Thursday, September 21, 2017

Blood Glucose Monitor

Moon beli alat ni utk cek gula dalam darah . Mmg setiap kali mengandung mmg kena asyik minum air gula aje n asyik kena kawal gula dalam darah aje . Dari zaman mengandungkan abg Isk sampai la sekarang . Maklumla wanita agam macam akak ni sah sah la berat more than 80kg muahahhah berat nanang nanang.

Dulu dulu alat ni mahal cam seratus lebih . So setiap kali nak amik bacaan gula dalam darah, memang kena gie klinik. Jenuh jugak kalau kebetulan kena buat BSP yg kena buat 4 kali amik bacaan tu


Bacaan BSP yang sihat

8 am - bacaan darah dlm keadaan puasa di malam hari sampai pagi  ( kena bawah 5.3 )
2 jam selepas breakfast ( kena bawah 6.7 )
2 jam selepas lunch ( kena bawah 6.7 )
2 jam selepas dinner ( kena bawah 6.7 )


So masa mula kena BSP setiap bulan tu mmg terus bukak Lazada cari n masa tu jumpa la yg murah aje below RM 50


ni brand Cofoe . Sebab apa pilih yg ni adalah...sebab masa tuh yg ni paling murah n complete. Maksudnya takyah beli strip atau jarum cucuk tu asing .

Ada yang lain kena beli asing asing . Ada jugak yg setiap strip n jarum tu mahal . So yang ni cam murah dan ramai yg bagi review bagus . Tu sebab Moon pun amik yg ni aje .

Tapi sebab ni dr luar negara , maka lambat sket la nak sampai kat kita . Dlm 2 minggu jugak Moon tgu .

Ni dah 3 4 kali dah pakai Blood Glucose Monitor ni dan ya ampun senangnye kijer kijer nak cek glucose dalam darah ni u olssssssssssss . Takyah susah2 ulang alik g kinik semata mata nak amik bacaan darah .

Result pun dalam masa 5 saat sahaja . Terus dpt bacaan .


ada bag kecik macam ni. Jadi senang la nak letak dlm handbag . Kat opis pun boleh buat test jugaks . Sekarang Moon buat BSP sebulan sekali . Nampak bacaan pun cantik . Gamba ni di snap bulan lepas . 2 hari lepas ada buat lagi utk BSP kali ke 3 . Masa BSP ni mmg Moon mkn seperti biasa . Sebab nak tgk mcm mana badan kita singkirkan gula tu .

Dokter pun da pesan kalau mmg tak ada diabetis makan je macam biasa . Kecuali kalau bacaan tu sangat tinggi maka kena la kawal pemakanan dan kurangkan pengambilan gula . Tapi amat penting buat ibu hamil utk makan makanan berkhasiat di tempoh kehamilan .

So masa Moon nak buat entry ni ...masuk la Lazada sebab nak bg la link alat ni kat korang . Sekali nampak ia jadi lagi murah u olsssss

Tgk tu ada offer 72% . Masa Moon beli hari tu offer 50% aje . So siapa nak ni mmg peluang utk dpt beli pada harga murah .

Kalau korang nak tgk jenis lain pun ada banyak kat Lazada tu . Just search : Blood Glucose Test 

Harga BSP Murah
Alat BSP




Wednesday, September 20, 2017

Baju baby RM1

Kita time malam malam mmg akan jadi habit sambil baring, sambil tgk phone . Pastu nampak plak iklan best best terus gie cuci mata kan ...

Hari tu ( dlm bulan lepas )  ada nampak 1 iklan ni katanya baju baby semua akan jadi RM1 . Tgk tempat plak area umah Moon je ...kat area Taman Seroja BBST . Selama ni tak pernah perasan pun ada kedai baju bundle budak ke apa . Kedai baju bundle org besar ada lah beberapa tempat kan .

Gigih ajak Pak Sutan g tgk sebab kata iklan kat FB tu 2 hari aje dia buat promo baju jadi singgit selai . Ada new dan ada bundle n second hand . Masa tu tak der la expect apa apa sangat . Mmg pergi just nak tgk tgk je . Takder niat nak beli langsung  . Dalam wallet ada RM 50 je ...malas nak gie Atm withdraw duit .

So masa sampai tu tgk baju berlonggok atas lantai je . So kalau org cerewet tak dinasihatkan dtg . But utk org dah biasa ngan bundle n pantang tgk benda murah ...ni perkara biasa aje . Tapi terus duduk n selak2 longgokkan baju . Tuan kedai tu kata semalam ok dah asing ikut size ....tapi org dah serang mmg dia org campo kan semua dah . Moon pergi day 2 .  Masa ni tak ramai org ..tapi dalam 10 min tu terus ramai org dtg n join bersila n pilih hahahha .

Ha longgok cam ni je u ols ....yg atas lantai ni semua singgit . Bukan sebarang longgok . Memula Moon ingat baju apa la dia lelong singgit ni tapi banyak yg elok rupanya . Brand Bonds , Mothercare n Carter pun ada ...size newborn banyak la sangat .

Masa ni tak tahu baby boy ke girl so cakap kat Yaya n Isk ...bantu mummy cari baju 3-6 months warna putih je . Nak elok tak buruk atau berbulu , tak ada kotor atau lubang. Kalau dapat yg ada tag baru lagi mummy suka .

Sekali banyakkkkkkkkkkkkkkkkkk hokey bebudak ni jumpa . Moon parking tepi je ...anak anak selongkar dan pas kan pada Mummy utk QC.

Kebetulan baju baby kat umah mmg tak ada dah . Sebab dah bagi kat adik adik semuanya yg dapat baby . Kalau ada pun simpan sket je  . So baju baby mmg tarak ...so mmg plan bulan ni atau bulan depan la gie cari dulu sket sket kan .Skali terdatang kat sini plak ...

Pak Sutan tanya awak nak beli berapa ni ...elok ke tu . Sambil tangan dia laju je campak mana dia nampak elok .

Konpiden je bini dia jawab ...saya nak amik 10 lai je. ( boleh caya ke )

mmg kena selongkar 1 1 . Nasib la ada Isk n Yaya tolong hahahhahaha . 

hahhahahah hasilnya . 

asalnya yang nak gie tengok tengok je . 

Kemudian nak beli 10 lai je 

sekalik ...42 lai muahahhahah
12 baju tidur
15 baju lengan panjang 
15 jumper baju lengan pendek 

Mmg elok elok semua . Most yg Moon beli tu ada lah New . Ada yg masih ada tanda harga . Semua adalah brand oversea . Yg merah tu Sarah yg pilih hokey . Katanya Sarah pilih utk adik ...Sarah suka . Ok la Sarah ...tetiba ada merah di situ kan .  Lagi pun baby cepat je beso. Ni semua size newborn - 6 month shj.

Nanti kita cuci bersih2 kasik basuh air panas sekali ngan saki baki baju Sarah masa baby yg Moon masih simpan sket . 

Mana nak dapat singgit kannnnnnn so rezeki jgn di tolak . Kita amik je mana yg elok . Ni kalau kat FOS pun paling kurang RM8-RM10 jugak selai ni.


Rasanya skrg dah tak der dah clearance RM1 tu tapi korang ley la try intai intai kat FB page dia org ....jap Moon cari . 

Nama dia EYDraki Bundle . Nanti korang search je la kat FBmana tahu kot kot akan ada clearance lagi ke apa in the future .

* Ini bukan iklan ke apa ya ....akak share je .

Walaupun akak tau ada yg akan kutuk apa la beli baju bundle . Akak tak kesah pun sebab baju mmg semua elok je . Org kata dok doser pung ... ramai je org pakai baju mahal tapi nampak murah n ramai je org pakai baju murah tapi nampak mahal....gitewwwww siapa kah kita utk judge betul tak. Kalah membeli , menang memakai auwwww takat duk salin2 duk umah kannn.

Sharing is caring kan .



Potong rambut di Mesa Mall Nilai

Ada mall baru bukak area Nilai. Nama dia Mesa Mall, kita org baru je berpeluang pergi beberapa minggu lepas . Saja nak jalan jalan dalam tu sebab ramai kata best .

Dia cam ke dalam sket tau Mesa Mall ni . Masuk simpang cam nak gie NCI Nilai . Mesa Mall ni adalah bangunan rumah kat atas n mall dia bawah .

Surprisingly tempat dia macam kedalam sket tapi mall dia sangat lawa n macam high class . Mmg cantik sangat, rasa macam pusing2 dalam Sunway Pyramid je gitew . Tapi lom banyak kedai yg bukak lagi.

Masa duk pusing2 tu nampak plak banner Pro Cut ni. Kebetulan Yaya nak potong rambut. Sebab dia ni pemalas sangat nak ikat rambut kan...apa kata kita zass je rambut dia tu


Cam ok gaks kan RM 12 . Kita potong pendek sket . Pro cut ni atas Jaya Grocer ...naik escalotor ke tingkat 1 sebelah ngan food court n dalam kedai baju . 

 Kecik je kedai gunting rambut tu , tapi selesa kat dalam . Nampak dia potong rambut Yaya pun elok je . 1 rambut pun tak jatuh kat baju ...kat leher semer clear . Yang potong tu pun cermat je buat kerja .


 Kemain lagi ...siap dapat blow rambut bagai ..

Lepas siap potong rambut gie ronda dalam Jaya Grocer tu n makan kat Subway di bawah tu . Nanti next month ley pergi lagi sebab masa tu misti dah banyak kedai bukak .

By the way Mr Diy kat dalam ni sangat best n sangat besarrrrrrrrrrrrrrr


Monday, September 11, 2017

UPSR 2017

Hari ni hari pertama UPSR 2017 . Selaku mak harus la akak nervous u ols . Tahun lepas tgk org update pasal anak periksa semua akak masih lom paham tahap nervous tu macam mana. Tapi bila skrg tiba giliran akak, anak masuk periksa baru la akak mengerti level nervous tu macam mana .



Dr malam tadi duk doakan dia. Nak tido pun asyik terjaga jaga . Mak mengalahkan anak plak kan hahahhaha . Biasa la ...mak mana tak sayangkan anak woooo .


Ni jadual peperiksaan


Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2017 
 UPSR 2017 Exam Date Calendar

Akak harap Isk mampu menjawab dengan tenang . Dr awal tahun agi akak mmg dah pesan kat dia . Mummy tak harap pun Isk dpt 6A ke apa . Janji Isk lulus semua pun cukup la . Tak kisah la A ke B ke apa janji lulus . Sebab apa yg Isk dapat adalah utk masa depan Isk jugak. Mummy ngan Daddy akan sentiasa support Isk walau apa pun keputusan Isk 

Sebab kita tahu level anak kita macam mana kan . Bila nampak peningkatan tu , tu pun dah cukup membuatkan kita rasa bangga . Janji buat sebaik mungkin . 

Kita usaha , doa n tawakal . 

Akak pun puas hati dapat ajar dia dr awal tahun hari tu . Duduk sebelah dia saat dia buat latihan . So kalau dia ada apa apa soalan dia akan tanya . Itu je yg akak mampu buat sebagai tanda sokongan buat dia . Semalam suh dia tido awal ...dia takmo ....nak jugak suh explain kat dia cara buat karangan n etc.

Pagi tadi kejutkan dia bangun tido pun senang, laju je dia g masuk bilik air . Baru nak suh dia solat Subuh, dah nampak dia bentang kan sejadah n solat . Kita ni pun risau ni kan plak tuan punya badan kan . 

Semoga berjaya buat anak anak kita semua . Yakinla bahawa mereka sudah buat yg terbaik . 


Monday, August 21, 2017

Happy 12 Birthday Iskandar

Selamat Hari Jadi ke 12 anak sulong mummy....Sutan Iskandar.

My first born son yg masa kecik kuat mengamuk. Lambat bercakap masa kecik...tapi skrg dia yg stress dpt 2 adik pompuan yg bercakap je sepanjang masa hahhahah. Tapi tetap layan adik adik ngan baik walaupun kuat mengusik.

Isk mmg boleh diharap. Nak kejut bangun tido senang, panggil nama sekali 2 pun dah bangun n terus ke bilik air kalau pagi2 . Dia ni light sleeper cam mummy jugaks. Kalau Yaya jenuh nak kena sentuh tepuk2 baru dia sedar. Kalau ada apa apa nak mintak tolong pun senang dia akan buat elok elok. 

Anak teruna yg dah nak sama tinggi ngan mummy dah. Si sulong yg tetap manja kededek...yg still dtg tido kat riba mummy bila dia nampak Sarah dah tak bertempek ngan mummy. Si sulong yg suka dicuci telinganya , dipotong kukunya. Kalau dah letak kepala kat riba kita ...dia tarik tangan Moon letak kat kepala dia. Di minta digosok gosok. Walaupun rambut kamu keras n kerinting bak brokoli mummy tetap sayang Isk.

Cakap je kaki mummy lenguh dia la dulu yg datang picitkan.







Si sulong ni la jugak yg tak pernah mintak apa apa . Beg koyak pun diam je n pakai je sampai lunyai ...selipar jadi kecik pun dia pakai jugak...suar senteng pun dia belasah jugak pakai 


Tanya nak adiah apa ? Tak pernah pun bgtau nak hadiah mahal mahal. Paling paling dia mintak pun kek je sebijik makan sama sama kat umah . Umor dia kan mmg akan nak tab nak phone kan sebab tgk kwn kwn ada. Dia tahu Pak sutan ada phone lama....yg phone lama screen pecah tu jugak dia mintak . Janji dpt main game kejap2 pun jadi la . So mummy ngan Daddy syukur sangat sangat dapat anak yg baik n amat memahami seperti Isk.


Tq Abg Isk. Mummy Daddy n adik adik semua sayangkan Abg Isk. Walaupun Isk dah ada adik adik, ingat la Isk la yang pertama membawa seri dlm hidup mummy n daddy. Isk la yang mummy tgk tiap tiap hari ...tatap muka Isk puas puas. Sampai sekarang pun mummy tetap g gosok kepala Isk tiap kali Isk tido malam malam . Tenung muka Isk yg dah tak baby dah. Muka dah jadi muka budak besor dah . Kumis pun dah naik terang.

We love u Isk. Mummy doakan Isk berjaya dunia n akhirat.

Happy Birthday my beloved son.


 12 Tahun

Abg Isk yang dah makin tinggi sekarang . Semua baju n seluar dah jadi senteng semuanya . Kalau dia senyum mmg hilang terus bibir  hahhahaha cam tu la senyuman si sulong ni hahahah  

 11 Tahun

10 Tahun

9 Tahun

8 tahun

7 tahun

 6 tahun

5 tahun


4 tahun

3 tahun

2 tahun

1 tahun

wah #throwback betul ni . Tak sangka anak mummy dah besar panjang dah


Sunday, August 20, 2017

13 wedding anniversary

Semalam genap usia perkahwinan 13 tahun .Sebenarnya masuk je bulan 8 mmg tau dah bulan Anniversary n Birthday Isk. Tapi semalam dua dua jugak terlupa . Dah petang baru cam ...eh hari ni 20 hb kan hhahahhaha . Nampak sangat faktor usia kan.

Tapi tak ada apa apa sambutan lagi sebab nanti la kita sambut sekali ngan bday Isk. Buat sekali gus senang hahahhahah .


Happy 13 Anniversary Pak Sutan. Tq sebab jaga saya ngan anak anak ngan baik. Sepanjang kawen tak pernah sekali pun tinggi kan suara . Kalau dia tak puas hati dia diam je ....sampai Moon plak duk gundah gulana pikir apa aku ada buat salah. Tapi marahnya tak lama ...kejap je.



Banyak kita lalui bersama sepanjang 13 tahun ni kan. Dari zaman mula kawen ...zaman susah sampai la sekarang. Nak kata senang lenang tu tak adalah tapi syukur sangat sangat Allah bg rezeki kebahagian rumahtangga buat kita dan anak anak yg baik baik. Syukur sangat sangat .

Life is getting better n better ...moga bertambah baik lagi Insyaallah.

Ni tahun ke 13 Allah bagi kita rezeki yg tak disangka. Moon ingat Sarah tu la yg last n bongsu rupanya ada sorang lagi on d way.

Ingat lagi  masa mula mula saat awak mengorat saya masa tu umor 19 muda remaja sangat sangat lagi. Dari tak layan jadi terpikat plak ngan kesungguhan awak mengorat hahahah . Ngorat cara klasik sangat main baling baling gumpalan kertas masa dlm bilik kuliah . Setiap hari awak tunggu saya kat depan hostel nak ajak g kelas sama sama. Sikit sikit jadi tersuka plak kan ......

Tapi bila dah start serius kwn terus inform parent masing masing. Moon bawak jumpa makcik , abg n kakak bagi semua kenal kita kawan ngan siapa. Dia pun kenalkan kat parents dia. Padahal masa tu baru 20 thn umor tapi nak hubungan ni parents tahu . Ni bukan nak main main n bukan nak suka suka kawan . Ni mmg serius .

5 6 tahun jugaks kapel ...baru kawen . 

Moga kita menjadi pasangan yg terbaik utk masing masing. Melengkapi each other serta menerima segala kekurangan dengan seadannya hingga ke akhir usia . Love u Pak Sutan

Love from your bini yg manja kededeks

Friday, August 18, 2017

Isu artis

Tetiba akak jadi Kak Nam Kak Nam sangat ....cam pengulas media hiburan plak . Sebab benda ni la duk selalu naik kat wall FB asyik asyik 2 3 minggu lepas isu Aliff n Apipah n Bella . Dah reda yg tu muncul plak kisah Hafiz n Joy yg baru 6 bln kawen ....ni isu Saleem n anaknya plak .

Ni kalau Pak Sutan tahu misti dia tak beberapa kenan . Misti dia  tanya yg awak nak sibuk sibuk amik tahu tu kenapa .........hahahhahah

Dah ternampak nak buat cam na bukan saya kutuk kutuk pun . Tetiba saya rasa nak komen ...nak wat entry canner . Kalau tak awak asyik tanya napa tak apdate blog . hahahhahah

ni saya rasa nak update n isu ni rasa nak tulis ...... ( boleh ye daddy )

Alip Pipah n Bella

Gambar from google

Ni cam dah selesai la kan. Mmg si suami ada buat silap n dah mintak maaf ok la kan. Bini dia pun dah maafkan dia n terima balik kira ok la . Manusia mana tak buat silap . Lagi pun Bella maafkan n terima sebab menunjukkan dia sayang suami dia sayang rumahtangga dia org . Kalau semua org terus marah mengamuk n melenting tu yg jadi kes cerai berai makin banyak tu. Salah sikit cerai....silap sket cerai . Senang betul . So hormat keputusan mereka yg kuat n tabah utk pertahankan istana yg dia org bina . That is what i think. So kita tutup buku n doakan agar rumah tangga dia org bertahan sampai bila bila .

Kapal mana tak di landa badai ....but they managed juga utk tempuhi semua tu n sambung berlayar. Biasa la kan adab umah tangga .

Org ke tiga plak dah la ngaku je la . Yes its my mistake ... dah la . Org lupa la lepas tu. Selagi banyak kita berdolak dalih lagi nampak kita ni teruk . Pusing punya pusing kena kat batang hidung sendiri juga. Yg betul tetap betul n yang salah tetap salah. Hope lepas ni Cik Pipah beringat n adik adik bujang lain pun beringat . N adik adik bujang please cuba avoid utk rapat ngan suami org.

There is no istillah kuar minum minum ngan dia ( laki org ) . Saja sembang sembang ngan dia ( laki orang ) . Saja suka tgk n hang out ngan dia ( laki orang ) ...bahayaaaaaaa . n there is a big NO ....BEST FRIEND AI LELAKI  ( n dia laki orang ) .

Moon ramai je kawan yg ada banyak cobaan n dugaan dlm umah tangga dia org but sia org usaha utk perbaiki kekurangan n kelemahan tu . Selagi mampu utk dipertahankan ...sama sama la jaga .Amik la ikhtibar n pengajaran yg baik baik aje k dari kisah orang .

 #isurumahtangga
ok dah jom tutup buku ..........ok next


Hafiz n Joy


Moon baru tahu siapa Joy ni . Sebab Moon mmg suka tgk poster Merve dia . Sebab ia ala fantasy fantasy gitew . Approach poster dia pun lain....dikala semua org sibuk nak buat floral la apa la ...dia buat ala fantasy gitew ....tuan puteri unicorn n etc .  Pasal pesen tudung dia tu biar pi la kan janji tutup apa yg wajib ditutup. Nak tutup ngan daun pokok pun tak apaa ahaksssssssss....

Hafiz Hamidun Moon suka lagu dia sebab my friend Ila ada hadiahkan CD zikir Hafiz Hamidun. Masa tu baru Moon tau dia ni siapa . Lepas tu tahu dia kawen ngan Joy ok la kan. Im happy dengar org kawen ...tgk dia org update pun yg bagus . How Joy pun syukur sembahyang puns ekaranga da imam ...cam na dia pun dah labuhkan tudung dia n such. Thats good la kan

tup tup dengar gaduh plakkkkkkkkkkk alahaiiiiiiiiiiiii baru 6 bulan sayang sayang oooi . Biasa la . Cepat cepat la solve kan. Ni kadang salah paham je . Kalau 6 bulan kawen tapi few days je duk serumah payah gaks kan .....so bila nak jumpa  keserasian. Bila marah ni mmg la semua benda nampak tak elok. Masuk org luar campur lagi la keruh keadaan . So cepat cepat solve kan cepat .

Jangan main balas cakap ....sorang kuar statement sorang sentap n balas balik. Pi mai tang tu jugak ...lama lama perkara tak patut kuar akan kuar . Perkara yang tak patut di ungkapkan pun terkeluar jugak. Kebenaran kan amat pahit utk di telan. Pasti ada yg terluka . Hope both cepat2 solve kan. Suami pandai2 la pujuk isteri k ...tunjuk contoh yg baik. Kalau isteri tu tak pandai tak sempurna tugas suami la yg utk didik dia.....sedangkan anak payah nak didik ni kan plak isteri yg dah besor dah tu. Kalau buluh tu dah keras ketung dohhhhhhhh.

So kita jgn masuk campur n keruhkan k . Pandai2 la korang setelkan sendiri. Saya harap akan dengar good news from them ...n bukan berita buruk. Sama sama kita doakan. Sedih tgk masjid yg baru dibina runtuh cam tu kan.

#isurumahtangga
ok next........



Saleem n Shafiq Farhain


Isu ni akak baru tgk lepas kecoh2 org share pasal mak tiri dia , Saleem's current wife bising2 pasal si anak ni sibuk2 nak jadi artis tapi nak jugak guna nama ayah. Mentang2 ayah glamer ...nak naik pun guna nama ayah n many more la. Sepatutnya kalau nak pomot album baru utk marketing semua jangan guna nama Saleem...jangan nyanyi guna lagu Saleem. Yang tu la yg akak paham. Walaupun akak menyirap je tgk video sket mmg cecah akak punya boiling point la u olsssssssssss .


"Tu la kalau mak tak reti didik anak "

pergggggggggggg akak terbakar u olssssssssssssss bukannya budak tu membesor jadi penagih dadah jadi perompak. Dia jadi bomba ...kerja mulia selamatkan org .  Takpa la mungkin wife Saleem masa tu pun tgh marah takpa la kita lupakann maafkan dia .

Akak org Ganung ni mmg minat ngan Saleem ngan Iklim. Tak ada sorang penyanyi yg sora cam Saleem ni . Sora dia unik serok serok ala ala sengau sedap cam selsema sket gitu hahahhahaha.  Payoh ngat nok explain.

Akak pun baru tahu Saleem ni rupanya ada anok teruna yg kerja bomba ... sora dia plop perggg sedap hokey ....sama cam Saleem. Yer la anak Saleem sora misti la ada sora ayah dia takkan anok Saleem sora cam Jamal Abdillah atau Anuar Zain plop kan .

So Shafiq Farhain ni semua org tahu la dia anok Saleem . Yer la ....doh ayoh nama Saleem ...anok Saleem la . Guaner guaner pun ...mmg ank dia dunia akhirat mmg tak berubah. Doa anak ni la juga yg akan berterusan utk si bapa andai kata bapa dah tak ada didunia ni.

Soal konon tutup periuk nasik ayah la apa la .....akak rasa cam ni alasan tak kuat laaaaaa . Ayah takkan la nak rasa dengki ngan anak kot ......anak sendiri bukan anak jiran sebelah ke apa, darah daging sendiri ...korang tgk bintang hindustan walaupun bapak hero zaman 60 an org still sebut nama dia org bila anak glamer n berjaya jd hero zaman skrg ...anak beranak Kapoor ...Khanna ke ...tak ke bangga cam tu . Betul dop

So semalam dengar interbiu Mstar kot ngan Shafiq ...akak sian plop ke mung dik. Elok je lemah lembut je dia bicara . So akak tahu mung budok baik . Dakpe la dik ...rezeki tu dari Allah. Kalau dah tertulis ada ...maka ada lah. Sedih kan bila ada ayoh ...ayoh wat gining . Takpa dik akak pahammmmm takpa nanti ayoh ok la tu, kadang ayoh ok je tapi org buat ayoh dok ok  lupa jap kat anok anok . Suatu hari nanti ayoh sedor tuh ....awok sokmo sokmo la doakan kesejahteraan ayoh k .


cam sedih plop kan 

"kenapa boleh cakap macam ni kan ....ngan darah daging sendiri kan "






Jom la kita dengor lagu Shafiq Farhain anak Pak S ( doh yer dok buwi sebut kan ) . Dakper dik ...sora awok sedap . Insyaallah ada rezeki ada la yer. Yakin ngan ketentuanNya. Hikmahnya ramai orang tahu pasal awok n acknowledge bakat awok. Akak hok mok mok orang ni hok dop pernoh amik tahu pun start tgk semua video awok kat smulle semer . Anggap ni rezeki n free marketing dr semua pihak k . Sebab ni ramai orang mula kenal awok. 

Ada masa gie la jupper ayoh ...g jupper ayoh sorang je . Jumpa 4 mata je jangan ada org lain. Sebab org lain bagi makin kusut je .  Ayoh mana pun still sayangkan anak walau apa pun.



Mmg la org senang akan kata macam macam kan ...but siapa yg alami sendiri pasti akan tahu cam na membesar bukan disamping ayah ni .

Moon cam terkesan cam dapat rasa je . Sebab lepas mak meninggal mmg ayah kawen lain . So kami adik beradik membesar sendiri . Tapi masa tu life is hard tapi kita org manage utk membesar ngan jayanya . For years mmg kami membesar ngan kasih sayang adik beradik aje tau . Kami 5 beradik .

Mula mula cam geram cam marah cam cuba nak paham kenapa n mengapa untill one time nko dah give up dah nak amik tahu . Suddenly adik adik jadi more important dari nak pikir pasal org lain. Lama lama cam bawak hal sendiri. Bukan kata lupakan dia . Mmg tak lupakan. Ayah tetap ayah dunia akhirat . Doa utk dia sentiasa ada. Setiap kali jumpa mmg hormat kat dia .

Tak pernah pun susahkan dia ...tak pernah mintak duit pun. Sekalil je mintak tu pun masa nak kawen ayah bagi jugak skit. After walikan nikah ayah terus balik tak stay pun. Sedih mmg sedih but ada org lain yg bagi kasih sayang kat kita....kita rasa cam ok ...tak apa . Sebab bila kita tak harapkan apa apa ...kita takkan kecewa sangat kan.

Takpa la ayah pun dah ada keluarga baru. Biarla adik adik baru dpt kasih sayang. Takmo dia org lalui apa yg kita org lalui. Tapi deep inside my heart , somehow mcm bersyukur jugak sebab atas kesusahan dulu la rasa makin kuat n tabah. Baik ayah n adik adik kita adalah darah daging walau macam mana pun kan . Air dicincang takkan putus .

maaf ek akak terbawak bawak plak kannnnnn emo terlebih. 

 


Tuesday, August 15, 2017

Lipat baju guna kotak DIY

Sekarang kalau nak lipat lipat baju mmg senang sangat . Sebab anak anak dah boleh lipat baju sendiri. Walaupun kadang tu tak la menepati piawaian Mummy nya yang sangat cerewet pasal lipatan baju .....tapi boleh laaaaaaaaaaaa

Pak Sutan kata kalau tak suka lipat sendiri ...sentap mak . Tu yg slow slow belajar terima muahahahhaha .

Tapi sebab dia tahu bini dia tak tenang jiwa raga tgk baju tak sama size ...gigih dia g kedai runcit amik kotak kotak . Diam diam je dia panggil Isk Yaya Sarah ajak buat kotak lipat baju ni .




So setiap kali nak melipat baju , mmg Sarah akan secara automatik akan duduk sebelah Moon n amik kotak lipat baju dia . Tapi kita kena letak la baju dia atas tu n dia akan lipatkan sendiri .

Boleh la kan ...janji ringan sket kerja mummy pun jadi la . So Moon akan lipatkan suar dia aje . Baju semua dia akan lipatkan sendiri .

Good job Sarah

 Hasil lipatan Mek Sarah ....mummy bagi A1 kat Sarah.


A post shared by Munirah moon (@moonpunyerblog) on


Kain baju adalah urusan yang tak pernah setel ....basuh , jemur , angkat , lipat , susun n iron  and then repeat over and over again hahhahahahha 


Kalau tak sempat nak buat kotak lipat baju tu . Boleh beli je kat online atau mana mana. Ni Moon nampak kat Lazada . Kesimpulannya semua pun works ....


Wednesday, August 09, 2017

Ephyra Lips

Ephyra Lips ada tambah 3 warna baru yang sangat cantik ....



warna fav fav Moon plak tu . Moon mmg suka something yg nampak coklat2 sket rather dari merah menyala . Kalau merah pun more pada merah nak ke maroon ...

3 warna ni is so my color ...happy ngat ngatt


Cantek kan ...warna dia sangat in  dan ramai org boleh pakai warna ni .

Cranberry Quinn
Summer Blaze
Madly Brown

semua orang kata ni warna sejuk n warna erath tone gitewwwwww so kalau pakai nampak natural aje tapi still menawan ..auw

So sekarang Ephyra Lips sudah ada 8 warna ....misti ada satu atau dua yang korang berkenan kan ........kalau berkenan semua pun bagus sebab akak pun tamak ada semua warna hahahhaha

Cranberry Quinn NEW!
Summer Blaze NEW!
Madly Brown NEW!
 Whisper Nude
Amber Rose 
Pink Peony 
Scarlet Plum 
Red Kiss



Harga Ephyra Lips sangat affordable hanya RM30 satu batang .

Harga Berbaloi - HANYA RM30 sahaja.

 Light Weight / Rasa Ringan - rasa n tekstur ringan macam tak pakai lipstick. Tak melekit, tak berminyak n plumping your lips!

Smooth n Velvety Finish - Sangat Pigmented. Warna & tekstur yang pekat n sangat berkualiti. Senang nak pakai. One swipe dah cantik. Pakai sikit warna dah naik. Kalau kita jenis yg suka simple boleh dab dab je n warna dah cun . Hasilnya pun matte tapi tak ultra matte yg bagi effect kering . Ia still  nampak antara matte n creamy.

Tahan Lama - Bila Pakai boleh tahan lama. Tak perlu nak calit berulang kali.

Wudhu' Friendly - walaupun tahan lama, tp senang nak remove. Pakai tisu basah - terus bleh tanggal. Tak perlu gosok kuat-kuat sampai luka atau pedih bibir! 

Ni pakai tisu biasa pun dah boleh remove . Takyah nak tenyeh kuat kuat. Moon ada pernah cuba lipmatte mahal yg dr luar negara . Mmg tahan giler tak transfer langsung kat tisu . Tapi kalau nak remove mmg hazab sebab boleh remove ngan baby oil je . Kita plak nanti nak solat Zohor nak solat Asar kat opis kan. Satu hal plak tiap kali nak amik wudhu nak kena tenyeh bibir ngan baby oil dulu . 

Kalau Ephyra lips ni lap ngan tisu dulu kat tempat duduk ....then terus g amik wudhu . Nak cuci muka tu boleh sabun kan sekali tang bibir kalau kita was was atau nak pastikan muka kita betul betul bersih. Tapi mmg senang n tak perlu effort banyak pun utk remove kan dia . 

Ramai yg dah beli dr Moon pun bg feedback senang nak remove n tak kering.

Tak Mengeringkan Bibir. Selalunya Matte Liquid Lipstick buat bibir kering. EPHYRA LIPS diperkayakan dgn JOJOBA OIL VITAMIN E yg akan elakkan bibir kering serta mengelupas. 

Tang ni mmg Moon setuju sangat, sebab mmg tak dry. Ada setengah org risau kalau pakai Matte sebab nanti bibir jadi kering n berkuping serta mengelupas . Kadang nak buang pun susah . Trust me Ephyra Lips ni sangat lembab n moist  ....eh lembab n moist tak sama ke ? 

Biasanya kalau pakai matte kita kena lembutkan bibir ngan lip balm dulu kan. Tapi kalau pakai Ephyra lips ni mmg takyah sebab dia mmg dah lembab.

Hasil nya pun idak la kering kontang cam other lip matte but still tahan . 

8 Stunning Color for All Skin Tones - colour memang in dan trendy. Kulit cerah boleh, kulit tak berapa cerah pun boleh! Boleh pilih warna kegemaran u ols ...nak yg lembut atau yg garang . Rasanya 5 warna ni mmg u ols kena beli semua .



Jom tgk macam mana rupa bila model ni pakai warna baru yg super gorjes ni 

 Cranberry Quinn NEW!

 Madly Brown NEW!

Summer Blaze NEW!





Please take note 

Ephyra Lips ni sangat sesuai buat mereka yang takut nak pakai Matte lip cream . Sebab Ephyra Lips ni dia tak terlalu kering plus ia melembab kan bibir u ols . Tak ada la rasa kering kontang sampai mengelupas bibir . 

Yang paling Moon suka ada la sebab dia senang nak di tanggalkan . 

U ols patut cuba satu tau . Mmg top seller sangat Ephyra Lips ni . Boleh whats app Kak Moon utk beli . Postage everyday pada pukul 12 .

COD pula di Cyberjaya n Salak Tinggi 


MOON


Tuesday, August 08, 2017

Sembang sembang sebelum tidur

Sekarang acara sebelum tidur adalah sembang ngan Mek Sarah . Kena sapu sapu dulu balm kat badan dia . Sekarang dah jadi habit plak dia ...nak suh sapukan balm tido lena ...balm kat perut ..tetiba buat buat batuk la sebab nak suruh sapu kan balm batuk kat dada . Balm tu dari Tasnem Natural Balm ley klik link. Moon ada share sebelum ni . Jgn order ngan Moon plak ...boleh order ngan sellernya k

So malam tadi dia citer pasal kawan dia Aish ...dia kalau bercerita mmg semua nama kawan dia akan sebut .

Ni siapa yg bercerita kat siapa ni utk tido ...apa kah jenis bedtime story ni

Mummy kwn Sarah Aish tu dah dtg sekolah. Hari tu dia tak datang sebab buruk ( beruk ) gigit kaki dia ....kaki dia darah . Sekarang kaki dia dah ok dah . Dah tak darah sebab mak dia dah letak ubat bawak gie jumpa dokter .

Dokter letak ubat apa

Dokter letak ubat la .........ni kaki dia dah cantik dah . Dah tak darah dah . Buruk tu jahat kan ...gigit kaki kawan Sarah . 


ok tetiba tiap tiap hari tahu cerita pasal kawan kawan dia

budak tu pukul budak tu ,  kawan terkencing dalam seluar la ...kawan tumpahkan nasik la ...kawan main balik botol susu la .

layan je sikecik ni . Kang nanti baby dah kuar takut tak sempat nak layan sian plak kan

Wednesday, August 02, 2017

Katil baby dah buang

Awal tahun hari tu kita org kemas kemas stoe yang berhantu tu . Berhantu sebab bila clear, nanti ia akan penuh balik . Punya banyak barang dibuang...tak la lepas tu banyak balik . Tu kita bg nama store berhantu ....walaupun sebenarnya kita org la hantu yg sumbat barang dlm tu hahahhahaha .

So Playpen sweet cerry ni sangat sangat lama. Kita org beli masa zaman abg Isk. Playpen tu mmg banyak berjasa n dia org pun mmg dah biasa dr baby mmg tido dlm playpen . Lepas susukan terus letak blk dlm tu . Maklum la akak ngan abg ni gergasi kang terpenyek anak kat tengah .

So Playpen tu walaupun masa tu kita org beli RM120++ cam tu tapi tahan lasak sampai kan Isk boleh pakai....wariskan ke Yaya ....wariskan ke Rafiq sekejap ...then wariskan ke Sarah. So mmg lebih 10 tahun playpen tu .

Ni Abg Isk masa baby . Ni tahun 2005 .... even masa dia dah melasak pun , Moon letak dlm ni tarik playpen ke dapo bagi dia nampak kita. Kalau tak , tak jadi kerja sebab dia nangis kalau tak nampak mummy dia . Playpen ni berguna sebab boleh lipat bag kecik. Kadang balik umah mama pun kita org bawak .

Tgh malam kalau dia berjaga pun dia duk dlm tu je berguling2 sampai la dia lena balik. So its safer la dr dia merayap merangkak ke mana mana kan .


Bila dia dah besar , playpen ni di lipat n disimpan dlm store . Bila mengandung kan Yaya , baru kita org kuarkan balik cuci bersih2

 Ni si Yaya plak pakai masa tahun 2008 . Mmg diwarisi dr zaman abg la . Dah jimat part katil baby kan . Plus ni ada roda senang tarik ke luar n masuk dlm bilik .  Kalau dia merangkak dah pun ...tak terhantuk sebab muka dia penyek kat net tu je hahahah

Budak budak ni mmg di train tido dlm katil since baby ...no buai atau apa . Tepuk2 je tido

Ni 2012 rasanya . Masa ni Rafiq ada kat umah kita org . Nani dia susah nak lepas Rafiq ...so kadang dia nak buat apa apa atau masuk tandas pun susah sebab Rafiq nak berkepit je . Kita org bukak playpen ni letak tengah2 umah .

Mula mula meraung jugaks la Rafiq sebab dia tak biasa . Berair mata Nani dia tgk cucu nangis . "Angkat la dia bawak kuar sian dia" ....... Tapi mula2 je sebab dia tak biasa lepas tuh dia ok . Ni siap pakej Kakak Yaya duk sekali dlm tu . Terus ok ...kita pun tak risau dia kutip benda atas kapet atau atas lantai wat masuk mulut.


Ni Mek Sarah pada tahun 2015 cam tu ...masih elok n kukuh lagi playpen ni . Bila Sarah dah boleh berdiri dlm ketinggian ni terus kita org buat turun sampai bawah. 

Bila dia dah besar playpen ni pun masuk store

so awal tahun hari tu kita org buang playpen ni sebab dah lama sangat . Masa tuh cam takder jangka nak tambah baby ke apa kan . Lagi pun nampak cam dah lusuh sangat sangat . Nak bagi ke org pun tak sedap la kan...kalau masih nampak baru ok lagi . 

Maka utk baby nom 4 kena cari yg baru  ( walaupun cam nyesal napa la hr tu gie buang .......lepas tu pujuk hati balik dah lama kottttttttt beli je la yang baruuuuuuuu )

So baru baru ni intai2 playpen semua kemain la mahal dekat RM200++ pastu cam tak kukuh cam yg kita org pernah beli dulu ni . 

Ni terus sambung intai intai kat Lazada n etc . Kalau u ols tahu apa playpen yg elok n berbali ngan harga do please share with me k . 

Lepas ni playpen tu mmg akan pas kan ke Talib n Baqis la kan as a gentle reminder utk buat baby cepat cepat hahahhahah ...lariksssssssssssssssss

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...