Monday, April 25, 2016

Serviced Apartments @ Times Square Kuala Lumpur

Hari tuh duk masuk booking.com duk tgk tgk apa yg best. Sebab selalu nampak org kata booking.com tuh best. Sama cam agoda n etc. So saja je la kan kenkonon nak duduk kat hotel...tapi tahu je la hotel kat area tengah tengah KL mmg mahal la kan. Tambahan plak kami book last minit, mmg semua full je.

Kebetulan mama n papa pun dtg KL sebab papa ada appointment kat Hosp Kajang. Jadi Pak Sutan pun plan la nak book bilik utk Papa n Mama aje sempena anniversary dia org yang  ke 38 thn.

Tapi kami takmo la duduk sekali kan ...tapi sudahnya lain yg plan lain yg jadi hahahhaha.

Pak Sutan dia memang jenis suka kalau nak amik hotel biar tgh2 bandar sebab senang nak gie jenjalan atau nak cari makan. So adalah aktiviti nak dibuat. So kali ni dia suh cari area Bukit Bintang.

So moon cari la dlm booking dot com tuh, tapi kebanyakkan semua penuh. Lepas tuh ternampak plak pasal service apartment kat Berjaya Time Square tuh. Nampak gambar mcm besar. Google jugak kot ada review org pernah pergi tapi takder plak . Semer yg laman web taurism semua tuh. Frust jugak kejap, sebab kita dah biasa nak tahu pengalaman n penceritaan org kan....tapi tawakal je la kan hope ok


Bagitau Pak Sutan nak book hotel area ni ....dia memang suka la kan sebab boleh jalan jalan dlm Berjaya Time Square ...ley pergi Low Yat yg dah bertahun kot tak pergi. Tetiba terus rasa cam nak tukar headphone nak beli thumbdrive nak beli RAM nak beli itu nak beli ini.

Terus mengimbau kenangan masa kije housekeeping kat JW Marriot. Dapat gaji minguan. So bila dapat gaji dalam RM150 je pun tapi rasa excited tu mmg sukar nak digambarkan. Dapat cash kat tangan terus je cepat2 pergi Sungei Wang...naik ke food court kat atas tu n makan nasik berlauk ada 1 kedai makcik tuh. Amik lauk penuh pinggan hahahhaha. Student mmg cam tuh la kan...masa tuh RM 150 pun rasa besar sangat. Gigih sangat masa ni kerja part time.

Cita cita nak gak duduk semalam kat hotel JW Mariott tu tapi bila tgk harga terus telan air liur 20 kali hahahah




Moon rasa yg Moon book ni adalah unit personal. Sebab di email dia ada letak nom owner. So Moon kena call nom owner tu dan arrange utk collect kunci kat mana


Yang paling best adalah....sebab tak perlu bayar online pun. Bayaran dibuat masa collect kunci . Sebab kami book pada hari weekend, harga semalam adalah RM 195. Dengan bilik sebesar ni mmg berbaloi la bayar banyak ni. Duduk hotel biasa pun kadang 2 ratus lebih kan. 

Moon whats app org tu and dia suruh tunggu kat B1, East . So saya ni sangat la gigih kan...mmg tunggu betul betul depan ni hahahhah.

Parking adalah RM 12 sehari ya u ols.


Nak masuk dan naik kita perlu pakai Key Card. Nak naik lift pun kena touch kad. Kalau kita lvl 38 mmg boleh ke lvl 38 je la. Jangan gatal gatal nak jalan jalan lvl 27 ke ...lvl 30 ke...mmg tak boleh. Tapi kalau nak ke lvl 15 boleh. Sebab kolam renang semua di lvl 15

wowww lawa sangat kat atas ni . Tapi Moon tak letak high expectation sebab dalam web pun gambar macam macam di campur. Semua pun gambar yang sama je.  So tak dapat nak gambar kan rupa sebenar bilik ni macam mana dalam kepala ni. Harap bilik lawa la.




Tu dia ..........memang lawa u olssssssssss. Bilik pun bersih dan wangi

Puas hati sangat sangat. Rasanya berbaloi bayar jumlah tu n bilik sangattttt besar. Moon ada amik video sekali ...nanti Moon share.  Sebab utama Moon amik bilik ni adalah sebab dia kata bilik ni adalah besar berbanding bilik hotel lain dan ianya sangat benar . 

Mcm studio apartment...ada meja , ada sofa semua. Bilik air mmg besar siap bathtub. Ada katil King....n pintu sliding boleh di tutup utk privacy. Ada katil single juga disediakan. 

Ada iron, iron board , sejadah dan bantal extra . 

Tapi towel tak ada yer. Sila bawa towel sendiri 


Bilik air sangat besar....ada shower n juga bathtub. Mmg terbaik sangat. Anak anak nampak je bilik air ni semua dah mengelupur nak mandi. Si Sarah tuh plak sibuk cari towel nak mandi kolam kecik. 

Tandas ni mmg tak ada paip tapi ada old fashion bidet. So kalau nak basuh kena duduk kat situ cuci hahahha. Tapi dia ada bagi bekas jugak utk memudahkan kita.. so dont worry . 

Isk ngan Yaya dah tanya napa ada dua toilet bowl. Hhahahah kena la explain, satu utk buat bisnes dan satu utk cuci. Moon siap google lagi betul ke tak....kang salah explain canner, sebab Moon pun 1st time jumpa tandas cam ni ahaksssssss

Tandas mmg di asingkan dari bilik mandi. So kalau kita nak mandi tak la org duk ketuk pintu mintak kita cepat sikit sebab dia nak ke jamban hahahha. 


Siap ada pantry kecik. I likeeeeeeeeeee sebab senang nak basuh. Siapa ada anak kecik mmg senang utk korang basuh botol ke apa . 




mmg complete la . Nasib tak ada periuk nasi je hahahah. Tapi kalau bawak pun boleh kot ni la la la la la  hahahhah. 


simple je tapi sangat best . Mmg luas la sangat sangat

Kisahnya kami dah book hotel utk mama n papa berdua je kat lain. Sempena anniversary la ...konon nak bagi depa berdua je. Tetiba mama malu plak hahahhaha . Comey je mama ni

Nanti apa aku nak buat duk berdua je ngan papa hang 

la ...awat plak Mama. Bukan ka Mama kat Taiping pun mmg berdua je ngan Papa. Pie la sempena anniversarry. Pie rehat rehat jaaaa 

Tak mo la ...aku malu laaaaaaaaa . Aku nak main ngan cucu cucu

Umi plak duk usik usik mama ...bagitau nanti dlm bilik tuh ada rose petal atas katil ngan towel bentuk swan tengah kissing hahahha lagi la Mama n Papa cuak.

hahahhaha nampak tak kecomelan mama n papa. Papa naik kejap kat kita org ni n terus dia duk kat sofa n kata aku nak duk sini. Kalau hangpa nak pie duduk bilik sana hangpa pie la. ( Padahal papa pun malu juga hahhahahah )

At the end terpaksalah cancel bilik dia org n semua duk dalam ni n still selesa sangat sangat. Mmg berbaloi sangat sangat.

Wifi 
Ada wifi dalam bilik ni. ada modem terus so tak ada nyer nak share ngan org lain . Malam tu semua bukak laptop, bukak phone, layan drama korea. Pak Sutan siap tgk perlawanan bola streaming lagi.


permandangan dari tingkat 38 . Papa intai kot tingkap terus dia kata sengal habis tulang dia ....gayat hahahha

Kat sini nak makan pun senang. Turun je balik ke B1 dan pintu masuk ke Mall ada kat sebelah je. So boleh terus masuk dalam Berjaya Time Square. Pergi makan n jalan jalan kat dalam tuh.

Malam Moon n Sutan pergi dating berdua je. Jalan jalan....anak anak tinggal kat mama n papa jap.

Besok pagi turun ke lvl 15 utk mandi kolam. Kolam sangat besar hokey



Sarah ngan Yaya main kat kolam budak budak ni je . Walaupun Yaya sibuk jerit2 nak ke kolam besar ikut abg Isk.


Isk mmg enjoy betul dia...lepas je dia sebab dia mmg dah biasa berenang n mandi kolam. But still kena awasi jugak dia ni


Ingat lagi masa Isk kecik lagi mmg Pak Sutan campak je dia dalam kolam. Bagi dia pandai sendiri. Moon kat tepi plak jerit jerit ...anak tuuuuuuuuuuu ....anak tuuuuuuuuu

lama lama Isk cekap dah berenang. Tu si Yaya duk bodek abg dia la tu. Moon plak boleh lupa nak bawak pelampung lengan.


 bukan budak budak je teruja tgk kolam besar cam ni...Moon pun geram tgk. Sudahnya Pak Sutan pun masuk juga layan Yaya n Sara yg nak mandi kolam besar

cantik sangattttttttttttt

ni gambar google hahhahah



Kesimpulan

- Pasti akan dtg lagi. Dah masukkan tempat ni dlm fav list dah
- Bilik bersih dan complete semua benda
- Nak makan n jalan jalan pun senang 
- urusan booking sangat senang. Masa cek in , bayar harga bilik + deposit RM200 
- Masa cek out serahkan kunci n dapat balik deposit RM 200 ( ni mmg standard procedure ) 
- kat booking.com tuh harga bilik berubah ubah. Tgk nasib kita jugak dan bergantung pada tarikh yang kita nak.

cuma 
- Parking a bit pricy sebab sehari rate dia RM 12 so 2 hari kami kena bayar RM24
so kalau nak save on parking ley intai intai kat mana tempat lain yg boleh park kereta atau naik public transport. But still ok lagi dan affordable. Cuma kalau boleh dapat free lagi best hahahhaha ( nak free je kan... )


6 comments:

Chekgu Azrine said...

besarnya dan selesa...yang best dia attach dengan BTS...wahh syokkk la sis

Kak Wawa said...

cantik..")

Cici said...

wah bestnya swimming pool dia. and bagus ada sink tu, memang sapa yang bawak anak kecik perlu sangat pantry ni. senang nak buat susu anak. kalau duduk bilik , kena cuci kat sink toilet pulak. tapi bab parking tak best -__- patutnya bagi la complimentary kat guest -__-

Nadhie Wueen said...

memang cantik & selesa =)

Nad said...

Mmg service apartment mcm ni eh..budgrt dia ada bwh rm300 x? Org apa yg uruskn?

Lina Abadi said...

hi salam puan.. nak tanya kolam renang tu kena pakai swim suit atau blh pakai baju biasa.TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...