Thursday, March 10, 2016

Beli tiket bas online di Catchthatbus.com

Kali ni Moon nak share pasal cara pembelian membeli tiket bas secara online. Sejujurnya, akak dah lama giler tak naik bas tapi my SIL Umi , mmg selalu naik bas ni. So dia pun share la pengalaman dia naik bas n beli secara online. Kadang dia call je Moon n mintak Moon belikan.

So everytime cuti sem, dia mmg akan balik Taiping kat Mama n Papa. Kadang dia akan singgah kat kita org dulu atau ke umah Talib.

Dia sekarang belajar kat Uitm Shah Alam.

So kita kan nak memudahkan semua org n spread apakah benda terbaru yg boleh memudahkan proses membeli tiket dan perjalanan. Maka Moon telah memaksa dia utk wat satu sharing hahahahh n ayatnya sangat skema. Biasa la student mmg cam tu kan. Kalau kakak ipar dia yg tulis mungkin lagi ringkas.

So nak bgtau korang boleh beli tiket secara onlilne melalui laman web Catch That Bus .


sangat mudah n senang ...harga pun sama je macam korang pergi beli kat kaunter


Trip ke Pinang gunakan bas
Hi, kali ini saya nak berkongsi pengalaman menggunakan CatchThatBus, suatu laman untuk anda membeli tiket bas secara online di Malaysia tanpa perlu ke kaunter.
Seminggu sebelum bermulanya cuti semester, saya dan kawan sudah merancang untuk pergi “food hunting” di Pulau Pinang. Jadi kami pun ke Terminal Bas Shah Alam untuk membeli tiket pada minggu tersebut. Setelah menempuh perjalanan selama 25 minit menaiki bas Rapid ke terminal, kami agak hampa kerana setiap tiket bas ke Perak sudah habis lebih awal dari apa yang dijangkakan. Saya dan kawan sememangnya hampa kerana kami perlu ke Perak dahulu kerana saya sudah berjanji dengan dia untuk membawanya berjalan di kampung halaman.
Sebab dah terlalu hampa, kami pun mengambil keputusan untuk balik semula ke kampus. Saya memang hampa pada hari ini. Namun mungkin rezeki masih lagi menyebelahi kami kerana semasa kami singgah di kafe, kami ternampak satu booth yang dibuka oleh pihak CatchThatBus untuk mempromosikan aplikasi mudah alih mereka. Apa yang menarik perhatian kami ialah slogan “Tidak perlu ke kaunter tiket,” jadi saya pun mengambil keputusan untuk bertanya kepada abang yang menjaga booth tersebut. Aplikasi ini sememangnya berguna untuk saya pada waktu ini kerana saya terdesak untuk mendapatkan tiket bas.

Setelah diberi penerangan, saya terus muat turun aplikasi tersebut dan mula membuat semakan perjalanan. Pada tarikh yang saya pilih, dengan izin tuhan saya masih lagi dapat membeli dua tiket ke Perak, dan juga tiket bas ke Pulau Pinang. Segalanya mudah, saya hanya perlu pilih tarikh, masa, dan juga destinasi yang ingin dituju. Setelah itu pada minggu yang seterusnya, saya dapat menaiki bas dari Shah Alam ke Ipoh. Bas yang kami naiki adalah bas Plusliner, selesa dan juga menepati masa yang dijadualkan. Kami menaiki bas dari Terminal Shah Alam dan diturunkan di Terminal Aman Jaya Ipoh.
Setibanya di Ipoh, kami terus mengambil keputusan untuk menikmati Nasi Vanggey yang terkenal di bandar Ipoh. Hidangan Nasi Vanggey ini seperti Nasi Kandar Pulau Pinang. Namun lauk pauk yang dihidangkan kepada anda dan juga rasa Kari mereka sedikit berbeza dengan Nasi Kandar.
Setelah itu, saya kemudian ke Pulau Pinang dengan rakan untuk bercuti. Kerana adanya aplikasi CatchThatBus ini, segalanya menjadi mudah. Kami terus menunggu bas di Terminal Aman Jaya pada hari yang dijadualkan untuk ke Pulau Pinang. Di sini bermulanya pengembaraan kami sebagai “Food Hunter.” Apa yang saya idamkan adalah Mee Sotong, dan juga Rojak Pasembor yang menjadi pilihan setiap pengunjung apabila tiba di sini. Selain itu kami juga berkunjung ke Penang Street Art dan juga Snake Temple.
Memang terbaik apabila kita bercuti menggunakan pengangkutan awam. Saya dah jimat duit tol dan juga petrol untuk trip kali ini.

Umi Aminah



Tq Umi sebab ayat sangat kemas n ala nak hantar assignment ke lecturer hahahhah Tq sebab sudi share tau hikssssss . Akak bagi Umi A++ n 3 bintang muehehhe


Ok Jom Moon share apa benda Catch That Bus ni

Ia adalah satu laman web yang membolehkan anda beli tiket bas secara online. So takyah susah susah nak ke kaunter bagai. Boleh jugak beli melalui aplikasi yg korang install dlm phone


CatchThatBus on Web





Dalam ni ada semua jenis syarikat bas...so senang kita boleh pilih kita nak naik bas mana n mana yg menjadi fav kita

So contoh ni , Moon pilih destinasi ke Kuala Terengganu. Naik kat KL Sentral ....utk 2 org . Perggg dah mcm pilih tiket kapal terbang dah



Pilih la mana masa yg sesuai ...lepas tuh siap boleh pilih tempat duduk.

Masukkan nama penumpang berserta nom IC



Lepas tu bayar

Tiket anda akan di emailkan pada anda. Printkan e ticket tu n bawa semasa naik bas. Mudah bukan




CatchThatBus on Android



Boleh download je dari Google Play Store ya .


1- Pilih destinasi . Dari mana nak ke mana. Lepas tu boleh pilih waktu perjalanan 

2- masukkan maklumat penumpang serta buat pembayaran 


Taraaaaaaaa siap sudah . 




Laman Web : CatchThatBus 
Facebook Page : Catch That Bus




Wednesday, March 09, 2016

Ubi

Ubi torok 

 Ubi kelin

Hari tu abah dtg umah ..kebetulan nak anta adik ke UIA, so Ibu belikan kat kita org ubi ni . Yg atas tu adalah ubi torok atau org panggil ubi itik

Lama sangat Moon tak makan ubi torok ni. Dulu masa kecik2 mmg slalu makan sebab mmg banyok kat Terengganu . Isi dia sedap n bersabut sket ....bila dah rebus, senang je nak kopek kulit dia. Sebab dia kering n jadi mcm kertas.

Satu lagi adalah ubi keling. Bula masak kulit dia akan jadi hitam . Tapi Isk n Yaya tak reti mkn...so mummy dia je makan hahhahah. isk kata ubi kelin rasa cam bawang hahahah

Siapa pernah makan 2 ubi ni ...rasanya kat pantai timur banyak 




Tuesday, March 08, 2016

Doorgift botol kaca

Skrg mmg trend kan ...doorgift utk majlis kawen, birthday n aqiqah letak dalam botol. So boleh pilih nak letak biskut ke ...nak letak kacang ke.

Wahhhhhhhhh comey sangat ....bak katya adik ipar Moon ala hipster sgt.

So cari je botol cantik....isi kacang n tepek sticker n reben sket. Terus meletop kebabom comel. Lepas tu Moon ni mmg suka pergi tgk imej cantik2 kat Pinterest tu kan sebab banyak sgt idea cute cute yg kita boleh jadikan sumber inspirasi

ha adik adik yg nak kawen tu ...boleh la buat mcm ni . Comel kan kan kannnnnnnn ( pic from Pinterest ) Sebab adik Moon pun nak kawen jadi kakak dia plak yg excited gie intai benda2 cam ni


so mmg park sini siap siap utk dijadikan sumber inspirasi ( oooh kakak yg sgt gelabah hahahha )


kalau nak idea tuh korang boleh google aje...mmg ada banyak sangat sample n idea korang boleh jadikan sumber rujukan


Boleh letak macam macam kat dalam balang kaca ni ....ni biskut fav masa kecik2 ...Moon panggil biskut sonneh hahahahhahah

Ada juga letak kacang

Ada juga letak honey star n cereal

Letak Nips ke M&M

Letak jeli kecik2 pun boleh

Tgk akak tolong bagi idea sesiap utk korang tau hahahhahahha . Tapi akak suka kalau letak jejari ubi kayu yg halus halus tuh hahahahha

Kebetulan plak member kita org dia mmg supply botol2 kaca nih. Mmg rezeki sangat dpt jumpa n boleh contact dia ni.


Macam macam jenis botol ada....ada besar ada kecik. Ada lebar ada tinggi . Wowww ni mmg menarik kan .

So Moon sempat la intai intai few  botol dalam IG dia org





Ada mcm mcm ....kalau jual puding sedut pun boleh amik botol ngan dia ni. Kalau korang jual sambal berapi ke sambal bilis ke apa ....so mcm mcm jenis botol ada . 





Hari tui sempat la tanya kat dia org mcm mana cara nak beli semua n kalau org luar kawasan boleh beli tak


Untuk penghantaran by pos seluruh malaysia boleh.. COD area KL dan sekitarnye.. Melaka boleh jugak cod tp kne ikut tarikh kami la sebb kg kt melake.. huhu..

kami jual Botol Kaca, Botol Plastik, Jar Kaca, Jar Plastik, Doorgift botol, Doorgift Cone (gune plastik segitiga)..

Untuk botol kosong sahaje harge serendah RM1.. Untuk doorgift harge bermula RM2, bergantung pd jenis botol and nk isi ape la kt dlm nye.. Contoh kacang, marshmallow, coklat, biskut ice cream dll..

So kalau u ols nak tahu dengan lebih lanjut boleh la call n contact dia org je terus yer . DoorgiftKita ada jual botol kosong dan juga botol yg ada isi jugak siap siap. Just bgtau je korang nak jenis mcm mana. Senang kan




Email : doorgiftkita@gmail.com Facebook : https://www.facebook.com/DoorgiftKita/ Instagram : https://www.instagram.com/doorgift_kita/

Whatsapp : 0149320161



demam melanda

Assalamualaikum semua..

u ols rindu kat akak tak. Kak Moon MC 2 hari u ols sebab demam melanda diri ini hahahha

Dah lama tak demam yg lembik 1 badan. Kali ni lengkap pakej batuk selsema sumbat hidung sakit telinga n badan semua. ...n suara pun hilang. Garau je ....

Semalam member opis  call...tak sempat nak msg bgtau suara tak ada ...sia dah call blk. So angkat je

Moon napa suara nko mcm nenek kebayan ....siot je nko kan Nol

Lepas mkn ubat mmg flat je .

Kije pun banyak ni ...entry nak buat kat blog ni pun banyak .

So harap u ols bersabar ya n doakan agar akak cepat sembuh n ceria seperti sedia kala.

Thursday, March 03, 2016

Demi mereka yg tersayang

Apakah benda yang paling penting selepas kita berkeluarga dan mempunyai anak anak? Harus la keluarga akan kita dahulukan kan, betul tak. 


Kalau boleh kita nak happy ngan family dan berikan yg terbaik buat family kita. Habiskan masa yg berkualiti dengan mereka serta memberikan segala kebahagiaan yg ada buat mereka juga



Kita sebagai parents nih kadang risau jugak. Adakah kita dah buat yang terbaik. 


Biasa la kan kita nih orang perempuan misti kadang suka fikir yang bukan bukan. Fikir what if benda ni happen what if thing does not happen as we plan it to be. 


Moon paling susah hati masa Pak Sutan buat operation utk buang 90% dari usus besar dia pada tahun 2011.

Masa tu tuhan aje la yang tahu macam mana takut dan risau nya Moon. Moon doa setiap hari agar dipermudahkan segalanya. Seeing him macam tuh buat kita sangat sedey. But dia sentiasa positif pasal semua benda. Dia still senyum n ketawa like nothing happens. 

Kita nih kemain rasa cam sakit je dada duk mikirkan pasal dia. Pasal anak anak...tipu la kalau kata tak risau.  Dia plak masa tuh masih muda baru 31 tahun tapi nak kena major operation dah. 
Moon mmg berada di sisi dia je dari mula masuk hospital sampai la discharge. 9 hari ada tepi dia n uruskan dia. Anak anak semua mama jagakan.

I have to be strong for him too.

Moon ingat masa lepas operate, dia kena jalan jalan jugak. So kita org pun jalan la keluar kat taman di luar tuh...kita duduk n tgk phone. My brother hantar gamba Isk n Yaya. Suddenly dia nangis cam sedey sebab dia pun rindu kat anak anak. Moon tahu dia pun risau keadaan diri dia. Sebanyak mana Moon risau pasal dia, dia misti lagi fikir lagi jauh kan. Dia kata dia pun takut masa nak masuk operation room takut tak dapat jumpa anak anak n family lagi. Macam mana kalau dia pergi ...macam mana ngan Moon ...macam mana ngan anak anak. 

Dia siap pesan mcm2...kalau something happen kat dia. Moon tak mo dengar n suruh dia stop.
We both cried that day. Mmg nangis sungguh-sungguh la. Bila ingat balik saat tu n tgh type ni pun dah menitik2 air mata Moon. Tuh la org kata suami isteri nih bukan masa susah je bersama tapi masa susah dan dikala ujian melanda pun kena sama sama. I love u during good and bad time’s sayang. 


Pak Sutan jarang nangis n Moon selalu nampak dia positif dan strong. Seingat Moon la Moon baru je 2 kali tgk dia nangis sepanjang Moon kenal dia. Dah almost 15 years...nangis yg teresak2 la. 1st adalah masa kat hospital nih masa kami berdua and 2nd adalah masa on the way back lepas pengkebumian arwah Norma. Dia sedih n fikir pasal Talib n Rafiq.

Those yang dah lama follow blog Moon misti ingat pasal Allahyarhamah Norma kan. Alhamdulillah, sebab masa hayatnya dia ada amik insurans dan insurans tu juga lah yg sedikit sebanyak dapat membantu masa saat saat dimana kita amat memerlukannya. Masa tuh mmg fikir utk anak dia je. Sedikit sebanyak dapat membantu membiayai kos rawatan dia juga.

Kadang org ingat insurans ni org berniaga je tapi jangan ya. Insurans sangat penting utk  kita ...untuk mereka yg kita tinggalkan. Bagaimana kalau something happen pada kita. Apa yg akan berlaku pada anak anak kita semua. Masa tuh la kita akan rasa betapa pentingnya insurans ni. 

Moon share nih pun semua based pada my own personal experiences. Moon pun pernah nampak mcm2 n dengar pelbagai cerita. So masa muda2 ni find a good insurance plan yg sesuai dan dalam kemampuan. Di Sun Life Malaysia – Money For Life ada few plan yg anda boleh tgk tgk dulu dan fikirkan la mereka yg tersayang. Lagipun, Sun Life Malaysia telah menggunakan konsep roleplaying yang amat kreatif dan bersesuaian untuk menampilkan kepentingan mempunyai insurans untuk tahap kehidupan yang berbeza dari kecil hinggalah dewasa. Boleh klik https://www.moneyforlife.my/resetthefuture/ utk tahu lebih lanjut. Sangat menarik dan mampu membuka mata kita.  


Mmg la kita tak tahu apa akan berlaku pada masa akan datang. The future is not for us to see....what will be will be. Terus kuar lagu que sera sera. 



Wednesday, March 02, 2016

Mengkait utk beginner

Alamak ....rasanya mcm tak layak nak share benda ni sebab Moon pun bukan pakar . Takat belajar buat tali air aje ngan MIL ...lepas tuh duk study kat youtube aje ekekekek

Ada reader request utk share pasal mengkait ni...n Moon rasa kalau Moon share yg simple2 ok kan. Mungkin akan berguna buat mereka yg nak berjinak jinak mengkait nih




Arwah mak mmg terrer bab mengkait2 nih. Rasanya dulu semua meja ada alas. Setiap kusyen kerusi rotan ada chairback. So mmg dia terrer bab bab craft ni.

Yg mula rasa minat nak buat ni adalah masa Moon duk kemas2 n jumpa lah alas meja yg Arwah mak pernah kait dulu. Tapi ada few benang dah putus n Moon mcm sayang sangat. Tuh je pun yg ada.. so terus bawak alas meja tu n jumpa my MIL . Mama tolong betulkan sebab mama pun mmg pandai mengkait ni.

So mula dari tuh rasa cam best plak mengkait ni. Tgk FIL plak pakai kupiah yg mama buat kat dia masa dia org baru kawen mcm sweet la pulak kan.

So Mama ajar la buat tali air dulu. Mama kata kalau dah pandai buat tali air baru la boleh pandai buat single stich and so on.

So langkah pertama adalah pergi beli benang n jarum mengkait

Masa tu ni je koleksi benang yg ada . Beli Minlon aje sebab murah. Lepas tuh pergi Nilai 3 ada jumpa satu kedai yg besar n ada jual benang murah ...tapi agak sepah la n kita kena punggah n cari sendiri ekeke. Tapi ok la kan murah per.


So perlukan jarum size 4
benang minlon n nona pun ok 


Masa ni punya la seronok giler mengkait. Mula la bukak u tube tgk cara buat blanket n etc . Semua channel mengkait Moon tgk . So start satu n satu percubaan




Moon selalu je masuk ke web yg jual benang . Mmg hari hari intai benang import dari Turkey hahahhah gigih giler

http://www.daknit.com/
http://www.cottonhousestore.com/
http://www.mengait.com/

Adalah 2 3 tempat Moon selalu masuk ....sekarang mmg senang dah nak cari stok benang semua


sempat la buat kopiah utk anak anak n anak buah . Semua ni belajar dari u tube n buat nota sendiri. Kalau baca nota yg standard mmg tak reti sebab belajar dari tgk video sahaja...tgk ....pause.....tgk pause.

Boleh tgk video How to Crochet a beanie hat  masa tuh cari mcm mana kait kopiah mmg tak ada lol


Tapi mmg puas hati bila dah siap n tgk anak atau husband kita pakai. Moon tak pandai buat yg fancy2 nih je la yg pandai pun hahahhaha n benang atas tuh adalah benang yg kaler dah campor2  ada pekat ada cair. Bila dah siap dia mcm ada corak ...lawa kan. Ni benang Minlon

Channel youtube yg Moon paling suka adalah crochet Geek 
dan juga tukang mengkait lelaki dr Crochet Crowd

 Benang paling best adalah benang kaler2 ni beli dari Turkey. Sangat lembut n gebu...Moon mmg kait blanket n topi nih khas utk anak Aida n Saiful n pergi hantar terus ke IJN masa Eirdeena nak operate. A small gift from Auntie Moon. Skrg Eirdeena dah besar dah,,,n dah jadi kakak


first attempt buat kasut baby. Mmg jenuh tgk you tube. Sudahnya jadi besar sebelah hahhahahah . Ok la kan percubaan pertama. Ni buat khas utk baby Sarah

Boleh tgk cara buat Mary Jane Booties kat SINI 


Yg crochet headband with flower plak Moon belajar dari Moms of 5 daughter punya channel

Mmg ikut sejebon apa yg dia ajar ...mmg jadi 

Moon berkenan sangat hasil bunga tuh. So buat la cekak utk Yaya . Sebab dia dah besar tak sesuai plak pakai headband kan. 



So buat la cekak ni ...sekalik, ramai plak berkenan. Bermula dari tuh la Moon start buat n jual heheheh
mmg laku mcm goreng pisang. Ni antara larat ngan tak larat nak mengkait je . Maklum la buat sorang2 .





Masaalahnya sekarang dah susah nak cari cekak yg anti patah. Sebelum ni ada banyak lepas tuh dah tak ada dah. Last masa Moon buat...Moon agak frust sebab senang patah. Tapi yg lama punya amsih elok n masih lagi budak budak duk pakai. Hari tuh nampak anak Lieya Latiff masih duk pakai hahahah.

Sekarang mmg dah tak buat u olsssssssssssss sebab tak  sempat, Kalau akak mengadap benda nih mmg tak masak laaaaaaaa hahahhahah anak dah 3 n kerja n tak ada maid what so ever. So u bayangkan mana nak selit masa. 

Ok ...hope entry nih berguna buat semua....Kak Moon dah share juga each link utk rujukan korang ...selamat mencuba 


oh ya dia tanya juga apa beza crochet n knit ...crochet , 1 jarum. Knit 2 jarum 

source * google

Sebenarnya hasil knit lagi cantik tau . Kalau blanket tuh lawa knit tapi tuh la akak tak sempat belajar u olssssss



Zaman sekarang ni mmg senang kalau nak belajar apa apa . Kat u tube ada banyak . Kalau org tak pandai pun boleh jadi pandai 

So kalau korang ada nak Moon share apa apa just email or pm me directly. Mana tahu Moon akan dapat buat 1 entry khas utk anda ...mmmuahs

Monday, February 29, 2016

Selesai sudah sale 3 hari

Assalamualaikum semua

Alhamdulillah selesai sudah sale 3 hari utk VIP Sale Moonpunyerblog . Terima kasih yang terhingga buat semua yang datang. Korang mmg sporting n awesome sangat.

Hari Jumaat ramai org , lepas tu Sabtu relax sket. Even dekat pasar malam kat bawah tu pun tak pack macam biasa. Masa nak balik petang tuh pun Moon ngan Sutan masih duk pelik napa Jln Tun Razak tu tak jem hahahha. Tapi on Sunday mmg pack kat atas tuh....pukul 10 pun dah ada org dtg tunggu pintu bukak hahahha

Nanti Moon akan buat entry n ulasan penuh ya. Mmg 3 hari tak bawak kamera pun sebab dtg sendiri ...Ahad baru Pak Sutan n kids ikut dtg

Buat semua yg dah beli tu moga senyum sampai ke raya ya bila tgk langsir yg cantek digantung kat rumah

Buat semua yg terlepas hari sale....tak dapat datang ..patah balik sebab Ahad banyak jalan tutup due to LTDL... ( Moon baru tahu lepas ada beberapa org bgtau jalan tutup n bunyi siren polis banyak ) Im so so sorry tau. But jangan risau , sebab akan ada lagi sale pada masa akan datang. So follow blog ni ketat ketat ya

Terima kasih semua .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...