Monday, August 20, 2018

14 tahun

Selepas berkahwin selama 14 tahun ..ini la kami . Happy 14 Anniversary Pak Sutan . 4 orang dah anak kita . Kadang bila  tgk Abg Isk cam tak caya je anak anak dah besar . Rasa cam baru kawen je muahahahah ( gediks plak bunyinya )


Uiih ramainya anak akak hahahah tetiba anak dah 4 dah kan . Misti ramai yg start baca blog Kak Moon masa Kak Moon ada Isk n Yaya je kan . Masa tu pun duk aktif kat fotopages. Sekarang Fotopages pun dah lupa password . Fotopages pun dah tak boleh bukak dah.



Lama tak ambil gamba proper macam ni . Mak dia org sekarang ni dah semakin malas sebab banyak benda lain yang perlu diberi perhatian lebih . Blog pun macam tak banyak entry sangat sebab kadang laju update kat IG n FB sahaja .

nak kena ngan tema punya pasal , siap buat cekak bunga bunga yg match ngan bendera untuk Sarah . Sudahnya cekak tu jatuh merata rata sebab dia sibuk nak berlari  n main bola ngan abang dia . Kebetulan kita org semua pakai baju T Shirt merdeka by Sarah Hughes Globe . So apa lagi alang alang tu apa kata kita g amik gamba je terus


Yang sikecik tu kemain lagi kan dia punya sengeh tu . Rambut pun dah menebai cam ada potensi menjadi rambut sabut Abg Isk aje hahahhaha . Nain sekarang pun dah umor 8 bulan .



 bila dah lama kawen ni ( kalau lebih dari 10 thn boleh dikira lama la kan ) kita pun belajar banyak benda . Sekarang banyak beri perhatian pada anak anak . Apa apa pun anak anak akan diutamakan dulu . So anda ingat kami ada masa utk gaduh gaduh ....hahah harus la tidak sebab ada masa utk pening kepala je nak layan kerenah anak anak muahahhahah .


Masing masing macam macam peel n ada kelebihan masing masing . Lama lama kita akan tahu macam mana nak manage n belajar dari kesilapan.Lama lama kita akan cuba n cuba perbaiki agar sentiasa lebih baik dari semalam . Untuk menjadi pasangan yg lebih baik dan juga ibu serta bapa yang lebih baik . 


Bulan 8 juga adalah bulan yg special utk kita org sebab kita org kawen 20 hb . Setahun lepas tu Abg Isk dilahirkan . Besok adalah birthday dia yang ke 13 . Tanya dia nak apa ...tapi dia kata nanti la Isk pikirkan dulu hahahah . 


Baju kami semua by Sarah Hughes Globe , Jalan Tar KL ( yer Globe yang selalu Kak Moon buat promo langsir langsir tu )


Kids :  3-4 , 5-6, 7-7. 9-10 , 11-12 DAN 13-14 tahun
Adult : S hingga 5XL 
Harga : RM 29.90 

BERMINAT NAK ORDER ONLINE SILA KLIK LINK DIBAWAH 
www.wasap.my/60176561624


4 comments:

Mrs. A said...

Happy 14th wedding anniversary.
Moga berbahagia till Jannah.

aeinnamusa said...

done follow #3308

Mummy Julia said...

Happy Anniversary Kak Moon... Syokkan anak dah besao dah boleh goyang kaki..hehhe

Aku adalah aku said...

Semoga berbahagia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...