Wednesday, January 27, 2016

Keluar peluh sket


Hari minggu digunakan utk mengemas umah n memotong dahan dahan pokok yg dah panjang berjuntai2. Pokok yg kita taknak besar mmg cepat je besar kan. Yang kita nak besar plak, lambat je nak besar hahahha

Pak Sutan cantas dahan dahan pokok mambu yg membesar dengan jayanya. Masa mula mula mama tanam pokok ni, kita org dah tanya dah sebab takut besar giler. Sebab kat umah makcik sutan di Penang, pokok tuh tinggi dari rumah n memang besar mcm pokok durian tuh hahah. Tapi mama kata org jual pokok ni kata nih pokok tut so takkan besar sangat. Sekali mmg melonjong je pokok nih. Mama kalau dtg dia plak hairan...awat pokok tuh cepat sangat besaq.

 Yg lawaknya, kita org tak ada gergaji utk dahan pokok. jadi pakai je gergaji papan. Mmg lengoh la lengan Pak Sutan gergaji segala dahan tu


Si kecik ni plak mmg main ngan kakak dia la. Pergi cabut pokok...cabut daun...cabut bunga. Tapi sikecik tu geli bila kaki kena rumput....acaner tu

Masa ni cam ok lagi...masuk umah terus ngadu sakit tangan....alahai anje anje sangat kan. Si anak teruna pun sama jugak. Peluh menitik nitik dah macam pergi menoreh pokok getah plak.

Cik Yaya n Cik Sarah. Abg Isk plak mmg kena tolong alih dahan dahan pokok.

 Masa ni kemain la menjerit2 si kecik ni. Rasanya 1 taman kot boleh dengar suara dia ni.


Lepas tu tolong kakak basuh kasut sekolah plak kat luar.Pantang nampak apa abg ngan kakak buat apa apa, semua pun dia nak buat jugak. Memang senang bila pakai kasut plastik ni sebab senang nak cuci n lambat kotor. Beli kat mydin bawah rm10 je hahah Yaya pun suka sebab dia kata macam kasut jalan.

Balik sekolah pun bangga je cerita kawan main pijak pijak kasut, Stress mummy kamu dengar Yaya oooiii ( padahal masa kecik mummy pun main cam tuh jugak hahhaha ) . Dia kata kasut nih senang,,.dia basahkan tisu lap je terus bersih.

Kadang bila tanya, kasut dah basuh ke belum. Relax je cakap tak kotor pun.....tapi masaalahnya dah 2 minggu atau 3 minguu awak tak basuh. Pandai yer mengelat....dah kelabu dah kasut tu

kesudahan acara basuh kasut diluar adalah apabila ke tiga tiga anak basah kuyup sebab main sembur sembur air. Sudahnya semua mandi kat luar.

Tuesday, January 26, 2016

Runner Terengganu

Last week duk cari la perkhidmatan utk hantar suprise kat Kuala Terengganu. Sebenarnya hari ni hari jadi anok buoh yang ke 12 thn.



Nak pos kan kad kat dia takut lambat atau tak sempat sampai. So duk tanya la kat FB kot ada kenkawan ada contact runner yg best 

Tq pada yg rekemen....so Moon mmg msg je semua yg korang share. Runner ni reply dulu n just go thru album2 dia n bgtau je nak yg macam mana n nak kena hantar ke mana n hari apa. 

Mudah sangat 

Sebab 1st time mcm risau pun ada. Tapi dia kata takpa lepas dia hantar barang baru transfer duit. So sangat meyakinkan. Plus nampak kat page dia pun banyok testimoni best n yg paling best sebab dia mcm kelako je. Tgk dia tulis n update page pun sempoi je hahahha. Siap ngan Pak Sutan pun skalik stalk Facebook budok nih

Ada sorang lg...tapi jauh plak kat Ajil kan. So kita amik yg dekat ni je la ...pm je Fazlie Runner Terengganu ni

Ni cilok dari FB dia hahahhahah. Hope Khadija suka la bila dia balik skolah nanti ...ooo ada kad juga

Moon siap call kakak kat Terengganu suh dia standby siap siap  tunggu. Bday girl balik skolah kol 2 nanti. Kakak siap snap gambar Fazlie yg maha pemalu nih hahahhaha 

Ingat nak hantar masa dia balik skolah...tapi takpa la. Anok buah pun pemalu yg amat...kang dia malu plop nok tubik amik hadioh hahahahha. Nampok plop ada lelaki handsome pegang n tunggu kat luor rumoh, mmg pengsan la dia nak kuar amik. 

Kakak Moon siap msg bgtau ...'oloh baik ngan budok hok anto, nampok jurus je ' hahah


so kita tutup gambar jejaka nih k . Kang buat ada yg call nak berkenalan plak habis laaaaaaa....

Upah penghantaran adalah seikhlas hati. Moon plak risau alamak cukup ke nih ,..alamak mcm sikit je ...tapi dia cam ok je. Bagus la budak ni mmg highly reccomended

Rupanya dia ni la yg masuk paper bagai sebab ada homestay yg bayar seikhlas hati. Siap tolong org beli barang online lagi ..hantor kueh...hantor air ...hantor baja taik ayam...hantor kek kueh belon ...siap gie bayor bil bagai.....wahhhhhh


Moon siap bgtau dulu kat dia.  Akak nok share kat blog kak ni boleh ke dop hahahhaha. Mmg puas hati n senang la deal ngan Fazlie ni. So sapa sapa hok nok hantor segala mcm benda n barang better call budok ni. Mudah...



#runnerpemalusangat




Friday, January 22, 2016

Cheesekut sedap

Cheesekut sedap ...extra toping n extra cheese sampai meleleh leleh. Sedap sangat bila di makan waktu ia sejuk sejuk. Nyaman je lalu anak tekak ...

Sebenarnya sepupu Pak Sutan duk kat JB . Dia nih mmg kaki buat kek n semua yg related ngan cheese ni. Slalu sangat nampak si Farah ni upload kek la...cheesekut la n mcm2 kat FB dia. Even kalau ada sedara kawen, mmg dia la tukang buat cheesekut. Sampai berebut2 nak hahah sian pengantin dpt makan sket je. Yer la pengantin kena kaver, takley makan banyak2...kena utama kan tetamu hahah. Nasib la kan sebab tetamu perut capasity 1 terabyte semua hahhaha.


Dia skrg dah duduk Johor, tapi sebab dia cam bosan je duk sana dia pun suka2 buat cheesekut ni ....sekalik ramai org suka n meletop2 plak. Siap ada special day di mana dia akan hantar cheesekut ke KL. Pitam dengar ...

Slalu je tak sempat nak selit juga order . Tup tup nampak dia update done delivery kat Shah Alam la kat KL la. Akak frust tau....terus whats app bgtau napa tak cakap nak dtg .....huk huk terus peluk kaki meja opis.

So hari tuh dia dah bgtau nak dtg. So terus order siap siap. Tak pedulik nak jugak...dia baru je open order terus fully booked. Melampau sangat la kamu ni. Ramai peminat la sangat kan.

So last week husband dia dtg hantar kan ke Cyberjaya. Sian sangat sebab jauh nak hantarkan. Sampai pun, masih sejuk lagi. Tuh pun husband dia ada nak kena hantar few places lagi n si Farah plak ada di umah mak dia kat Sungai Penchala sana duk siapkan order utk di hantar malam nanti plak. Gigih sangat u olsssssssss



Ni yg Moon order ,

Medium Home made melty cheesekut Rm17/pcs. Moon order 2 sebab 1 utk Moon n Sutan n 1 utk kids hahahha

Yg Large tu ada member opis tumpang order juga


masih sejuk lagi ...


Tahap cheese banjir musim tengkujuh tu. Yg peliknya biskut still kekal rangup ...ada rasa coffee sket. Terus rasa ni mkn cheesekut ke makan tiramisu sebab sedap. Cheese nya pun tak la muak n tak terlalu manis. 


Pure Chocolate Cheesecake RM9.50/pcs. Whole cake 2kg++ RM 98

Yg ni la yg sedap . Makan je terus pejam mata ...sedap nyaaaaaaa. Moon bukan la peminat cheesecake sangat sebab pernah beli kat SR 1 slice n makan dlm kereta. Sampai opis kepala pening sampai petang hahahhahah. Tapi mkn yg Fara ni ok plak. Ke hari tuh silap pilih yg heavy sangat ....ermmm

 

terus makan kat opis ...terus rasa segar bugar dapat benda manis n sejuk muahah


Gambar2 macam nih la yg buat Moon geram n nak rasa jugak. Mmg kat JB semua main order banyak2 mcm nih. 



Ni harga yg dia ada whats app ke Moon hari tu. Alang alang share je la ngan korang 

1) Mini Home made Melty Cheesekut RM4/pcs. minimum 5 pcs

2) Medium Home made melty cheesekut Rm17/pcs.

3) Large Home Made Cheesekut Super Extra Cheese & Topping RM30

4) New York Cheesecake RM8/pcs. whole cake 2kg ++ RM80

5) Pure Chocolate Cheesecake RM9.50/pcs. Whole cake 2kg++ RM 98. 

PM/whatsapp 0193731978-fara
PM/whatsapp 0137061977-emran. 

private fb : Fara Aimira Mohamed



Tempahan dibuka untuk warga johor di area JB, skudai , senai , kulai . tempahan di area selain dari yang tertera akan dibuat dengan minimum order tertentu.

juga mengambil tempahan goodies seperti mini cheesekut & mini cheesecake untuk majlis seperti wedding, birthday dan aqiqah ( sekitar JB )



Tq Fara, sebab dah berjaya montelkan akak yg sudah sedia montel ni ngan cheesekut n cake yg sedap tuh . Kalau korang terliur buzz dia org sendiri la ye. nih pun dah ada member pesan dah...kalau sepupu nko nak dtg KL bgtau...nak order jugak.


Kat office, Moon dan Sutan dah habis kan sebekas. Bawak balik umah 2 org budak nih plak makan n habis kan sebekas. Kemain la si Sarah tuh suka. Tambah plak bila kakak dia suap...lagi la dia mengada ngada kannn


Kemain happy lagi 2 orang nih kan. ...TQ Fara, nanti akak nak order lagi sebab anak anak suka sangat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...