Thursday, November 17, 2016

Baby Kit- Kit Bantuan Bayi


Baby Kit ni adalah bantuan yg diberikan pada mereka yg memerlukan.

1 baby kit bernilai RM25 sahaja. Sama sama la kita menghulurkan bantuan sebab bila bencana mcm banjir ke apa bantuan ni cepat tiba buat mereka. Tambah plak skrg musim hujan n diramalkan akan banjir. Sian sgt buat anak anak kecik kan.

my dear friend Fara, skrg tgh giat siapkan baby kit ni utk diagihkan

jom kita sama sama menyumbang.



CSR bersama Babybox?

Hi.

Saya Fara aka Adzra dari team Babybox Malaysia.

Babybox Malaysia merupakan sebuah NGO berdaftar di bawah nama Cradle of Love Association (COLA) / Persatuan Buai Sayang (PPM-051-10-19012016). Team Babybox memberikan bantuan keperluan bayi beserta pakaian baru atau terpakai kepada bayi yang berusia 0 sehingga 12 bulan.

Projek yang sedang kami jalankan ketika ini adalah #misibabykit. Misi ini bermula ketika team kami memberi bantuan semasa kejadian kebakaran di HSA tempoh hari. Kami akan memanjangkan misi babykit ini untuk diberikan kepada mangsa banjir yang memerlukan.

Antara barangan yang dimasukkan dalam #babykit ialah :

1. Pampers - 5 pcs
2. Wet tissue - 1
3. Tisu biasa  - 1
4. Minyak telon - 1
5. Bedung or selimut/lampin bby - 1
6. Sabun mini - 1
7. Bedak mini - 1
8. Mini towel - 1
9. Baju baby - 3 pasang
10. Beg - 1

Oleh itu, kami amat memerlukan bantuan daripada pihak syarikat tuan/puan untuk menjalankan #misibabykit ini. Setiap #babykit ini bernilai RM25. Jika pihak syarikat tuan/puan berminat, boleh hubungi saya melalui email : projekbabybox@gmail.com

Perkongsian poster dan maklumat tentang #misibabykit juga merupakan satu bantuan yang kami amat alu-alukan.
Page rasmi kami : https://www.facebook.com/projekbabybox/                      

#projekbabyboxmalaysia
#COLA
#misibabykit
#spreadlove

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...