Monday, June 30, 2014

aktiviti buat puree utk sarah

puree tuh adalah makanan baby yg di kisar halus sehingga berkrim ...nih translation moon ya .

Sarah kan dah ley mkn kan . So mak dia sangat la excited nak bg dia makan . Cam Abg Isk n Kakak Yaya dulu mmg semer benda dia org try sampai la sehijau2 puree hhahahhahah .

Nih baru terpikir nak wat entry and share . Masa dia masuk 6 bulan tuh dah try semer so la nih dah vley campo2 sekalik ..kadang walaupun rupa ntah cam hapa hapa tapi rasa dia sedap n Sarah suka ...kadang si kakak Yaya pun nak jugaks mkn makanan baby .

ni antara nya ...so nak masak banyak terus ley simpan ...so nanti boleh suap kat dia bila balik umah

Moon baru tahu lepas ada org komen kat FB bagitau rupanya bila nak beli baby carrot kena tgk jugaks . Sebab ada certain baby carrot adalah dari carot besar n dia org potong bg kecik . Nih 1st time cuba baby carrot sebab pegi tesco ari tuh cam geram plak tgk carrot2 comey nih . 

Lepas baca komen cepat2 pegi tgk plastik baby carrot tuh n nasib nih original baby . Tak pa pas nih pakai mak carrot je takyah baby baby ya mummy nya .

 So moon blend la ikut mana yg sarah suka ... mak berkenan sangat kat baby bullet . Tapi sebab dah ada magic bullet , kita pakai je la mana yg ada . Hasil nya pun sama je kan ...mmg tervaek ...terus moon plak jadi sonok nak buat puree nih semer

 hasil kentang + brokoli

 keledek , carrot , keledek + carrot


So buat baby food nih sangat senang just rebus atau kukus je n takyah letak garam atau gula pun . Bila dah lembut blend je sampai halus .


so mcm mcm kita boley buat ...ada cara cara n recipe from Annabel Karmel

Ada jugaks moon tgk kat Barely Supermom , Dr Harlina

n jugaks dari Mimie Hamid

So bila org tgk duk buat baby puree misti tertanya kan ...habis tuh tak mkn nestum ke hapa ....eh mkn jugaks . Tapi ada variety sket la kan ...biskut farley rusk tuh pun Sarah suka  ...so moon bg je semer . Tapi kalau kita ley buat sendiri lagi bagus .

Nak buat banyak banyak terus , pastuh beku kan dlm ice cube ke ...pastuh kuarkan dari cube n masuk dlm ziploc bag pun vley


 
gamba di google ya ...nih cara nak beku kan n simpan puree baby anda . So bila kita balik kije n nak bagi anak mkn ...amik je yg kita dah beku kan ...n kukus balik atau microwave kan utk bg cair ....senang jugaks kan 

puree bayi yg di bekukan tahan utk 3 bulan yer . tapi rasanya kita tak la simpan lama cam tuh kan . Sebab hari ahad kita akan buatkan baby food lagi kan . 

 

Saturday, June 28, 2014

Apa itu Fidyah

sumber dari sini 

 

Fidyah

Fidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti (qada’) bulan Ramadhan.

Hasil bayaran fidyah akan dimasukkan ke dalam akaun Amanah Fidyah dan Kaffarah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan sebelum urusan pengagihan kepada fakir miskin dalam bentuk beras dan bekalan makanan dilaksanakan.

Hukum Fidyah

Hukum membayar fidyah adalah wajib. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan.

Prosedur Membayar Fidyah di MAIWP

Perkiraan dan bayaran fidyah boleh dibuat di Baitulmal Bangunan Daruzzakah secara tunai atau melalui cek/pos berdaftar atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN

Kadar bayaran fidyah berubah mengikut harga yang ditetapkan oleh pemerintah di sesuatu tempat. Pengiraan kadar fidyah berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk). Beras fidyah tersebut hendaklah diagihkan kepada fakir atau miskin.

Sebab-sebab Dikenakan Fidyah

1.    Uzur menunaikan puasa wajib

Terdiri daripada golongan yang menghidapi sakit kuat dan tidak mempunyai harapan untuk sembuh, atau golongan tua yang tidak mampu berpuasa atau kedua-duanya sekali.

2.    Perempuan hamil

Dengan syarat dibimbangi akan keselamatan ke atas bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran. Golongan ini dikenakan membayar fidyah dan juga menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan.

3.    Ibu yang menyusukan Anak

Dengan syarat ibu yang merasa bimbang akan memudharatkan bayi yang disusuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayinya itu. Maka baginya menggantikan puasa yang ditinggalkan serta membayar fidyah.

4.    Orang yang telah meninggal dunia

Hutang puasa bagi mereka yang telah meninggal dunia hendaklah disempurnakan bayaran fidyahnya oleh waris-warisnya mengikut bilangan hari yang ditinggalkan sebelum pembahagian pusaka dibuat.

5.    Melambatkan Ganti Puasa (Qada’)

Mereka yang melambatkan ganti puasanya hingga telah melangkah tahun yang berikutnya (bulan Ramadhan), dikenakan denda membayar fidyah dan juga wajib menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan. Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang ditinggalkan.



Taksiran Fidyah


(Hari yang ditinggalkan) X (Tahun gandaan) X (1 Cupak) = FIDYAH

Kadar Bayaran Fidyah

Kadar bayaran fidyah bagi satu hari puasa yang ditinggalkan ialah satu cupak beras yang boleh dibuat zakat fitrah (1/4 gantang Baghdad).

Dalam bentuk nilaian, berdasarkan kepada kadar yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan sehingga tahun 2012, secupak beras bersamaan dengan 567.5 gram dinilai dengan kadar RM1.75.

Contoh:

Jika seseorang meninggalkan puasa selama 3 hari dan tidak menggantikan puasanya sehingga 3 kali bulan Ramadhan, maka kadar fidyahnya ialah:


RM1.75 (1 cupak) X 3 hari X 3 tahun = RM15.75.

Friday, June 27, 2014

Sni By Kas Tailor

Sesapa  yg nak beli baju melayu yg special sket tahun neh ... maka ley la usha usha baju by Sni yg di custom made khas n di jahit oleh Kas Tailor


Modern Cut Baju Melayu SNI by KAS TAILOR. Masih mengekalkan konsep baju melayu asal & kekal klasik. Cuma kelainan di tampilkan atas rona berbeza di bahagian "POKET". Thats our "signature" for BAJUMELAYU SNI by KAS TAILOR. 


Jahitan nya kemas n terletak

 
 pilihan warna
 Material : Qasheera Italian Silky 
Price : RM299 free postage ( Semenanjung )
RM299 + RM12 postage ( Borneo )


Sila la ke page CitrAida utk beli yer  

And sapa yg tgh cari bawal yg besar n tak jarang ley try Bawal Airbrush bidang 60 neh . Moon dah beli n suka la sangat sebab mmg dapat menutup dada dengan sempurna . Skrg aida tgh buat promo sapa nak beli banyak terus kan . Nak share ngan mak ke adik n kakak ke ....baik beli banyak sebab sangat la untung n menjimatkan 

 SALE SEMPENA RAMADHAN Bawal Air Brush Bidang 60' .. Hanya RM45 free postage. Wholesale : 10 pcs RM 260 free postage. TERHAD!!

 
 
 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...