Monday, January 15, 2024

Abg Isk masuk UPNM

 Tetiba budak kecik yg korang selalu tengok kat sini dah jadi anak teruna dah . Dah habis SPM and ni dah masuk U dah pun . 

Isk mmg lama dah nak masuk MTD ( Maktab Tentera Diraja ) dari form 3 . Siap g test lagi tapi tak ada rezeki . Moon pesan kat dia , takpa Isk nanti cuba lagi lepas SPM . Cuba dapat kan result elok , Isk cuba apply UPNM plak k 

Tapi dia agak risau sebab trial SPM dia dapat 2A sahaja plus math pun E. Subjek +math, fizik n kimia pun tak cantek sangat . Mmg dia nampak frust sgt masa dpt result trial . Tapi dia work hard , masuk online tuition MC+ mmg utk baiki Math dia . Mmg tak nampak la dia kat bawah . Mmg duk atas je manjang . Bila buka pintu bilik dia, memang nampak la dia duk tgh belajar n buat latihan banyak banyak . 


Masa result SPM nak kuar , bagitau dia yg dia dah cuba yg terbaik . Apa pun result dia , tolong jgn risau . 


Alhamdulillah dia dapat result yg sangat bagus n semua dia baiki. Math yg dari E pun jd A . Fizik , Kimia n Add Math pun elok.

Cikgu cikgu dia pun kata dia meningkat secara mendadak . Mmg lepas trial tu dia all out . Tapi masa ni mmg boleh nampak kegembiraan di muka dia . Tu la mummy dah kata kalau kita cuba sehabis baik , kita takkkan rugi n kita tak akan ada regret . Setiap usaha pasti membuahkan hasil .



Seronok dia dapat naik pentas . Mummy pun bergenang air mata duk tgk dia dari bawah ni . Dia pun tak percaya dengan result dia . Habis semua cikgu dia g jumpa n ucap terima kasih . 


Masa isi UPU mmg dia letak UPNM sebagai pilihan utama . Amik Asasi Kejuteraan dan Teknologi Maklumat. Katanya nak amik bahagian IT sama macam Mummy ngan Daddy juga , mcm senang je katanya . Hahhahah ini lawak . Tang mana senangnya Isk oooi . Tak ada apa yang senang dalam dunia ni . Macam mana cara kita handle n bawa benda tu la yang paling penting . Semua benda ada cabaran tersendiri 

Sebelum dia diterima masuk dia kena g interview dah ujian fizikal dulu . Masa ni berat dia tak lepas . Maklum la mengumpul lemak je kat umah kan . Tapi takpa berat boleh diturunkan . Masa tu dia nerves juga . Tapi Alhamdulillah lepas semua . 




Lepas lulus ujian fizikal dan interview baru akan terima surat kemasukkan . Bila result UPU diumumkan dia berjaya masuk Asasi dia sangat happy . Asasi setahun 2 semester kat UPNM Sungai Besi . Asasi ni semua kena bayar sendiri utk 2 semester . Tapi ada boleh mohon bantuan juga bagi yang layak .   



Masa pendaftaran kena pakai baju putih, seluar hitam, tie hitam dan kasut hitam . Rambut kena pendek . Ada beberapa org kena keluar balik n g potong rambut . sebab kalau rambut panjang mmg dia org takkan terima pendaftaran . 

Ni bilik Abg Isk . Kami org paling awal sampai . Bilik elok dan kemas semuanya . 1 bilik ada 7 org . Mak dia kemain la belikan set set nak letak atas meja study, sekali meja pun tak ada . kalau nak study, dia org ada study room . Budak budak asasi ada 3 blok dan ni termasuk semua asasi . Asasi pengurusan strategi , Asasi Kejuteraan dan Teknologi . 

 
 pelik je nampak Isk rambut kontot macam ni . 

Selepas beberapa minggu mmg kempis terus dia . Kat sini mmg kebanyakkan semua akan berlari . Mmg sangat common kalau masuk n nampak ramai duk berlari . Mmg semua sangat fit n handsome handsome . Memandangkan UPNM kat Sungai Besi ni aje jadi mmg senang la dia nak balik selalu . Dah jadi ahli tetap PBSM ( Persatuan Balik Setiap Minggu ) dan kalau balik tu mmg selalu sangat la bawak balik baju kotor . Sebab masa tu mesin basuh kat blok dia rosak katanya so mmg kena berebut la mesin yg ada . Biasa la org tak pernah duk asrama kan . 

Kat dalam UPNM ni student tak dibenarkan bawa kenderaan masuk . Baik kereta atau motor . Kalau ada mmg kena park kat luar . Nasib la UPNM tak besar n semua walking distance tapi walaupun tak besar 2 kali juga la budak ni kena beli kasut baru . Tapak tercabut la , haus tapak kasut la . 

Alhamdulillah 2024 Isk dah tamatkan Asasi dia selama setahun or lebih tepat 10 bulan la sebab setahun tu campo cuti bagai . 

Lepas ni dia akan apply utk  Degree and pegawai kadet . Syarat utk jadi pegawai kadet semasa Degree adalah kena ikuti Asasi di UPNM dan melepasi syarat minimum CGPA 2.75 ke atas , Muet band 3 ke atas serta melepasi ujian fizikal yg telah ditetapkan . 

Lepas satu peringkat Asasi . Mummy doakan Isk terus cemerlang di peringkat Ijazah nanti n capai cita cita Isk nak jadi pegawai Askar . Mummy selalu la doakan agar Abg Isk sentiasa dilindungiNya . 

Dia selalu kata ramai kawan kawan dia cerdik pandai semua . Tak baca buku langsung tapi score . Dia kena usaha sangat keras utk study . Moon bgtau dia kita kena sedar kemampuan n kekurangan kita . Kita cuba overcome  . Jika masa tu kita capai kejayaan , tu la kejayaan paling sweet sekali sebab setimpal ngan usaha kita . 


Lepas ni mmg hitam berkilat la Isk kalau dah masuk ALK ( Akademi Latihan Ketenteraan )

thats all for now . Nanti kalau mak dia rajin, mak dia akan update lagi hahahahha


14 comments:

Bola Katok said...

Tahniah! Semoga terus sukses!

Ammi said...

tahniah abg Isk...
eh kat blog baru ni kita tak follow pun moon lagi...kita follow dulu ye.

Syazni Rahim said...

Semoga terus maju jaya

Suria Amanda said...

Alhaamdulillah, tahniah Abg Isk, tahniah mummy...syukur

LadyBird said...

Alhamdulillah, tumpang seronok melihat kejayaan anak.. jadilah anak yang soleh yer dik, belajar sungguh sungguh.. ilmu itu sangat penting.. jangan terpengaruh dengan orang yang malas.. sebaliknya jadilah rajin dan sentiasa berusaha.. tarik orang untuk jadi rajin juga.. :D.. acik ldy doakan yang terbaik untuk adik.. hati mak mak ni gembira tengok anak2 berjaya dunia dan akhirat.

Lydia Miza said...

alhamdulillah tahniah

adnil linda said...

alhamdulillah...
tahniah abang Isk...
semoga berjaya menjadi apa yang di impikan..
betul2 minat nak jadi tentera ke mcm mana nie??
linda baru di sini ya...salam kenal

mun said...

Alhamdulillah syukur, mmg follow dari isk kecik lagi ...tak sangka cepat je dah besar

Ezna Khalili said...

Bagus tuition MC+ tu pun tolong anak untuk Maths dan Add Maths malahan subjek Sains Tulen yang lain.

Lydia Miza said...

tahniah.moga terus berjaya

Syazni Rahim said...

Seronok bila baca cerita kejayaan macam ni

Faizal R said...

Beza sebelum masuk dengan selepas masuk, smart betul dan nampak fit.

mrhanafi.com said...

Apabila anak semakin membesar kita sebagai ibu bapa semakin tua hehehe...semoga Abg Isk terus sukses dalam pelajaran dan kehidupan

Formerly known as Superwomanwannabe! said...

Wah tahniah! Dah besar dah abang..you are inspirational la... I pun terpanggil nak tulis balik...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...