Barang mmg dah siap pack sebab takut nanti sampai lewat kang jenuh nak kemas barang plak kan .
pukul 7 lebih dah turun dah . Masa ni sejuks yg amats sebab bila check current temperature suhu 0 hokey . Nampak kedai roti kat area hotel ni dah bukak , apa lagi jom masuk . Bau roti semerbak sampai kat luar . elok benar la sebab we ols pun lapar .
besar besar rotinya . semua ni masih panas panas lagi .
simple aje kedainya
nak jalan ke Eiffel Tower amik masa dalam 10 minit aje . Since dah ingat jalan , rasa cepat je sampai.
gigih keluar awal awal pagi . Jalan pun lengang aje .
suka tengok bangunan bangunan kat sini .
Kita org menghala ke Eiffel Tower lagi . Sebab semalam terlalu ramai orang so mmg crowded . Hope pagi ni tak ada org n kami ley jalan jalan ngan tenang . Sejenis kegigihan keluar awal pagi muahahah
sambil jalan stop ambil gamba
kosong u ols . Pukul 8 pagi tak ada orang nak datang awal awal pagi cam ni . Puas dapat bergamba , nak bergolek ke , nak melompat ke ...semua boleh . Tapi Abg hitam manis pun ramai juga pagi pagi ni . Baru lepas kan diri dari sorang abang hitam manis dah kena kejar ngan yang lain pulaks .
untuk jalan ke Museum tu , kena jalan sepanjang sungai ni . Dalam masa yang sama boleh tgk tgk suasana kat sini ( mula mula sonok la berjalan lepas tu bernapas pun macam naga hahahha penat punya pasal )
Jalan jalan , berenti ambil gambar .
atas jambatan ni banyak org letak mangga kat pagar tu . kau kunci cinta ku di atas jambatan konsepnya hahahha
Dekat sejam gaks kita org jalan . Separuh jalan tu mcm eh kita tahan bas la ...kita tahan teksi la . Tapi cam blur2 mcm mana nak bayar tiket ek . Kena pakai kad ke hapa . Kita org decide utk jalan je terus sebab dah tak jauh dah .
Tahan jugak orang nak tanya jauh tak lagi. Sekali org tu pun pasangan laki bini pun jalan jugak dr Eiffel Tower tu nak ke museum tu . Dia org jalan laju giler . Kita org gaks yg lenggang kangkung mak limah hahahhaha . Nasib la sejuk ...kalau tak harus semua keti becak hahahha .
Kita org masuk kot taman . Mmg lawa n luas taman dia . Bangunan pun cantek2 . Dalam kawasan ni bersih n dijaga . Kalau kat Eiffel Tower tu kotor. Mungkin sebab ramai org kan .
Kalau tak rushing , mmg lepak lama dalam park ni sebab banyak port cantik2 . Tapi kita aim ke pyramid kaca tu dulu .
nampak aje macam panas terik . Tetapi sekali angin bertiup , rasa cam org amik ice ketul lempang muka hahahha .
Dari The Lourve tu kita org cross jambatan pergi the other side of the river . Tunggu bas nom 69 kat bus stop ni
Tambang : 0.70 Euro kalau tak silap . Ni akak lupa . Budak budak free sahaja .
Boleh bayar guna cash sebab driver tu akan pulangkan baki . Nanti ada kuar tiket utk kita pegang . Tunggu 14 stop baru sampai kat area hotel kita org .
Masa kita org tunggu ni ada 1 group pelancong mcm kita org juga . 1 family dari Indonesia . Dia org pun tanya kita org macam mana nak naik bas balik ke Eiffel Tower . Rupanya tadi dia org pun jalan jugak ke The Lourve . Sama la kita . Semua pun kepenatan dah .
Kita orang sampai kat hotel pukul 11.15 pagi . Sempat la nak ke tandas ke n rehat kejap . Lagi pun bag dah siap pack dah . So terus google map macam mana nak ke stesen keretapi . Sebab train kita org ke london pukul 4 lebih nanti . Masa ni lawak sebab semua dah kehabisan duit . Moon tukar 100 Euro sahaja n Ain pun sama . So bila dah tinggal beberapa Euro aje terus kita org tong tong je duit nak buat tambang . Ni mmg lawak .
Masa ni tunggu bas nak ke Gare du Nord stesen keretapi . Bas nom 42 ni hentian last dia adalah Gard Du Nord tu . So dalam perjalanan tu dapat la tgk kiri kanan apa yang ada . Butik butik high end semua .
Selamat sampai Gare Du Nord ngan jayanya hahahhaha . So just ambil lift n turun bawah shj .
Sebab masih awal lagi , kita org lepak kat luar ni . Sambil minum kopi n tengok tengok orang ha haha.
Jumpa Kak Nor n Jo kat sini sebab dia org ke hard Rock Paris tadi . So mmg janji apa apa jumpa kat stesen ni je .
Duk kat belah luar ni ok jugak . Sebab kalau nak tunggu kat dalam org pun ramai . Pengemis yg duk ikut pun boleh tahan jugak. Tapi bila dah duduk kat luar ni mmg Pak Sutan ngan Wawan asek kena paw rokok aje , org kat sini mmg selamba je dtg mintak rokok . Kat London pun sama . Tapi Sutan kata kat London siap dia org nak bayar utk sebatang rokok .
masa duk ambil ambil gamba ni boleh plak ada org kencing kat bawah tu . Suka suka dia je pancut merata rata .
Wan n Jo . Wan adalah bapak 2 org anak so he is taken ya ladies .
But Jo is single , baik orangnya, berbudi bahasa n sayang budak budak . Orang kampung akak u ols orang Ganung . So kalau ada yang nak berkenalan bgtau k muahahahah ( harap Jo tak baca ni )
ok jom kita pulang ke London balik . Perjalanan sama 2 jam 15 min .
Sampai kat stesen St Pancras , semua decide ambil teksi je . Tambang teksi dari St Pancras ke Grand Plaza 20 pound . Semua teksi kat sini ada mesin ni . So boleh pilih nak bayar cash atau bayar melalui kredit card .
TIPS
Kredit Card di luar negara
Yang ni tak perlu di aktifkan sebab Kredit Card Master Card atau Visa boleh digunakan tanpa masalah di luar negara . Yang jadi masalah , bila tak cukup kredit je dalam tu hahahahha .
Debit Card di luar negara
Debit card lain pulak. Yang ni korang kena call bank utk aktifkan penggunaan dia . Nanti masa swipe kat luar negara, dia akan tanya nak bayar dlm GBP atau bayar dalam MYR .
Macam Kak Moon pakai Maybank . Kak Moon aktifkan kad AtM ni untuk pengeluaran duit di luar negara . Ni korang boleh buat melalui maybank2u shj . Nanti Kak Moon share kan ya tips n more info mengenai kad debit ni ya
Set kan juga Debit Card Purchase Limit
Jalan Jalan London 2018
ada yang komen tanya dekat de Lourve tu boleh amik gambar dekat lagi ke tak . Nak pusblish komen tapi tertekan delete plak ...aduiyaiii
ReplyDeleteyes u can . Boleh masuk juga dalam tu . Tapi kena bayar la kan .