Wednesday, June 25, 2014

Bantuan tuh ada sebenarnya

Bila ckp pasal bantuan tak sampai itu ini mmg kalau sapa tak tahu mmg akan rasa geram n rasa seperti di abaikan . Tapi sebenarnya benda2 nih ada cuma antara kita nak atau tak nak je .Tak ley la nak harap kan bulan jatuh ke riba ...so kena cari la kan

Ibarat meja buffet , semer dah terhidang . Antara nak pegi amik atau tak

Tapi mebi jugaks ada org tak tahu ...ooo rupanya ada meja buffet ...ini perumpamaan hokey

My auntie mmg slalu dtg umah n she is a single mother dan dia tak pernah sekali pun rasa malu ngan status dia . Infact ai respect sgt kat dia sebab dia slalu bawak rakan rakan atau mana mana ibu tunggal yg dlm kesusahan ke tempat yg sepatutnya . Sebab dia sangat cekap n pandai cari tempat2 yg menyediakan bantuan utk ibu ibu tunggal , asnaf ( org yg berhak dpt zakat ) atau org miskin . Kalau time raya dapat bantuan baju sekolah n kelengkapan skolah ...time bulan poser mmg dapat pegi mkn sana sini n dapat bantuan ...dapat duduk umah yg sesuai n bayar pada harga yg sangat berpatutan ...monthly lagi dpt elaun .  So antara bijak berbelanja atau tak je . Sebab secara lojiknya my aunt kata mmg semer tuh sangat cukup .

Dia tak susah pun  . Mmg la makan dia cukup2 utk dia 2 beranak . Every month dia akan dapat bantuan bekalan beras n etc . dia kata kadang tak habis makan pun n kadang kalau ada lebih lagi dia tak pegi amik pun kat Baitulmal . Ai plak yg melopong sebab tak tahu rupanya benda2 nih ada . Siap dia plak yg tolong pegi apply kan utk org lain sebab kesian la kan . Bantuan ada tapi duk jugaks cam tuh n tak apply .
 

Pernah sekali dia citer . Ada pasangan muda nih duk mintak sedekah atas jejantas kat KL . Dia berenti n soal pasangan tuh . Dtg dari mana napa tido sini ...tak der umah ke ...mak bapak mana ...family mana . Siap budak lelaki tuh cerita la ...dia org kawen n ibu bapa tak restu so dtg ke KL konon nak keja tapi kena tipu dengan org n tak tahu nak pegi mana .

Terus my aunt bagitau dia org suruh pegi ke area masjid India kot kalau ai tak silap . Sebab kat sana dia org akan bantu sapa yg ada masalah ...tolong carikan kije semer n bagi makan utk few days . Nanti moon konpom kan balik ngan dia . Sebab masa dia citer tuh moon ngan sutan mmg mcm terlopong la kejap sebab mmg tak tahu pun benda2 cam nih ada .

Ok ...jom kita tambah pengetahuan sama sama ...

LEMBAGA ZAKAT 

So Moon yg mmg zero knowlegde nih teringin jugaks nak tahu . Atleast kalau ada org tanya , walaupun kita tak la tahu sangat tapi kita tahu nak nasihat kan dia org utk pergi ke saluran mana kan . Moon rasa tuh la yg patut kita buat kan . Kalau kita kenal mana mana la atau sesiapa di kawasan kita yg perlu bantuan , apa kata kita bantu dia org ...tuh je la sekecil2 bantuan yg dpt kita bagi . Mudah mudahan bantuan kita tuh akan jadi besar buat mereka yg amat amat memerlukan .

Sebab Moon pun tak arif sangat apa kata kita baca sama sama .


Ada 8 asnaf zakat iaitu:
  • Asnaf Fakir

    Asnaf Fakir ialah orang Islam yang tiada harta atau pendapatan, atau ada harta atau pendapatan tetapi tidak mencapai 50 peratus daripada had kifayah dirinya dan tanggungannya.
  • Asnaf Miskin

    Asnaf miskin ialah orang Islam yang mempunyai harta atau pendapatan yang hanya boleh menampung lebih 50 peratus keperluan dirinya dan tanggungannya tetapi masih belum mencukupi had kifayah.
    Klik untuk lihat penerangan tentang Asnaf Fakir & Miskin dengan lebih lanjut ]
  • Asnaf Amil

    `Amil ialah pihak yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi mewakili DYMM Sultan untuk menjalankan tugas-tugas pengurusan zakat meliputi pungutan dan agihan.
  • Asnaf Muallaf

    Muallaf adalah seseorang yang baru memeluk Islam atau seseorang yang dijinakkan hatinya dalam kalangan mereka yang belum memeluk agama Islam atau yang perlu ditarik simpatinya kepada Islam atau diharap dapat membela orang Islam atau yang perlu diamankan kejahatannya terhadap orang Islam.
    Klik untuk lihat penerangan tentang Asnaf Muallaf dengan lebih lanjut ]
  • Asnaf Riqab

    Riqab ialah seseorang yang terbelenggu di bawah suatu kuasa atau keadaan yang menjadi hambatan kepada dirinya bagi menjalani kehidupan yang lebih baik.
    Klik untuk lihat penerangan tentang Asnaf Riqab dengan lebih lanjut ]
  • Asnaf Gharimin

    Gharimin ialah orang Islam yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas diri dan tanggungannya atau kepentingan masyarakat dan tiada keupayaan untuk membayarnya.
    [ Klik untuk lihat penerangan tentang Asnaf Gharimin dengan lebih lanjut ]
    Orang Islam yang berhutang untuk memenuhi keperluan asasi bagi permasalahan diri atau keluarga tanggungannya atau orang yang berhutang untuk menyelesaikan masalah masyarakat dan memerlukan:
    • Orang yang berhutang itu tidak mampu menjelaskan hutangnya.
    • Hutang itu hendaklah dalam perkara taat yang diharuskan syarak.
    • Hutang telah sampai tempoh untuk dijelaskan.
  • Asnaf Fisabilillah

    Klik untuk lihat penerangan tentang Asnaf Fisabilillah dengan lebih lanjut ]
    Fisabilillah ialah perjuangan, usaha dan aktiviti yang bertujuan untuk menegakkan dan mempertahankan agama Allah.
  • Asnaf Ibnu Sabil

    Ibnu Sabil ialah orang Islam yang kehabisan belanja semasa memulakan perjalanan atau dalam perjalanan yang mendatangkan manfaat serta sesuai dengan hukum Syarak dengan syarat:
    • Putus bekalan dalam perjalanannya.
    • Tidak dapat memanfaatkan hartanya untuk meneruskan perjalanan.
    • Memerlukan kemudahan asas dalam masalah perjalanan.
    • Ditinggalkan dalam perjalanan

ooooo baru tahu rupanya banyak jenis Asnaf n zakat yg kita bayar tuh akan di salur kan pada mereka mereka ini  .

Hikmah di sebalik kes Adik Firdaus maka ramai antara kita yg sudah mula cari apa jenis jenis bantuan yg ada yg di sediakan .




 Misti yg akan kata ala ...200 je nak buat apa . Celah gigi je ...yup buat kita mebi rasa cam 200 apa la sangat tapi kalau utk org betul 2 susah 200 tuh besar . Biasa nya yg kata sket nih org lain n bukan penerima tuh sendiri . Yg terima tuh kemain tadah tangan ucap syukur Alhamdulillah tapi kita plak lebey2 kan . Betol tak betol tak .  Maka kita ley usaha pegi yayasan negeri atau mana bdn2 lain . Insyaallah ada cara nya . So malu bertanya tersesat jalan ..kecuali ada GPS ...hiks

So kita kena kurangkan merungut ...kurang kan banding membanding ...kurang kan nak rasa tak puas hati kat org tuh org nih ..syukur la dengan rezeki yg Allah berikan utk kita . 

Moon nak paste kat sini cara pengiraan Kifayah tapi bila copy n paste dia jadi pelik alignment dia . so u ols ley pegi tgk kat sini . LEMBAGA ZAKAT - CARA PENGIRAAN kIFAYAH

Pengkelasan Fakir atau Miskin

Pengkelasan sesebuah isi rumah bagi menentukan sama ada mereka fakir atau miskin adalah berbeza daripada sesebuah keluarga di antara satu keluarga yang lain. Ini bergantung kepada Had Kifayah dan bilangan isi rumah.

Tapi utk mendapat bantuan bantuan ini maka seseorang tuh hendak la pegi daftar kan . kalau tak daftar macam mana org nak tahu betol tak . Kita nak sesuatu misti la kita kena usaha utk dapat kan . CARA MOHON DI SINI 


3-01-1, Presint ALAMi,
Pusat Perniagaan Worldwide 2,
Persiaran Akuatik,
Seksyen 13,
40100 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan

Tel: 03-5522 7700 Fax: 03-5522 7722
Talian Zakat Selangor : 1-800-88-5353




JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT





Ni adalah piagam pelanggan dia org






2 comments:

Dils said...

Good entry Moon. Saya pon setuju, kadang-kadang bile susah kite kena cari jalan cari bantuan.

Tapi paham jugak ramai tak tahu macam mana, tapi tak salah nak tanye dan tanye dan tanye sampai jumpa orang yang tahu.

ASLIZA said...

Betul akak...adik saya OKU kategori budak lembam...dia ada kad OKU dan dapat bantuan yang sepatutnya diterima..kadg2 simpanan dia lagi banyak dari saya yang normal ni..semua tu hasil bantuan JKM dan lain-lain..jadi jangan salahkan gov kononnya mengabaikan sebab semuanya tersedia kalau kita rajin nak cari.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...