Lama tak mencoret kat blog ni. Kalau tak mmg almost every day akan membebel kat sini. Skrg dah slow down sikit, Faktor usia kot (n pemalas) dah kot hahahah . Tapi kenangan Yaya amik result SPM mmg nak kena letak juga kat blog ni. Sebab blog ni mmg ibarat jurnal dari dia org kecik. Now dah habis sekolah menengah dah Yaya .
Alhamdulillah keputusan Yaya agak bagus. Result dia pun dah buat kami sangat sangat bangga dgn dia. Masa trial dia dapat 2A sahaja n banyak subjek teruk. Mmg dia down sangat n banyak perkara berlaku kat sekolah masa musim trial tu. Tapi nasihat dia the best sweet revenge adalah dgn buktikan u mampu buat n bagi keputusan cemerlang. So mmg dia study betul betul, tido pun banyak actually hahahah . Mak dia plak naik risau tgk dia yg kejap kejap asyik terlena aje.
Sepatutnya kena ke sekolah awal tapi dia nak pergi selepas result boleh cek secara online. Mmg dah bagitau dia apa pun result yang keluar kena terima tau. Apa pun result Yaya, mummy daddy akan happy utk Yaya.
Wednesday, May 06, 2026
Keputusan SPM Yaya
Gambar adalah di 2 event berbeza. 1 masa ambil result dan 1 lagi ketika masjli anugerah kecemerlangan. Moga Yaya usaha lebih gigih lagi ye. Skrg kita menanti result UPU keluar. Matriks dah dpt dah tapi kemain jauh kat Perlis.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




No comments:
Post a Comment