letak dlm peti sejuk sejuk ....kebetulan bukak peti ice atas ada plak ice cream vanila ......pergggggggg


 Mak Andak Homemade chocolate chip RM 18 (dulu rege RM 20) 
 Bangkit Cheese cookies RM 20
 
ok yg choc chip tu mmg sedap sebab dia rangup n rapuh . Kalau mkn mmg tak sedar ni sebab tetiba je dah setengah balang kita makan . 
 
 
Yg bangkit cheese tu Moon terpaksa sorok sebab Isk Yaya n Sarah mmg suka sangat . Rasa dia sedap sebab macam ada rangup rangup bijan  n cair dimulut je . Ni mmg highly reccomended. 

 
 
MCM MANA NAK ORDER 

Whats app Haizan :  019-392 0057

Starting order by 1st ramadhan (27.5.2017)
Closing order 14.6.2017 (19 ramadhan)
Pick up point Menara TM/ Seksyen 19 Shah Alam




Tuesday, May 23, 2017

tiba tiba air mata menitik nitik

Tiba tiba air mata menitik nitik takley dikawal ....tap tap jatuh terus .

Mama msg kat group whats app

" anak anak ingat ka hari ni hari apa 23/5 , dimana cucu mama menjadi yatim. Allah cucuri rahmat ke atas roh beliau dah syukur tak terhingga sebab dapat menumpang kasih ngan anak nya Abd Rafiq , Al-Fatihah "

terus mata tiba tiba panas automatik . Terus g bukak balik kisah lama utk konpomkan tarikh. Sebab mmg Moon ingat bulan May tp dah lupa tarikh . Tq mama sebab ingatkan. Moon nak reply panjang2 dlm group pun takut Talib sedih . Norma pergi pada 23/5/2012 dah 5 tahun dah.

bila baca entry ni Dalam Ingatan terus ayaq mata laju jer turun cam air terjun . Tanpa sedar nasib la takdak org kat opis . Hidung pun rasa dah kembang dah ni .

So pesanan buat semua dan utk diri Moon jugak. Hargai la pasangan anda sementara dia org masih ada . Kita pun tak sempurna n bersyukur la sebab pasangan kita menerima kita seadaanya . Hargai la dan sentiasa beryukur dengan nikmat yg kita dapat ni setiap hari . Sebab kita tak tahu bila ajal kita dimana kita akan berpisah buat selama lamanya. Syukur Alhamdulillah sebab Allah temukan pasangan yg baik buat Talib selepas Norma pergi. Baqis is the best mother yg Rafiq dpt .

Al- Fatihah buat Allahyarhamah Noormawati

Akak sentiasa sedekahkan Al- Fatihah buat Norma bila akak bacakan utk arwah mak akak , kakak akak , dan utk semua yg telah pergi .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...