Sunday, February 14, 2016

Tepung ayam goreng FFC

FFC adalah singkatan utk Fee Fried Chicken n owner dia adalah Puan Fee

Anak anak mmg suka makan ayam goreng. Baik ayam KFC n ayam goreng pasar malam, semua dia suka. Tapi Moon rasa kalau masak sendiri pun best jugak kan...lagi jimats n konpom terjamin kebersihannya

Hari tuh pergi pasar malam. Budak2 dah tarik baju dah kata nak ayam goreng. Lepas tuh teringat kat dalam kabinet dapur umah ada tepung FFC ni ...so terus beli ayam seekor

Balik umah terus cuci ayam bersih2 n kuarkan tepung

 Yg paket ni 500 grm n RM6 sahaja


 Sebenarnya takyah pakai telur pun boleh. Tapi kalau rasa nak pakai telur mcm Moon ni pun boleh. Sebab Moon nak tepung melekat dengan elok
 Ayam seekor, tepung separuh paket dan 2 biji telur

  ni la rupa tepung tu close up

si kecik ni pun sibuk nak tgk mummy buat apa . Tapi bila dah start nak goreng, dia kena turun la ...sebab takut terkena minyak.

Bila bgtau Mummy nak goreng nih terus dia pergi kat depan tgk TV


mula mula Moon celupkan ayam dalam telur

lepas tu golek dalam tepung yg kering tu n terus masukkan dlm minyak

nampak tak warnanya sangat cantik keemasan dan salutan elok je sekata



 mmg semerbak satu umah bau ayam goreng. Bebudak dah tunggu dah tanya dah masak ke belum ...semua tak sabar nak makan panas panas

hahhaha apa la tukang potong ayam kat pasar malam potong ikut suka je...peha ayam pun jadi kementot je hahahah

Sarah nampak peha ayam terus cakap nak ....nak sama mcm Upin Ipin hahah

Puas hati semua makan ...

rangup je krup krap makan .

Dah goreng ayam seekor pun masih ada setengah paket lagi tepung. Memang jimat n nanti boleh goreng lagi
. Boleh digunakan utk goreng ayam, cendawan dah sotong juga.


Email : feefriedchicken@gmail.com
Facebook: Fee Fried Chicken
IG :  Feefriedchicken
Whatsapp : 019-3686 986
 



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...