Tuesday, June 07, 2016

Mak Andak Homemade Cookies

Tahun ni nak masuk tahun ke 3 dah order biskut ngan Mak Andak. Moon paling suka biskut Coklat Cip dia yg berhantu sangat. Sebab apa berhantu? sebab mula mula beli balang penuh je ...kejap je balang kosong..hahahahha sebab mmg berhantu sebab tak sedar suap masuk mulut. Belum raya lagi pun nak kena sorok. Sebab kadang waktu malam di bulan puasa pun boleh rasa nak makan biskut raya 

Suami plak tu yg nak makan...tak sampai hati plak nak kata jangan la makan ....tu biskut raya tu ..........

 Chocolate Chip RM20 (+/- 50pcs)

ni la biskut yg extra rapuh n krup krap krup krap tuh . Pesonally Moon mmg rekemen sangat biskut ni sebab biskut ni mmg sentiasa dalam list biskut raya Moon . Cam na boleh jadi rapuh n sedap cam ni ye........alamak paste gambo kat sini pun dah duk telan air liur ...alahai baru awal pagi ni hahahha 

 Sampan Traditional Cookies RM 25 (+/- 45pcs)

Ni adalah biskut yg mak mak kita suka . Ni mmg kira biskut yg klasik la kan.. Bentuk sampan lepas tuh ada plak mix fruit yg bila makan dapat plak kunyah buah yg kenyal kenyal tuh ....alahai sedap nya tambah plak ngan biskut yg rangup dan rapuh. Macam macam combination duk main dalam mulut

Moon siap tanya dah kat Haizan. Sebab mmg Moon slalu amik biskut ngan dia. Tahun ni baru 1st time ada biskut sampan ni. Haizan kata ni limited n tak banyak. So siapa cepat je dia dapat. 

 Popia Simpul RM 23 (+/- 500gram)

Ha kalau jenis popia yg kecik kecik comey nih lagi la kena sorok. Selagi belum raya takley tunjuk kat bapak budak n budak budak....termasuk mak budak sekali . Sebab nya ni sangat sedap kalau duduk atas sopa...sambil layan tv ...sambil pegang sebalang popia simpul. Mmg selamat la sebalang tuh hahahahhahaha

 Flower Tart RM 28 (+/- 50pcs)
 
Lama tak nampak tat yg inti nenas kat tengah tengah. Skrg kan semua roll atau jadi bentuk bulat kan. So bentuk bunga cam ni sangat klasik. Moon mmg hantu tart nenas . Nanti ni boleh order juga....
 
Haizan akak nak order awal sebab ada 2 sessi....sessi sebelum raya n selepas raya hahahha. 
 
Sesiapa nak order boleh tgk cara nak order seperti di bawah ya. ni blog Haizan , Moon share kan sekali




CARA MEMBUAT ORDER

1) BUAT PESANAN :-

SMS/Whatsapp No. - 0193920057
FB/IG : Haizan Qaseh
Email : zara.haizan@gmail.com

inform Jenis Cookies dan Kuantiti

2) BUAT PEMBAYARAN :-

AKAUN NO : 7007901140 CIMB -  NORHAIZAN BINTI MD AKHIR

Mohon kemukakan bukti pembayaran

3) MAKLUMKAN TARIKH PENGAMBILAN COOKIES -  SELF PICK UP 

LOBI MENARA TM  

ATAU

SEKSYEN 19 SHAH ALAM (BERDEKATAN DENGAN SEKOLAH RENDAH)

ATAU 

BANDAR PUTERA 2, KLANG


Isk n Yaya di Taiping

Awal cuti sekolah hari tuh hantar Isk n Yaya balik kat Mama n Papa di Taiping. Mama, malam Jumaat dah siap whats app

Cuti sekolah dah mula dah ni ...bila hangpa nak bawak balik cucu aku

gitew Mama siap counting days lagi. So kita org hantar Isk n Yaya je. Sarah takley tinggal lagi sian Mama. Lagi pun Cik Sarah dia masih nak tido pelok pelok nak mummy dia lagi. Isk n Yaya tak apa sebab dia org dah besar.

Since Sabtu tu ada event pelancaran baju Melayu Boboiboy kat Sarah Hughes Globe , kami ke KL dulu. Habis event terus balik ke Taiping. Nanti pasal pelancaran baju Melayu Boboiboy Moon cerita dalam entry lain k

 Sekarang mmg dia la duduk depan sebelah daddy dia. Tukang keluarkan Smart Tag ...tukang cek baki touch n go. Tukang teman daddy bersembang.

kali ni bagi dia org buat balik phone sekali . Boleh la mummy dia nak berwhats app whats app bagai ngan anak hahahha

budak yg happy sebab Daddy dia belikan mangga. Tapi mangga tuh untuk mummy sebab Moon mmg suka mangga yg masih hijau. Tak manis n rasa lemak lemak....sekali si kecek ni makan sebekas sampai habis. Suka betul dia kat mangga muda 

 
 Sarah ngan Kakak Yaya. 

 Sonok la dia org duduk kat sana 

Kita org duk kejap je sebab nanti besoknya kerja kan. Tapi Isk n Yaya sonok la sebab Mama bawak dia org plus Umi ke Penang

makan hati je mummy tgk dia org pergi makan macam macam

Setiap kali makan bagi gamba. Aduuuu mmg mengegarkan jiwa raga sungguh . Pagi makan nasi kandar Kampung Melayu, brunch makan mee rebuih . Tengah hari makan pasembor plak .

Ni bulan puasa Mama kata Isk n Yaya ikut pergi surau. Malam pertama terawih Yaya teman Nani dia sampai pukul 12 mlm kat surau. Ikut Nani sama sama tadarus Al-Quran. Berbuka puasa pun kat surau ramai ramai. Syok menjadi kenangan untuk dia org.


Tapi gambo ni mmg win . Mama bawak dia org ke Lake Garden sehari sebelum puasa. Mama nak bg dia org naik kuda tapi tempat kuda tu tutup. Sudahnya dia org main panjat pokok hahahah. Panjat la nak ooiiii sian korang kat area umah tak ada peluang nak panjat n bergayut macam ni

Tapi baru seminggu mummy dah windu niiiiiiiiiii. Berbuka puasa pun berdua je ngan Pak Sutan. Terus dua dua cam ....kalau budak budak ni ada kan best .......huk huk


Monday, June 06, 2016

Kempen Kesedaran Sayangi Kulit Wajah Anda Dengan EPHYRA



Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua

Terdedah kepada sinaran UV atau cahaya matahari terik dalam tempoh yang panjang adalah antara punca terjadiya masalah kulit wajah termasuk kanser kulit. Perkara ini didedahkan oleh Pakar Estetik dan Kecantikan, Dr. Hatun Deleila Azrai dalam Majlis Kempen Kesedaran “Sayangi Kulit Wajah Anda” anjuran Ephyra.




Antara masalah kulit yang timbul termasuklah jeragat, tompok hitam atau ‘melasma’ yang menyebabkan wanita kurang berkeyakinan diri untuk berjumpa orang ramai. Seawal usia 20-an, wanita berisiko untuk berdepan dengan masalah kulit wajah.  Jeragat terutamanya, bukan sahaja mencacatkan penampilan seseorang malahan tanpa pengawalan dan rawatan yang betul ia boleh menjadi masalah serius.




“Kajian menunjukkan 80-90% wanita Asia mengalami masalah jeragat akibat sinaran UV. Sinaran UV dari matahari yang berlebihan menghasilkan melanin yang banyak. Melanin diperlukan oleh kulit untuk melindungi sel daripada rosak. Namun, sekiranya penghasilan melanin berlebihan, ia akan menyebabkan tompok hitam terjadi dan tidak terkawal.” 

Kempen kesedaran “Sayangi Kulit Wajah Anda!” yang dianjurkan Ephyra memberi kesedaran kepada wanita untuk menjaga dan menghargai kulit wajah mereka dalam cabaran cuaca hari ini. 




Pengarah Urusan & Pengasas Ephyra, Pn. Amiza Amiruddin memberitahu Ephyra kini menambah dua lagi produk penjagaan wajah iaitu Serum Ephyra Skin Nano Advanced Repair & Pelembap Muka Ephyra Skin Snow Advanced White Repair. Disamping ‘killer product’ mereka iaitu sabun pencuci muka Ephyra Skin Bar. 
 
Serum yang berteknologi Nano & dipatenkan di Switzerland ini bertekstur ringan dengan bahan asasnya adalah air. Manakala pelembap muka dengan teknologo Geno-White pula sangat mudah menyerap dan langsung tidak melekit atau berminyak apabila digunakan.

Ia dirumuskan khas dan difokuskan kepada masalah kulit wanita Asia seperti jeragat, jerawat, parut jerawat, kulit kendur dan kulit kusam. Formulasi semulajadi yang hebat digunakan dengan kandungan bahan antioksida seperti Glutathione, Vitamin C dan Vitamin E yang diekstrak dari sumber buah-buahan.

Duta Ephyra, Memey Suhaiza & Norman Hakim pun turut berkongsi pengalaman mereka menggunakan produk Ephyra setelah hamper 4 tahun. Malahan apa yang menarik Ephyra yang terkini telah menerima Anugerah Asia Pacific Super Health Brand 2015-2017. Anugerah ini memberikan kredibiliti dan keyakinan pengguna tentang kualiti produk tempatan seperti Ephyra.


 

Semalam, baru je terima parcel Ephyra Skin Care Series. Tak sabar nak cuba dan rasa sendiri keberkesanan produk terbaik dari Ephyra ni. Tambahan pula nak Hari Raya kan, semua nak berseri-seri & nampak cantik. Tunggu review dari Moon  ye!

Untuk konsultasi dan maklumat lanjut mengenai produk Ephyra hubungi –

Hotline : 019-3999 238 / 03-4141 7889

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...