Tuesday, May 03, 2016

Ke Office Microsoft

Last week ada ke Microsoft utk dengar pasal produk baru Microsoft iaitu Azure. Biasa dengar Kak Moon cerita pasal langsir je kan. Sampai semua org pun ingat Kak Moon ni kije kat Globe heheheh

Moon sebenarnya kerja bahagian IT. So yg tengah trend sekarang adalah cloud maka boleh la share sket sket kan



Bahagian IT ni mmg cepat berkembang....teknologi setiap hari ada benda baru keluar. Kalau dulu kita pakai server seketol seketul...lepas tuh wujud virtual machine plak. Di mana dalam 1 server boleh ada berpuluh malahan beratus server lain.

Lepas tu wujud plak cloud. Cloud ni ibarat segumpal awan dimana dalam cloud tuh ada macam macam jenis server dan juga storage. So kalau kita nak apa apa kita akan masuk dlm awan untuk amik. Bila translate dalam bahasa melayu mmg pelik bunyinya.



Cam dropbox contohnya la kalau nak senang. Kita letak je pelbagai jenis file. So kita tak perlu store banyak banyak kat pc kita. Kalau nak access pun senang ley access dari laptop atau phone. Janji ada internet connection. So cloud ni pun sama cuma lagi besar n contoh dropbox ni adalah sikit je dari cloud.


kalau sesiapa nak tahu pasal Microsoft Azure boleh la play video kat atas ni atau ke MIcrosoft Azure 
Moon mmg parking je semua dlm ni nanti senang nak tgk atau refer 

ok ni nak share plak ....opis dia org lawa sangat. Dah lama dah tak naik bangunan tinggi tinggi ni tengah tengah KL . Dulu kerja Maxis je naik bagunan tinggi tinggi lepas tu dah kerja kat Cyber bangunan 3 tingkat aje hahahhaha. 



intai kot tingkap nampak cantik je KLCC tapi terlalu rapat, boleh snap gambo KLCC mcm ni aje hahahha



 Lawa la sangat kat atas ni . Dtg utk dengar product briefing tapi dalam masa yg sama duk kagum ngan opis ni



cantik kan

lepas tu makan sambil tgk bangunan KLCC ...alahai best sangat rasanya 

Tapi on the way back tempuh jam terus rasa tak best hahahhahahahah. Kuar jalan Tun Razak tu jem la sementara nak masuk MEX tu .Tapi kalau sekali sekala ok la kan. Tapi kalau tetiba duduk Sepang kije kat KL mau pitam nak travel 

Pak Sutan nampak bangunan Maxis tuh terus dia tanya 

Awak ingat tak masa awak kije Maxis ....saya akan tunggu ngan skuter kat bawah tu jemput awak balik 

Harus la ingat ... ( terus tersipu sipu malu hahahhahah tetibaaaaaaa vleyyyy )

Tuesday, April 26, 2016

Sale langsir di Sarah Hughes Globe


Sale untuk 4 hari ya. Memandangkan cuti labour day , mungkin anda boleh plan utk trip datang ke KL ahaksssss sambil jalan sambil beli langsir la la la la

 4 hari sahaja jadi harga murah ya u ols. Korang boleh jual je nama akak kat lvl 7 tu

Saya baca blog Kak Moon

Saya tahu pasal sale ni dari blog Kak Moon

Kak Moon kata kalau naik sini 4 hari ni dapat harga murah

I Follow blog Kak Moon

Janji ada nama akak u ols. So nanti staff akan bgtau mana harga kasih sayang utk anda. Kak Moon akan ada kat sana 2 hari pada Sabtu dan Ahad ya. So kalau nak jumpa Kak Moon boleh dtg pada Sabtu dan Ahad . Tetiba bunyi cam bajet retis sangat kan....terus nyorok belakang langsir sambil jari pintal2 hujung shawl.



Kalau korang tengok langsir kat umah tu dah sendu sangat ...siap ada koyak sebab reput. Yg warna putih pun dah jadi warna light brown....kalau tanggalkan dari rail n masuk mesin utuk basuh dan bakal hancur .....maka tukar la yang baru u ols

Harga serendah RM5 semeter. Walaupun ramai yg target RM5 tapi terbeli yg RM15 semeter hahahahah. Nak tahu kenapa sampai terbabas mcm tu? Ha korang kena dtg sendiri utk tgk

Kain langsir ni korang kena dtg pegang n pilih sendiri. Susah main order je kecuali anda dah tahu dah kain tu macam mana. Kadang flow kain berbeza beza. Dia punya jatuh n lipatan dia pun lain. Ni kena tgk betul2.

Sebab tu akak advice utk korang dtg n pilih sendiri. Ada jugak yg dtg terus bgtau akak

Ooooh patutla Kak Moon tak up semua gambar kain kain langsir kat atas ni. Rupanya banyak....saya ingat kan sikit. Betul la kata akak kalau dtg pilih sendiri lagi puas hati....ok la akak saya nak tepon mak plak sebab nak belikan utk umah mak jugak

Happy la mak u ols dpt hadiah langsir baru dari anak...

So just datang pada 4 tarikh di atas tuh utk dapat harga VIP ye. Bila anda dtg n sebut nama Kak Moon automatik anda akan dapat harga ni

29 April 2016
30 April 2016 ( Kak Moon ada )

1 Mei 2016 ( Kak Moon ada )
2 Mei 2016 

Kak Moon tak akan buat sale VIP during Ramadhan ya

So ini mungkin last sale sebelum puasa .

So jom ni peluang anda utk beli harga langsir pada diskaun yang sangat hebat. Tak perlu bayar harga display sebab pastinya harga utk kesayangan Kak Moon semua adalah sgt special...harga kita bisik2 aje hahahhahaha.

Untuk rakan rakan yg dapat VITAMIN B tu boleh la dtg soping hahahahhaha


Apa yg best sangat Sale VIP ni 

well well well..........mcm contoh gambar di atas, anda tak perlu bayar pada harga RM49...RM 39 pun tak

Bayar RM15 only u ols. Tapi kalau ada rezeki korang....ada masa masa akak akan slash jadi RM10 ony. 

Ni adaah salah satu contoh aje ya. Takley la letak semua harga mana boleh....bahaya tau ......nak suprise kena dtg. Tak ada pembelian minimum atau syarat apa apa. The only syarat yg ada adalah ANDA PERLU DATANG itu sahaja syaratnya 


Kalau ada yg tertanya tanya apa kain upholstery tuh...ia adalah kain kusyen u ols. Nak balut sofa ke balut kerusi atau buat sarung bantal besar tu boleh. Nak buat langsir pun boleh tak salah pun . TQ to Akma n Deejay Mida atas gambar contoh kerusi yg dah siap. Mmg meletop kebabom terus akak rasa nak juga kerusi cam tu . 





Yang pastinya ada macam macam jenis kain utk citarasa n budget anda 

Kain serendah RM5 sahaja.





2 cerita korea yg best

Dah lama sangat tak layan cerita korea. Tapi kali ni tersangkut ....tolong. Tapi 2 cerita ni dah habis dah pun tapi sangat best ok

1 genre cinta romantik yg buat kita plak tersipu sipu malu

1 lagi cinta komedi yg sedikit lawak

2 2 sangat best woooooooooooo. Ni dah habis episod rasa lega sket. Kalau tak ternanti2 dah kuar belum episod baru hahahah



1 - Descendants Of The Sun



Ceritanya sedikit slow tapi best . Kisah hero ni yang merupakan seorang ketua special force. Yang kije dia utk jalankan misi rahsia . Lepas tu boleh plak terpikat kat seorang doktor yang kemain la comel ni. 

Si hero ni selalu je tak ada sebab dia mmg kena standby all the time. Time baru nak dating dah kena panggil utk jalankan mission. Si doc ni pun sama asyik on call je 

So bila dia org rasa hubungan dia org takley work out dia org konon putus la. Si hero ni pun kena ke Uruk utk 8 bulan. Tapi takkan citer nak habis mcm tuh je kan. Sekali si doc ni pun kena ke Uruk juga sebab nak setup hosp kat area ni. Dia pun tak tahu si hero ada kat situ....apa tugas sebenarr si hero pun dia tak tahu. Start di Uruk ni la dia org start balik bibit bibit cinta ...gituuuuuuu

banyak scene yg buat kita senyu tersipu malu cam olo sweet tangatttt 

comey sangat wey 


Dengar kata cerita ni ,,g top sangat . Kalau kat China mmg top 3 la .

1- My Love from Another Star 
2- The Heirs 
3 - Descendants of The Sun

Moon biasa tgk kat Cool Drama . Klik link utk ke episod episod nya ya 


2 - Please Come Back Mister 



Cerita ni mcm sedikit tak masuk akal tapi citer mcm ni best je layan hahahhaha. Cerita ni ada banyak unsur komedi, kasih sayang semua 

Kisah seorang pekerja supermarket Sunjin ni sangat rajin kerja. Apa apa mmg utama kan syarikat dia je. Lepas tuh dia terjatuh dari bangunan supermarket. Ramai org kata dia bunuh diri, padahal dia naik atas tuh utk betulkan kain rentang yg tercabut, Lepas terjatuh dia pun mati

Ada sorang lagi plak adalah chef, tapi dia juga merupakan bekas samseng . Ada acara kejar mengejar ngan kereta lepas tuh dia accident n dia mati

Lepas tuh tiba2 dia org konon kat alam lain nak naik kereta api utk tentukan ke syurga atau neraka. Si pekerja supermarket tu ke neraka sebab dia bunuh diri. Si camseng tuh plak ke syurga...so dua dua konpius napa plak. Yg pekerja supermarket tu kemain la baik..so dia org merayu merayu akhirnya dpt ke syurga

On d way ke syurga dia org sayang nak tinggalkan family. so dia org ntah mcm mana terjun dari keretapi yg on d way ke syurga....so bila dtg balik ke dunia yg pekerja supermarket ni masuk dlm badan Rain....n yg samseng tuh masuk dlm badan perempuan 


Bermula dari tuh la dia org cuba settlekan semua unfinish bussiness dia org. Yang masuk dlm badan Rain tuh nak cuba clearkan nama dia n bersihkan nama dari bunuh diri 

Yg pompuan tuh ,,g best sebab dia adalah lelaki dlm bdn perempuan. So watak dia sangat best....

at the end cerita ni semua related to each other . Mmg best citer nih n lawak. 

Nak tgk full episod sila klik link cool drama ni


ok tuh je cerita yg dah habis tgk. Ok please rekemen citer plain plak hahahhahahahah




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...