Tuesday, April 19, 2016

Teh Daun Belalai Gajah

Dulu Moon pernah share gambar daun belalai gajah belakang rumah yg sangat gemuk2 n daun tetiba jadi besar gajah hahahha. Lepas trim pokok daun belalai gajah tu, terus jadi terang kat belakang. Daun pun banyak sangat n Moon dapat share ngan rakan rakan di FB yg memerlukan daun ni.

Siap ke Penang n Johor lagi daun daun yg Moon cantas hari tuh. Nak pakai utk sendiri macam banyak sangat.

Ramai jugak yg PM nak daun tuh tapi tak sempat daun tu nak kuar n bg kat org. Rupanya susah juga nak cari daun ni. Moon ingat lagi masa nak guna utk Allahyarhamah Norma dulu. Merata cari ...nasib baik ada reader yg juga customer Moon yg umah nenek dia betul2 tepi ladang daun belalai gajah dapat belikan utk kita org. Siap belikan anak pokok lagi...anak pokok tuh la yg duk ada sampai sekarang. Batang pokok pun dah besar n keras cam ranting pokok dah. Menjalar tinggi sampai ke atap.

besar n sihat je pokok ni . Kadang Moon amik je rendam air panas minum ...kalau rajin ley la blend ...kadang bila dah ambil banyak2 simpan dalam peti ice atas bagi beku. Bila nak pakai rendam je. Daun punya la besar kan. Ada reader Moon yg mmg tanam daun ni dia kata 1st time dia tgk daun besar cam ni. Tuh la sebab tanam bawah atap n mmg tak kena panas sgt. Tu yg dia jadi beso cam tuh

So ni nak bagitau good news . Bagi mereka yg susah nak dapatkan daun belalai gajah atau nama org puteh dia Sabah Snake Grass ni, korang boleh beli yg kering dan yang sudah dijadikan teh. So bila nak minum boleh rendam macam buat teh tu je. 

Yeyyyyy 

So takyah la korang susah susah nak email Kak Moon tanya ....daun akak tuh dah cukup besar ke belom. Sedangkan seladang daun belalai gajah boleh habis dalam masa yang singkat, ini kan plak sepasu daun yg akak tanam hahahahhaha. Mmg non stop org tanya pasal daun ni. 

Ni akak nak share Teh Herba Daun Belalai Gajah keluaran Bumiputera. Kawan Moon yg duk kat Temerloh la yang bagi. Dia selalu pening2 n ada tekanan darah rendah. So dia la yg cuba dulu Teh Daun Belalai Gajah tu. Lepas tuh dia msg Moon bgtau dia dah tak migrain sangat dah ...lepas tuh health dia sangat banyak improve. So kebetulan masa tuh Moon tak tahu kenapa pun selalu je pening ( bukan mengandung ) . So si Farah is so kind to send me sekotak Teh Daun Belalai Gajah ni. Walaupun dia tahu Moon ada tanam, but dia bagi jugak. Sebab dia tahu Moon ni kadang bz n tak sempat nak gie petik n blend n etc. Tq so much Farah sebab nko ingat kat aku ....terharu mak 



Farah dah bagi lama dah ...n skrg tinggal dlm few sachet lagi. Moon paksa Pak Sutan minum. Dia ni liat sket nak minum benda2 yg tak sedap ni. Kalau nak minum yg sedap je tu dah bukan ubat namanya betul tak?

Moon kalau bau daun ni ok la lagi boleh terima. Fara kata kalau nak sedap kena perah lemon sket.

Tapi kalau mengkudu memang Moon tak tahan. Bagi la yg pahit mcm mana pun boleh lagi telan...but mengkudu tak boleh sebab bau dia busuk. Tapi tgk pekerja Indonesia selamba je petik buah mengkudu n makan . ....acanner tu


Teh ni memang Moon tinggalkan kat opis je. So bila nampak je terus boleh minum

Daun belalai gajah ni sangat bagus utk org yg sakit kanser 



Cara penyediaan
*******************

Untuk Hidangan 1 Cawan
  1.  Masukkan 1 uncang ke dalam cawan
  2.  Tuang air panas ke dalam cawan dan biarkan selama 10-15 minit
  3.  Biarkan uncang dalam cawan dan sedia untuk dihidang
Untuk Hidangan 5-6 Cawan
  1. Masukkan 2 uncang ke dalan teko
  2. Tuang 1.2 liter air oanas ke dalam teko
  3. Tutup teko dan tunggu 10-15 minit
  4. Biarkan uncang dalam teko. Tuangkan ke dalam cawan dan sedia untuk diminum

CARA PENGAMBILAN

  1. Bagi Pesakit tidak kritikal- Minum sehari 1 uncang.
  2. Bagi Pesakit kritikal- Dimana keadaan pesakit yg terlalu sakit sehinggakan tidak dapat bangun ataupun duduk, maka disarankan supaya minum 2 uncang sehari (1 uncang diwaktu pagi dan 1 uncang diwaktu petang/malam). 


KHASIAT DAUN BELALAI Belalai Gajah Asziemi Herb's
*************************************************************
.
Daun belalai gajah atau Sabah Snake Grass (SSG) misalnya telah lama dikenal pasti mempunyai anti oksidan yang tinggi untuk mengatasi sel-sel kanser dan mengekalkan sel-sel sihat dalam tubuh manusia.
.
Khasiat daun tersebut mampu membantu orang yang mempunyai masalah kesihatan seperti kanser, buah pinggang, radang prostat, kolesterol, tekanan darah tinggi, asid urik tinggi, diabetes, mengurangkan risiko salur darah tersumbat, membuang toksin dalam badan di samping mengurangkan keletihan.
.
Herba ini turut dikenali sebagai You Dun Chao atau Clinacanthus Nutans dan tergolong dalam keluarga Acanthaceae.
.
Kajian mendapati bahawa daun ini tidak mengandungi toksik, mempunyai kandungan flavonoid yang tinggi, serta mengandungi pelbagai mineral yang diperlukan oleh tubuh badan, vitamin dan asid amino.
.
Menurut kajian Jabatan Bioteknologi, Sekolah Teknologi Kesihatan, Universiti Ming Chuan, Taiwan, SSG terbukti sebagai agen anti oksida yang baik. Fungsi anti oksida sebenarnya mengurangkan kesan radikal dalam tubuh badan.
.
Sementara itu, Fakulti Perubatan dan Kesihatan Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM), SSG bukan sahaja berfungsi sebagai anti-oksida, bahkan mampu melambatkan pertumbuhan sel kanser.
.
#asziemi
#belalaigajah
#temerloh


Bagi mereka yang susah nak mendapatkan bekalan daun belalai gajah yg segar, ini adalah alternatif yang terbaik dan daun yg dikeringkan mcm ni tahan lebih lama.

Kalau nak order boleh contact my dear friend Fara


Whats app
Fara 012-624 6374

Harga RM50 tak termasuk pos



3 comments:

Unknown said...

kak moon, sy pun tanam pokok ni sbb dpt taw kemungkinan sy ada cancer...ble repeat jmp doc, alhamdulillah, bukan cancer..cume arituh doc suspect je...sy pernah jg terbaca kalo pesakit cancer, dilarang minum air belalai gajah nih..sbb akn mengaktifkan lg sel cancer tu...tp sy pun tk pasti sgt kebenarannye...

sblm sy ade blog sendiri, slalo baca blog kak moon...free2 nnt, singgah blog sy ye...tq... :)

Cik Lily Putih said...

cam bagus je teh ni moon.. sesuai untuk orang berpenyakit ni ek

Miamanje said...

Betol ke nii.. Mana 1 nk ikut nii
Bagus utk elak kan cancer.. Atau x bagus utk cancer.. Pls respon.. Urgent kes..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...