Thursday, December 08, 2011

bagaimana nak ukur tingkap





Ramai yg tanya ...moon cam na nak ukur tingkap ek . berapa meter nak pakai ek ...so moon buat entry khas ekekek

untuk tingkap sila ukur tinggi X lebar . Kalau gamba kat atas nih kadang lebar A - B ada setengah org dia lebar kan sket and ada setengah tew ngam ngam . So anda ley ukur dr rail langsir anda .

panjang pun berbeza beza ...ada suka ala skirt senteng ada suka paras lutut and ada suka paras ke lantai hahahha tak ley blah perumpamaan tew . So tgk panjang yg anda suka . So lepas anda ukur tinggi n lebar tingkap ...please decide panjang langsir anda

hope ia sedikit sebanyak dapat memberi panduan ...so selamat mengukur u olsssssssss


cam moon suka ukur dr ceiling terus ke lantai ....hiksssssssssssss
cam nih utk kasi effect ruang tew besar n tinggi

So kalau nak tahu berapa meter nak pakai sila kasi ukuran pintu ke tingkap ke sliding door ke ...ukuran tew tunjuk ke Khan . Dia mmg terrer bab nak budget kain nih ....all the best

Jenis2 pleat

French pleat adalah jenis biasa yg kiter masuk hook je kan

Box pleat

Goblet pleat


Double pinch pleat

Triple pinch pleat


1) mula-mula kene tahu berapa keping kain diperlukan. (tingkap 2 panel selalunye 2 keping kain langsir)

2) setiap keping, berapa panjang kite nk kne beli.

 so ni cara nk kire bape keping kain diperlukan:
a) lebar rail langsir x 2 = A (dpt la kedut2 byk)
b) A bahagi ngn lebar bidang langsir yg nk di beli (ade bidang 54, bidang 60)
c) hasil bahagi ni menentukan berapa keping langsir di perlukan utk cover tingkap itu..

cth :
lebar rail 60 inci
x2 =120inci

langsir yg nk dibeli tu,lebar bidang 60
= 120/60,
=2
maka, 2 keping la jumlah langsir nk cover tingkap tu
[kalau kira2 then dpt 3 keping, sile rujuk sini cmne nk mjahit 3 keping tu] or boleh google 'cara cantum langsir'

utk bape pjg kain nk bli lak,pngiraannya:
1)tinggi dr rail smpai ke labuh yg dikehendaki
2)cmpo 8 inci (1 inci basi atas, 7 inci basi bwh)
3) jumlah nya kita namekan sbg T
4) T x bil keping langsir, ikot kiraan kt atas td, 2 keping kan, so T x 2. maka,tulah jumlah kain yg perlu bli

cth :
tggi rail smpai lantai (nk wat langsir labuh la ni) = 90 inci
campurkan dgn basi 8 inci =98 inci

dr kire2 kt atas td, kte perlukan 2 kpg langsir kan.
so 98 inci x2 = 196 inci


so, convert kepada meter . 196 inci =4.97meter
so boleh la bli 5 meter kain langsir yg berbidang 60inci
( credit to blog Demi masa utk pengiraan ni )


Satu lagi contoh pengiraan incase tak faham yg atas 




Formula Asas Langsir

Thanks kepada PnAnn, di copy dr cari.com. Posted by Pn Ann on 04/07/06 Topik Langsir.
TQ pada Kiniduniaku ...moon copy n paste

Sila dapatkan ukuran berikut ;

Lebar Rail =
Labur Langsir =
Pita Jalur (Pita Biasa) yang diperlukan
Lebar Rail x 2 (untuk semua jenis fabrik) = [Jawapan Panjang Pita Biasa]
Jumlah Kepingan Fabrik

Apabila memasang langsir, perlu dipasang sebelah kiri dan sebelah kanan (2 bahagian). Oleh itu, adalah perlu untuk anda ketahui jumlah kepingan kain yang diperlukan untuk setiap bahagian tingkap atau lebih dikenali sebagai "window panel".

Ukuran Lebar Rail x 2 = [Jawapan Lebar Rail Keseluruhan]
Jawapan Lebar Rail / Bidang Fabrik = Jawapan Jumlah Kepingan Kain.

**Harus ketahui Bidang Fabrik yang dibeli.
**/ adalah tanda bahagi


Jumlah Meter Kain

Labuh Langsir + 2 inci (basi kelim atas) + 10 inci (basi kelim bawah) = Jawapan Labuh Langsir Keseluruhan.

(Kepingan Kain) x (Labuh Langsir) = Jawapan Jumlah Kain.

(Jumlah Kain) / 39 inci = Jumlah Meter Kain

** / adalah tanda bahagi

** 1 meter bersamaan 39 inci.
Contoh kiraan;

Lebar Rail = 70 inci

Labuh Langsir = 80 inci

Jumlah Pita Langsir

70 inci x 2 = 140 inci

Jumlah Kepingan Kain

70 inci x 2 = 140 inci

140 inci / 56 (bidang kain) = 2.5 (kepingan kain)

** Ini bermakna satu bahagian tingkap memerlukan 2.5 keping kain untuk dicantumkan.

Jumlah Meter Kain

80 inci + 2 inci + 10 inci = 92 inci.

2.5 x 92 = 460

460 / 39 inci = 11.80 meter @ 12 meter kain yang diperlukan.


**Ini bermakna dengan 12 meter kain, anda perlu gunting 2.5 keping untuk tingkap sebelah kiri dan 2.5 keping untuk tingkap sebelah kanan. 

Ukuran Lebar Rail

Ukuran lebar rail adalah berbeza mengikut jumlah rail yang anda gunakan. Jika guna satu rail lain, dua dan sebagainya. Maksudnya adakah anda pasang dua sekali atau 3 sekali rail.

Berikut saya senaraikan ukuran untuk setiap perbezaan rail yang digunakan.

Satu Rail = Panjang rail + 2 inci = Ukuran Sebenar panjang rail.

Dua Rail = Panjang rail + 4 inci = Ukuran Sebenar panjang rail.

Tiga Rail = Panjang rail + 6 inci = Ukuran Sebenar panjang rail.

Ukuran asal panjang rail harus lebihkan sikit untuk elakkan langsir menegang apabila dipasang dan untuk menutup bahagian tepi kiri dan kanan rail.

Itulah Ukuran sebenar panjang rail rumah anda.



Atau kalau susah jugak, apa kata pakai je calculator nih hahahah

http://www.wereinstitches.co.uk/curtain-fabric-calculator/#jumpresult

Curtain Fabric Calculator

Select your unit of measurement



Now enter the required values by clicking in the boxes below. Once you have entered all the values click on the 'Calculate' button.
Width of Track/Pole: 
Width of Fabric: 

Select required Gather: ('None' for Roman or Roller Blinds)

Enter pattern repeat: 
This is the measurement between one point on the pattern (A) to the same point where the pattern next appears (B). (Leave as '0' for plain fabric)

Enter the required finished length of the curtains. 



9 comments:

Puan Min Cantek (PMC) said...

thanks utk info2 ni...mmg terbaek lah

bieyah ahmad said...

sis nk tau upah jait kt c2 kire cmner erkk??

Miss Moon said...

kalau pleat biasa tew dia amik dalam RM 9 - 10 sekeping + hook langsir

tempoh siap dalam seminggu sebab dia di anta ke kampeni yg mmg khas jahit langsir hotel

Anonymous said...

kak, nk tnya ukuran dlm inci ke cm?

Atia Adina said...

nice info

TEJ Hardware said...

Kami menyediakan servis memasang rail langsir
Hubungi
TEJ Hardware
03-89252472 / 06-7921370

http://tejhardware.com

aminah a.m said...

salam
nak tanye pendapat
kalau sliding door punye langsir kita buat dari siling smpi lantai, dan sebelah slider tu ade tingkap kecik and nak pasang roman blind.pasang roman blind tu dr ceiling smpi lantai jugak ker atau siling smpi bawah tingkap tu pon cukup..

Miss Moon said...

Aminah

kalau tingkap tu sangat kecik cukup buat ngam ngam tingkap je sebab pakai romand blind kan. Tapi kalau nak buat sampai bawah pun boleh tapi mcm tak function sgt kalau buat full dr atas sampai bawah jugak sebab

1 - roman blind lagi mahal. So dr cost nak buat akan jadi mahal juga

2- ia hanya kaver sket je tingkap tu ken


but it also depends pada u juga mana yg u nampak sesuai dengan whole house/ living area

aminah a.m said...

thank you very much. will take note.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...