Monday, January 15, 2024

Abg Isk masuk UPNM

 Tetiba budak kecik yg korang selalu tengok kat sini dah jadi anak teruna dah . Dah habis SPM and ni dah masuk U dah pun . 

Isk mmg lama dah nak masuk MTD ( Maktab Tentera Diraja ) dari form 3 . Siap g test lagi tapi tak ada rezeki . Moon pesan kat dia , takpa Isk nanti cuba lagi lepas SPM . Cuba dapat kan result elok , Isk cuba apply UPNM plak k 

Tapi dia agak risau sebab trial SPM dia dapat 2A sahaja plus math pun E. Subjek +math, fizik n kimia pun tak cantek sangat . Mmg dia nampak frust sgt masa dpt result trial . Tapi dia work hard , masuk online tuition MC+ mmg utk baiki Math dia . Mmg tak nampak la dia kat bawah . Mmg duk atas je manjang . Bila buka pintu bilik dia, memang nampak la dia duk tgh belajar n buat latihan banyak banyak . 


Masa result SPM nak kuar , bagitau dia yg dia dah cuba yg terbaik . Apa pun result dia , tolong jgn risau . 


Alhamdulillah dia dapat result yg sangat bagus n semua dia baiki. Math yg dari E pun jd A . Fizik , Kimia n Add Math pun elok.

Cikgu cikgu dia pun kata dia meningkat secara mendadak . Mmg lepas trial tu dia all out . Tapi masa ni mmg boleh nampak kegembiraan di muka dia . Tu la mummy dah kata kalau kita cuba sehabis baik , kita takkkan rugi n kita tak akan ada regret . Setiap usaha pasti membuahkan hasil .



Seronok dia dapat naik pentas . Mummy pun bergenang air mata duk tgk dia dari bawah ni . Dia pun tak percaya dengan result dia . Habis semua cikgu dia g jumpa n ucap terima kasih . 


Masa isi UPU mmg dia letak UPNM sebagai pilihan utama . Amik Asasi Kejuteraan dan Teknologi Maklumat. Katanya nak amik bahagian IT sama macam Mummy ngan Daddy juga , mcm senang je katanya . Hahhahah ini lawak . Tang mana senangnya Isk oooi . Tak ada apa yang senang dalam dunia ni . Macam mana cara kita handle n bawa benda tu la yang paling penting . Semua benda ada cabaran tersendiri 

Sebelum dia diterima masuk dia kena g interview dah ujian fizikal dulu . Masa ni berat dia tak lepas . Maklum la mengumpul lemak je kat umah kan . Tapi takpa berat boleh diturunkan . Masa tu dia nerves juga . Tapi Alhamdulillah lepas semua . 




Lepas lulus ujian fizikal dan interview baru akan terima surat kemasukkan . Bila result UPU diumumkan dia berjaya masuk Asasi dia sangat happy . Asasi setahun 2 semester kat UPNM Sungai Besi . Asasi ni semua kena bayar sendiri utk 2 semester . Tapi ada boleh mohon bantuan juga bagi yang layak .   



Masa pendaftaran kena pakai baju putih, seluar hitam, tie hitam dan kasut hitam . Rambut kena pendek . Ada beberapa org kena keluar balik n g potong rambut . sebab kalau rambut panjang mmg dia org takkan terima pendaftaran . 

Ni bilik Abg Isk . Kami org paling awal sampai . Bilik elok dan kemas semuanya . 1 bilik ada 7 org . Mak dia kemain la belikan set set nak letak atas meja study, sekali meja pun tak ada . kalau nak study, dia org ada study room . Budak budak asasi ada 3 blok dan ni termasuk semua asasi . Asasi pengurusan strategi , Asasi Kejuteraan dan Teknologi . 

 
 pelik je nampak Isk rambut kontot macam ni . 

Selepas beberapa minggu mmg kempis terus dia . Kat sini mmg kebanyakkan semua akan berlari . Mmg sangat common kalau masuk n nampak ramai duk berlari . Mmg semua sangat fit n handsome handsome . Memandangkan UPNM kat Sungai Besi ni aje jadi mmg senang la dia nak balik selalu . Dah jadi ahli tetap PBSM ( Persatuan Balik Setiap Minggu ) dan kalau balik tu mmg selalu sangat la bawak balik baju kotor . Sebab masa tu mesin basuh kat blok dia rosak katanya so mmg kena berebut la mesin yg ada . Biasa la org tak pernah duk asrama kan . 

Kat dalam UPNM ni student tak dibenarkan bawa kenderaan masuk . Baik kereta atau motor . Kalau ada mmg kena park kat luar . Nasib la UPNM tak besar n semua walking distance tapi walaupun tak besar 2 kali juga la budak ni kena beli kasut baru . Tapak tercabut la , haus tapak kasut la . 

Alhamdulillah 2024 Isk dah tamatkan Asasi dia selama setahun or lebih tepat 10 bulan la sebab setahun tu campo cuti bagai . 

Lepas ni dia akan apply utk  Degree and pegawai kadet . Syarat utk jadi pegawai kadet semasa Degree adalah kena ikuti Asasi di UPNM dan melepasi syarat minimum CGPA 2.75 ke atas , Muet band 3 ke atas serta melepasi ujian fizikal yg telah ditetapkan . 

Lepas satu peringkat Asasi . Mummy doakan Isk terus cemerlang di peringkat Ijazah nanti n capai cita cita Isk nak jadi pegawai Askar . 

Dia selalu kata ramai kawan kawan dia cerdik pandai semua . Tak baca buku langsung tapi score . Dia kena usaha sangat keras utk study . Moon bgtau dia kita kena sedar kemampuan n kekurangan kita . Kita cuba overcome  . Jika masa tu kita capai kejayaan , tu la kejayaan paling sweet sekali sebab setimpal ngan usaha kita . 


Lepas ni mmg hitam berkilat la Isk kalau dah masuk ALK ( Akademi Latihan Ketenteraan )

thats all for now . Nanti kalau mak dia rajin, mak dia akan update lagi hahahahha









No comments:

Post a Comment