Tuesday, July 01, 2014

Tutu gebu gebas

ha jangan da yg bukak kamus cari ada ke ayat gebu gebas tuh

Since ari tuh kan ada shrae pic tutu yg di jual kat Globe tuh kan so ramai la tanya harga berapa semer ....tapi ai pun tak tahu . So on Saturday tu ada fashion fiesta kat sana n moon pun di jemput sama ...nanti ai citer pasal tuh yer

so pegi la level 4 bahagian kanak kanak nak tgk tutu yg dia org upload . Ai neh kan spesis nak pegang n rasa jugaks kan ...sebab tgk gamba pun dah tergoda habis hahahha

 Tu dia mmg gebu sangat sangat yer n ni dari kain net ...wahhhh omey2 la angat . Sah sah Cik Yaya tak mo pakai punyer sebab dia la nih dah besar ...suar pendek kain skirt pendek dia dah segan pakai ...baju nampak ketiak pun segan . Jgn plak nanti dah besar remaja tetiba nak pakai pendek2 semer neh plak kay ...mmg kena rotan la ngan mummy .

 
 So sapa sapa nak cari tutup yg kembang yg amats nih ley la cari kat sini . Sebab moon pnah nampak kat mana ari tuh a bit cheaper tapi tak sampai kembang tahap neh la n kain net pun jenis lain

Harga RM 140 whole set ya . Tertelan air liur maks kejap tapi bila tgk kualiti cam tuh mmg betol la harger cam tuh kan . Skirt tuh aje pun vley beli asing dlm 100 kots ...so sebab budget lom ada so moon tangguh kan dulu hasrat nak belikan utk cik Sarah . Lagi pun dia masih kecik . Kalau dah ley jln misti cantek pakai ....tergedek2 cam itik ekekek . So sapa nak beli korang dah tahu la ek harge berapa ...mana tahu nak pakai utk bday ke party ke apa pastuh ley pass pada adik adik ke .

Sila jgn pakai nama ai kat lvl 4 nih yer . Nama moon laku utk langsir ajors ...sebut la u ols pembaca setia ke sedara mara moon ke hapa tetap tak ley dpt diskaun special cam langsir

kadang ada yg salah faham ingat nama moon laku di semua floor ....tak yer sayang sayang semer

n time moon bgtau ada offer je u ols ley mention nama . Kalau di luar musim promo mmg tak dpt n bergantung la pada budi bicara bos nak bagi atau tak kalau korang pegi sana nanges2 guling2 hentak2 kaki nak diskaun hahahhahahah

adus ada banyak entry lagi neh ...sabar ye u ols . Ai memalam lepas berbuka poser dah fully occupied ...tup tup dah nak tido dah ...

Mak Andak Home made cookies

Yey musim nengok kueh raya sudah tiba . Yang pasti nya harus la sebelum poser kita dah rasa kan .

Ni bukan moon yg jual yer but my adik manis Haizan yg jual . Last week Haizan ada dtg opis so terus mak order 3 balang terus sebab sah sah kalau wat balik umah kejap je licin nih . Nanti utk raya order lain . Ni khas utk mkn di kala bulan poser ...vleyyyyyy

 tu dia 3 terus kan ...terus la la tuh jugaks bukak mkn krup krap krup krap ...mmg rangup . Mmg kena sorok dari pak sutan neh , sebab dia mmg la hantu kueh raya yg rangup2 nih ...kang sesilap sebalang sebalang dia amik buat makan sambil layan bola

 ni yg moon paling suka ...mak kan pantang tgk cokolat2 neh ...mmg rangup gilers Dark Chocolate cookies neh
 Yg nih pun ai suka sebab mcm ada kacang kat dlm nya Chocolate Chip cookies

Ni pun sangat simple tapi sedap ...mmg main campak dlm mulut je la nih ....Butter Cookies

tq Haizan sudi dtg anta kat akak ...lepas Haizan dah balik baru tahu dia tgh pregnant 7 bulan . Tapi seriyes , tak nampak langsung cam org pregnant . Akak neh kalau pregnant ...2 3 bulan dah kemain beso perut hahahha mmg dasar perut tebal kan .hahahhaha . Masa Moon pregnant jugak la Moon beli jubah dari Haizan . Haizan bgtau cookies neh semer makcik dia yg buat n mmg laku sgt .  So sapa nak cepat2 bgtau Haizan yer .

So sapa sapa nak order sila buzz Haizan ya . Kalau kenkawan yg kat menara TM tuh ley cod je ngan dia n tunjuk ID kad ....eh asal plak kena tunjuk ID kad ...sebab saja je nak ngusik korang hahahahah



murah kan ...RM 15 aje u ols . Kalau nak bagi kat kenkawan ke atau as a gift pun vley ...

HARGA SEBALANG RM 15 SAHAJA ( Tak termasuk harga POSTAGE)
TARIKH TUTUP  order 14 July 2014. 
Start collect ( Bagi yang self Pick up) / POS  pada 17- 22 July 2014

tempat pick up :-

* Menara TM Jalan Pantai Baharu ( Opis )
* Seksyen 19 Shah Alam 

Boleh Planning awal supaya senang kedua belah pihak. 
ok sape yang nak order boleh PM  dekat :-

FB & Instagram : Haizan Qaseh
Blog : Haizan 
Email : zara.haizan@gmail.com
WhatsApp/ SMS : 0193920057 ( untuk pembelian kuih je! )

Sapa nak berbuka puasa percuma ?




Assalamualaikum ,

Selamat berpuasa semua dan selamat menyambut bulan yg mulia , bulan Ramadhan ...pagi pagi kita tgk gamba kambing yg duk bergolek2

Ramadhan Buffet di Bangi Golf Resort Restaurant


so ramai yg dah tahu kan pasal coupon utk berbuka puasa buffet di Bangi Golf Resort kan sebab last week moon ada tanya sapa yg nak kan kan kan . 5 pasangan bertuah akan dapat mkn percuma .....sapa tak suka percumaaaaaaaaaaaaa

Tapi Moon tak ley la suka suki nak bagi kan ...so korang kena la buat something utk dpt kan kupon nih . Each copon berharga RM 50 ...so pemenang akan dapat 2 kupon jagi RM 100 la kan ....tu dia ...makan sampai kenyang kat Bangi Golf Resort tu ...




Cara cara utk menang coupon  :

“Why do you want to dine in Bangi Golf Resort Restaurant?”

----------------------------------------------------------------------

" Kenapa anda ingin menjamu selera di Bangi Golf Resort Restaurant ?"

-----------------------------------------------------------------------

Sila komen ya ....tarikh tutup 1 july

Jawapan /  komen yg paling kreatif akan memenangi 2 kupon berbuka puasa di Bangi Golf Resort restaurant 

Moon akan pilih 2 pemenang dari blog n 3 di FB


Voucher: open date from 2nd – 26th July
Number of vouchers: 5 pairs (10pcs)

---------------------------------------------------------------------------------


 yantz-yeem

dan

 a.m.a.l.l.e.a


sila email pada kak moon email address korang

moonpunyerblog@yahoo.com

tq korang sebab sporting yg amat n sangat bersungguh2 join . Tak sangka korang sgt best ...kalau boley ai nak bagi semer kat korang tapi apakan daya

#kuponitubukanmiliku

kannnn so ai hanya ada utk 5 pair aje .....

tq korang semer jom group hug

korang mmg best mmg sporting n rajin sebab bg effort yg sangat mengagumkan ...

muahsssssssss
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...