Thursday, March 16, 2017

Levi's, Pavilion Elite STS Launching

Minggu lepas, Moon berpeluang ke perasmian kedai baru Levi's , Set The Standard ( STS ) yang pertama. Levi's STS terletak di Lvl 4 Pavilion Elite , salah satu pusat membeli belah yang terulung dan top di Malaysia.


 Kali ni Moon ajak Pak Sutan pergi sekali. Ni 1st time dia ikut Moon ke event. Moon ingatkan nanti misti dia bosan ke apa, tapi dia mmg seronok sangat. Sebab event ni sangat happening dan meriah. Para jemputan pun ramai dan ada banyak aktiviti kita boleh join sementara tunggu perasmian kedai.



 Ada makan makan n minum minum juga . So sambil kita chit chat dengan guest yang hadir, masing masing boleh pergi amik gambar kat photo booth yg sangat best

 Groovy Photobooth

Sempat la ajak Pak Sutan bergambar sekali kat dalam photobooth ni . Lepas tu gambar kita org di gantungkan kat luar booth n kat atas sekali plak tu. Bila masuk IG Nabila Huda kupu kupu terus nampak ada gambar kita org kat belakang tu hahahhahah glamer seposen kan .

Takley bergambar ngan Abil ....gamba kita org ada tepi dia pun jadi la hahhahahah ( nak jugakkkkk )

Mystery Gift Vending Machine 


Dapat Denim bag daripada machine ni ...love it ...love it. Ada juga guest yg dapat pencil case. Nama pun mystery kan ...so kita takkan tahu kita dapat apa ...


Levis Customization Counter

Kat Levi's Customize counter ni kita boleh nak tampal atau buat embroidery di bag atau jeans n jacket.

So hadiah bag yg dapat kat Mystery Vending Machine kat atas tu kita org jahitkan nama hahahhah MOON thats mean bag tu moonpunyerbag la


comel sangat kan lepas di customize kan. So each item adalah unik


“Kedai STS terbaru ini bertujuan menyerlahkan lagi pengalaman runcit Levi’s® melalui cetusan ekspresi jenama paling berkesan  – dari segi suasana sekitaran serta susun atur produk dan juga pengalaman berkunjung dalam kedai, ” jelas En. Imran Butt, Pengurus Negara, Levi Strauss Malaysia.

Ada fashion show juga selepas tirai Levi's, Set The Standard store dibuka. 





Ruang kedai Levis ni sangat selesa. Ianya juga luas serta mengabungkan rak-rak kayu pain serta besi.

Baju baju serta seluar disusun kemas mengikut jenis dan koleksi. So sangat senang kalau kita nak pilih . Cara produk disusun juga lebih ke arah konsep 'less is more' dimana dengan fokuskan pada ciri dan faedah produk berbanding kuantiti.


Levis Orange Tab collection.

Semasa pelanjaran Levi's STS store ni juga ada majlis pelancaran koleksi terbaru Levis Orange Tab. Biasa kita tahu kalau jenama Levi's mesti tab dia warna merah kan. Tapi orange tab ini adalah keluaran masa tahun 1960an semasa era 'counterculture' . Orange Tab adalah bercirikan 'old school' dan amat diminati oleh pengumpul vintaj dan juga peminat peminat denim. 



Melalui gabungan lama dan modern maka terhasil la koleksi Orange Tab 2017. Tarikan lama dipadankan dengan fabrik yang bersesuian dengan trend moden kini. 

Orange Tab for Men
Harga antara RM69 hingga RM 499




Orange Tab for Women
Harga antara RM 69 hingga RM269




 Kat atas ni , Moon share kan dengan u ols di antara koleksi Orange Tab . Koleksi Orange Tab sudah boleh di dapati di Levi's Store. So bagi peminat peminat Levi's dan juga denim ala vintaj, u ols kena cepat cepat dapatkannya tau.



Levi's STS kat Pavilion Elite ni mmg best n selesa.


Jom tgk gamba .. mmg smart sangat bila nampak model model ni pakai. Nampak sangat selesa . Moon sangat suka kalau tgk org pakai seluar jeans ngan t shirt putih sebab nampak  selesa n kemas.


Untuk maklumat lanjut, anda boleh ke Levi.com.my

Visit the new Levi’s® store at Lot 4.103.00, Level 4, Pavilion Elite. 
Open daily, 10am-10pm.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...