Friday, January 13, 2012

Adab melawat org sakit

Assalamualaikum ...sempena hari Jumaat yg mulia ini Moon nak share few info ...moga ia memberi manafaat kepada kiter semua n moga membukak pintu hati org org yg ada saudara sakit tp tak terlintas nak pergi melawat ...moga Allah melembutkan hati kalian semua ..


Islam sangat mengambil berat kepentingan mengeratkan hubungan tali persaudaraan atau silaturrahim sesama muslim. Salah satu cara yang disarankan oleh Islam untuk mengeratkan hubungan persaudaraan atau silaturrahim sesama muslim itu ialah dengan menziarahi orang sakit. Menziarahi orang sakit merupakan salah satu hak seorang muslim ke atas muslim yang lain.

Sabda Nabi S.A.W.

Apabila seorang lelaki mengunjungi saudara muslimnya, maka seolah-olah dia berjalan di jalan syurga sehingga dia duduk. Apabila dia sudah duduk maka rahmat Allah mengelilinginya. Jika dia berkunjung pada waktu pagi, maka tujuh puluh ribu malaikat akan mendoakannya hingga petang dan begitulah sebaliknya.

Terdapat banyak hadits yang menyebutkan tentang anjuran dan kelebihan menziarahi orang sakit, antaranya sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bermaksud:-

“Sesiapa yang menziarahi orang sakit atau menziarahi saudaranya kerana Allah, nescaya penyeru (malaikat) akan berseru kepadanya: “Alangkah bagusnya engkau, alangkah bagusnya perjalananmu, telah tersedia untukmu sebuah rumah di dalam syurga!”.
(Hadits riwayat at-Tirmidzi)

Antara adab-adab ziarah pesakit (menurut kitab Fiqh Sunnah).

Hendaklah tujuan melakukan ziarah itu ikhlas kerana Allah Ta‘ala dan dengan niat yang baik seperti kerana rasa kasih dan sayang, persaudaraan, tanggungjawab dan sebagainya, bukan disebabkan niat dan tujuan yang tidak baik, juga bersifat duniawi semata-mata seperti ingin merebut harta dan kemewahan.

1. Ketika berada disisinya, hendaklah kita sentuh dan pegang tangannya kemudian letakkan tangan di dahinya dan tanya tentang penyakit dan keadaannya sekarang.

2. Doa dan ceritakan tentang kelebihan sakit yang dialami oleh para sahabat, Rasul dan Nabi dan juga orang beriman supaya pesakit itu tidak merasa resah gelisah terhadap kesakitan yang dialaminya. Menyampaikan ucapan yang baik, dapat menghiburkan hati si sakit dan menguatkan jiwanya. Contohnya beri ucapan: “Tidak apa-apa insyaAllah lekas sembuh.”

3. Berikanlah nasihat-nasihat yang baik serta ucapkan perkataan “Sabarlah sakit ini adalah salah satu ujian Allah dan cubaan semata-mata di atas ketakwaan seseorang terhadap Allah kerana sakit ini juga, seseorang memperolehi ganjaran pahala yang banyak”.

4. Jangan makan makanan yang dihadiahkan kepadanya atau makanan yang telah disediakan untuknya. Sekiranya kita makan makanan tersebut, hilanglah pahala ibadah ziarah itu.

5. Sunat dibacakan doa untuknya yang bermaksud:

“Ya Allah ! Hilangkanlah penyakitnya, wahai Tuhan bagi manusia sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan tidak ada sembuhan melainkan sembuhan dariMu jua, sesuatu sembuhan yang tidak meninggalkan sebarang penyakit”. (Riwayat at-Tirmizi)

6. Pendekkan waktu ziarah. Sebolehnya, kadang-kala si pesakit ingin tidur, atau ingin makan ubat dan tukar pakaian. (kecuali si sakit mengkehendaki sebaliknya)

7. Wanita boleh menziarahi lelaki. Dalil: Aisyah ra pernah menziarahi Bilal bin Rabah ra yang sakit demam panas

8. Boleh juga menziarahi orang bukan Islam. Dalil: alBukhari meriwayatkan dalam bab menjenguk orang musyrik.

Sunat:

Hukum menziarahi orang sakit adalah sunat mu’akkadah iaitu sunat yang sangat dituntut. Menziarahi orang sakit tidak hanya terbatas kepada sahabat atau jiran tetangga yang sakit sahaja, bahkan disunatkan juga menziarahi saudara Islam yang tidak dikenali hatta musuh atau orang yang pernah menyakiti kita.

Hukum menziarahi kafir dzimmi yang sakit pula pada dasarnya adalah harus, namun disunatkan menziarahinya jika dia dari kalangan ahli terdekat atau jiran, atau kerana berharap supaya dia memeluk Islam.

Doa mendoakan orang sakit:-

Tidak mengapa, semoga penyakit ini membersihkan dosamu, insyaAllah.

Aku memohon kepada Allah Yang Maha Agung, Tuhan Arasy yang agung, supaya menyembuhkan engkau.

“Tiada seorang muslim yang menziarahi orang sakit yang belum sampai ajalnya, kemudian membaca doa ini tujuh kali nescaya disembuhkan penyakitnya itu.” At-Tarmizi & Abu Daud.

Kelebihan menziarahi orang sakit.

Bersabda Nabi s yang bermaksud :
“Apabila seorang lelaki mengunjungi saudara muslimnya, maka seolah-olah dia berjalan di dalam syurga sehingga dia duduk. Apabila dia sudah duduk maka rahmat Allah mengelilinginya. Jika dia berkunjung pada waktu pagi, maka tujuh puluh ribu malaikat akan mendoaknnya hingga petang dan begitulah sebaliknya” (Riwayat at-Tirmizi, Ibnu Majah & Ahmad).

Thursday, January 12, 2012

Brg untuk anak di JuaiMurah


Sticky post for 48 hour
scroll bawah utk entry baru


As a parent misti kiter nak beli toys nak beli buku n etc utk anak anak kan . Cam Moon pun sama ...nak jugak buku yg best2 supaya anak anak dpt la gilir2 baca kalau tak takkan nak lenjan 1 2 buku tew kan ...hahahah so ai slalu beli dr blog Juai Murah . Best giler blog nih ...ada banyak sangat barang2 yg i found very usefull and kiter as parent sooner or later misti nak jugaks pakai benda2 tew such as highchair baby ke ...stroller ke ..baby carrier ke ..learning device for kids ...books n etc . Juai Murah adalah tempat utk kowang cari benda2 tew . Ai mula mula jumpa Juai Murah nih cam jakun jap ....wahhhhh brg mahal tp dapat beli ngan harga murah . Ai kan pantang dengar murah2 nih kan ekekkeke

So kat bawah nih adalah few item yg ai beli dr Juai Murah ...and Rafiq pun banyak dapat toys dr Juai Murah ...thanks alot Kak Ros sebab sangat baik hati beli 1 dapat banyak free gift khas utk anak Norma .


Yaya suka sangat la dapat buku nih ...ai pun tak yah risau kertas kemek ke renyuk ke hapa sebab buku buku nih semer hardboard



see asyik berkepit je ngan buku tew ..



kekonon terer la baca kannnnnnnnn .

ai pernah nampak benda alah nih kat JJ ..kalau lalu kat bahagian nih misti Isk ngan yaya tersangkut nak beli ...so i ingat ...jgn berharap la mummy nak beli mahal cam tew ...tp sian sangat tgk bebudak tew kemain nak ...nak beli psp pun mummy berkira2 hahhahah ...kedek punya mak

so bila nampak kat juai murah ada jual n ia masih elok ai pun terus contact Kak Ros n harga nyer sangat la jauh murah dr baru ...n sama je bebudak nih main . Cam ai nih ...ai bukan fussy buyer janji benda elok n ley pakai ...ai tak kesah ...u kesah ?

and my kids ...suka sangat main game neh ...thanks Juai Murah ...

ermmm agaknya apa lagi yg mummy berkenan kat juai murah tew yer......adakah mummy akan beli yg neh ?

rak pink .....

buku yg banyak supaya Yaya kurang bercakap tp lebihkan membaca ...

atau kerusi makan nih utk si Rafiq ...Rafiq skrg neh kan dah tak duk diam ...kalau ada tempat makan cam nih misti memudahkan kije Nani .

So ai tak mo cakap banyak ...kowang gie usha sendiri n tgk apa yg kowang berkenan and contact Kak Ros terus ya ..ada brg baru and ada preloved so pandai2 pilih ya ...ai banyak kali beli brg ngan dia n sangat berpuas hati . Senang je deal ngan Kak Ros n barang pun cepat je sampai .

Ai tak kesah pun org kata brg 2nd hand ke hapa ...actually kita panggil ia preloved item ya ...and fyi katil anak ai tew adalah di beli kat 2nd hand shop ...plus meja study pun beli kat 2nd hand shop ...kalau ai tak bagitau misti u ols tak tahu ...sometimes brg yg masih elok org sayang nak buang ley di trade kan kat kedai2 ....cam ada pepatah mengatakan sometimes other people junk can be others people treasure kan . Cam katil tew owner dia pindah umah and anak anak dah besar ...n katil tew masih cantek maka di tulak la ke 2nd hand shop ...hiksssssss ...rejeki ai la tewww

Get all the baby needs and toys for huge discounts from this shop that offers new and used toys from all the favourite popular brands for your prince and princessess... We'll ensure all the promised are delivered... Enjoy shopping! Brand available (Little Tikes, Step 2, Vtech, Fisher Price, Graco, Quinny, Maclaren, Ikea, Bruin, Leap Frog, Combi, Chicco)

Juai Murah

and u ols pun ley like

Juaimurah Preloved kat FB

Passport Maid Hilang - Setel

phew mengenang kan proses nya passport hilang report polis , report kat imigresen , ke kedutaan ...senak je pundi kencing ...mmg renyah hooooo .

Urusan di kedutaan Jln Tun Razak

Kol 3 pagi kuar umah dr Salak Tinggi zass naik MEX lalu Tun Razak . Sampai je depan tew dah nampak dah panjang barisan walhal kol 4 am dow . Start ley amik nom kol 5.30 am ....bebudak semer ai hangkut dlm kereta . Suh Bibik Fain beratur then ai ckp kat dia ...bik kamu kena jugaks amik nom ...saya pulang dulu mau siap kan Isk n Yaya ke sekolah . Udah dapat nombor kamu telefon saya ...ya ( wah terus jd Buk Moon )

Menakutkan je jln depan kedutaan aku rasa cam ada ikan pirana singa harimau kat tepi ...pandang org cam nak telan . Yg duk tido bertilamkan rumput berbumbungkan langit di atas divider jalan tun razak ...ha amik nko terus jd cam kem pelarian . Sian tol la tgk dia org ...nak tak nak kena la berkampung gara gara nak dpt nombo .


bayang kan ....asala DBKL ke apa tak letak banyak2 tong sampah ke ...assign kan sorang utk jaga kawasan nih dah la jalan tun razak jln masuk ke KL ...

So terus tinggalkan bibik ...ai harap dia ley la dapat nomb sebab masa tew semer org dah duk berator ...gilors kol 4 am ....so ai zass balik ke salak tinggi ...pergggggggg...siap kan Isk n yaya anda Isk skola n Yaya skola then anta plak Pak Sutan ke Opis ..then ai call bibik

Bik , udah dapat ke nombo nya ...kamu tgh buat apa skrg

Puan , bibik udah dapat nombo nya 3087 ..skrg bibik tgh beratur di ambil foto .
3 ribu ...waduhhh ....ok bik nanti saya sampai ..

Penat giler la ulang alik cam nih rasa cam pemandu limo KLIA je ...sepang kl hahahhahah . So masuk la ke dalam kedutaan tew ...ya Allah ramainya umat manusia kat dalam nih ...bersesak2 dia org sian sangat .


then kena tunggu nombo di panggel ...nombo nko 3087 ...nak terkincit tgk nombo kat screen bari 1014 ... ( gamba google)

mata ai asek tgk nombo je ....


so nih ai share cam na nak buat gantian passport SPLP ( Surat Perjalanan Laksana Paspor ) ....sebab my maid nih dia nak balik for good ...nanti la ai citer aduuu .....so nak balik passport kena curi plak ...kena proses yg baru so macam2 la citer nye ...sebab tew la ai duk stress giler ...hahha tetiba mcm2 plak satu satu masa . ..plus anak daftar skolah lagi ....deebakkk

1. Bawak report Polis 2. Pegi amik borang kat kedutaan 3. Segera melapor ke Kedubes/Konsulat. Bawa semua dokumen identitas Anda. Surat-surat yang perlu dipersiapkan antara lain: – Surat keterangan kehilangan dari pihak kepolisian – Fotocopy pasport – Fotocopy KTP – Fotocopy Kartu Keluarga 4. Mengisi formulir aplikasi pengganti paspor yang dinamakan dengan “Surat Perjalanan Laksana Paspor (SPLP)”. SPLP mempunyai kedudukan hukum yang sama dengan paspor. Masa berlakunya hanya sebentar (kalau SPLP saya yang dikeluarkan di Madrid hanya berlaku 2 minggu). 5. Membayar biaya pembuatan SPLP RM 15

so ...ai tunggu jugaks sebab takut la majikan kena sign apa apa jugaks kan ....sesak napas mak duk kat sitew ...nasib la bawak 4 warna benang kait ....peduliks apa mak mengkait je kat sitew ...dapat la 6 bunga hahahhaha . Nak kuar jalan jalan mengenangkan nanti kalau dah kuar parking satu hal plak nak redah jam then nak cr parking plaks ...layan je la ...walaupun naik kebas montut duk kat sitew

dlm tghari dapat la ...since dia nak balik Indon maka dia dapat SPLP kira one way je ...nanti pandai2 la buat passport kat indon ya ..

nih la SPLP tew ...one way ( * pic google )

so slamat jalan ya bibik ....lagi skalik pundi kencing ai senak bila tgk harga tiket ke surabaya minggu neh start dr RM 800 then turun ke 500 ke 400 ...yg ada RM 332 pun 17 hb . kalau nak 280 kena akhir bulan . Agaknya ley ke si bibik tahan tiap tiap malam 'panas' n gelisah kena 'ganggu'...nanti la ek bila ada mood ai citer citer ...my maid dia sangat bagus ...kijer bagus tak banyak ckp sangat ...biasa la kadang adalah sket kan tak puas hati but overall kalau ikut KPI dia tew bagus ...its just that seminggu lepas ai renew permit dia plak kena 'gangguan' ...i have no choice ..i have to let her go
nih la maid ai yg banyak tolong ai dlm setahun nih ...curlsss nko maria ...dapat bawak balik gamba yg lawa lawa utk kasik anak anak tgk ...hahahha

But still im thankfull utk 12 bulan yg dimana ai tak perlu risaukan kain baju yg tak berbasuh n berlipat , ai tak perlu risau 5 kipas siling perlu di lap , tandas yg perlu di sental , lantai yg di mop n habuk2 atas lantai n rak , rumput blakang umah , siap kan bahan2 utk di masak ai balik masak je buat sepah2 dia yg kemas kan ..dia la yg slalu picit kan moon yg angen penuh 1 badan kan ...and etc ....dlm masa 12 bulan nih jugaks i spend lebih banyak masa with my hubby n my kids ....and dlm masa tew jugaks bibik ada to look over my kids when ai 9 hari teman kan Sutan di hosp ...kenangkan tew semer im very thankfull

Ai baru je cadangkan mama utk kasik my maid to Talib so that dia ley tgk kan Norma n Rafiq ...so that Rafiq ley berada dpn mata mama n papa dia . Tp tew la hajat tak kesampaian utk kasik Fain nih ...maybe ada perancangan yg lebih baik utk kami semua . Talib pun pernah sebut dia sian sangat kat Mak kena jaga Norma lagi pun mak kan dah berusia n dia pun tinggalkan life dia utk jaga Norma . So kami pun ada discuss utk bg maid kita org je kat Talib ...so lepas nih berlaku kena plan lain la kan .

Ive spoken to my sister ( tempat ai curah perasaan kalau tgh ada masalah atau sedey .. ) tetiba terasa ralat plak baru je bulan 12 ari tew renew n habis duit ...tp nak wat cam na . Kalau nak potong baki dia cam sian sangat kan . So talking to my sister buat ai rasa hati ini sejuk sket . She said to me its ok Muni dont think about the money ...duit kiter ley cari janji jiwa n hati kiter tenang janji semer selesai cepat2 . Halal kan ...mungkin Allah ada perancangan yg lebih baik utk kiter . Niat kan la duit tew kita halal kan ke sedekah ke apa ...insyaallah . And she is so true ...dia nasihat kan moon jgn dgr apa org kata ...kiter dgr kata hati kiter yg pertama tew sebab yg terdetik pertama tew la niat kiter yg baik kadang kiter pikir banyak2 kali dah dtg dah hasutan tak baik ....thanks kak e for the advice ...love u ..
Fikirkan my life after this without maid ....ill be just fine ...ai akan tune kan as soon as possible ...ala sebelum nih pun bukan ada maid pun kan ...and my kids is now happier kat Nursery yg dia org dah tinggalkan thn lalu .... Abg Isk pun jadi makin berdikari ( kalau tak manja kededek ngan bibik ...mandi pun bibik masak air panas ...makan bersuap hokey ) ...but now dia org lagi lebih memahami n listen better pada moon n Sutan ....i can do thissssssss ...is bb nom 3 coming ? i also dont know have to wait n see
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...