Wednesday, July 18, 2018

BookXcess Cyberjaya

Book Xcess Cyberjaya , kedai buku 24 jam yang pertama di Malaysia . Tamarind Square ni sangat dekat ngan opis kita org . Masa dlm pembinaan lagi dah nampak kain rentang bagitau akan ada kedai buku 24 jam. Sejak tu mmg duk tunggu bila kedai buku tu nak bukak . 

So baru baru ni sempat la pergi . Moon mmg suka masuk kedai buku . Plus, Book Xcess buku dia selalu dijual murah murah kalau nak compare ngan kedai lain tapi buku semua buku bahasa Inggeris la .


Lokasi Book Xcess , Tamarind Square , Cyberjaya 

Cyberjaya ni kan besar kan . So Landmark dia near MMU , Sekolah Kebangsaan Cyberjaya . Rasanya kalau Waze mmg nampak terus Tamarind Square ni . Nanti naik kot Ramp tepi ada sing utk ke Book Xcess . Bangunan ni cantik, ala ala tak siap n bersimen je tapi lawa n siap ada taman n pokok pokok besar lagi . 


akan nampak sign ni kalau dr tempat parking terbuka 


ni plak kalau dr pintu belah dalam 


Sangat besar ya . Boleh refer floor plan di atas sebagai rujukkan . Moon mmg ronda semua lorong pastu cam geram kat semua buku . Semer best best . Tempat pun selesa n sejuk . 

  pusing la 20 kali dlm ni mmg tak busan . Ke akak je ada sindrom suka tgk buku .

 Bahagian buku anak anak pun best 

 
ada kerusi n meja juga utk duduk duduk 


geram kan tgk n harga dia pun sangat berpatutan 

 Bahagian ni la akak suka ...bahagian buku kaler kaler . Akak dulu sempat demam warna warna ni tau . Skrg ada baby tak sure sempat ke tak .


Dulu buku buku warna ni kemain bapak mahal kan . Siap akak punya teringin siap order kot lazada tp bila dapat kualiti mmg la tak cun . Masa mewarna pun lunyai je kertas hahahhaha tapi minat punya pasal, bedal aje . 


 Tp tgk ni RM 19.90 hokeyyyyyyyyyyyyyyyy hokeyyyyyyyyy akak duk angkat letak angkat letak. Nafsu nak memiliki buku ni membuak buak tapi memikirkan ada ke masa nak kaler ni . Terus letak balik . Nanti akak dtg beli u tauuuuuuuu .


 Wall ni pun best . Sangat best utk ber selfie hahahhaha



kali ke 2 pergi , kita org bawak sekali anak anak . Dia org pun seronok datang sini 


 Buku buku cam ni menarik sungguh la

 Ni pun akak tergoda ...sempat baca few pages . Tgk la potongan harga tu .....phewww 

 

So kalau tak tahu nak kemana , boleh la datang ke Book Xcess Cyberjaya ni. Sangat best dan luas dan ianya dibukak 24 jam u olssssssss



4 comments:

Kak Wawa said...

Ya Allah, bestnyaa tengok..

Farhana Jafri said...

boleh jadi murung kalau masuk sini sebab banyak sangat buku best nak baca :D

Vitamin Syaza (VS) said...

24 JAM!!!! serius bestnyaaaa. tq for share.. salam kenal dari Syaza :)

Unknown said...

Parking kt bhgn mana ye? Aritu ge x jumpe pintu masuk....huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...