Ronda ronda area kat hotel ni shj hari ni . Semer tak larat dah nak kuar jalan jalan hahahha . Ni g kedai jap . So masih banyak kedai lom bukak sebab masih awal pagi .
Kedai kedai runcit kecik kecik ni mmg banyak je kat sini
Dah last day baru nampak ada kedai Lush kat lorong belakang ni hahahha. Tapi sebab masa Moon jalan jalan ni masih awal pagi , maka masih banyak kedai still tutup .
Hari ni cek out pukul 11 lepas tu ke Seoul Station terus la jalan jalan area situ sebab kat situ ada shopping Mall Lotte . Bye bye Bong Backpackers
So kalau ada sesiapa nak stay kat sini please take note that pinggan mangkuk atau pun gelas boleh di amik kat bilik bawah area receptionist ye . Sebab masa mula mula we ols cek in mmg kosong kabinet tu . Rupa rupanya ada kat bilik bawah area dorm .
Walaupun bantal dia tak la segebu bantal Leyna but jadi la . Yang best nya adalah lantai dia ni sebab dia cam heated . Kalau duk bersila lama lama atas tu ley cair la lemak muntut tu . So kalau pijak tu rasa panas je . Tingkap tu plak kalau bukak cam duduk depan peti ice je rasa dia
Masa pergi pulangkan periuk periuk . Terserempak ada awek dari negara mana tah lupa laks but muslim la . Dia kata dia dah 3 hari makan nasik kosong sahaja sebab dia tak tahu mana nak cari makan . Terus Kak Moon paskan dia lauk segera n maggi semua . Bagitau dia halal ni halal . Punya la happy dia dapat makanan tu . Dia duk bilik dorm sebab dia jalan jalan sorang aje .
Nak ke Seoul Station , kita org naik bas 106 ni sahaja . Malas nak naik train sebab train nanti nak kena naik turun tangga ngan beg lagi masing2 kan . Naik bas ni ok la terus turun depan Seoul Station . Tapi serius , driver bas kat sini bawak bas cam drive F1 sebiji cam pemandu bas mini pink kat KL dulu .
Bas 106 ni mmg berhenti betul betul depan Seoul Station ni . So kita hanya perlu cross jalan sket aje la . Mudah hokey
Bangunan di Bandar Seoul
Bangunan tu cam bangunan kat Putrajaya je hahahhaha . Batu bata merah
Kita org mmg sampai awal kat sini sebab kat sebelah Seoul Station tu ada shopping Mall Lotte . Boleh la nak ronda cuci mata sementara nak amik train ke Incheon Airport .
Yang paling best adalah bila masuk supermarket dia sebab seronok tengok buah buah n sayur hahahah vleyyyyyy . Nasib ar dah nak balik dah . Kalau tak harus membeli ikan n sayur bagai .
Cantek sangat sayur yg mcm timun tu . Di pack kemas n cantek je satu satu . Mula mula ingat timun tapi org tu kata bukan ni ala ala labu ke apa ntah yg kalau dia org masak stew dia org akan letak . Dalam dia cam warna kuning kuning sket . Tapi serius sayur kat sini semua fresh hokey . Lama akak masuk supermarket belek sayur hahahha . Motiffff?
kalau rajin sila la zoom gambar tu utk usha harga ye . Sebab sebelum pergi mmg banyak bukak n baca blog tapi tak ramai share pasal berapa harga barang barang kat sini . So hope this help ya . Entry harga barang kat Tesco London last time pun ramai org PM say tq sebab dia org boleh bayangkan berapa harga barang2 tu sebelum ke sana .
Huihhhh cili tu besar hokey ...cili gajah ke hapa ni . Muschroom tu siap ada demo dia org slice nipis2 n grill .
tgk je la cendawan enoki ni kemain putih melepak n besar besar je dia pack kan . gerammm
Daun tu daun apa ya ...daun bawang ke ..leak ke apa ek . Guna utk masak apa ek ?
alamak dah masuk bahagian ikan plaksss ...nak beli wat balik malaysia boleh tak .
Abalon ni hidup lagi , bergerak2 dlm plastik tu
Ikan parang n kerang u ols .
sotong besar gedabak .
Harga susu pisang kat supermarket sangat murah hokey ...kalau beli yg 4 1 pack tu mmg jimats .
bahagian roti yang wangi semerbak
ok tu je sempat snap . Ada banyak lagi tapi phone dah masuk dlm poket hahahha
Train dari Seoul Station ke Incheon Airport
Korang stesen ni 5 ke 6 floor ke bawah ye . Sangat dalam masuk ke underground . Cam na la dia ley wat banyak lapis cam ni bawah tanah . Akak kagums hokey
Pintu utk train tu di belah hujung belakang ya . Turun je escalator ke bawah
turun 4 kali ke 5 kali cam tu . Tapi jangan risau ada signboard banyak n ada bahasa inggeris
Ni tempat utk beli tiket . Kak Moon selaku AJK bahagian tiket maka beli la tiket utk 12 org . Arahan mesin dia pun senang ya u ols .
kami naik all stop train je sebab murah sket n plus we ols bukan nak rushing apa apa pun kan
but org pun boleh tahan ramai juga so mula mula tu kena berdiri la jugak kejap . Tapi kejap je
dekat sejam jugak nak sampai . Tapi tak terasa sangat sebab duk tgk permandangan cantek kat luar .
sampai dah kat Incheon
ni la kawasan train berhenti bila tiba di Incheon . Kita kena naik ke atas
boleh pulangkan kad kita utk dpt refund 500 won tapi kalau nak simpan pun boleh buat kenangan
Stesen Express Train n All stop train ni berhadapan aje . So tak susah nak cari
Flight lewat malam jam 10.20 pm . Sampai kat KLIA pukul 5 pagi . Mandi2 n terus masuk opis hahahhah gigih tak