Tuesday, July 18, 2017

lupa tarikh appointment

Pagi tadi kelam kabut uruskan anak anak kat umah . Siapkan makan dia org semua . Sekarang anak anak dah besar cam ok sket sebab masing masing boleh uruskan beg pakaian utk ke nerseri dengan sendiri . So mummy boleh siapkan beg Sarah sahaja.

Tgh bayangkan nanti anak 4 cam na la kalut nya pagi pagi ku ...oh tidak .

Sebab pagi akak selalu kalut la Pak Sutan bagi kelonggaran utk  duk relax n reset minda. Gie breakfast sama sama . Bukannya takley makan kat umah ...kadang pun makan kat umah ngan anak anak. Tapi dapat duduk relax n breakfast ngan tenang pada waktu pagi amatlah penting utk kita org . Baru la masuk kerja tak stress ...tu la resepi kita org ( bunyi cam poyo je kan hahahhaha padahal kerja 1 opis je pun ) but masa minum pagi ni la nak sembang nak cakap apa apa senang . So baru la takder kes tarik muka ke apa .... percaya la dah 13 tahun kita org mmg cam ni .


sambil minum sembang sembang bertentang mata auwwwwwwww ....sambil tgk kehijauan kiri kanan . Nampak sangat dah tua kan ...sekarang tempat kalut kalut dah bagi sakit kepala hahahah



Sebab tu kita org rajin cari port breakfast yg senang n mudah . Nak tempat yg relax tak laut n bersih serta makan sedap . One of the kedai adalah Ummiza Cafe kat area umah kita org tu . Kita org g kerja dari BBST mmg lalu kot jenderam tu , jalan kampung .


pagi dalam kol 8 tu dah ada lauk dah sebab mmg ramai org yg on d way g kerja ke Putrajaya tapau lauk lunch terus . Termasuk la kita org . Ada akak tu Moon selalu perasan dia siap bawak tupperware isi lauk . 

Kadang kat Cyberjaya ...ikut ikut time jugak la . Tapi Ummiza Cafe ni la selalu kita org singgah hahahhaha . Kadang kalau lewat mmg lauk licin . Sebab kol 2 -3 pm mmg dah tutup dah kedai . Kalau lauk habis cepat lagi cepat tutup .

so tadi lepas makan kenyang dah bihun ngan sambal extra ...terus g opis . Masuk lift, sampai lvl 2 bunyi notification phone. Ingat meeting ke hapa ....skali MGTT kat kinik

Terus tgk buku pink . Macam mana la boleh lupaaaaaaaaaaaa rupanya test minum air gula hari ni aiyarkkkkkkkkkkkkkk


Dah la semalam gie 2 3 open house. Jiran pun ada buat kenduri aqiqah . Siap dia hantar lauk kambing lagi kat umah . Malam tadi siap makan nasik lauk kambing lagi at 10 pm . hahahhahaha sepatutnya dah takley makan dah hahahahhaha ....oh my goat


Terus call KK tapi bahagian ibu n anak tak angkat . Mungkin tengah sibuk ...tgu la kol 2 karang call balik .

Moon duk ingat besok yang kena MGTT ...dah set Selasa saya MGTT padahal Isnin laaaaaaaaaaaa





Tasneem Naturel Baby Balm

Tasneem Naturel Balm


Moon tgk kalau cari #tasneemnaturel kat IG mmg banyak sangat keluar pasal baby balm ni . Rupanya baby balm ni sangat glamer hokey . Sebab ia natural dan mengandungi essential oil .



So Moon pun mencuba juga ke 4 jenis Tasneem Naturel Baby Balm ni

Sekarang Sarah n Yaya mmg setiap malam duk asyik sapu Sleep Time tu je . Kemain si kakak pun sama naik ngan adik .Bau lavender dia lembut je plus dia tak berminyak sangat atau melekit

Semalam nampak Sarah hidung dia cam berair sket . Batuk pun ada ...mana taknya duk open house sana sini mmg minum ais je manjang kan. Lepas tu suka gie main lari lari kat panas kat luar tu . Terus malam tadik nampak hidung dia berair . Terus amik CoughFlu Balm tu sapu kat dada n belakang dia . Elok je dia tido semalam . Nanti malam ni boleh sapu lagi

Moon plak suka Tummy Time tu sebab sekarang ni pregnant kan asik berangin je perut . So sapu sket kat ulu hati tu kan ..rasa berangin sket sket . Nak letak minyak angin lain risau sebab pregnant kan kadang berangin n panas sangat . Tapi sapu yg ni ok n best ....baby tak sempat pakai  lagi pun, mummy plak rembat dulu . Tapi kalau ibu ibu yg ada anak kecik n risau dia org kembung ke apa, boleh sapu Tummy Time kat perut baby tau. Dia bau cam halia sket . Moon suka bau dia ...kadang cam pening atau datang loya Moon suka bukak bekas dia n bau.

Kat bawah ni adalah penerangan mengenai Tasneem Naturel Baby Balm serta kandungan dia juga .

1- Calm Time 
2- CoughFlu
3- TummyTime
4- SleepTime



1 - Calm Time 


Tasneem Naturel Calm Time Balm ini berfungsi sebagai :
  • Memberikan keselesaan
  • Mengurangkan tekanan
  • Mengurangkan keletihan
  • Bantu anak lebih tenang

Cara guna:
sapu di tulang belakang, tapak kaki, di nadi belakang telinga serta pergelangan tangan.
Balm ini membantu menenangkan anak anda jika dalam keadaan tantrum / mengamuk / menangis tanpa henti.

100% dari Essential oils

Bahan :
Lavendar
Orange
Mandarin
Frankincense
Geranium
Marjoram
Bergamot
Roman Chamomile






2- CoughFlu Time 


Tasneem Naturel CoughFlu Time membantu :

  • Bantu kurangkan selesema
  • Bantu cairkan kahak
  • Bantu melegakan athma
  • Bantu kurangkan suhu ketika demam
Cara guna:
Sapu di hidung, tekak, tulang belakang, tapak kaki & dada
Boleh juga bagi anak hidu balm ini.Balm ini membantu secara semulajadi masalah batuk dan selesema.100% dari Essential oils

Bahan :
Lavendar
Lemon
Eucalyptus
Orange
Tea tree
Frankinsence
Cypress





3. Tummy Time 


Tasneem Naturel Tummy Time Balm membantu :
  • Membuang angin dalam perut
  • Bantu melegakan perut sebu
  • Bantu melegakan kembung perut dan sembelit

Cara guna:
Sapu pada perut & tapak kaki.Balm ini membantu anak yang mengalami masalah perut seperti kembung, sembelit, cirit birit.100% Essentials oils

Bahan:
Ginger
Peppermint
Junipers
Fennel
Lemongrass
Anise
Patchouli
Tangerine
Lavender




4 . Sleep Time 


Tasneem Naturel Sleep Time Balm membantu :

  • Bantu anak tidur lena
  • Bantu anak supaya mudah tidur
  • Bantu anak bangun dalam mood ceria
  • Memberi tidur berkualiti
Cara guna:
Sapu di tulang belakang, tapak kaki, di nadi belakang telinga serta pergelangan tangan
Balm ini membantu anak yang susah tidur. Ia mengandungi essential oil yang dapat seimbangkan hormon tidur dan hormon sedar. Malah memberikan tidur nyenyak dan berkualiti. Sapu di kaki, belakang telinga, pergelangan tangan dan ubun-ubun.100% dari Essential oils

Bahan :
Lavender
Cedarwood
Vetiver
Chamomile
Orange
Marjoram
Bergamot
Ylang ylang





Harga 

Harga 1 bekas adalah RM 49


Kalau beli 2 RM 88 jimat RM 10


Harga 1 set adalah  RM 176 jimat RM 20


Boleh share ngan kawan kawan opis beli banyak terus pastu pilih mana u ols nak utk anak u ols . Kalau nak beli semua p upun boleh sebab ni boleh diguna oleh semua .



Stokis KL 

Moon dapat beli Tasneem Naturel Baby Balm ni dari Kamilah. Dia adalah Stokis bagi KL dan juga pos ke serata Malaysia . So u ols boleh buzz Kamilah k


Whats apphttp://www.wasap.my/60173325801/babybalm 
boleh klik link terus n direct whats app k
 
Instagram Kamilah https://www.instagram.com/nur_kamilah89

Facebook :   Nur Kamilah

Monday, July 10, 2017

report Card Day

Last week ambil report card sekolah agama. Minggu ni amik report card utk sekolah Kebangsaan plak.

Moon dulu kemain takut nak tunjuk kad kemajuan kat abah. Bukan apa malas nak dengar dia bebel. Walaupun dapat nom 3 ke nom 4 tetap kena bebel. Pernah jugak beberapa kali sign sendiri je buku rekod hahahahha . Kadang abah takley dtg...mak ayah org dtg je sembang ngan cikgu ...kita gaks alih alih amik je buku sendiri bawak balik ...Tu akak dulu dulu la kan kisah dolu dolu.

Tapi bila tiba turn anak sendiri mmg walau macam mana pun kita tetap akan luangkan masa g sekolah anak n jumpa ngan cikgu. Sebab cikgu la org yang tahu macam mana prestasi pembelajaran anak kita n perangai anak kita kat sekolah .

Pak Sutan benda pertama dia akan tanya cikgu adalah

Cikgu anak saya macam mana dlm kelas . Ada dia cakap kurang ajar ngan cikgu tak . Ada kelakuan dia tak elok tak . Dia dengar cakap cikgu tak ? Kalau ada cikgu marah aje dia tegur dia kalau dia buat salah

Dari Isk darjah 1 sampai la darjah 6 sekarang. Without fail misti dia akan tanya kelakuan anak dia dulu. Sebab dia cukup tak suka budak melawan cakap nak nak lagi ngan guru guru dan orang tua . Sebab dulu mak dia pun rajin gie sekolah siap pesan kat cikgu , kalau anak saya buat salah marah la dia ..pukul pun boleh. Tapi jgn bagi cacat sudah . Tu dia mak cakap cam tu . Cer sekarang ada tak mak ckp cam ni lagi hahahha . Kita dulu punya takut kalau mak tahu kita buat perangai kat sekolah kan kan kan .

Ok back to report card .

Alhamdulillah result ok . My kids tak lag ultra genius yg semua dapat A . But im still proud of em dan tahu dia org dah cuba sebaik mungkin. Sebab kita parents mmg tahu kemampuan n kekuatan anak kita macam mana kan.

So Moon pesan kat ISk ...its ok u tak dapat A tapi jangan la fail any subject  . Hahhahah tapi yg klaka nya dia score giler utk subject lain selain subject teras utk UPSR tu hahahhaha urut dada je mak kamu Isk .

Budak kecik tu sibuk nak ikut jugak . Siap tanya bila dia nak sekolah ni. Sarah suka sekolah ni. Habis semua kawan kawan kakak dia jadi kawan dia . Siap kawan kakak dukung dia lagi ...hover nanad kamu ni semek .


Yaya plak dalam duk asyik nak tidur awal ....pukul 9 dah lembik n nak lena . Dia punya result sangat bagus . Cuma dr sekolah pra sampai la sekarang darjah 3 cikgu kata dia banyak cakap kat kelas . OMG tu mmg mummy dah ready utk dengar dr cikgu kamu Yaya

 Sarah siap ajak kakak pergi kantin . Kemain lagi dia lepak ngan kakak kakak darjah 3. Amboiii ....kemain bahagia lagi dia sebab Kakak yg belikan air dan nasi lemak . Dah la makan 2 pinggan nasik lemak


Nanti mummy hantar Sarah dtg sekolah lagi ya Mummy . .sebab Sarah suka la sekolah ni best . 

Kemain lagi bahagia dia dapat ikut gie sekolah abang ngan Kakak . Thn depan dah kena anta awak masuk sekolah dah la Semek oooiiii . Hope semangat seronok nak gie sekolah ni dikekalkan sampai bila bila hahahhahahah





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...