Thursday, October 24, 2013

perut mengeras

Assalamualaikum semer


Korang neh anjer anjer la sangat nak tgk peyut bagai kan ..perut mak dah membesar bagai johan kay ...dr dpn cam nampak kecik je tapi dr sisi actually dah besar ...ai plak spesis mmg kalau ngandung perot mmg bapok beso .

cam biasa la kan ..gamba harus la kat dlm toilet hahah...siap whats app kan geng dlm whats app ...vley plak nko kan fara tetiba ckp takut aku tgk perut nko moon hahhahah ....sebab tew la aku skrg neh kan Fara jalan dah cam penguin ...mana center of graviti aku pun aku tak tahu hahahha ...tapi aku tak dapat bayang kan cam na perut Lenny yg ada anak kemba kat dalam tew ...gosokperutlajulaju


skrg neh perut dah start mengeras mengeras ....kadang baby duk gerak gerak pastuh dia tertonggek kat dalam tew n parking terus kat sitew tak gerak gerak ...kadang mommy nya neh kena tepuk2 sket kat bonjol tew suh dia ubah posisi ..kadang berhasil kadang sejam 2 la dia duk kat situ tak mo gerak .....adehssssss

Skrg dah masuk trimester ke 3 kan . Baby pun dah 1.75 Kg berat nya ..mak nya berat pun idak naik banyak sangat ..so doc suh naik kan berat sket aje

Masa pregnantkan Iskandar - 12 kg naik ( bahagia kan ...anak sulong kemain la makan je kije nya )
Masa pregnant kan Yaya - 6 Kg naik ( masa nih perut tak besar sangat )
Ni 3rd pregnancy - harap naik lagi

Org lain kemain tak mo naik kan ..mak gelabah nak suh naik . Yer la naik masa preggy tak pa ...tapi janji tak banyak melampo la kan ..takat nih kejambuan hidung masih dapat di kawal hahahhaha

So sebab dah 3 4 hari duk rasa cam tak sedap perut neh kan ...so hari nih rajin la mengoogle n share ngan ibu ibu yg tgh hamil sama cam saya - taken from here

So skrg bila rasa cam tak selesa ai akan pegi baring jap ...then bila dah lega ley sambung duk atas kerusi balik n buat kije .

Adakah kejang perut sesuatu yang normal semasa hamil?

Ya. Kekejangan dan kesakitan lain di perut adalah normal. Jika ia berlaku tanpa simptom-simptom yang lain, tiada apa yang perlu dibimbangkan.

Membawa bayi dalam kandungan memberi banyak tekanan ke atas otot-otot, sendi dan urat-urat anda. Maka tidak hairanlah jika anda rasa tidak selesa di bahagian perut.




Ada apa-apakah yang boleh saya lakukan untuk melegakan kekejangan?

Ya, ada beberapa langkah yang boleh anda ambil untuk melegakan kekejangan yang biasa dialami wanita hamil.

Sepanjang kehamilan, tisu-tisu kenyal (ligamen) yang menyambungkan tulang-tulang anda akan meregang. Apabila anda bergerak, ini boleh menyebabkan sedikit kekejangan pada satu atau kedua-dua belah badan. Anda mungkin dapati kekejangan berlaku lebih kerap pada bahagian kanan. Ini kerana, apabila bayi anda semakin membesar, uterus (rahim) anda lebih berkemungkinan untuk menyenget ke kanan.

Ligamen anda meregang untuk menyokong uterus anda yang sedang membesar. Cubalah duduk dan lihat jika ini dapat mengurangkan kesakitan. Atau baring mengiring ke arah bertentangan dengan kawasan yang sakit itu dan tinggikan kaki anda. Berehat apabila kesakitan berlaku biasanya akan mengurangkan kekejangan. Anda juga boleh mandi mandian hangat atau tuam bahagian yang sakit itu dengan menggunakan botol berisi air panas. Pada masa yang sama, cubalah berehat.


Bilakah kekejangan menjadi satu kebimbangan dalam trimester ketiga?

Sampai ke trimester ketiga bermaksud anda hampir tiba ke penghujung kehamilan. Kejang perut mungkin bermakna badan anda telah mula bersiap sedia menghadapi proses kelahiran, maka perkara utama yang perlu dibimbangkan ialah kelahiran pramatang.

Jika anda sakit bersalin awal, ini tidak semestinya bermakna anda akan bersalin ketika itu. Kadang kala, selagi air ketuban anda belum pecah, ia hanyalah sakit biasa. Berikut ialah keterangan lanjut mengenai kelahiran pramatang:
  • Apakah yang akan saya rasa? Rasa sakit di bahagian pelvis atau bawah perut, sakit belakang, sedikit kejang perut, cirit-birit. Anda juga mungkin rasa air ketuban mula pecah, serta kontraksi yang sekata atau uterus anda menegang, tetapi biasanya tidak menyakitkan.
  • Bilakah ia akan berlaku? Bila-bila masa di antara minggu ke-23 dan ke-37 kehamilan.
  • Apakah yang perlu saya lakukan? Hubungi doktor anda serta-merta. Jika anda rasa air ketuban anda telah pecah, telefon pihak hospital dahulu.
Kekejangan yang berlaku selepas minggu ke-37 kehamilan mungkin bermakna anda telah masuk ke peringkat awal kelahiran. Pada peringkat ini, kekejangan bukan lagi satu kebimbangan. Ia adalah sebahagian daripada cara badan anda bersiap sedia untuk melahirkan. Anda juga mungkin akan rasa sakit pada bahagian bawah pinggang yang disebabkan oleh tekanan yang bertambah pada pelvis dan belakang anda.

Kekejangan semasa peringkat awal pelahiran tidaklah seteruk kontraksi yang akan anda alami dalam peringkat pelahiran aktif. Anda mungkin dapati berehat di atas sofa atau berjalan-jalan dapat membantu. Jika anda dapat mencari cara tersendiri untuk menangani ketidakselesaan ini sekarang, ia akan membantu anda apabila tiba ke peringkat pelahiran aktif nanti.

and ada few nak share ngan para mommies








Wednesday, October 23, 2013

Etika menjual secara online

nih dah berlaku last month . Ada org bagitau nampak my pic di gunakan oleh satu online store kat FB neh

Ai pun cam eh asal plak dia pakai gamba org plak kan . So komen la kat gamba sendiri ...uiks cam kenal je ... ingat nak pm la dia kan tanya asal plak pakai gamba kak moon . kalau jual shawl tew kan bagus kalau dia pakai gamba yg dia snap sendiri ...tak pun tak yah letak contoh gamba

kalau dia pm Moon mintak izin pakai pun i will consider ...nih hujan tak ribut tak ...tup tup muka mak jugers terpampang kat situ

 tew dia sah sah cam ai plak jadi model utk tudung yg di jual ...walhal nya tak der kaitan langsung . Andai kata dia bg credit cam pic taken from sekian sekian ....cam sila tgk contoh kak moon pakai ke apa ..ok la lagi kan ...sah sah jenis shawl pun lain material pun lain kan

nanti tak pasai pasai org beli tapi lain kan

 Nasib la ramai kawan n readers dlm fb yg rajin kasik apdate kalau tak mmg tak tahu hokey . Tq so much dear sebab sudi inform ...

Kalau sesapa nampak kat mana mana la tak kesah la muka ai ke muka anak anak ke yg sah sah mmg akan ada watermark tew kan ..please let me know

Pastuh  lepas few days seluruh album tew dia dah remove TANPA REPLY SAY SORRY OR WHAT

alahai ...adik sayang ...takut sangat ke kat akak nih ...bukan akak nak marah marah pun just be profesional la kan ..tp akak maafkan la awak sebab nampak awak nih pun cam student lagi kan

but next time please jgn buat cenggini lagi ....sah sah ada nama blog akak kat gamba ....sah sah kalau masuk blog akak ada email add akak ...so tak susah pun kalau nak buzz mintak permission kan

so a reminder utk semua penjual online kat luar sana jugaks ...sebab mmg ramai pun yg terkena cenggini kan ....tak elok tew ....awak buat bisness jgn la kencing org kan . Kadang ada tew siap pakai contoh baju yg tailor org lain jahit pastuh claim dia jahit cam tew ....vleyyyyyyyyyyyyyyy

Moon hitam kan nama kedai dia sebab mak tak mo bagi promo free free kat dia muahahhahahahah

kalau ada sapa sapa nak mintak tolong pomot tudung ke baju ke apa aje la ...just buzz me la kan ..kasik selai 2 ai pakai la n tolong la kan ...kadang nih atas budi bicara jugaks kan ...adat la kan u baik ngan ai ai baik la ngan u ..got it . Kadang bukan semer yg ai share kat blog neh semer ads ke apa kadang ai share sebab rasa cam benda tew mmg worth utk di share .

Gamba tew di amik dr entry ni dan juga entry ni ...masa sukma make up kan moon utk suka suka hahahha

and im wearing silk voile shawl by TSUGOI


Monday, October 21, 2013

weekend

start ari jumaat mmg dah rasa cam nak demam je . Bagitau Elly nanti aku join bday anak nko ..tapi ..skalik hari sabtu tew mmg flat giler tak dpt nak pegi ..plus pak sutan pun tak der  ..mlm nye kemain tido awal ...

Skrg neh dah nak hujung2 mmg tetiba terasa lengoh2 . Mmg la akan ada org akan kata ...alah biasa la ngandung mmg cenggitu ...elehhh manja sangat ...yer la apa apa je la kan labu . Lain org lain la penangan nye kan ...lain pregnancy lain la pengalaman nya kan . Tapi kalau ckp kat hubby adeh sakit la tang sini tang situ ...bila dia amik minyak ke ...tarik kaki nih n picit2 terus rasa lega sket ...kannnnnnn tew je pun kita nak ..bukan nya nak di manjakan ngan apa sangat pun ...bukan nak suh dia jamu makan sedap2 pun . Janji dia faham betapa susah nya kita nak carry nih pun jadi la ..tew pun dah buat hati berbunga riang ...betui dak .

So sabtu tew mmg rehat je kat umah . Mama Papa Umi n Rafiq pun ada ...so sonok la Yaya ngan Isk ...ada geng .


Ahad ada pegi umah someone ..alahaiiii terkenang kenang la kat masak lomak cili api tew ngan ikan keli berlado tew ...sedap hokey . Semalam kemain tak berselera nak makan ...skalik pegi umah org vley plak tak segan silu makan ...mmg kena plak ngan anak tekak ..ngan yaya pun makan banyak ...Abg Isk jgn cakap la dia mmg ngadap ikan keli tew je ...siap 3 kali menambah


tew dia anak teruna yg kemain berselera makan ...dlm kereta duk bising kekenyangan ...alamak perut isk penuh ngan ikan keli la mummy hahahhahah .


Ada org request nak tgk gamba Rafiq ..ha nih dia budak yg suka lompat2 n suka ketawa ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...