Wednesday, December 12, 2018

Jalan Jalan London 2018 : Laundry Day , Portobello and Malaysian Hall

Day 7
-------

Hari ni mmg plan nak mendobi baju . Sebab baju bersih semua dah habis hehehheheh. Pagi2 dah masukkan semua baju kat dlm luggage sebab senang nak bawak kan. Tgk TV ada mention hari ni 7 Nov 2018 ada Tube Strike . So banyak tube ditutup n tergendala . Stesen Queensway tutup terus . So mmg kalau nak berjalan hari ni memang kena plan betul2 sebab takmo la sangkut kat mana mana . Mogok ni hampir melumpuhkan sistem pengangkutan London . Pemandu pemandu mogok sebab dia org dipaksa bekerja lebih masa dan ada macam macam isu . 

Akak tahu pun lepas baca pasal strike ni masa tunggu kain siap dibasuh . Kemain la sepatutnya plan hari ni adalah market tour plak . Nak ke Portobelo , Camden n Borough Market . Tapi bila jadi cam ni nanti kena susun balik la jadual hari ni . However bus ok cuma kena cek laluan sebab ada sesetengah laluan ditutup atau di divert .

Mesin besar £ 7
Mesin kecil £ 5


sabun basuh £ 1

Dryer 10 min £ 1

Di Grand Plaza pun ada service dobi . According to Ain kalau hantar dobi kena £11 utk 1 bakul . Tapi bakul pun tak la besar . So kalau baju tak banyak ok je . Kita org yg stay kat Holiday Villa ni tak tanya plak berapa rate dobi . Alang alang mmg tahu ada dobi layan diri kat area Tesco tu ...kita org basuh sendiri aje la . 


 Ni mesin 7 kg

 Hai ....basuh baju bangggggggggg


Untuk beli sabun kena pakai coin . Tapi jangan risau sebab ada mesin tukar duit kecik . Utk 1 cup sabun tu £1 . Kalau korang bawak sabun sendiri takyah la beli . 

 Ok next keringkan plak . Kita org amik 20 minit £2


 Selesai mendobi baju

Org kedai ni nampak beg kita org mcm besar so dia tolong startkan mesin 7kg padahal baju kita org tak banyak pun . Mesin 5 kg pun dah cantek tapi tak apa la kan dah start dah pun muahahha

Mesin 7kg £7
Sabun £ 1
Kering 20 min £2
TOTAL £10

Sempat la sembang ngan pekerja dobi ni . Dia kata kalau nak g jalan jalan ok je cuma kena tgk betul2 la route bus sebab kadang mmg banyak jalan tutup kalau ada strike cam ni .  Takpa la kita g masuk Whiteleys dulu pekena kopi COSTA




 Whiteleys ni cam sunyi je . Rupanya dulu dia sebuah shopping mall yg glamer tapi lama lama banyak kedai dah tutup . Kat dalam ni pun ada Zara , H&M dan ada lagi few kedai tapi semua tgh buat clearance sebab nak pindah




Dapat kopi panas panas best dikala sejuk sejuk n hujan ni . Jumpa Ain nn Wan kat stesen bas tepi whiteley ni . Sempat anta baju yg dah siap dobi kat bilik . Tapi hari ni hujan cam lebat nak jalan pun susah . Sampai Portobello tapi sini meriah kalau hari Sabtu n Ahad . Tapi saja la nak jalan jalan kan . 




Ada member Kolej bgtau kalau jalan jalan n nampak Cancer Research ni boleh masuk sebab barang dlm dia elok2 . Sebab ada brg di donate n hasil jualan akan di donate kembali . 



 Masa ni hujan dah duk lebat . Mmg kita org kena berteduh je kat mana mana yang boleh . Bukak oayung pun susah sebab angin sangat kuat hahahha . So perut pun dah lapar . Kita org decide balik area Bayswater balik n g makan kat Malaysian Hall . Rindu dah masakan Malaysia hahah

Malaysian Hall ni belakang blok Holiday Villa ni aje . Nak masuk kena tunjukkan pasport atau IC . Dulu ada laluan masuk kot belah luar kan . Sekarang ni semua kena masuk kot pintu depan n turun ke bawah utk ke Kantin .


  yang best sekali sebab tandas kat sini ada getah paip . Dalam banyak banyak benda getah paip la yg paling dirindui hahhahaha

vleyyyyyyyyyyy

 Tu dia kueh ....apa kabar semuaaaaaaaaaaaaa . Baru 7 hari kat sini dah rindu . Cam na la u ols yg duk berbulan2

Nampak je lauk pauk dan dan perut berkeroncong ......shhhhh shadapppppppp malu org dengar nanti 


Ain laju amik nasik . Apa apa hal kena isi ngan nasik dulu ...we eat first we talk later hahahhaha


Akak amik nasik ngan gulai ayam . kalau nak sambal belacan kena beli 50 pence, dia letak dlm bekas kecik  . Tapi makan cam ni pun dah sedap . Pak Sutan amik ayam kurma n sayur tauge . 2 ni bersama 2 teh tarik kena 9.50 pound . Jgn diconvert ...tapi teh tarik tu rasa sangat sihat hahahha . Lauk sedap takder nak komen apa . Siap amik kueh lagi . Seketul kueh 50pence .

Lepas makan semua tersandar kekenyangan hahahah. Hari ni kita org tak jalan jauh jauh sangat . Mmg pusing2 area sini aje . Balik bilik rehat .

Malam kumpul kat Grand Plaza bilik Kak Nor n kita org dinner sama sama . Main main masak beli ayam yg dah siap marinate n masak kat bilik . Duduk bersila makan makan n gelak gelak . Besoknya baru jalan lebih sikit . Hari ni cuaca tak elok .




Monday, December 10, 2018

Ephyra Year End Sale

Assalamualaikum semua buat reader Kak Moon dan juga customer-customer setia yg sentiasa beli Ephyra dari Kak Moon . Dah 7 tahun dah akak jadi pengedar sah Ephyra tau . Panjang betul jodoh ngan Ephyra ni . Bermula sebagai pengguna sahaja terus sangkut jadi pengedar .

Bermula dari Ephyra Collegen sahaja kemudian bertambah produk penjagaan wajah seperti Ephyra Skin Bar, Ephyra Skin Nano Serum , Ephyra Skin Snow Moisturiser cream .

Kemudian berkembang lagi dengan cosmetic seperti Ephyra Lips dan Ephyra Foundation . Wow syabas Ephyra



So kalau u ols nak beli Ephyra boleh beli dari Kak Moon ya sebab sekarang ni MMG TENGAH OFFER KAW KAW hokey ........mmg harga berbaloi baloi . Ramai dah siap beli 2 3 kotak utk buat stok .

ok u ols dah ready ke ..........


Ephyra Collegen
Ephyra Collegen Drink untuk kesihatan kulit serta memberi tenaga . Sihat, cantik dan bertenaga . Ada 30 sachet dlm bx ni . Cukup bekalan utk sebulan .

Ia bukan la produk utk bagi korang putih melepak tau tapi ia adalah utk menjadikan kulit korang sihat dan cantik . Menguatkan rambut dan juga kuku .Kesihatan dalaman yg baik akan terus memancarkan seri di wajah gitchuuuu


Kandungan EPHYRA dan khasiat

1.Kolagen Ikan Laut Dalam
- kolagen tulen yang dihasilkan daripada spesis ikan putihlaut dalam dari PERANCIS
- Mengembalikan keremajaan kulit anda
- Menyokong penambahan lapisan kolagen untuk mengekalkan keanjalan kulit yang sihat dan dan tegang.



2. Buah Acai
- Buah Keajaiban dengan manfaat yang besar, seperti anti-penuaan, anti-bakteria,  anti-radang dan  menguatkan sistem kardiovaskular
- Kaya antioksida, mampu untuk membantu melambatkan proses penuaan.
- kaya dengan sumber vitamin dan mineral, termasuk kandungan tinggi omega 6 dan omega 9

3. Gam Akasia
- Membantu meningkatkan tahap kolesterol HDL (kolesterol baik) dalam badan
- Membantu menyingkirkan toksin berbahaya yang terkumpul dalam sistem pencernaan
- Kaya dengan Serat yang menyerap toksin yang kemudiannya dikeluarkan melalui proses penghadaman

4. L-glutathione
- memperbaiki kulit untuk menjadi lebih lembut,halus dan dan lebih muda
- Satu agen yang kaya antioksida yang melindungi kulit terhadap kerosakan sel hasil proses pengoksidaan sekaligus melambatkan proses penuaan.
- Mengurangkan proses pembentukan pigmen , memberikan kulit anda penampilan yang lebih cerah dan berseri
- Membuang toksin dari dalam badan untuk meningkatkan sistem imunisasi



5. Asthaxanthin
- Memulihkan kesakitan sendi,sakit otot dan arthritis.
- Sangat bagus untuk mengurangkan kedutan dan garis halus, meningkatkan tahap kelembapan dan keanjalan kulit, menjadikan kulit lebih halus dan cerah berseri
- Meningkatkan daya tenaga dan stamina dalam badan


6. Serbuk tomato
- Mengandungi banyak vitamin A dan C
- Vitamin A dalam tomato akan membuat rambut anda kuat dan berkilat,juga bagus untuk mata, gigi dan tulang.

7. Acerolla ceri
- Meningkatkan sistem imunisasi dalam badan , menguatkan hati, memperbaiki keadaan kulit  dan meningkatkan keupayaan badan untuk memulihkan dan memperbaharui tisu dengan cepat
- kandungan vitamin C yang tinggi dapat meransangkan pembentukan kolagen dalam badan, yang dapat menggantikan sel kulit menjadi sihat, halus dan lebih anjal.


8. Marigold bunga ekstrak
- Mengandungi pelbagai  karotenoid antioksida
membantu melindungi sel-sel daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas, atau molekul berbahaya.
-berkesan dalam merawat pelbagai masalah kulit radang, kulit berjerawat dan eczema



9. Superberry


-diketahui mengandungi kandungan antioksida yang sangat tinggi.
-sumber terbaik untuk Vitamin C, Zat Besi, dan Potassium. 
So kalau ada yang nak share ngan member pun boleh . Beli sekotak  , nko 15 sachet aku 15 sachet . Lepas 15 hari kita tgk perbezaan nya . Bagus tak idea ni . Mostly those yg beli trial pack atau share mcm ni akan terus come back utk beli lagi . Kak Moon ada customer ni dah 4 tahun mmg 2 bulan sekali dia akan order je . KAdang main masuk duit terus . Jenuh akak pikir siapa bagi derma kat akak ni . Bila tgk nama baru tahu oooh dia ni . Pastu bila whats app dia tanya boleh plak dia gelak panjang ...katanya bz lupa nak msg bagitau nak beli n dah bank in duit hahhahahah . 
Ephyra Skin Series 
Sabun - Ephyra Skin Bar
Serum - Ephyra Skin Nano
Cream - Ephyra Skin Snow
Ok ni pun sangat best hokey . Masa muka kak moon asyik breakout , Kak Moon cuba the whole set 3 beradik ni . Dlm seminggu lebih terus ok . Tapi akak kan tak sabar terus consume sekali ngan Ephyra Sollegen . Rawat dari dalam n luar terus . 
Nanti tgk gamba before n after Kak Moon kat bawah k . Ni bukan auta sebab akak menjual ke apa tapi akak dah cuba sendiri 
Ni bukan la produk peeling ke bagi gelupas ke apa . Atau nak bagi kulit korang kemerah merahan panas nak cendol . Bukan ye ...ni dia bagi sihatkan kulit bagi dia khasiat yg diperlukan . Kita aim kulit yg sihat ya bukan aim nak jadi putih melepak mcm artis korea . Apa pun warna kulit kita feel proud yang penting kulit sihat tu yg utama ye . 
 Skin bar ni best . Kalau nak jimat boleh kerat 2 atau kerat 4 hahahhah . Biasa nya sabun ni tahan sebulan . Tapi kalau korang nak sental satu badan mungkin 2 minggu habis kot hahahhaha . Tapi pakai utk muka je la yer sayang sayang sekalian .

Kalau yg kulit berjerawat masa cuci tu biar lama sket k . Kalau yg jenis kulit kering kontang gurun sahara kejap2 sket dah ye .



 Skin Nano serum ni adalah my fav . Yg ni kalau habis akak mmg gelabah ...sebab bila pakai kulit rasa lembab je . Terus rasa mcm yer saya sangat bermurah hati beri kulit muka saya benda yg baik dan bagus . Kulit rasa lembut dan lembab je . Serum ni juga sangat cepat menyerap so dab dab dab auw gorjes 


Skin Snow ni adalah Moisturizer . Kena ngan nama dia SNOW dia mmg menyejukkkan dan melembabkan wajah . Mmg best tapi satu je size dia comel sgt akak mohon agar dibesarkan size dia hahahha . Walaupun akak ni jual akak jugak pengguna . So akak suarakan pandangan pengguna juga dlm masa yg sama ....bila dah nak habis terus cam how i wish i ada banyak lg cream ni . Tapi kecik cam ni pun tahan sebulan hokey . Jgn la pakai cam mandi losyen pulak . Pakai dab sket2 n ratakan . Cukup boleh kawer 1 muka .

Ni pengalaman akak guna ye . 1 whole set . Masa keluar set ni mcm org mengantuk disorongkan bantal . Sebab masa ni muka akak teruk giler . Naik jerawat batu besar2 sakit plak tu . Mmg down sangat sampai malu nak jumpa org . Jumpa org je terus semua cam Moon napa muka nko . Terus akak rasa nak menyorok je . Tak tahu la hormon ke stress tahap gaban apa bagi sampai cam ni .



Sebelum . Jerwat besar2 nak sentuh pun sakit . Kalau pecahkan sebijik cam Dr Pimple Popper tu . Meletop terpercik semua .....bahagia dpt pecahkan tapi menyesal sebab lagi teruk n tahu mmg akan tinggalkan parut . 

 
 Genap 2 minggu . Dengan konsisten hokey akak cuci muka make sure pakai semua . Hilang u ols . Korang g mana jerawat semua . Tidak la pakai hari ni besok pling terus hilang no no . Dia akan gradually ilang . Bahagia hokeyyyyyyyy. So terus kan pakai utk bantu hilangkan parut n kesan yg ada hasil gatal tangan akak yg bercita cita nak jadi Dr Pimple Popper .

Entry nya ada kat SINI , entry thn 2016 tu . Akak mmg simpan hokey .So kalau korang ada masalah sama . Kulit naik jerawat atau cam tak suka nak tgk cermin sebab ada jerawat ke jeragat ke atau pori terbuka ke apa . Boleh cuba Ephyra . Who knows it can help u ols juga macam mana it helps me .


Ni harga kalau u ols nak beli 1 whole set terus . Tapi kalau nak cuba satu2 pun boleh its up to u ols n budget u ols k . Tapi sekarang jimat tau sebab biasa RM140 sekarang RM126


Ada juga combo kombo ....eh bukan kombo KFC . Korang ni ingat makan je .



 




Menarik kannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn

Kerana Year End Sale ni la phone akak duk asek berbunyik ajeeeeeeeeeeeeee


Ephyra Lips

 Biasa harga dia RM30 u olssss la ni offer RM 27 sahajaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Kecuali 3 warna baru yg baru kuar . Yg 3 warna baru tuh harga sama RM30 



3 warna baru yg more pada autum n ke oren oren n coral ni RM 30 . So sesiapa yg tak suka mulut merah atau pink ley cuba ke oren sket .Akak minat spring dalia tu ...



Ok so kalau nak order boleh whats app 
postage daily u ols 



Ephyra Matte Foundation 


Ni pun best ni paling latest k . Kak Moon pernah buat entry . Boleh klilk SINI

Thursday, December 06, 2018

Jalan Jalan London 2018 , Kensington and stadiums

Day 6
-------

Hari ni kita orang keluar awal. Lepas breakfast kat bilik terus kita org keluar . Memang plan hari ni adalah untuk jalan di park yg terletak tak jauh dari hotel kita org ni . Jalan pun kejap less than 10 min. Apa yang best kat Bayswater ni adalah sebab ia terletak sangat dekat ngan Kensington Garden  n Hyde Park . Nak ke Oxford street pun dekat boleh jalan kaki jugak . Tapi lagi best kalau naik bas hahahhah tak jauh pun . 




Awal awal pagi memang penuh dah park ni . Waktu malam dia tutup tau . Bukak pun kalau tak silap pukul 8am atau mungkin awal lagi . Akak dah lupa u ols . Tapi mmg banyak anjing yg owner dia org lepas macam tu aje  .  Dari sekecik kecik anjing yang comel comel kaki kementot sampai la anjing yang besar macam serigala tu . 



Ni la maps dia so korang boleh nampak cam na overview park ni . Mmg besar hokey rasanya mmg tak dpt kaver semua . So pagi ni we ols start ngan Kensington palace dulu . Besok baru ke Buckingham Palace serta Hyde Park .

The Diana Princess of Wales Memorial Walk is a 7 mile long walk. Sepanjang tu ada 90 plaques rose gold ni diletakkan atas laluan pejalan kaki ni . So kita boleh ikut je arah yang ditunjukkan dan sepanjang jalan kita boleh nampak tempat femes yang ada kaitan ngan late Lady Diana . Laluan ni akan melalui 4 taman diraja iaitu St. James Oark, Green Park, Hyde Park and Kensington Garden.

 Awal pagi memang sejuk . Plus ngan cuaca yang sedikit mendung . Burung merpati pun duk tido lagi . Malas nak terbang sebab sejuk hahahah


Ni la Kensington Palace. Princess Diana pernah tinggal di sini dari tahun  1981 - 1997. Can read more HERE 




 Masa ni orang tak ramai sangat . Mungkin sebab awal bebenor kan . Semua orang dtg sini awal awal pagi utk berjogging dan naik basikal . Kita org je datang utk bergamba n jalan jalan hahahhaha . 


Cantek sangat landscape kat sini . Jadi laluan yg lawa plus daun semua dah start warna kuning . Siap ada makcik sorang tu siap duduk kat kerusi mengadap garden n duk mengkait . Rasa cam nak duduk je tepi dia pinjam jarum kait n benang hahahhaa


 cantek kan 
 I'm still in love with this garden . Nampak sangat tenang . Ala ala secret Garden 


Kita orang jalan santai santai je kat sini . Sembang2 hati ke hati pasal anak anak semua, pasal apa yg dah terjadi baru baru ni  .  Apa yg berlaku dan macam macam la . Pak Sutan mmg a very good listener . Kadang kalau Moon cam nak marah tentang sesuatu dia akan tenangkan n cakap elok elok . Yang buat Moon terpikir balik . Terus rasional tu muncul kembali . Biasa la kita org pompuan ni mmg cepat emo kan . Bila tahu org kata macam macam kat kita terus kita cam sedey .  Lagi pun Pak Sutan kenal Moon dah lama dr zaman belajar n dia tahu Moon mcm mana . Kehidupan Moon susah dulu . Kita org pun dah lalui macam macam bersama sama .  

Yang penting adalah ketenangan hati tu . Ada org dia tak kaya tapi hati dia tenang n bahagia . Ada org ada segalanya yg dia nak tapi hati dia tak tenang . Asyik nak pikir buruk je pasal orang . So kita pilih la nak yang mana . 

Wah terpanjang plak . Tapi tu la yang akak nak sampai kan . Dalam hidup kita , kita concentrate pada kehidupan dan kebahagian kita je tau . Jangan kita nak kisah hal orang dan sibuk nak judge org tu org ni . Kdang ada certain benda di luar kawalan kita ...walaupun kita dah cuba sedaya upaya . But yakin la pada Allah kerana perancangan Allah tu adalah yang sebaik baik nya . Pasti ada hikmahnya . Ok semua ....senyum laaaaaaaaa

ok sambung part happy laks



semua pokok pokok kat sini pun dah berdaun oren n kuning . Patutla ramai yang suka jalan jalan ke London waktu Nov - Jan cam tu sebab hujung Auntum dan nak masuk Winter . Nanti daun daun ni akan gugur n togel sebab masuk winter . Masa ni suhu dalam 11 tapi sejuk 


Sebelum gerak balik meh la kita amik gamba bawah pokok berdua . Gamba yg lebih romantis takley share sini hahhaha bahaya . 14 thn marriage n 20 thn bersama ...wowww rasa cam baru kawen je . Jalan berdua ni buat rasa cam dtg London utk Honeymoon plak ..........vleyyyyyyyyyyyy gediks sangat 


On d way balik bilik dah sebab hari ni plan nak ke stadium2 yg berhampiran cam Chelsea , Tottenham dan jugak Emirates . Ada lagi few tapi kita tgk la sempat ke tak hahahha . Lalu celah lorong nampak kedai Putera Puteri ni . Ni kecik sket belah Tube queensway . Satu lagi besar sket n ada kerusi meja kat luar , Putera Puteri belah Whiteleys sana . So siapa rindu nak makan nasik lemak boleh la dtg sini . Kueh mueh melayu pun ada . 


Ok kita ke Stesen Tube Bayswater dan berhenti di Fullham Broadway utk ke Stadium Chelsea . Kalau nak ke stadium Wembley pun boleh . Tapi Pak Sutan kata malam nanti ada match kat situ n dia takut terlalu ramai org plak . So kita ke Chelsea aje n tgk la cam na selepas tu  . Kita relax relax aje 


Mari la mengkaji jaringan train yg sangat banyak hahahhah macam2 kaler ada hahah . Nasib la ada Google Map


Jalan Jalan Stadium

Kami ke Stamford Bridge utk tgk stadium Chelsea . Tapi tak masuk pun utk stadium tour . Kalau nak masuk ronda kat dalam kena bayar 28 pound kalau tak silap . Takpa la ronda luar pun boleh je hahahh

 beri bag anda utk diperiksa . Nanti dia akan cek kot la kita ada bawak apa apa bahan merbahaya kan . Lepas ok terus boleh je nak ronda area stadium ni


Walaupun org tu peminat Real Madrid ...dia ok je pastu saja whats app gamba ke member yg peminat Chelsea hahahha 


Pak Sutan kata dia nak lawat Hazard je . Hahhaha bini pun layan je . 

 masuk pusing dlm store Chelsea ni . 


 Macam macam barang ada . 


 Pusing2 aje hahahha tak membeli apa pun 


Ok keluar dr kedai ni , kita org pusing je stadium ni . Kot luar je la . Try gaks intai2 celah pagar tapi tak nampak apa pun hahahhaha


Masa ni tunggu Ain n Wawan utk sampai . Dia org baru gerak dr Bayswater nak dtg sini . Bila dia org sampai ...tunggu dia org plak amik gambar kat stadium . Lepas tu kita org sama sama ke Cravern Cottage utk tgk stadium Fullham FC plak



Kalau nak masuk stadium tour harga dia £15.00 for adult 



ok next kita nak ke Emirates Stadium plak . Dari sini kita org naik  bas lepas tu naik train utk ke Arsenal . Tapi kita org kena jalan sket , lalu area rumah rumah orang . Tapi rumah kat sini lawa lawa sangat .



  

kegigihan para suami suami layan amik gamba hahahha .

 Banyak kita org posing depan pokok merah ni sebab lawa sangat . dari jauh dah nampak dah . Rasa cam tebang je pokok tu bawak balik tanam depan rumah hahaha

Sekali nampak ada orang tanam pokok pisang depan umah . Ni lagi vintage ni . Org lain kemain pokok daun oren pokok daun merah ...ni pokok pisang terus . Misti org asia ni ...ke dia buat bisnes jual nasi lemak . Pokok pisang ni siap ada jantung n buah hokey . 

Ok next kita ke Emirates Stadium pula 






 keluar je dari stesen tube Arsenal ni ...jalan sket je terus sampai . Tak jauh dan stadium ni dekat area perumahan jugak hahahha . Untung la org beli umah kat sini . Senang je nak g tgk perlawanan bola hahhaha .



Stadium ni sangat besar . Kena naik atas dan cross jejantas utk ke kawasan stadium  




 Masa ni dah nak gelap dah padahal baru je pukul 4 lebih . Kalau nak masuk utk stadium tour kena bayar  £23.00 .

 

Masa ni baru 4 lebih u ols . So naik tube balik n ke Piccadily Circus 

Image result for piccadilly circus
 * image from google 

ni la Piccadily Circus atau sebenarnya circle yg membawa maksud simpang jalan hahah . Ia adalah simpang jalan yg terkenal n ramai org lepak kat sini . Waktu malam memang meriah sebab ada banyak LED screen yang besar besar kat sini . Mmg terang benderang la



 Ramai org duk melepak je kat sini . Duduk kat bulatan ni cuci mata tgk orang lalu lalang hahahah . Masa ni dah penats sebab 1 hari duk berjalan kan




tapi kat sini mmg sibuk dan penuh la ngan manusia . Pening kejap tgk orang ramai cam ni . 

Memandangkan semua pun dah kepenatan mari la kita pulang ke bilik masing2 . 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...