Showing posts with label Nuffnang. Show all posts
Showing posts with label Nuffnang. Show all posts

Monday, December 21, 2015

Olay Total Effects Day Cream Gentle SPF15

 Moon bukan la rajin sangat nak belek belek muka ni. Nak lama lama dalam bilik air utk buat penjagaan muka pun payah. Kadang dapat mandi tanpa gangguan utk 10 minit pun dah rasa happy sangat sangat. Tu belum lagi anak kecik nangis nak mummy nak mummy n ketuk pintu bilik air sampai macam nak tercabut.

Tambah plak kita nih wanita bekerjaya lepas tuh sibuk plak uruskan anak anak dan rumah maka apa saja yg cepat utk disapu kat muka mmg la Moon suka. Macam cream ni...lepas mandi n cuci muka...lap muka kering2 n terus sapu day cream ni...siap . Bau dia pun wangi n cepat je meresap dalam kulit. Tangan pun tak berminyak atau melekit.


Ianya Non-Komodogenik ( tidak menyumbat pori)
Bebas minyak dan cepat meresap dalam kulit
Sesuai untuk semua jenis kulit

 Memandangkan umur pun dah 3 series kan maka apa saja yg tulis anti aging mmg la menarik minat hahahah nampak sangat kannnnnnn. Tambahan plak Olay Anti-Aging Day Cream nih dapat membantu dlm mengurangkan 7 tanda penuaan .

Ada 7 tanda penuanan yg akan muncul pada kulit muka kita dan bagaimana Olay dapat membantu

1-  Garis halus yang akan muncul dulu dekat sekitar bibir kita, dahi dan juga berhampiran ngan mata
      Membantu menyamarkan garis garis halus dan keriput

2- Warna kulit tidak sekata akibat terdedah kepada sinaran matahari.
     Membantu menyeimbangkan dan meratakan warna kulit

3- Bintik hitam atau dikenali sebagai jeragat atau age spots, Ini adalah tanda tanda penuan
    membantu menyamarkan bintik hitam pada wajah

4- Tekstur kulit tidak merata yg terjadi akibat pengumpulan sel kulit kulit mati
     Membantu melembutkan dan meratakan tekstur kulit

5- Kulit kering bersama bertambahnya usia.
    melembutkan dan memberi nutrisi pada kulit

6- Kulit kusam
    untuk kulit tampak lebih sihat dan lebih cerah

7- Pori pori besar
    membuatkan pori pori tampak lebih kecil


Dari 7 tanda nih rasanya banyak dah yg kelihatan kat muka nih. Lagi pun Olay Total Effects Day Cream ni senang nak beli. Kat semua farmasi ada jual. Even kat kedai runcit area umah Moon ni pun ada jual..so mmg senang sangat nak cari

 Sudah nampak jelas dah garis2 kat mata tuh. mmg nampak penat sangat kan ...biasalah zaman sekarang nih mmg banyak faktor menyumbang pada penat n stress ....garis halus sila pergi shuhhh shuhh

Yang best nya pasal cream ni adalah sebab bila kita pakai tudung, kita slalu berpeluh kat tepi pipi kan....eh ke Moon je kuat berpeluh. Tudung kita pun bau wangi jugak sebab cream ni bau lembut je. Lepas tuh kalau nak cuci muka pun senang.


Ni la kotak nya. Biasala kan bila dah ada anak ni mmg semua benda jadi mainan dia. Kotak ni pun dia duk main dulu dah hahah siap koyak lagi kat atas tu. But still nak share ngan korang rupa kotak ni. So nanti senang kalau korang nak beli.

Lagipun sepanjang bulan December nih ada special promotion tau utk rangkaian produk Olay di farmasi farmasi.


Friday, July 03, 2015

Courts Setapak : Senang Sahaja, Courts Ada




Courts Setapak kini berwajah baru. Minggu lepas Moon berpeluang ke Courts Setapak sempena perasmian dan pembukaan Courts berwajah baru. Ni adalah first time Moon dtg ke sini. Biasa pergi Courts yg berhampiran dengan rumah je. Tak sangka Courts Setapak sebesar ni.

Sempena pembukaan ni ada banyak offer dan diskaun menarik. Jom kita masuk ke dalam n tgk apa yg best


Courts Setapak adalah merupakan antara cawangan yg tertua di Malaysia. Courts Setapak jugala yg pertama di beri nafas baru serta wajah baru. Suasana kat dalam ni lebih selesa dan lebih mesra pelanggan. Moon nih selaku mak mak mmg suka la sangat masuk kedai2 cam nih.




Di bahagian Electrical ni pun banyak ditambah dengan brand baru serta disediakan juga ruangan utk demo. Kalau korang nak tgk macam mana cara bakar kueh ke...nak try vacuum ke atau nak tgk macam mana mesin basuh beroperasi semua ada.

Utk ruangan TV nih ada display model dari 70 hingga 100 set. Ni kalau letak pak sutan mmg dia bahagia la duk tgk semua tv2 nih. Rasanya semua lelaki kot mmg suka bahagian electrical serta gadget ni kan.


 with few other blogger yg hadir.


Sempat bergambar ngan CEO Courts iaitu Mr Tim. Dia la yang bawak kita org jalan jalan kat dalam ni. Ada 3 tingkat.

Tingkat bawah adalah utk Electrical, IT and gadget

Tingkat 1 adalah perabut rumah macam sofa dan meja makan

Tingkat 2 adalah utk set bilik tidur





Mr Tim explain konsep baru Courts Setapak ni dan apa yang Courts mahu pelanggan rasa. Pelanggan kena rasa selesa dan mempunya pelbagai pilihan. Kat atas nih ada bahagia modern dan Klasik. So korang boleh pusing puas2 heheh




Kat lvl 1 nih ada 5 living room concepts di mana pihak Courts dah gabungkan semua dan boleh dijadikan rujukan buat kita. So kita boleh cakap je...ok i nak the whole set macam ni. Takyah pening2 nak fikir dah.


dalam ni mmg besar 




Skrg naik lvl 2 pulak...lvl fav nih hahahah . Pompuan mmg cenggitu kan. Sebab kat atas nih dia ada buat 18 konsep bilik yg lengkap. So mmg berangan la nak deco bilik cam nih n mcm tuh.


 Kat bahagian nih kita org di terangkan mengenai tilam. Rupanya skrg kita dah boleh pilih apa kita nak. Yg menarik perhatian moon adalah masa dia bgtau ada jenis fabric utk tilam yg boleh halau nyamuk...wahh

Get ready ya sebab Moon nak bawak tour kat bahagian katil2 nih hahahah. Banyak sgt gambo tapi tak letak semua la kalau tak mmg penuh la kat dlm nih.

 ni la antara 18 bedroom concept yg ada di lvl 2 .

 simple je kan


 
 

 
 
Motip bergambar kat sini hahahah sebab i suka la hahahha simple n modern je kan. Budak2 lain siap gelakkan i sebab katanya Kak Moon matching la ngan set nih hahahah .






 
  Cadar pun ada jugak kat atas ni. So kalau tgk set bilik tidur tu n berkenan tang cadar tu boleh pilih n beli.

ada ruang Istirehat jugak. So kalau para suami penat nak ikut isteri tgk brg...korang boleh la duduk tunggu kat sini pekena teh atau kopi dulu.


Courts juga memberikan jaminan harga hebat buat anda semua. Jaminan harga rendah kerana harga disemak setiap hari. Kelulusan juga amat mudah dan 100% bagi setiap pembelian RM100 ke atas. 

Sesiapa yang duduk area Lembah Kelang, penghantaran adalah cepat sepantas 5 jam. Tempah barang atau produk selama 14 hari

Kalau dalam masa 30 hari tuh kalau ada rasa tak berkenan atau tak sesuai, barang boleh ditukar. Sebelum ni hanya 10 hari. Tapi jaminan baru Courts dia lanjutkan sehingga 30 hari.

Waranty barang barang pun di lanjutkan sehingga 10 tahun. Sebelum nih 5 thn, tapi kali ni sehingga 10 thn.




Sempena pembukaan Courts Setapak bewarjah baru nih ada few great offer

Ada cash discount up to 95%

Free 2 bantal utk 150 customer pertama pada weekend. ( weekend lepas n weekend depan k )

Deals as low as RM 1



Courts Setapak

Alamat: Jalan Genting Kelang, Setapak, 53300 Kuala Lumpur


Website: Courts




Thursday, June 04, 2015

Rawatan Terapi Pelangsingan Badan & Kecantikan di Mayfair


 Badan skrg bagai di pam pam yer . Walaupun still BF n sepanjang hari sibuk , akak still tak kurus kurus yer . Baru2 nih naik penimbang ....nak pitam la rasanya . Sebab penimbang kat umah tuh dah lama habis bateri . Baru baru nih baru Pak Sutan letak bateri ....so pijak je penimbang terus rasa nak cabut balik bateri penimbang tuh . Berat hokeyyyy sama berat cam nak beranakkan Sara ...huk huk terus pukul mulut sendiri laju laju sebab asek makan je kan .

So bila berpeluang ke Mayfair harus la Moon jadi excited giler . Terus lompat bintang 20 kali hooorayyy .  Lagi pun Moon mmg tak pernah pun masuk tempat2 cam nih so mmg perasaan teruja tu mmg lebih la .



Appointment Moon pukul 2 ptg . Tapi sebelum pukul 2 dah ada kat situ . Nampak sangat keterujaan nya tu kan . So yg Moon pergi nih adalah di Mayfair , Pavillion Bukit Bintang KL . Naik ke lvl 7 ...so kat atas sana mmg utk kecantikkan je n nama dia adalah Beuty Hall . Lawa la sangat kat atas nih . Macam masuk dalam hotel je .

 Pak Sutan pun teman kan Moon . Treatment yg Moon akan buat tuh akan amik masa dalam 3 jam . So dia pun volunteer diri pergi tgk wayang sementara tunggu Moon siap . Dia mmg suh Moon enjoy je relax masa treatment . Tq daddy  sebab sangat memahami muehehhehe

So utk appointment hari nih kita buat rawatan badan n muka ...auw




Mula mula kena la isi borang dulu . Maklumat diri n apa yg kita paling risau kat badan kita ...mcm tang perut ke ...peha ke cam tuh . Lepas dah isi semua tuh , kita akan di timbang berat ...part nih la yg memalukan ..tapi apa nak malu kan . Org Mayfair kata , jgn malu . Semua yg dtg sini mmg nak jadi cantik kan ...terus rasa confident up balik hiksssss .

 gigih mengisi borang hahahhaha

 di beri minum teh bunga dulu

 kebetulan masa nih mmg tgh ada problem kat skin . Semer yg tepi muka yg tertutup kat tepi tudung ...mebi sebab peluh maka cepat naik kat area nih .

Utk analisa kulit muka pulak , dia akan letak kamera di kulit kita n terus keadaan kulit muka tuh kuar kat screen . Alamak , tu kulit muka ai ke . Euww teruk nya . Dia kata kulit Moon sangat kering . Bila sangat kering la kulit akan hasilkan lebih minyak . So sebab minyak berlebihan tuh la akan menyebab kan jerawat . So dia advice utk lebih banyak minum air n moisturize kan kulit n pakai gel atau water base moisturizer . Baik la ...saya akan lebih tekun utk menjaga kulit wajah . Bila dah umur meningkat mmg kena lebih sket la jaga kulit wajah kan . So dia cadangkan utk buat Perfect Skin 1 .


 So selepas tuh kita akan jumpa Consultant plak . Dia akan analisa badan n kulit muka . Sebab kita nak buat rawatan muka jugak kan . So memula dia akan pegang lemak2 di badan nih . So my biggest concern harus la tang perut nih . Due to pregnancy , mmg tang perut akan ada extra skin . So dia kata , dia akan fokus on perut utk slimming punya treatment .


So lepas dah jumpa consultant ...terus pergi simpan barang . Ruang simpan brg pun besar ...simpan kasut semer . So terus di bawa masuk bilik treatment ...so yg akan handle Moon nih nama dia Elsa .

Terus berkumandang lagu Frozen dlm kepala...let it go ...let it go ...

Yer ...i will let go of all my lemak lemak nih ...ada sapa sapa kurang lemak ? Nak tak ai bagi lemak ai neh percuma hahahahah

 Elsa suh salin baju dulu ...semer dia org sediakan yer . So simpan la semer baju korang dlm almari kat dalam tuh ya

ok ... dah nak mula treatment k .

Memula dia start dengan Slim Master n Heat Circulation treatment . Mayfair Bodyline gunakan mesin yang warna merah tuh . Mesin tu ada electron stumulation yg akan menghancurkan lemak . Memula tuh Elsa buat sebelah perut je . Selesai je , dia suruh tgk perbezaan ...mmg berbeza yer . Sebab sebelah perut n pinggang yg di rawat lagi kecik n terbentuk  .

Masa tuh boleh  dengar bunyi la nyik nyik nyikkk kat telinga kita ....hahahha siap Moon tanya kat Elsa tuh ...eh u ada dengar tak

I tak dgr ...ni u je dengar

Slim Master session plak adalah intensive ulta-sound yg akan generate micro-bubble yg akan bantu hapuskan lemak jugaks . Kemudian akan di serap badan n akan di keluarkan dr badan ...ia jugak bantu decompose the fatty acid menjadi tenaga


  

strap tuh la akan di lekatkan pada badan ..kat peha n perut semer . Dia akan rasa denyut2 kat muscle semer 

 Kemudian pergi je berdiri atas VKT  (Vibration Kinetic Therapy) tu untuk 10 minit . Mmg bergegar 1 badan wooo  . ..mengikut Elsa , 10 min atas VKT mampu membakar 500 kalori ...tuh bersamaan ngan 2 jam main tenis

Selesai tuh ...kita teruskan pada CLA Chilli Slimming . Masa nih krim akan di sapu kan keseluruh badan kemudian di balut dengan platik . Dah macam mumia dah aku rasa ...kemudian baring n duduk bawah heat blanket . Elsa siap suh tido .

Macam mana mau tido sebab tetiba Moon berpeluh sangat sangat sampai basah kepala n muka semua . Tetiba rasa lama plak ...padahal kejap je pun . tapi dlm hati ...bagus la panas cam nih biar cepat cair lemak aku hahah .

Habis je waktu Elsa dtg cek n dia siap tgk berapa banyak peluh yg kuar ...and she said very good . Mana tak good nyer mmg basah macam lepas mandi ...

Then pergi la mandi . Kat dalam center nih siap ada tandas n bilik air yang sangat selesa . Cream chilli tuh tak la panas sangat mebi sebab heat blanket tu lagi hangat kot ...tapi lepas mandi mmg segar sangat rasa badan .

So bila dah setel badan ....peluh pun dah kuar semua . Maka di teruskan ngan facial plak utk sejam ...huahua bahagia nya.

Masa facial nih sangat best sebab siap ley lena lagi .

 Untuk perfect skin 1 nih memula dia akan buat double cleansing , kemudian steamkan muka utk bagi lembut semua ..kemudian dia akan buat extraction atau buang semer black head .

Kemudian Intensive Cell Lift digunakan . Masa nih satu roda besi di guna utk urut muka . Ia akan merampingkan muka n menggalakkan muka utk menghasilkan collegen dan menegangkan kulit . Sekaligus mengurangkan garis garis halus dan kedutan

Kemudian pakai face n eye mask . Last sekali muka di sapu dengan pelembab n sunblock

 rasa lega sangat ...now i know kenapa org suka datang utk sessi pampering n treatment macam nih . Sebab mmg syiok sangat
Tuh la Elsa yg sangat sporting n baik sangat . Buat treatment pun sangat lemah lembut . On my left plak adalah Cherrie yg beri consultation n juga sale manager kat sini






Korang tahu tak pasal rancangan realiti Impian anggun yang dibawakan khas oleh Kumpulan Mayfair yg selalu di tayangkan kat TV? Impian Anggun ni menceritakan kisah-kisah benar para wanita yang berjaya melangsingkan badan dan mengembalikan keremajaan kulit dengan bantuan profesional Mayfair Bodyline sejak tahun 2008.
 
Kini, Impian Anggun merupakan sebuah zon wanita yang menawarkan informasi dan tips untuk membantu para wanita di luar sana untuk  mengembalikan keyakinan diri  dengan menyelesaikan masalah berat badan serta kulit .

Korang boleh layari FB n laman web Impian Anggun k  .

Sapa nak dapat rawatan dari Mayfair jugak ...sila angkat tangan . Sebab korang berpeluang untuk menikmati pakej hebat dari Mayfair dan Impian Anggun ni . 10 org yg pembaca bertuah akan dapat customised treatment . 

Apa korang perlu buat ?


PERTAMA : follow FB Impian Anggun 






KEDUA : Nyatakan sebab kenapa korang nak dapat treatment percuma nih di dalam ruangan comment .

"Saya nak sessi rawatan dari Mayfair kerana..............................................................................."


KETIGA : korang kena comment sebelum 19 June 2015





Untuk bulan June 2015 , Mayfair tgh adakan promosi



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...