Monday, April 01, 2019

Jalan Jalan Korea Part 1

 Warning . Entry ni panjang ye . tak sempat watermarkkan gamba . Kalau nampak gamba ni di cilok leh sesiapa bagitau ya . 

Korea Arrival and Day 1

Tak tahu la cam na tetiba boleh ke terjalan jalan Korea ni . Sebenarnya tak pernah plan pun nak ke Korea . Tapi kebetulan my sister n family husband dia nak jalan jalan kat sana so dia tanya la kat Kak Moon . Nak tak ikut jalan jalan Korea ...meh la .

Pastu duk terpikir alamak anak anak plak canner . Tapi Pak Sutan kata gie je la .Anak anak biar dia jaga . Lagi pun tak lama pun dalam 3 hari sahaja. So i got my Me Time u ols . Pak Sutan kata pergi la have fun . Saya bagi annual leave kat awak . Dlm hati sgt happy tapi dlm masa yang sama terpikir mampu ke Pak Sutan jaga anak anak ni . Yang Moon paling risau harus la sikecik Nain Nain Boi tu . But kebetulan Mama n Papa pun ada so ok la .

Apa lagi . Orang kata rezeki jangan ditolak kan . Maka terus inform ke Kakak yg nak ikut juga sorang hahahhahahah . Hari tu dia ada bagi hint hint cam nak ke Korea. Tapi akak ingat cam dia main main . Sekalik jadi .


Tukar duit dalam RM500 . Yg tepi tu duit yg Abg Ipar siap kan . Kami kan tong2 duit utk flight , penginapan n transportation . Duit pun bunyi ratus ratus ribu . Boleh beli umah dah ni 2 3 biji . 


Masa ni rate duit 
1000 Won RM 3.60 
10 000 Won RM 36.00


Perjalanan dari KLIA2 ke Incheon mengambil masa dalam 6 jam 30 minit .


flight pukul 2.40 petang . Sampai ke Korea jam 10.10 pm . Since tiba pun dah lewat malam maka, kita org naik van shj ke tempat penginapan . Ada 12 org dalam jalan jalan Korea kali ni .

Dari Incheon ke Seoul

Ada 3 cara kita boleh guna untuk ke Seoul . Jarak Incheon ke Seoul adalah sejam setengah . So bergantung pada budget dan juga mana kita prefer . Kita org asalnya nak naik train tapi memandangkan train terakhir adalah pukul 11 maka tak sempat la . Landing pun 10.10 pm . Nak amik luggage lagi nak jalan lagi nak shii shii n ukk ukk lagi . Tak sempat weiii . 

Ok nak share ngan korang pilihan pilihan yang ada :

1) AIRPORT RAILROAD
Train pun ada 2 jenis tau . Nama dia Arex .Stesen dia berdepan sahaja antara express dan all stop train .  Ada yang Airport Express dan ada yang All Stop Train dlm 10  station . Macam ERL kita la . Ada express n ada yg biasa yg semua stesen dia stop hahahahha . Yang pasti nya yang non stop tu mahal sket dari yg stop stop .

Train paling awal adalah : 5.20 am 
Train paling last adalah : 9.45 pm  
Tambang Airport Express Arex adalah : 7500 Won ( deposit card 500 Won ) dalam RM27
Tempoh perjalanan : 43 minit 

Train paling awal adalah : 5.00 am 
Train paling last adalah : 11.00 pm  
Tambang Airport Express Arex adalah : 4500 Won ( deposit card 500 Won ) dalam RM16
 Tempoh perjalanan : 53 minit

3) Airport Private Transport ( van or bus )
Kita org sewa 2 jumbo Taxi sebab dah lewat sangat kan . Kena dalam 80 000 Won satu taxi . Tapi sebab ramai so kita org bahagi la tambang tu ngan semua so tak la terasa sangat mahalnya tu kan . hahahhaha terus sampai ke pintu masuk tempat penginapan kita org .  Transport ni Bong Backpackers hotel yang uruskan .

Nanti Kak Moon buat entry khas utk option lain k . Kalau tak panjang plak  citer pasal transport sahaja muahahahah




masa sebelum landing tu , capt kapal dah bagitau ..the current tempreture is 4 degree . Mmg sejuk u ols . Masa dlm ni ok lagi tapi dah pakai jaket dah . Bila keluar je perggggg mmg sengal tulang 



Beratur naik train dulu utk ke balai ketibaan n luggage pickup . Masa ni mmg ramai org  . Org Malaysia pun ramai sangat u


Tengah tengah malam pun penuh nak beratur kat pelepasan Kastam tu  . Nasib banyak kaunter yang bukak kalau tak mmg jenuh nak tunggu .

Lepas amik luggage terus keluar kat pintu ketibaan . Dah nampak driver tunggu siap siap . So terus laju laju ke van la . Semua pun dah letih .

 Kita org semua stay kat sini . Kita org semua ada dlm 12 org . So amik bilik utk 4 org , 3 org , 3 org dan 2 org . Total 4 bilik.

Sampai bilik semua terus tido je . Tapi sempat gak Kak Moon g riki kawasan penginapan . Yer la g intai kedai 24 jam . Mana nak beli nasik mana nak beli air semua tu . Walaupun sebelum pergi dah google maps bagai n habis semua lorong g scroll tapi tak sama ngan kita jalan sendiri . Tapi kejap je kuar sebab malam tu sojuk 2 atau 3 darjah celcius suhu dia .

Bong Backpackers 

Bong Backpackers ni mmg tgh tgh bandar n sangat dekat ngan hub bus . Depan dia ada Mc Donald dan jugak Pizza Hut . Lepas tu kedai bersepah . Depan tu jugak ada kedai roti yang semerbak bau dia pagi2 hahahah .

Sebelah tu jugak ada Daiso u ols . Daiso dia org sangat best n ada macammmmmmm macam . Mmg tiap hari rasa nak masuk je la . Masuk aje bukan mengshopping pun muahahhahah . Barang barang kat Seoul ni mahal hokey .


Kalau nak tgk harga dia boleh terus ke Bong Backpackers Booking.com atau booking sites yg lain k . Ni je yg available n suit ngan kita org punya budget . Kata pun trip jalan jalan budget kan . Usha usha tempat dulu . Mana tahu lain kali boleh datang kat sini lagi muahahahhaha . Verangannnnnnnn

Bilik dia pun ok . Cukup apa yang kita nak . Ada peti ais, washing machine , dapur nak masak semua tu . Cuma periuk periuk utk masak tu kena g amik kat basement bawah tempat common area . Situ ada segala periuk .




Tiap tiap hari lalu kedai roti ni . Punya la semerbak bau roti yang panas panas ni .

Day 1

T Card ( Transportation Card )

Pagi pagi dah keluar g kedai sebab nak cari nasik . At the same time nak cari T Card ( ala kat Touch n Go ) , Kalau kat London guna Oyster Card . T Card ni banyak boleh dapat kat  semua kedai serbaneka cam 7-11 , S25 , Nice 2CU


 Tugas akak dipagi hari adalah mencari T Card utk semua org . Kena g beli 12 T Card . Abg Ipar awal awal dah paskan sampul duit utk transportation . So pergi la akak ke kedai GS25 tu nak beli .

1 T Card hitam  tu harga dia 3000 Won . Manakala T Card yang hijau kuning tu harga dia 4000 Won ( dia ni mahal sket sebab ada peta je kat belakang hahahha )  . Ni harga utk card sahaja yer .

Utk top up plak minima adalah 5000 Won . Makanya kita top up each card 10 000 Won .

Walaupun nak bersembang ngan auntie kedai tu cam ayam n itik , tapi dia org sangat helpfull . Dia org faham la apa akak cakap cuma makcik tu nak balas balik susah sket . Tapi mmg dia sabar la melayan akak nak beli T Card tu . Tapi card kat kedai dia ada 9 aje . Tu pun habis akak borong hahahha . Tak apa la , we ols share share aje la card nye .


 
 

Sebelum jalan jalan , harus la isi minyak dahulu . Makan kenyang kenyang . Makan dulu bekalan yang di bawa. Makan nasi dengan Daging Dendeng Mak Enon dan juga Serunding Pak Din . Mmg sedap hokey makan ngan nasik tu . Sebelum dtg cam konpius jugak pasal nasi segera ni tapi bila dah rasa baru la cam .......ermmm no wonder semua orang kata nasik ni sedap . Dia cam makan nasik pulut sikit . Dia melekat melekat . Bila dipanaskan , nasi tu kembang n lembut . Kak Moon siap bawak balik 4 bekas nasik ni nak bagi Pak Sutan n kids rasa .


 kita org jalan je ke istana sebab mmg walking distance . Nasib baik cuaca sejuk kalau tak lencun gaks baju berpeluh hahahhaha . Tapi best gaks jalan sebab boleh tgk suasana kat sini .



Team lawatan Mak Jemah ke Korea gitew hahahhaha . Akak harus la menjadi tukang amik gambar . Pastu bila balik Mesia terus cam ...eh tak ada gambar aku rupanya . Ada pun selfie aje tapi segan la akak nak letak sini kang korang kutuk akak plak kang . Kata akak syok sendiri plak egegegegge .

 masa ni pokok bunga sakura ni masih belum kembang . Putik bunga aje penuh . Bunga ni dijangka berkembang hujung Mac atau awal April . Semalam tgk FB kawan kawan yang ke sana semuanya duk amik gambar berlatar belakangkan bunga bunga sakura yang kembang mekar . Tak ada rezeki kita org nak tgk bunga sakura .



Pokok semua dah gondol gondol semua . Tapi putik bunga dah nampak banyak dah . Ni kalau dah kembang misi cantek gilers ni . 



 

with my sister . Amboiiii kemain kan sambut birthday kat Korea ke . Happy birthday Kak E 23 .3 

Masa nak masuk kat kawasan istana tu nampak ramai org pakai hanbook . Dr kat Malaysia lagi dah duk usha Hanbook rental kat Klook tapi segan la plak . Knowing that anak sedara 2 org ni cam pemalu je kan ....so just tgk tgk cam tu je la . Sekali dah sampai sana dia org nak pakai hanbook sebagai kenangan . sejam 8000 won . Kalau 2 jam 14 000 won kalau tak silap . So masuk la kita org ke dalam kedai ni . Kiranya main terjah je . 

Mmg ramai org hokey kat dalam ni . Tapi staf dia mmg cekap n kejap je bantu pakaikan . Akak mmg tak ada pun rasa nak pakai tapi bila ada geng ajak pakai jugak terus mengedik plak nak pakai . Tapi dalam masa yang sama risau jugak kang tak ada size utk wanita agam cam akak ni . 



So main taram je amik . Skirt maroon tu 1 size je semua nanti dia adjust tali kat bahu tu . Baju plak oren sebab tu je ada size . Lantak la kannnnn hahahhahahah . Tudung biru wowww color block sangat di zaman Joseon . 

 Kat dalam semua ada baju . Sebab sejuk yang amats ok . Moon tak bukak pun tshirt 2 lapis kat dalam n siap bersuar jeans hahhahaha . Sekali angin tiup habis tersingkap kain semua . Pastu cepat2 tutup ....padahal ada suar kot kat belah dalam .


 

yang halus halus pakai mmg nampak cantik n sweet je . Akak pakai nampak seksaaaaa hahahhaha . Ok la ...akak teman anak buah aje . Gamba pun tak banyak sebab akak merangkap tukang amik gamba utk semua org . 

 En Sedang ngan anok anoknye 


aigoooooooo ...


masa ni angin punya la kuat . Cam nak ribut . Lepas tu hujan ...tapi yg jatuh nya adalah ice ketul2 kecik kecik 



cepat2 amik gambar n cepat2 pergi pulangkan balik baju baju ni . Tak tahan woooo kesejukkan 


astrounout mana plak sesat tengah tengah jalan ni hahahhaha . Elok je pulangkan baju terus hujan turun dengan lepas nye . Cam ribut ngan hujan ice lagi . Apa lagi cepat2 lari cari tempat boleh masuk . Last last lepak dalam cofee house . Nak tunggu hujan reda .

Bila hujan berenti terus kita org g jalan jalan kat Insadong . Sebelah aje la haiii 


Insadong 

Insadong ni banyak jual barang barang souvenier . Banyak kedai kedai jual baju n bag . 






 Hi Park Bo Gum ...Noona Saranghae ....eh tetiba kannnnnnnnnnnn




shawl pun banyak dijual kat sini but do take note that barang kat sini bukan murah hokey . 





Tak sempat masuk bangunan 3 tingkat ni . Ni mmg ramai yg reccomend suruh masuk sebab ada banyak kedai2 kecik yg jual souvenier ...alat tulis yg comel comel . Masa kita org duk jalan ni pun kejap hujan kejap reda then hujan balik . Dah la baju basah , sekali angin dtg perggggggg .

Selesai jalan jalan , naik bas n balik bilik jap utk makan n solat dulu . Kat sini mmg rajin naik bas sebab hub bus stop betul2 depan hotel kita org tinggal tu . Kalau google maps pun banyak dia org suruh naik bas . Sebab dah set option less walking distance . Petang kita org ke Myeongdong plak 


Myeongdong 

Nak ke Myeongdong just naik bas nom 100 . Ada la dalam 4 stop utk sampai ke Myeongdong . Betul2 turun depan lorong n depan Lotte Young tu . Then just jalan utk ke lorong yg femes tu . Ala ala jalan pasar malam Jalan Tar hahahhaha . 




 Roti ni sangat sedap di makan di kala sejuk2 . Lembut n gebu sangat roti ni . Lepas tu telor tu rasa masin2 sket . Roti kek kat bawah dia tu rasa manis manis .



Cheese dan rice cake ni tak sempat cuba . 


ni pun tak cuba ...maaf yer adik manis , Akak lalu sekadar utk amik gamba hahahha

 Kebab halal pun ada dijual 


Strawbery Mochi 


Fresh Orange Juice , freshly pressed

 Kat kiri kanan lorong ni banyak sangat kedai kedai jual barang kecantikkan . 




Stokin pun banyak yang kiut kiut . 1000 Won satu bersamaan RM3.60 la sepasang 


terkenang kenang kat strawbery domok ni . Mmg best sebab manis dia tu mmg lain macam la . 






 




Mmg duk repeat beli kat kedai ni aje hahahha . Org mmg ramai masa ni . Tu pun banyak lagi lorong yang kita org tak masuk



Dah lewat petang tu ingat nak ke Dangdaemun tempat pemborong baju2 tu tapi tak jadi sebab situ tutup awal hahah . Maka kami semua balik je . Ingat kan dtg naik bas 100 balik pun boleh la naik bas 100 rupanya bas nom 100 tu dia ada dekat 36 stop hokey . So kami pusing la 1 seoul tu hahahhaha . Last last turun balik kat Lotte tu n google maps bas lain . Elok elok ada je sampai balik kat hotel dlm 5 stop aje hahahhahah. 

Malam tu pusing area are tempat penginapan sahaja . Jalan banyak hari ni . Kaki pun donyut donyut . 




















Tuesday, March 05, 2019

Snow Walk I-City Shah Alam

Jika anda tertanya

Berapa harga tiket masuk Snow Walk I-City Shah Alam
Sejuk ke Snow Walk tu
Ada apa dalam Snow walk
Kena sewa baju sejuk ke masuk Snow Walk
Kasut kena sewa ke



Well terus kan baca ya u ols . Akak akan share sebab baru baru ni ada bawak anak anak ke sini . Menunaikan la hajat gie tempat sejuk . Maknya kemain ke London bagai n citer sejuknya kat London . Anak anak melopong je tak tahu takat mana sejuknya . Walaupun level 1 - 10 sejuk nya kat London n tak der snow ....kita dah tahap nak meleley air hidung n sengal tulang bagai . Maklum la makhluk dah biasa panas kan .

Since we ols semua mmg stay di Maya Homestay dlm area I City tu maka Snow Walk tak la jauh sangat tapi sebab malam nak jalan . Maka paksa Pak Sutan drive je muahahha . So kami pukul 10.15 dah terpacak kat depan Snow Walk ...sekali lom bukak


Waktu Operasi Snow Walk 

Isnin - Khamis : 11 pagi - 12 tengah malam
Jumaat - Sabtu : 11 pagi - 1 pagi
Ahad : 11 pagi - 12 malam
 
 boleh refer gamba waktu operasi ni ye . Akak dah letakkan siap siap utk u ols


Since katanya dalam ni -5 sejuknya maka mmg siapkan pakai baju banyak lapis utk anak anak . Nanti kat dalam tu akan diberi JAKET DAN KASUT PERCUMA . Jadi boleh la bawak mfla ke , sarung tangan ke n topi dari umah siap siap . Kalau nak beli kat sana pun ada tapi mahal sket la kan ( RM 10 utk glove )  . Baik beli kat DAISO ke atau DIY mulah2 aje sebab nak pakai kejap aje kan hi hi 



Harga tiket masuk Snow Walk I-City Shah Alam 

 Ada 2 cara utk beli tiket

1) beli secara online di laman web I-City
    - make sure install I-City Apps dalam phone . Sebab tiket yang kita beli online tadi akan appear di  dalam apps kita , Thru Apps pun kita boleh beli juga . Nanti nak masuk dalam Snow Walk dia akan mintak tengok tiket dlm apps n mintak kita scan access . Gitew

Harga Tiket Dewasa : RM 63 ( 11 y - 60 thn )
Harga Tiket Kanak2 : RM 53  ( below 11 years old )


2) Secara walk in ( harganya sedikit tinggi kalau walk in ) 

Jacket and boots are provided for FREE. 

Infant below 1 year old, pregnant mom and wheelchair user are not permitted to SnoWalk due to nature of the attraction and safety reason. 

Guests are required to be in a proper attire as the temperature in Snowalk in below -5 degree celcius.


Parking kereta 

Ada parking area kat depan snow walk tu n bawah bangunan snow walk tu . Bayaran lupa plak berapa hari tu 

Locker ni kena  bayar tau . Simpan segala selipar n kasut atau beg dalam ni then ke bahagian jacket utk pilih jacket

Ada banyak tau jacket dari size kecik Nain tu sampai la double XL 

Kasut pun elok n mmg panas betol kaki . Kasut utk Sarah tu ala boot getah tapi stokin dia tebal n pakai dua lapis . topi n gove bawak sendiri


Masa mula mula masuk tu ...umak aiiii mmg sejuk hokey . Terus angin sejuk kena muka korang cam kena penampo je . Kebas terus pipi . Nain tu Moon pakai sling kat dalam . Dia pakai baju 3 lapis suar 2 lapis . Siap beli ear warmer kat daiso kepit telinga n pipi dia sekali hahahah. penyek pipi anak hahahahah . Kaki dia mmg ada dalam jacket mak dia sebab kasut dia ala kasut getah phua chu kang tu . 

Tapi masuk tak sampai 3 minit terus dia lena . Sebab sebelum tu dia mmg ngantuk dah . Tapi mmg sejuk hokey ...masuk je terus cari mana exit ....exit mana exit mana 

Korang boleh masuk dan keluar sesuka hati hokey . Bila sejuk lari keluar pastu boleh masuk balik tapi dalam bangunan tu je la jangan plak keluar siap g makan mamak ke apa . tunggu waiting area kat luar tu aje .

 Kat bawah tu bukan salji tapi more pada ice shaving . So bila jalan bunyi prukkk prakkk prukkk prakkk . Budak budak ni pun surrender n kata sejuk .. kecuali semek Sarah .

 
 Tambah sejuk kalau muka betul2 depan blower aircond tu . Bilik server suhu 16 pun dah sejuk ketar ni kan plak -5 . Dia punya sejuk tu , ukiran ice tu semua kering hokey . Akak ingat kan plastik rupanya ice .

 Kemain lena la si Nain ni . Puas la gomol muka dia time ni . Sapa suruh tido buat muka kiut cam tu depan mummy . Rasa nak kunyah2 je pipi kamu tu . Masa ni ada kat ruang yg tak sejuk antara bilik ice n bilik salji . Ramai org lari duk kat sini

mmg sejuk hokey akak tak tipu

Dalam bilik ni dapat la rasa ala salji sebab ice shaving yg nipis nipis akan jatuh dari atas . Budak budak ni kemain baling baling ice pastu bising basah . 
 
 Kaki Nain tu balut ngan kain merah tu sebab kasut belah tu asyik nak tercabut aje . Dah macam fesyen hapa je hahahhaha
 mmg kejap je masuk snow room ni . Masuk amik gamba 2 3 keping keluar balik . Lepas tu Pak Sutan pegang Nain kat luar sebab takut sejuk sangat kan . Moon bawak Isk Yaya n Sarah masuk balik sebab dia org nak main slide la ..pastu bising sejukkkkkkkkkkk . Abg Isk la yg awal sekali mintak keluar hahahah

Phone akak sampai jem takley snap gambo la ...hahahhaha


 korang tak reti sejuk ke apa ni ....mummy dah ketar dah ni

 Slide tu ada la 3 4 kali dia turun . Habis basah seluar n jaket dia .







 Dalam ni tak la besar mana pun . Tapi time dah kesejukkan , pintu exit pun terasa jauh hahahah .


kat luar ni ada mesin air panas . So air panas terasa amat sedap diminum bila nko dah separa beku hahahahhaha

kita org duk dalam ni dlm sejam aje . 5 kali keluar masuk lepas tu semua dah takmo masuk dah hahahhahaha

Kita org pun nak rush check out homestay tu . Tu pun special request mintak late check out sket . Overall anak anak happy la . Puas hati bawak n dia org pun dapat rasa sendiri

Lain kali nak bawak dia org g waterworld plak . Waterworld sebelah snow walk ni aje .

baca more on I-City attraction di SINI 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...