Lama tak mencoret kat blog ni. Kalau tak mmg almost every day akan membebel kat sini. Skrg dah slow down sikit, Faktor usia kot (n pemalas) dah kot hahahah . Tapi kenangan Yaya amik result SPM mmg nak kena letak juga kat blog ni. Sebab blog ni mmg ibarat jurnal dari dia org kecik. Now dah habis sekolah menengah dah Yaya .
Alhamdulillah keputusan Yaya agak bagus. Result dia pun dah buat kami sangat sangat bangga dgn dia. Masa trial dia dapat 2A sahaja n banyak subjek teruk. Mmg dia down sangat n banyak perkara berlaku kat sekolah masa musim trial tu. Tapi nasihat dia the best sweet revenge adalah dgn buktikan u mampu buat n bagi keputusan cemerlang. So mmg dia study betul betul, tido pun banyak actually hahahah . Mak dia plak naik risau tgk dia yg kejap kejap asyik terlena aje.
Sepatutnya kena ke sekolah awal tapi dia nak pergi selepas result boleh cek secara online. Mmg dah bagitau dia apa pun result yang keluar kena terima tau. Apa pun result Yaya, mummy daddy akan happy utk Yaya.
Moon punyer blog
Wednesday, May 06, 2026
Keputusan SPM Yaya
Monday, March 03, 2025
Langsir Murah di Sarah Hughes Globe KL
Assalamualaikum semua ,
Sale langsir di Sarah Hughes Globe Jalan TAR KL kembali lagi. Kali ni owner kasik harga sangat sangat best plus kain dia semua meletop .
Kak Moon ada buat sale 3 hari baru ni tapi ramai kata tak dpt datang since ia adalah 1st day puasa n ramai org balik kampung
Tapi jangan risau sebab sale ni akan dilanjutkan sehingga habis Ramadan. Maknanya sehingga 31 Mac 2025

Ok bagi kain RM10 yang terpampang kat kedai, akan menjadi RM5 tapi dengan syarat anda kenala sebut nama Kak Moon. Kali ni nak jual nama Kak Moon tak apa. I benarkan u ols guna nama I
Semua yg listed RM10 akan menjadi RM5
Kain ni bidang 110' akan menjadi RM3 aje tau. Limited to 1000 mtr only. Kain ni sangat cantik tau
Yer , sis dah lama tak buat sale ni. Jadi kali ni diharap semua takkan lepaskan peluang tau. Sebab, tak tahu bila lagi akan kembali offer yg menarik ni
boleh dtg aje tau ...tapi kain, siapa cepat dia dapat. Last weeken pergi pun dah ada few rail dah gondol org borong. Tapi ada banyakkkkkkkkkkkkkkkkkk lagi tau ....ayuhhhhhhhhhhh
Sarah Hughes Globe
Jalan TAR
KL
Monday, January 15, 2024
Abg Isk masuk UPNM
Tetiba budak kecik yg korang selalu tengok kat sini dah jadi anak teruna dah . Dah habis SPM and ni dah masuk U dah pun .
Isk mmg lama dah nak masuk MTD ( Maktab Tentera Diraja ) dari form 3 . Siap g test lagi tapi tak ada rezeki . Moon pesan kat dia , takpa Isk nanti cuba lagi lepas SPM . Cuba dapat kan result elok , Isk cuba apply UPNM plak k
Tapi dia agak risau sebab trial SPM dia dapat 2A sahaja plus math pun E. Subjek +math, fizik n kimia pun tak cantek sangat . Mmg dia nampak frust sgt masa dpt result trial . Tapi dia work hard , masuk online tuition MC+ mmg utk baiki Math dia . Mmg tak nampak la dia kat bawah . Mmg duk atas je manjang . Bila buka pintu bilik dia, memang nampak la dia duk tgh belajar n buat latihan banyak banyak .
Masa result SPM nak kuar , bagitau dia yg dia dah cuba yg terbaik . Apa pun result dia , tolong jgn risau .
Alhamdulillah dia dapat result yg sangat bagus n semua dia baiki. Math yg dari E pun jd A . Fizik , Kimia n Add Math pun elok.
Seronok dia dapat naik pentas . Mummy pun bergenang air mata duk tgk dia dari bawah ni . Dia pun tak percaya dengan result dia . Habis semua cikgu dia g jumpa n ucap terima kasih .
Masa isi UPU mmg dia letak UPNM sebagai pilihan utama . Amik Asasi Kejuteraan dan Teknologi Maklumat. Katanya nak amik bahagian IT sama macam Mummy ngan Daddy juga , mcm senang je katanya . Hahhahah ini lawak . Tang mana senangnya Isk oooi . Tak ada apa yang senang dalam dunia ni . Macam mana cara kita handle n bawa benda tu la yang paling penting . Semua benda ada cabaran tersendiri
Lepas lulus ujian fizikal dan interview baru akan terima surat kemasukkan . Bila result UPU diumumkan dia berjaya masuk Asasi dia sangat happy . Asasi setahun 2 semester kat UPNM Sungai Besi . Asasi ni semua kena bayar sendiri utk 2 semester . Tapi ada boleh mohon bantuan juga bagi yang layak .
Lepas ni dia akan apply utk Degree and pegawai kadet . Syarat utk jadi pegawai kadet semasa Degree adalah kena ikuti Asasi di UPNM dan melepasi syarat minimum CGPA 2.75 ke atas , Muet band 3 ke atas serta melepasi ujian fizikal yg telah ditetapkan .






.jpeg)


.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)

.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)