Monday, January 15, 2024

Abg Isk masuk UPNM

 Tetiba budak kecik yg korang selalu tengok kat sini dah jadi anak teruna dah . Dah habis SPM and ni dah masuk U dah pun . 

Isk mmg lama dah nak masuk MTD ( Maktab Tentera Diraja ) dari form 3 . Siap g test lagi tapi tak ada rezeki . Moon pesan kat dia , takpa Isk nanti cuba lagi lepas SPM . Cuba dapat kan result elok , Isk cuba apply UPNM plak k 

Tapi dia agak risau sebab trial SPM dia dapat 2A sahaja plus math pun E. Subjek +math, fizik n kimia pun tak cantek sangat . Mmg dia nampak frust sgt masa dpt result trial . Tapi dia work hard , masuk online tuition MC+ mmg utk baiki Math dia . Mmg tak nampak la dia kat bawah . Mmg duk atas je manjang . Bila buka pintu bilik dia, memang nampak la dia duk tgh belajar n buat latihan banyak banyak . 


Masa result SPM nak kuar , bagitau dia yg dia dah cuba yg terbaik . Apa pun result dia , tolong jgn risau . 


Alhamdulillah dia dapat result yg sangat bagus n semua dia baiki. Math yg dari E pun jd A . Fizik , Kimia n Add Math pun elok.

Cikgu cikgu dia pun kata dia meningkat secara mendadak . Mmg lepas trial tu dia all out . Tapi masa ni mmg boleh nampak kegembiraan di muka dia . Tu la mummy dah kata kalau kita cuba sehabis baik , kita takkkan rugi n kita tak akan ada regret . Setiap usaha pasti membuahkan hasil .



Seronok dia dapat naik pentas . Mummy pun bergenang air mata duk tgk dia dari bawah ni . Dia pun tak percaya dengan result dia . Habis semua cikgu dia g jumpa n ucap terima kasih . 


.............bersambung 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...