Friday, March 03, 2023

Kasut Sekolah Pallas

 Sekolah dah mula cuti ni , maka dengan itu bermula la tugas kita sebagai Ibubapa untuk menyediakan kelengkapan sekolah anak . Beli awal awal tak kalut kan . Moon mmg suka sediakan kelengkapan seperti baju sekolah , beg dan kasut sekolah awal awal . 

Kasut sekolah yang memang tiap tahun anak anak pakai semestinya la kasut Pallas . Sebab mmg tahan lasak dan puas hati beli kasut Pallas ni . 

Kali ni beli 3 kasut . Anak sulong sis dah habis sekolah dah dan si bongsu pula masuk tadika . So kasut adalah untuk Yaya form 3 , Sarah darjah 4 dan Nain tadika . Semestinya yang kecil sekali tu akan over excited sebab dapat kasut sekolah . 

 

Ni adalah kasut Zulkarnain . Pallas Jazz School Shoe , Single Velcro Strap 205-0200 Black 


Jenis ni dia adalah menggunakan Velcro Strap Design . Jadi memang senang untuk pakai dan buka . Tambah pula untuk anak anak yang lasak ni kan . Jenis ni juga sangat ringan . Nampak tapak dia macam tebalkan , tapi kasut ni ringan tau . Tahan lasak dan selesa dengan fabrik yang direka untuk lebih pengudaraan dan cepat kering . Mmg lembut dan selesa walaupun pakai kasut dalam masa yang lama . Insole cushion kat dalam juga mengikut bentuk semula jadi kaki ' Arch Support' . 
 


Memang bersemangat betul dia nak pergi sekolah , dalam rumah pun duk pakai . Sabar ye Zulkarnain , nanti buka sekolah Nain pakai ye . 



 Ni adalah size yang ada . Nain pakai size 10 , kaki dia 19 cm . Bagi jenis ini ada size besar ya sehingga size 8! Kaki yang lebih besar juga boleh pakai





Ni pula adalah pilihan Kakak Sarah . Moon pilih yang velcro juga sebab senang nak pakai dan buka kan . Sarah kata dia suka sangat kasut ni sebab selesa n tapak tebal dan tak berat . Kasut Sarah adalah Single Velcro Strap PX25/37-019 Black


Kasut ni direka dengan mengutamakan pengudaraan kaki . Kain dia macam mesh so kaki boleh bernafas  dan tak panas . Lapik kaki didalam kasut adalah jenis yang di jahit terus pada kasut . Ia kukuh, tahan lasak dan boleh pakai lama . Tak ada la tetiba lapik dalam kasut tertanggal . Kasut ni adalah superlight weight 


Kaki Sarah adalah 23cm , so dia pakai size 3 . Kasut ni dia dah pakai masa hari terakhir persekolahan . Nak juga pakai kasut baru untuk hari terakhir . Orang pakai 1st day of school la sayang.


Ok last sekali adalah kasut untuk Kakak Yaya . Dia akan masuk form 3 nanti . So Kakak mmg nak yang jenis tali . So dia piih yang ni nampak sweet dan simple sahaja . Yaya kata ni kalau pakai keluar jalan jalan pun boleh . 





Kaki Yaya adalah 25cm so dia pakai size 6


Kasut ni dari kain kanvas luar dan dalam , rubber insole dan juga padded collar and footbed .
Jika hendak membuat pembelian online boleh ke link ni ye 


Boleh rujuk gambar dibawah untuk mengukur kaki anak anak jika buat pembelian atas talian di Official shop 


Special feature kasut Pallas 








Official Shop : https://www.wow2wee.com/
















No comments:

Post a Comment