Showing posts with label Paris. Show all posts
Showing posts with label Paris. Show all posts

Thursday, November 22, 2018

Jalan Jalan Paris - The Lourve Museum n Eiffel Tower

Since petang semalam macam rushing je . Maka pagi ni kita repeat lagi sekali jalan jalan area Eiffel Tower n panjangkan kaki sket sampai ke The Lourve Museum yg kaca tiga segi mcm pyramid tu . Mmg challenge ni sebab kena balik by 12 utk check out bilik hotel .

Barang mmg dah siap pack sebab takut nanti sampai lewat kang jenuh nak kemas barang plak kan .

pukul 7 lebih dah turun dah . Masa ni sejuks yg amats sebab bila check current temperature suhu 0 hokey . Nampak kedai roti kat area hotel ni dah bukak , apa lagi jom masuk . Bau roti semerbak sampai kat luar . elok benar la sebab we ols pun lapar .

besar besar rotinya . semua ni masih panas panas lagi .

simple aje kedainya


nak jalan ke Eiffel Tower amik masa dalam 10 minit aje . Since dah ingat jalan , rasa cepat je sampai.



gigih keluar awal awal pagi . Jalan pun lengang aje .


suka tengok bangunan bangunan kat sini . 

 Kita org menghala ke Eiffel Tower lagi . Sebab semalam terlalu ramai orang so mmg crowded . Hope pagi ni tak ada org n kami ley jalan jalan ngan tenang . Sejenis kegigihan keluar awal pagi muahahah

sambil jalan stop ambil gamba 


kosong u ols . Pukul 8 pagi tak ada orang nak datang awal awal pagi cam ni . Puas dapat bergamba , nak bergolek ke , nak melompat ke ...semua boleh . Tapi Abg hitam manis pun ramai juga pagi pagi ni . Baru lepas kan diri dari sorang abang hitam manis dah kena kejar ngan yang lain pulaks . 




untuk jalan ke Museum tu , kena jalan sepanjang sungai ni . Dalam masa yang sama boleh tgk tgk suasana kat sini ( mula mula sonok la berjalan lepas tu bernapas pun macam naga hahahha penat punya pasal )



Jalan jalan , berenti ambil gambar . 

 
atas jambatan ni banyak org letak mangga kat pagar tu . kau kunci cinta ku di atas jambatan konsepnya hahahha



Dekat sejam gaks kita org jalan . Separuh jalan tu mcm eh kita tahan bas la ...kita tahan teksi la . Tapi cam blur2 mcm mana nak bayar tiket ek . Kena pakai kad ke hapa . Kita org decide utk jalan je terus sebab dah tak jauh dah . 

Tahan jugak orang nak tanya jauh tak lagi. Sekali org tu pun pasangan laki bini pun jalan jugak dr Eiffel Tower tu nak ke museum tu . Dia org jalan laju giler . Kita org gaks yg lenggang kangkung mak limah hahahhaha . Nasib la sejuk ...kalau tak harus semua keti becak hahahha . 





Kita org masuk kot taman . Mmg lawa n luas taman dia . Bangunan pun cantek2 . Dalam kawasan ni bersih n dijaga . Kalau kat Eiffel Tower tu kotor. Mungkin sebab ramai org kan . 


Kalau tak rushing , mmg lepak lama dalam park ni sebab banyak port cantik2 . Tapi kita aim ke pyramid kaca tu dulu .


nampak aje macam panas terik . Tetapi sekali angin bertiup , rasa cam org amik ice ketul lempang muka hahahha . 

 Sampai sudah . Datang semata mata nak amik gamba je ni . Insya-Allah kalau ada masa n rezeki kita dtg lagi ...boleh la masuk dlm museum tu ( berangan is free u ols )



 sudah kepenatan muahahahha .Ok mari la kita cari jalan macam mana nak balik ke hotel dengan menaiki bas , nasib la ada sorang driver bas ni bagitau kita org utk jalan terus cross jambatan n naik bas 69 . Bas 69 tu akan stop betul2 depan Eiffel Tower tempat yg kita org lalu pagi tadi . Yeyyyyyyyyyy



Dari The Lourve tu kita org cross jambatan pergi the other side of the river . Tunggu bas nom 69 kat bus stop ni 

Tambang : 0.70 Euro kalau tak silap . Ni akak lupa . Budak budak free sahaja . 

Boleh bayar guna cash sebab driver tu akan pulangkan baki . Nanti ada kuar tiket utk kita pegang . Tunggu 14 stop baru sampai kat area hotel kita org . 


Masa kita org tunggu ni ada 1 group pelancong mcm kita org juga . 1 family dari Indonesia . Dia org pun tanya kita org macam mana nak naik bas balik ke Eiffel Tower . Rupanya tadi dia org pun jalan jugak ke The Lourve . Sama la kita . Semua pun kepenatan dah . 

Kita orang sampai kat hotel pukul 11.15 pagi . Sempat la nak ke tandas ke n rehat kejap . Lagi pun bag dah siap pack dah . So terus google map macam mana nak ke stesen keretapi . Sebab train kita org ke london pukul 4 lebih nanti . Masa ni lawak sebab semua dah kehabisan duit . Moon tukar 100 Euro sahaja n Ain pun sama . So bila dah tinggal beberapa Euro aje terus kita org tong tong je duit nak buat tambang . Ni mmg lawak . 


Masa ni tunggu bas nak ke Gare du Nord stesen keretapi .  Bas nom 42 ni hentian last dia adalah Gard Du Nord tu . So dalam perjalanan tu dapat la tgk kiri kanan apa yang ada . Butik butik high end semua . 
Selamat sampai Gare Du Nord ngan jayanya hahahhaha . So just ambil lift n turun bawah shj . 


Sebab masih awal lagi , kita org lepak kat luar ni . Sambil minum kopi n tengok tengok orang ha haha.

Jumpa Kak Nor n Jo kat sini sebab dia org ke hard Rock Paris tadi . So mmg janji apa apa jumpa kat stesen ni je . 



Duk kat belah luar ni ok jugak . Sebab kalau nak tunggu kat dalam org pun ramai . Pengemis yg duk ikut pun boleh tahan jugak. Tapi bila dah duduk kat luar ni mmg Pak Sutan ngan Wawan asek kena paw rokok aje , org kat sini mmg selamba je dtg mintak rokok . Kat London pun sama . Tapi Sutan kata kat London siap dia org nak bayar utk sebatang rokok . 

masa duk ambil ambil gamba ni boleh plak ada org kencing kat bawah tu . Suka suka dia je pancut merata rata . 


Wan n Jo . Wan adalah bapak 2 org anak so he is taken ya ladies . 
But Jo is single , baik orangnya, berbudi bahasa n sayang budak budak  . Orang kampung akak u ols orang Ganung . So kalau ada yang nak berkenalan bgtau k muahahahah ( harap Jo tak baca ni ) 


ok jom kita pulang ke London balik . Perjalanan sama 2 jam 15 min . 


Sampai kat stesen St Pancras , semua decide ambil teksi je . Tambang teksi dari St Pancras ke Grand Plaza 20 pound . Semua teksi kat sini ada mesin ni . So boleh pilih nak bayar cash atau bayar melalui kredit card . 




TIPS

Kredit Card di luar negara 

Yang ni tak perlu di aktifkan sebab Kredit Card Master Card atau Visa boleh digunakan tanpa masalah di luar negara . Yang jadi masalah , bila tak cukup kredit je dalam tu hahahahha . 


Debit Card di luar negara 

Debit card lain pulak. Yang ni korang kena call bank utk aktifkan penggunaan dia . Nanti masa swipe kat luar negara, dia akan tanya nak bayar dlm GBP atau bayar dalam MYR . 

Macam Kak Moon pakai Maybank . Kak Moon aktifkan kad AtM ni untuk pengeluaran duit di luar negara . Ni korang boleh buat melalui maybank2u shj . Nanti Kak Moon share kan ya tips n more info mengenai kad debit ni ya 


 Activate kan Overseas ATM Facility
Set kan juga Debit Card Purchase Limit



Jalan Jalan London 2018




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...