Monday, September 23, 2019

gambar itu dah jadi menu dah

Tq Shila n Sopee sebab send gambar menu sebesar besar alam kat kedai dia org Supertop Tanjung Lumpur , Kuantan.



So kalau u ols ke SuperTop , Tanjung Lumpur , Kuantan ...sila snap gamba n tag Kak Moon ye muahahhahahah . Ni SuperTop jalan kat luar ye . Sebab dia org ada 2 1 kat luar n 1 kat jalan menuju ke pantai .


Actually ni mmg sangat di luar comfort zone . Mmg amik ni pun sebab Sopee sendiri yang request . Tu pun banyak kali tolak tapi dia dont give up n mintak we ols dtg amikkan . Amik gamba makanan hokey . Dari amik gamba org tetiba ke gambar makanan. Tapi ni sebab utk kawan je kita org amik tau . Jgn ada yg nak hire mintak amikkan gamba makanan utk menu dah ...( perasannnnn ) 


yang best nya sebab bila dah ada banyak makanan ...lepas setel amik gambar , apa lagi soru la


Masa yang amik gambar bubur nasik berlauk ni la tetiba jadi viral jap sebab punya banyak lauk pauk kan . Yer la 10 lauk 10 sayur kan . Bayangkan lepas tu kita org kenduri kan lauk lauk nih muahahhahaha . Kenyang perut hokeyyyy

Thursday, September 12, 2019

Indeks bacaan jerebu hari ini

dah jadi macam acara tahunan plak jerebu ni kan .

So kalau u ols nak tahu bacaan indeks pencemaran udara , boleh la terus ke


Air Pollutant Index of Malaysia - APIMS




Anak anak duk sibuk tanya bila sekolah nak tutup . Korang ni ...bulan 9 punya la banyak cuti , ni nak suruh cuti lagi ke apa 

Abg Isk malam tadi frust sebab dia kata cikgu tak bagi PJ sebab jerebu . Yer la kesihatan harus di utamakan 

Yang akak geram tu boleh plak nampak ada pakcik2 area taman ni membakor sampah ....weiiii serius ...cam nak curah je bara daun kering tu kat dia . Weiiiii tak nampak ke sekarang punya berjerebu ...apa u ols ingat kita di Cameron ? Berkabus kabus ? pfffttttt

Wednesday, August 07, 2019

Anak anak demam n denggi

Alhamdulillah Sarah dah kuar hospital .

Last week hari Rabu bawak Abg Isk ke klinik sebab dia demam . Nampak tonsil dia sangat bengkak . Dokter bagi ubat utk surutkan bengkak dia . Kak Moon pun mintak jugak ubat sebab sebab rasa cam bengkak kelenjar je kat rahang kiri ni . Sekali dokter kata ni mcm beguk je puan. Saya bg puan mc 3 hari.

So dapat la jaga Isk demam di rumah. Dia mmg flat giler sampai takley bangun. Makan n minum pun susah. Hari Khamis pihak sekolah call bagitau Sarah demam n mintak ibu dtg ambil segera . Terus bawak Sarah ke klinik . Badan dia sangat panas dlm 38.5. Terus dokter masukkan ubat peluru. 1 hari dia tido je ...Abg Isk pun sama mmg dua dua tu tido.


Hari Ahad , keadaan Sarah cam sama je. Badan on and off . Lepas makan ubat ok tak panas , tetapi lepas tu panas balik . Hari Ahad juga dia takley nak jalan langsung. Kaki dia sangat week.Abang Isk ada simptom yang sama the day before. Sampai kan si Saran ni nak bawak ke tandas pun kena dukung. Petang Ahad bawak dia ke klinik lagi sekali dan dokter amik blood test and masa tu platlet dia sangat rendah . Dalam 50 aje ( normal kena atas 150 )  so dokter bagi surat n mintak cepat2 bawak ke emergency. Dokter pun  mintak bawak Abg Isk juga sebab both mempunyai simptom yang sama.

Sampai emergency terus masuk ke dalam. Sebab dia tgk bacaan Sarah sangat teruk.Abg Isk ke green zone . Terus la Sarah kena admitted. Masuk wad kol 2 pagi . Nasib la masa tu Umi ada kat umah , boleh la dia tengokkan Nain .


Masa dalam emergency terus dia org masukkan air . Meraung juga la dia bila dokter nak cucuk tangan dia . Masa ni dah kena monitor berapa banyak air dia minum n berapa banyak dia kencing . Mmg doc terus set utk masukkan dia dlm ward.


pukul 3 pagi cam tu baru naik ward . Abg Isk punya bacaan 134 masih bawah bacaan normal . So besok nya dokter mintak datang cek darah lagi . Dokter kata si abang pun denggi tapi dah lepas fasa ke dua ni . Sebab Isk mula mula dulu demam. We ols ingat kan tonsil sebab mmg masa tu tonsil dia bengkak sangat sangat . 


masa ni mmg setiap jam kena catit banyak mana air dia minum n berapa banyal ml yg keluar . Sarah pun taknak minum n makan sangat . Segala jenis air mummy dia g belikan bersusun kat meja tu , tapi satu pun dia tak mo . Nak minum air masak sahaja . Masa ni dia banyak tido je . Nak bg makan n minum pun kena kejut.

Dokter kata denggi ni ada 3 fasa , fasa pertama masa dia start demam panas tak reda2 n berlanjutan lebih 3 hari . Lepas tu fasa ke dua masa dia dah tak demam . Masa ni la badan akan lenguh semua n masa ni juga kena monitor sebab masa ni badan kurang air n risiko berlaku pendarahan dalaman adalah tinggi masa ni . then fasa akhir masa naik bintik merah maknanya dah nak habis 


Masa ni dia sonok sebab uncle Talib n Umi dtg . so dia ceria sket makanan. Pagi kemain la cranky ... masa ni baru dia nak makan sket . Makan jagung n minum air banyak . Lega sangat . 


Tq pasukan cheerleader yg dtg menceriakan suasana n yg bawak macam macam makanan ( yg sara tak makan semua mak dia yg makan muahahahah ) Bak Pak Sutan kata la , Sarah loose weign , mummy plak yg tambah weight hahahahah which is so so true . 



 Sian dia sampai sembab muka dia duk masuk air . Masa ni stop jap drip sebab nak bawak dia ke tandas.

3 hari juga Sarah kena stay kat hosp .

Lepas kena discharge , dalam 4 hari kena datang balik ke hosp utk tgk bacaan darah dia mcm mana .




Singgah makan dulu kat Ummmiza Cafe , kemain sonok dia dapat makan sambal udang. Masa ni siap ber crown n pekuk anak patung lagi . Dia tak tahu kejap lagi lengan tu nak kena cucuk 

bila dokter nak cucuk je dia punya meraung rasanya 1 wad dengar kot . Last2 dokter kena bungkus dia ngan selimut . Mmg drama sangat hokey . 



Tangan kanan tu mmg duduk keras macam tu aje la sebab baru lepas kena cucuk . Bagi upah makan ice cream la sian dia . Badan pun susut banyak sebab masa kena demam tu mmg dia tak ada selera sangat nak makan .

lepas sejam ke hosp balik utk amik result . Alhamdulillah bacaan darah dia semua ok . Masa hari yg dia kena demam tu kaki dia pun sakit . Sampai nak berdiri pun tak ley . Jalan pun sakit . Rupanya ada budak lain juga sama umor cam dia pun kena sama juga  kat wad tu . Dokter kata Myositis . Masa mula dtg tu bacaan darah dia 7000 which is very high . Mungkin sebab infection ke apa . Skrg bacaan darah utk kaki dia tu 100 cam tu . 

Bengkak hati dia masa kena denggi tu pun dah ok . Liver function ok . Dokter kata mmg biasa bagi org kena denggi utk effect hati . 

Mummy bersyukur sangat sebab result semua cantek . Takmo sakit dah yer Sarah 


Wednesday, May 29, 2019

Arte Plus Ampang

Last week kita org pergi test stay kat Arte Plus Ampang . Ni adalah sebab gara gara nampak ada org share kat FB yang Arte Plus Ampang ni sangat lawa . So saja la kan intai intai kat booking.com lepas tu nampak la utk 2 bilik RM 137 cam tu . Apa lagi terus booking la ( lepas booking baru perasan ada cleaning fee RM 60 ) but still berbaloi sebab apartment 2 bilik n bilik nya gorjes gilorzzzzzzzzzz

Unit ni sangat cantek dan sangat bersih hokey.


Bangunan ni kat area Ampang belakang MCity n Felda u ols

Kak Moon amik bilik dengan 2 bedroom . Ada juga studio room dan juga 3 bedroom . Pilih la mana yg u ols suka .

But lepas kita org dtg ni mmg kena repeat lagi weiiii tak puas plak duk 2 hari 1 malam . Berbaloi baloi. Unit ni under Cobnb. Team yg layan booking kita pun baik . Arahan pun detail aje . Kunci amik kat security guard sahaja.







Sangat luas apartment ni . Siap ada sofa n meja makan bagai n paling best sebab boleh masak . Terus Pak Sutan cadangkan masak utk lauk berbuka hahahha .


Ada pinggang mangkuk semer n ada periuk bagai . Cuma masa ni pisau je takada . So kita org beli je pisau biasa satu nak wat potong bawang bagai . 



ni bilik utk Yaya ngan Sara , Abg Isk nak tido kat sopa luar je katanya .  



Ni bilik mummy n daddy serta Nain . Dalam bilik ni ada 1 bilik air . Bilik air satu lagi ada kat luar so tak kalut la nak berebut tandas



Complete semua hokey . Ironboard , irn , hairdryer semer . Towel pun lengkap la ....weyyyy akak suka akak sukaaaaaaaaaaaaaaaa


Rasanya kena beli la yg kerusi bulat tu sebab Nain mmg duduk atas tu je bersila sambil tgk TV . 

tapi yang paling best unit ni adalah sebab ada PRIVATE LIFT u olssssss. Kuar pintu umah terus ada lift khas utk korang . Org lain takley berenti kat lift depan unit korang tu sebab kena ada access card . Terus fefiling org have have u ols . 

Tapi ni kena ada access card la . Kalau tak pakai je lift biasa . Arte Plus ni dia ada 3 tower tau . So setiap tower ada lobi masing2 . Tarikan tarikan pun berada di berlainan tempat so kena rajin tgk signboard ya .


Picture credit to Super Meng 







Swimming pool dia pun lawa . Budak budak ni duk geram kolam mandi ni aje . Abg Isk takmo mandi sebab dia kata tak larat la nak berenang time time puasa ni



 Tapi adik adik dia kisah apa kan . Pantang nampak kolam renang mmg nak terjun je kerjanya . Si kecik tu pun sama naik nak masuk mandi jugaks . Tapi kolam kecik ni pun a bit dalam utk Nain . kira paras dada dia  ..so mmg Yaya kena pegang dia .


 Ok jgn lama lama u ols . Mummy nak g cari makanan berbuka puasa pulak ni . Rupanya bangunan ni sangat la dekat ngan MCity rumah arwah Bg Lan . So kita org masuk  supermarket bawah M City tu aje g beli ayam semer .

Pak Sutan mintak buat sup ayam sebab senang kan . Beli timun aje buat ulam n goreng telo dadar . Sup tu plak letak dlm mangkung n potong cili padi tabur dlm sup ...perggggggg sodappppp .

Since malas nak masak nasik dlm periuk , kita org beli aje nasik bungkus . Utk sahur boleh plak budak2 ni request nak makan spagetti . Mmg memasak cam duk kat rumah sendiri la .

 Semua tempat mmg cantek n sesuai utk bergamba .



Lazy river Spa tu kena g amik pas tau dan ada waktu2 dia juga. Malam tak bukak .  


Budak yang asyik lapar ni . 

 Deko rumah ni pun sangat simple tapi smart 





Overall mmg puas hati sangat sangat . Saya bagi 5 bintang. Bila nak check out pun dia suruh masukkan kunci dalam mailbox sahaja n lock kan . 

Oh ya check in time 3 pm , check out time 11 . Kalau dapat check out at 12 lagi best rasanya sebab kol 11 tu cam terkejar2 sket kan. Tapi ok la puas hati . Parking kereta kat B2. Since tempat ni masih baru so kawasan parking a bit sunyi 


so kalau korang nak weeken gateway in the city , Arte Plus ni boleh masuk dalam senarai. Kalau sebelum ni we ols ayik ke Berjaya Time Square kali ni boleh masukkan Arte Plus Ampang ni dalam list juga  di samping Berjaya Time Square n Maya Homestay Shah Alam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...