Thursday, May 05, 2016

Lagu Assalamualaikum dan kanak kanan Syria

Baru tgk video ni. Hari tuh on the way balik kerja dengar Era n dia org share pasa video ni. So malam tadik tgk la


lepas tuh bila dah hujung hujung mata akak plak yg kabur n panas u olsssss

Tahniah buat artis artis yg terlibat  #1MOMENT4THEM

Wednesday, May 04, 2016

Beg itik 3D

Baru teringat nak share pasal beg itik yg comel n cute ni. Tadik duk browse barang dlm Lazada skali nampak beg ni masih dalam shopping cart hahhahaha. Hari tuh nak beli lepas tuh terlupa terus hahhaha

Kesnya hari tuh Moon hantar kakak ke KLIA2 n masa jalan tuh nampak satu couple nih pakai beg yg sangat comey. Dari jauh dah nampak dah sebab warna kuning mmg menyerlah kan.

Habis makan n minum ngan kakak, nampak lagi sekali beg ni....apa lagi terus snap laju laju. Sebab diaorg jalan betul betul depan Moon.

Moon up kat IG . Lama lepas tuh tuan punya beg komen hahahhah siapa sangka tuan punya beg boleh jumpa gambar dia kat sini ahaksssssssss

Izzati ni sangat baik sebab dia share sekali mana dia beli beg ni

  • miss_izzati90@moonpunyerblog hehe. Smpai ke indon org tny saya kak. Dlm flight pun tanya beli mana. Hehe. Bleh buka kedai beg . Btw. Saya beli kt lazada . Murah je kak. X smpai rm 50 pun 1 bag. Nama beg ni 3d duck bagpack . Akak try search
so lepas dia share tu terus Kak Moon gie cari dalam Lazada. Memang ada banyak jenis n harga dalam Lazada ni n harga dias entiasa berubah ubah


Harvey Norman’s 12th Malaysian International Branded Bedding Fair

Moon mmg suka bila ada fair. Tak kisah apa apa fair pun sebab waktu fair ni memang akan ada special deal. Moon berpeluang pergi ke Harvey Norman's 12th International Branded Bedding Fair. Dari jauh dah nampak banyak katil katil yang sangat cantik dan berkualiti. Tapi yang buat tambah menarik adalah sebab ada 1/2 harga.

 Acara ini berlangsung di concourse area IPC ( Ikano Power Center ) ada banyak katil katil dipamerkan di sini. Nampak tak banner yg besar tu....semuanya pada setengah harga....pitammmmmmm


26 April 2016 - 8 May 2016

50% untuk semua tilam dan katil
kalau beli 2 dan ke atas akan dapat tambahan 10% lagi diskaun
Sealy, Napure, Hilker, Therapedic and Englander adalah product baru yg turut dilancarkan masa pelancaran ni.

Ada free petrol voucher juga

kalau kita nak tukar set katil kita yang lama pada yang baru pun boleh. Sebab pihak Harvey Norman boleh tolong angkat yg lama untuk percuma. So tak payah kita pening kepala mana nak letak yang lama....betul tak.



Acara ini dirasmikan oleh Y.B. Dato’ Seri Ong Ka Chuan,  Menteri Kedua Kementerian Perdagangan Antarabangsa


Kempen ini adalah sempena menyahut seruan pengurangan harga runcit yang disyorkan. Dengan ini pelanggan mempunyai kuasa membeli dengan lebih tinggi dan pada harga yang amat berpatutan. 

Pada majlis pelancaran ni juga, Harvey Norman mendermakan 200 tilam kepada badan kebajikan yang terpilih.

Penerima sumbangan . Badan kebajikan tersebut adalah Beautiful Gates Foundation,Yayasan Sunbeams Home,Rumah Victory Children & Youth Home, Pusat Jagaan Insan Istimewa and Kiwanis Down Syndrome Foundation in PJ

 Moon sempat la pusing dalam Harvey Norman Home Furnishing ni. Alahai lawa lawa semuanya. 

So kalau ada sesiapa yang memang tengah mencari cari tilam yang sesuai, boleh ke concourse area, ikano Power Center. Boleh tengok sendiri dan try baring-baring dulu dan mana tahu anda dapat bawak balik tilam baru pada setengah harga.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...