Thursday, December 26, 2019

Jalan Jalan Pulau Pangkor

Entry ni duk dalam draft . Akak terlupa nak publish ...



Punya la lama nak up entry ni . Kejadian masa raya Haji hari tu . Mmg semua dah plan lama sangat utk trip ni . So kita serahkan pada Umi utk uruskan . Lagi pun Mama mmg teringin nak ke Pulau Pangkor . So kita buat family trip la ke sana .

Raya Haji pertama semua duk sibuk kat surau sebab kebetulan ada buat akikah sekali . So raya ke dua zassss kita ke Pulau Pangkor

Perjalanan dari Taiping ke Lumut dalam sejam lebih je cam tu . Budak2 dah excited nak ke pulau . Mama siap jahitkan suar utk cucu2 semer . Suar bunga buga pink gitchu , siap ngan spek sorang satu n topi jugak .


Masa ni dlm kereta nak ke Jeti Lumut 

Image google , sebab tak sempat nak snap gambar . Turun je kereta , si Sarah dah cakap ...mummy Sarah nak g tandas ..

Pic credit to blog Azie 

Kereta park dalam tempat parking bertingkat ni . Kadar dia lupa plak sejam berapa tapi kita org tinggal kereta 3 hari 2 malam juga kat sini kena dalam 20 lebih cam tu 

Sila beli tiket ye . Harga tiket untuk dewasa adalah RM14 seorang ( ni utk pergi dan balik ya . Sila simpan tiket utk balik nanti hokey ) budak2 RM 5 kalau tak silap . Ni la masalahnya kalau lambat update , banyak lupa muahahah 

Related image
Ni la rupa bot dia . Elok aje ( gamba google )

Dalam bot ni lua n selesa je . Walaupun bergelodak juga la perut akak duduk dalam bot ni . Sejuk plak tu beraircond


Dia org ni semua gie naik kat atas . Dia org ajak akak tapi akak tolak u ols . Mau kang akak muntah kat atas tu siapa nak cuci . Tapi dia org kata angin kat atas tu sangat la kuat 

Jarak perjalanan : 30-40 minit
dia akan stop sekali kat Jeti Sungai Pinang kecil . Korang jgn turun plak .
then dia akan sambung balik perjalanan ke Pulau Pangkor

Waktu : Feri pertama dari Lumut - Pangkor , pada jam 7 pagi dan terakhir ke pangkor 8.30 malam .
bot mmg ada dlm setengah jam satu . so waktu menunggu tak la lama sangat . 

Korang boleh juga naik dari Marina..dekat sikit org kata . 

Picture


pic credit to CoralandOceanService

Sampai je Jeti . Korang jalan je kat luar tu mmg banyak teksi teksi pink ni menanti . Sebabkan kita org ramai maka mmg amik terus teksi pink ni . Dapat Abg ni baik la sangat . Kita org akan stay di D Senja Challet . So mmg betul2 mengadap laut . Ni mmg Umi dah tempah 2 3 bulan awal . Abg teksi tu kata mmg D Senja tu susah nak dpt reservation sebab mmg asyik full je memanjang .



Perjalanan dari Jeti ke D Senja ni dalam 10 -15 minit sahaja . Lalu pekan n tepi pantai n naik kawasan berbukit pastu sampai . D Senja ni mmg betul betul tepi laut .



Tapi kami amik rumah yg kat tengah2 sebab yg betul tepi laut ni semua dah fully book . Kawasan ni pun ok . Bilik pun elok n ada aircond. Tilam kita boleh sewa sebab tak mahal pun . Bila malam nak tido boleh letak tilam kat bawah n tido beramai ramai . Umi book kan 2 bilik . 1 bilik kami sekeluarga anak beranak  n satu bilik lagi mama n papa serta baqis talib .


Sampai je kat resort , letak barang dlm bilik n makan bekalan yg di bawa n terus semua terjun mandi laut . Semua pakai suar yg mama jahitkan. Ngan Nain pun suar bunga pink hi hi hi hi . 


 


Nak cari makan pun senang sebab jalan dalam 100 meter je dari D Senja ni akan ada kawasan org menjual n banyak gerai makanan . Kedai runcit pun banyak so mmg tak susah la .

Kita org cari juga moto sewa sebab senang kalau nak pusing2 ke mana mana kan . Plus ATM machine hanya kat pekan area Jeti tu . So malam tu me n Pak Sutan g cari moto sewa


Sewa ngan adik ni . Nom ni ada kat cermin kedai roti n sewa moto dia murah aje RM 30 utk 24 jam . Kami jalan jalan area situ moto kebanyakkan RM 40 - 50 harga dia pastu moto tak elok pun. Tapi ngan adik ni moto baru skuter . Pastu baiknya la alahai adik ni takyah deposit pun sebab kita org bgtau cash habis n nak ke ATM . Dia kata takpa bayar sewa je takyah deposit la akak . Baik hokey ...

Pagi besoknya kita org sewa bot n island hopping . Ala ke pulau kecik depan chalet tu aje pun hahahah




Tu dia Sarjan Din kemain happy lagi dia . Mmg lama dah papa duk mintak bawak dia n mama jalan jalan Pangkor. Kali ni baru berkesempatan nak dtg sini . Dia la paling happy n asyik nak berendam dlm laut aje . Tapi time kita org dtg ni air tak beberapa jernih org yg bawak bot ni la kata sebab sebelum tu kan ada ribut ke apa kat Langkawi . Jadi arus pun kuat sikit tu yg tak nampak clear air .  



panas dit dit hokey . Akak duduk je bawah pokok n ribakan Nain sebab time bot tengah laju n melambung2 la si kecik tu dia ley terlena . Korang pergi la mandi . Pastu bila nak balik semua org kaki luka kena kulit siput n cengkerang yg pecah2 .


 Balik je dari island hopping semua pengsan n tido kepenatan hahahha . Petang sambung lagi mandi sampai lebam hahhahaha. Last day kat sini kita org call abg teksi yg sama bawak kita org masa sampai hari tu . Sebab Abg tu baik n friendly . So dia bawak kita org ronda 1 pulau n singgah kat tempat2 yg best . Isk n Talib naik moto sebab moto akan dipulangkan kat parking area jeti.



singgah kat tempat jual segala ikan kering n ikan masin








singgah area tokong ni beli souvenier kat bawah tu . Tak naik sampai atas pun just singgah kat bawah n snap gamba n terus ke destinasi seterusnya . Masa ni mama n Nain dlm teksi je sebab Nain tido . Sekali dah nak gerak elok je dia bangun .

Destinasi seterusnya singgah masjid sebab dah masuk waktu Zohor .





 Masjid ni sangat cantek n paling penting tandas dia adalah tandas paling bersih akak pernah masuk dalam mana mana masjid pun . Ngan wangi , bersih n kering . Tak rasa macam dlm tandas pun . Mmg terbaik



Lepas semua solat , kita gerak ronda lagi . Ada taman taman lagi singgah tapi akak tak turun la u ols ngan panas dit dit muahahhahaha.  


Abg ni hantar kita org ke jeti balik . So ingat nak makan kat sini tapi sedang elok kami sampai terus ada feri tiba . So apa lagi naik terus la balik ke jeti Lumut. 


tapi bot kali ni kecik aje . Tapi ok aje sebab tak ramai org . Sampai je jeti Lumut tu semua dah kelaparan. So makan je nasik kat gerai depan jeti tu . Then drive balik Tepen. 

Semua kepenatan tapi seronok . Baru je balik dari Pangkor , Papa dah sebut nak pergi Pangkor lagi hahahhahaha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...