Tetiba budak kecik yg korang selalu tengok kat sini dah jadi anak teruna dah . Dah habis SPM and ni dah masuk U dah pun .
Isk mmg lama dah nak masuk MTD ( Maktab Tentera Diraja ) dari form 3 . Siap g test lagi tapi tak ada rezeki . Moon pesan kat dia , takpa Isk nanti cuba lagi lepas SPM . Cuba dapat kan result elok , Isk cuba apply UPNM plak k
Tapi dia agak risau sebab trial SPM dia dapat 2A sahaja plus math pun E. Subjek +math, fizik n kimia pun tak cantek sangat . Mmg dia nampak frust sgt masa dpt result trial . Tapi dia work hard , masuk online tuition MC+ mmg utk baiki Math dia . Mmg tak nampak la dia kat bawah . Mmg duk atas je manjang . Bila buka pintu bilik dia, memang nampak la dia duk tgh belajar n buat latihan banyak banyak .
Masa result SPM nak kuar , bagitau dia yg dia dah cuba yg terbaik . Apa pun result dia , tolong jgn risau .
Alhamdulillah dia dapat result yg sangat bagus n semua dia baiki. Math yg dari E pun jd A . Fizik , Kimia n Add Math pun elok.
No comments:
Post a Comment