Tuesday, October 03, 2017

Meizu Pro 7 Dan Pro 7 Plus Dilancarkan Di Malaysia – Harga Bermula RM 1899

Jika anda mahukan telefon pintar yang jauh berbeza dari yang lain, maka Meizu PRO 7 dan PRO 7 Plus patut menjadi pilihan anda. Dari hadapan mungkin tidak berbeza, tetapi skrin kedua yang terletak di belakang pasti akan membuatkan rakan anda terpukau melihatnya.


Meizu Malaysia kini mengesahkan ketibaan PRO 7 dan PRO 7 Plus di Malaysia. Tempahan kedua-dua telefon pintar akan dibuka bermula 15 September sehingga 20 September 2017. Jualan di seluruh Malaysia boleh didapati bermula dari 21 September 2017.

Meizu PRO 7 akan dijual pada harga RM1,899 manakala PRO 7 Plus berharga RM2,799
Peranti ini unik kerana dilengkapi skrin mini sekunder AMOLED pada bahagian belakang.


Meizu PRO7 dan PRO7 Plus boleh dibeli secara offline di SINI 



PRO 7 menggunakan pemproses Mediatek Helio P25, 4GB RAM dan 64GB storan. Meizu PRO 7 akan ditawarkan dalam warna Merah, Emas dan Hitam. PRO 7 Plus pula 5.7-inci QuadHD.

Manakala PRO 7 Plus dilengkapi pemproses terbaik Mediatek, Helio X30 10-teras bersama 6GB RAM dan 128GB storan.PRO 7 Plus hanya disediakan dalam warna Hitam sahaja. Meizu PRO 7 memiliki skrin 5.2-inci HD Penuh,

Kedua-duanya menggunakan paparan Super AMOLED.




Bateri di dalam PRO 7 berkapasiti 3,000mAh dan PRO 7 Plus pula 3,500mAh. Kedua-duanya menyokong pengecasan pantas Meizu mCharge 4.0 dengan kuasa pengecas 25W (5V/5A). Ia boleh mengecas sehingga 67% penuh dalam masa 30 minit.


Meizu menggunakan gandingan lensa RGB dan monokrom untuk kamera belakang. Ia menggunakan sensor Sony IMX386 12MP f/2.0, autofokus PDAF dan dwi tona LED Flash. Kamera hadapan pula dimuatkan sensor 16MP f/2.0. Tapi kalau ada previu di skrin belakang ni, boleh guna kamera belakang terus untuk swafoto.


Boleh menggunakan kamera belakang untuk berswafoto . Apa yang membuatkan ia berbeza adalah kerana kini anda boleh melihat gamba anda ketika swafoto dengan adanya skrin dibahagian belakang. 





Berminat?

1 comment:

leen azi said...

wow..canggih...kalau dapat ni tak tido malam kerja godam hp baru..hihihih
https://leenazi9783.blogspot.my/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...