-------
Hari ni cuaca sangat cantek . Cerah dan langit sangat biru . Memang sesuai utk gie jalan jalan kat taman . Since hari tuh dah jalan jalan kat Kensington garden, kali ni kita ke Hyde Park plak . Sebelah sebelah aje park ni . Lepas tu jalan lagi hingga tembus ke Bunckingham Pallace .
Hyde Park
Mmg janji nak jalan jalan dalam taman ngan Ain n Wawan serta ngan Kak Noor .
my fav picture of Wan, Ain n Iqram. Gigih pak Sutan nonggeng kat jalan hahhaha
Hai swan . Semua swan dlm taman ni ada tanda kat kaki dia org . Tu mcm menandakan bahawa dia org ni kepunyaan keluarga di raja . so korang takley suka suka tangkap atau sembelih ke apa atau buat nanya kat depan ni tau.
Sempat la main baling2 daun kering . Amik video n slowmo berkali kali . Siap ada pelancong Jepun ke Korea mintak nak amik gambar baling daun jugak . Masalahnya dia org mintak tolong amikkan gamba pakai poloroid . Kalau phone boleh la juga buat burst 30 kali hahhaa . Hope menjadi elok la gamba di aorg tu
Hyde Park ni sangat la besar . Masa berjalan ni semua pun kepenatan hahahhaha . Tapi tgk la taman ni mmg cantek n bersih je
pokok kering pun cantek . Tapi bila tgk lama lama menakutkan pun ada .
Buckingham Palace
ni jalan nak menuju ke Buckingham Palace
mmg penat giler jalan hahahah ingat kan tak jauh sangat ...tapi bila dekat2 nak sampai tu pancittttt . Padahal jalan 30 min je u ols . Pak Sutan gelak je tgk muka mummy tak larat sangat dah tu . Ngan sejuknya n penat terus mak rasa cam bernapas macam naga .
Orang kata kalau bendera naik penuh maknanya Queen ada kat dalam tu
Kawan akak kata ni kira tak ramai la org . Biasanya tak boleh rapat ngan pagar tu sebab penuh ngan pelancong .
Siap jalan jalan n amik gambar kat sini ..semua pun dah start lapar . Apa lagi naik bas balik Bayswater balik n g makan kat Malaysia Hall lagi sekali . Pekena nasik n lauk serta teh tarik panas perggggggg . Mmg tak buat kuar handphone pun u ols . Mmg semua senyap je makan . bila pinggan licin semua tersandar n tersenyum ...Alhamdulillah . Terus semua muka pun ada sinyum .
Ok kita nak kemana plak ni hahhaha . Bila perut kenyang baru boleh bawak bincang . Perut lapar, apa pun tak boleh hahahahah. Eh akak tak kata kat org lain ....akak cerita pasal akak je hnsss hnsssss
Westfields
Nampak plak ada Primark dalam ni . Apa lagi jom la kita cuci mata hahahhaha . Hari tu ke Primark Oxford Street ramai sangat org . Kat sini mmg tak penuh u ols . Pak Sutan plak bagi green light awak nak masuk ronda2 dlm tu gi la . Apa lagi meh la kita masuk cuci mata .
beli few baju utk Sarah n Nain .
Tapi tu la banyak baju tebal tebal . Kalau pakai kat Malaysia mau basah ketiak u ols .
Tapi mmg giler la tgk barang2 baby . Tapi tak shopping mana pun sebab awal awal mmg dah set nak gie jalan jalan je . Duit pun bukan bawak berkepok2 utk shopping kan . So kita jamu la mata bagi kenyang hahah .
Pusing pusing dlm ni lama la jugaks . Sebab mmg besar hokey . Kalau sesiapa nak shopping2 mmg boleh dtg sini sebab best .
Nasi Ayam dlm periuk nasik
Balik bilik rehat2 terus la buat dinner . Akak mmg bawak periuk nasi utk trip ni . Paste Nasi ayam tu sangat sedap u ols . Balik Malaysia pun akak beli lagi spare kat umah . Harga pun below RM10 aje paste ni . Kak Moon beli isi ayam kat Tesco yg dah siap potong kecik2 tuh . Masa nak masak nasik tu letak je ginger paste ni n ayam . Dia dah siap masin manis semua lengkap dah . Takyah letak garam pun . Bila nasik masak perghhh semerbak bau nasik ayam u olssssssss . Rebus telur 2 3 biji makan nasik panas panas . Ada balance serunding tu tabur je ngan penuh kasih sayang . Pastu timun jepun tu gigit je wat ulam muahahah . Makan ngan kenyang . Lagi pun akak ngan Pak Sutan je kan kita org tak cerewet bab makan makan ni .
kalau korang nak g jalan mana mana la kan n nak buat makan sendiri tapi ada periuk nasik je . Nasik goreng pun boleh buat dlm periuk nasik . Ni akak ada nampak kat u tube ke mana ntah ada org ajar . Bila nasik tu baru masak masukkan butter sket n perencah nasik goreng adabi ke apa . Gaul rata rata . Pastu tekan lagi sekali periuk tu kasik dia berwap balik . Ni incase la kan . Ni akan akak cuba dulu kat rumah tgk sedap ke tak hahahha .
Besok malam kita org dah nak fly balik ke Malaysia . Kemas kemas sket apa yg patut . Masa mula dtg tu 1 bag mmg khas utk letak makanan . Ni dah hari ke 8 beg pun dah nak kosong . Boleh la nak letak barang2 yg beli kat sini . Terus rasa mcm alaaaaaaaaaa dah nak balik ke .
Kak Noor n anak anak menantu semua akan stay lama sket kat sini , kita org gerak balik dulu sebab cuti pun tak banyak kan . Rindu kat anak anak semua lama tinggal anak ni .
Jalan Jalan London 2018
No comments:
Post a Comment