Saturday, December 18, 2021

Kasut Sekolah Pallas

Setelah lama kita PKP kerana Covid 19 , akhirnya sekolah kembali dibuka . Lama anak-anak kita belajar secara online , kali ni dapat ke sekolah . 1 November 2021 sekolah dibuka kembali . Masa ni memang semua ibu kembali sibuk untuk periksa keperluan sekolah anak anak. Baju sekolah yang lama tergantung dalam almari dikeluarkan kembali . Memang betul jangkaan , memang banyak baju yang dah tak muat. Yer la kan kita PKP lama dan anak anak kita belajar online pun dekat setahun.

Bukan baju je yang tak muat, kasut sekolah pun tak muat juga . Semua kasut masih dalam keadaan baik. Sebab tahun lepas pun memang beli kasut Pallas Jaz juga sebab memang tahu kualiti dia sangat bagus dan tahan lama. Cuma masalahnya sekarang adalah sebab kasut dah ketat. Jadi alang-alang dah hujung tahun ni, kita order terus kasut utk dia orang ni. Boleh pakai untuk tahun depan juga . 

Seperti biasa , kita order online sahaja di Pallas Online Store. Senang dan mudah. Dihujung entry ni Kak Moon ada share cara macam mana nak ukur kaki anak anak.

Kasut Yaya adalah Pallas Jazz Lo Cut Shoe Lace 7328  size 8 ( kaki 26.5cm ) . With rubber insole and arch support. 


Kasut Sarah adalah Single Velcro Strap 205-0196  size 4 ( kaki 24cm ). Sebabkan dia ni masih sekolah rendah, maka kita belikan dia yg tahan lasak serta guna strap sahaja. Senang nak pakai dan buka . Bagi anak anak yang lasak dan suka berlari, memang sesuai sangat model ni. Sebab dalam dia bouncy insole untuk lantunan lebih baik ketika berjalan dan berlari. Kasut ini juga cepat kering dan mempunyai better ventilation kerana kainnya seperti net dan memang untuk pengudaraan yang baik. Jadi tak la kaki tu panas aje kan. 


Dia la yang paling bersemangat nak kembali ke sekolah. Rindu sekolah dan kawan-kawan katanya . Tambah pula dapat kasut baru kan. Mak dia ni selalu la pesan kat dia agar patuhi SOP, selalu sanitize tangan dan dengar apa cikgu ajar dan pesan. 




Memang nampak tahan lasak kasut Pallas ni . 

Kasut utk Abang Isk , Kak Moon pilih Pallas Jazz Star School Shoes Lo Cut Shoe Lace 407-196 All Black  size kasut 10 ( kaki 28cm ). Isk memang nak yang sama seperti tahun lepas, sebab dia kata kasut ni selesa dan insole kasut tu lembut . Yang best nya kasut ni adalah sebab dia ada size besar . Maklum la anak teruna Sis kaki dia besar. Ni dia pun dah muat dah kasut Daddy dia. Untuk model kasut ni dia ada sampai kaki 29.5cm kasut size 13. Jadi ibu ibu jangan risau kalau nak cari kasut yg besar untuk anak sebab Pallas Jazz memang ada .

Kasut ni kalau pakai dengan seluar jeans pun smart tau , bukan semata mata untuk ke sekolah sahaja. 


Kak Moon memang order secara online sahaja buat Abang Isk, Yaya dan Sarah. Senang sangat sebab dah biasa tiap tahun beli online, just ukur sahaja panjang kaki anak anak anda dan + 1cm pada ukuran. Kemudia refer table saiz kasut untuk mendapatkan size kasut yang tepat dengan panjang kaki anak-anak.


Boleh order dan beli disini : Pallas Online Store

Ada banyak pilihan kasut sesuai dengan citarasa kita dan juga bajet kita.


Langkah pertama: Ukur kaki anak anda seperti di bawah. setelah itu tambahkan 1cm pada ukuran. Jika kaki anak adalah 23cm +1cm = 24cm 



Langkah kedua : Boleh rujuk pada jadual saiz kasut 



Langkah ketiga : Add to cart and check out untuk proceed bayaran . Credit Card dan Online Banking diterima. 

Selepas itu boleh tunggu kasut untuk dihantar ke rumah anda tanpa susah susah nak keluar musim covid ni kan. 

More info anda boleh ke Pallas Malaysia
Pembelian secara online di Pallas Online Store Wow2Wee
Pallas Facebook : Pallas Malaysia
 

Friday, December 03, 2021

Starfish Cactus

 Sis memang suka dengan pokok succulent tau . Masa kat opis last time, memang banyak n berderet atas meja. Lepas tu kita PKP bersambung sambung. Makanya semua pokok succulent kat meja opis semua mati . 

Jadi demi merawat kedukaan di hati, kita beli la succulent kat Shopee . Main pilih je janji murah hahahahha . Nak buat macam mana, minat tapi kedekuts . Tu la sis 

So 1 pokok kaktus ni terjatuh n habis tumpah tanah dia. Sis pun gigih la salin masukkan dalam pasu yang lebih besar . Tapi kan, pokok ni membesar dengan cepat la sangat . 

2 hari lepas perasan dia ada keluar bunga . Macam cute je 


Ni la rupa dia . Macam loceng je kan


Keluar bunga sudah . Cactus kat tepi tu adalah yang sama umur hokey.

Walaupun rupa dia agak pelik , tapi still comel juga . Bila di Google , rupanya nama dia adalah Starfish Cactus . Sebab dia mengeluarkan bunga bentuk Star Fish ala ala Patrick Sponge Bob . Ada baca juga bunga dia tak ada bau dan ada sesetengah berbau busuk . Nanti besok sis try gi bau . 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...