Monday, January 29, 2018

Sale langsir murah

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ,

Bagi yang ternanti nantikan bila Kak Moon nak announce tarikh sale langsir ...meh sini rapat rapat sebab akak nak bagitau ni .


Jika anda masih baru pasal Sale langsir ni dan blog ni , jangan risau sebab anda di tempat yang betul . Ini memang betul betul dan bukan dugaan hahahha .


Sempena tahun 2018 ni ada 1000 roll langsir baru sampai tau dan disebabkan atas sokongan anda semua , maka Sarah Hughes Globe akan adakan sale khas untuk anda semua selama 6 hari .



Jemput datang yer semua . Just naik ke Lvl 7 dan inform u ols dari Blog Moon . Baru la dapat harga VIP Moon . Tunjukkan poster ni pada staff tau supaya anda dapat harga special.


Ada banyak stok baru masuk tau.


Sarah Hughe Globe ni dekat ngan SOGO tau . Kalau berdiri depan tangga SOGO tempat org busker tu misti ley nampak Sarah Hughes Globe di seberang jalan sana .



 Nindia kain baru untuk Raya 2018 tau .


Sempena cuti yang panjang ni , boleh la plan hari apa nak datang .

Ramai yang bagi feedback nak dtg . Yang dari Johor, Penang dan dari Sabah pun sanggup fly datang sini nak beli langsir . Berbaloi baloi


Sunday, January 28, 2018

sudocream untuk ruam susu

Masa baby umor 3 minggu cam tu , dia kena ruam susu . Mula mula start ngan merah dot je sekali jd spread banyak .

So Moon pun start la tanya kat FB n ramai org suggest kan Sudo Cream . Ada juga yang cadangkan Herbal Blend dr Shaklee . Tapi sebab si mummy dia tak sanggup tgk pipi anak cam tu, cepat cepat suh Pak Sutan g belikan Sudo Cream ni . Sebab kat Farmasi area umah ni ada jual .

Nak beli herbal blend tu nak kena cari seller plak kan . But Sudo Cream n Herbal Blend Shaklee adalah top 2 yg di rekemen kan .


Tq semua yang rekemen kan . Mmg Sudo Cream ni best giler hokey . Moon 1st time dengar pasal sudo cream ni . Sebelum ni main sapu Bapanthen aje kalau ada ruam susu atau ruam lampin .

Ni la rupa Sudo Cream tu . Pak Sutan belikan kat farmasi area rumah harga dalam RM 24 ++ cam tu sebab tube yang besar sekali . Dekat Farmasi tu tak ada yg kecik . Tapi Moon pernah nampak kat online ada jual yg 10g tu dalam RM10 kalau tak silap . U ols ley google n cari kat Lazada ke atau Shopee atau mana mana kedai jual barang keperluan baby online k . Kat Farmasi pun ada . 

Orang kata ruam susu ni terjadi sebab susu ibu meleleh kat pipi anak . Jadi akan menyebabkan ruam . Org tua tua kata susu ibu ni panas utk kulit baby yang lembut . Tapi orang orang tua juga bagi petua , kalau ruam susu ni , sapu balik susu kita kat pipi anak tu . Moon cuba buat juga tapi mungkin tak jadi sebab ia jadi bertambah merah . 

Masa ni gigih lap kan ngan air suam tapi cam tu jugaks . Mak mula hilang sabar la kan . So kita test plak Sudo Cream yg semua org kata bagus ni . Mari kita try test n tengok


asalnya merah dia sket je tau . Ni pun mummy dia dah susah hati dah . Dah lap ngan air suam setiap kali lepas menyusu serta dah sapukan susu ibu. Still jugak macam tu . Nampak lagi merah



Nampak makin merebak , masa ni baru nak sapu cream . U ols , kalau nampak dah kuar sket sket tu cepat cepat letak ubat tau . 


Besoknya pagi pagi terus sapu kat pipi dia . Sudo Cream ni dia ala Bapanthen tu jugak. Dia mcm cream ke ointment . Dia cream yg berminyak . So mmg dia akan bagi lapisan perlindungan . Kat pamplet dia kata it heals and protect. Menyembuhkan serta melindungi tanpa mengeringkan kulit . 

Lepas sapu tu mmg merah merah yg atas kulit tu nampak kurang . So setiap kali dia tido memang Moon sapukan . Bau dia pun tak la busuk atau bau berubat . 


Hari ke dua dah nampak perubahan . Getting better dah ruam susu dia . Dah tak merah sangat tapi yg mengerutu tu still ada sket . Siap pipi anak mummy tak smooth . Takpa nanti dia baik k .


 Hari ke 3 kulit area yg ruam tu cam mengelupas sket . Yang mengerutu tu dah hilang



NI day 5 atau day 6 , kulit pipi dia dah back to normal . 

So adakah Sudo Cream ni berkesan ?

Memang berkesan , sekarang kalau nampak cam naik merah kat pipi ke atau kat diaper area dia , memang Moon sapu lapisan nipis Sudo Cream ni . 

Moon mmg amik gamba dia sebab senang nak tengok kesan dia . Memang bagus. Ada sesetengah hosp swasta dia org memang bekalkan Sudo Cream buat all the mothers yang baru lepas bersalin n discharge dari hospital . 

Highly recommended la Sudo Cream ni sebab Moon dah tried and tested . 

Sekarang baby dah tak naik ruam susu dah . Mungkin sekarang dia pun dah pandai minum n kontrol . Walaupun kadang kalau susu penuh memancut jugak kena muka dia hahahha tapi lepas tu lap kan bersih bersih dengan kain lembab. 

Sudo cream utk ruam lampin .

Ni pun berkesan . Hari tu baby duk berak kerap . Mungkin sebab mak dia silap makan ke apa . Setiap kali lepas breast feed dia akan berak terus . Ada 1 hari tu sampai 7 kali berak. Tapi najis dia kuning so ok la kan . Cuma kita plak naik risau , apa hal kerap sangat berak ni . Sampai bontut dia pun cam merah ....so sapu Sudo Cream ni la . Ok jugaks sebab dia cam berminyak kan . So kulit bum bum dia tak kena lembapan .

Sudo Cream untuk jerawat 

Masa Moon duk google . Ada nampak juga Sudo Cream for Acne . Hari tu tetiba boleh plak naik jerawat batu besar kat pipi . Apa lagi test la sapu Sudo Cream ni masa tido . Besok terus dia jadi kering n meletop. Tak tahu la kebetulan mmg nak meletop dah ke jerawat tu atau disebabkan cream tu 



Rakan rakan lain pun mengesyorkan 



Herbal Blend Shaklee 

Bepanthen


Monday, January 22, 2018

Seafood Dari Laut, ke Daun Pisang

Seafood delivery yang dihantar terus kepada anda . Sekarang kan mmg mmg syiok kalau makan ramai ramai ala ala makan seafood secara berjemaah gitew hahahha .

Ni adalah tauke yang sama Moon order sandwich gemuks gemuks . Tapi Moon asingkan entry so that senang nak tengok n refer kan .

Ni nak share pasal seafood yang nanti kita main longgok je atas meja ( beralas of koz la kan ) atau kalau Eja antakan dia akan siap sekali daun pisang ....so mmg dr laut ke daun pisang betul la kan .

Moon order 2 bekas sebab sebelum beranak harus la kita makan semua benda puas puas dulu muahahha


Ada 2 bekas seafood dan nasik sekali



Pakej :
pakej seafood daun pisang

PAKEJ A
Single set ( RM 25)
* seafood creamy  butter flavour.
* udang, ketam, pepahat, scalop, sotong dan sotong termasuk nasi, jagung, potato wedges, brokoli dan carrot.


PAKEJ B
Family Set (RM180/ 6-8pax)
* Seafood creamy butter flavour.
*  udang, ketam,  pepahat,scallop, black mussel, sotong
Termasuk nasi, jagung, brokoli, carrot, potato wedges dan set up daun pisang.

PAKEJ C (jumbo)
Family set ( RM 220/10 - 12pax)
* Seafood creamy butter flavour dan chili flavour.
* Udang , ketam, pepahat, orange scallop, black mussel dan sotong  termasuk nasi, jagung brokoli, carrot, potato wedges dan set up daun pisang.

"add on item" siap masak seperti :
- pink scallop RM 30
- white scallop RM 30
- Lobster A (5-6 pcs) RM80
- Lobster B (10-12pcs) RM60
- King crabRM130 per kg
- oyster (10pcs) RM35
- baby crab RM30 perpacket
- softshell crab (5pcs) RM70
- isi udang lipan - RM20


Dan juga "chicken grilled" / "korean chicken spicy" RM 35 per half bird" dan
"lamb grilled: RM25 perset 2pcs serta siakap sweet and  sour untuk yang tak makan seafoods...

* delivery charge

Ok tak sempat mummy kamu nak amik gamba lebih sket nak share kat Blog ...laju je anak anak tak sabar nak makan . Please excuse kan tangan Yaya yg aim ketam tu ahakssss.




How to order ?

Whats App Eja : 017-3787 446
www.wasap.my/60173787446


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...