Monday, February 29, 2016

Selesai sudah sale 3 hari

Assalamualaikum semua

Alhamdulillah selesai sudah sale 3 hari utk VIP Sale Moonpunyerblog . Terima kasih yang terhingga buat semua yang datang. Korang mmg sporting n awesome sangat.

Hari Jumaat ramai org , lepas tu Sabtu relax sket. Even dekat pasar malam kat bawah tu pun tak pack macam biasa. Masa nak balik petang tuh pun Moon ngan Sutan masih duk pelik napa Jln Tun Razak tu tak jem hahahha. Tapi on Sunday mmg pack kat atas tuh....pukul 10 pun dah ada org dtg tunggu pintu bukak hahahha

Nanti Moon akan buat entry n ulasan penuh ya. Mmg 3 hari tak bawak kamera pun sebab dtg sendiri ...Ahad baru Pak Sutan n kids ikut dtg

Buat semua yg dah beli tu moga senyum sampai ke raya ya bila tgk langsir yg cantek digantung kat rumah

Buat semua yg terlepas hari sale....tak dapat datang ..patah balik sebab Ahad banyak jalan tutup due to LTDL... ( Moon baru tahu lepas ada beberapa org bgtau jalan tutup n bunyi siren polis banyak ) Im so so sorry tau. But jangan risau , sebab akan ada lagi sale pada masa akan datang. So follow blog ni ketat ketat ya

Terima kasih semua .

Friday, February 26, 2016

Beli langsir raya murah


Sticky post untill 26 Feb 2016
please scroll down for new entry 


 Atas permintaan ramai maka akak akan buat 3 day VIP sale utk kain langsir murah. Jualan pertama utk Blog Moon bagi tahun 2016 ...yeyyyyy

Beli kain langsir yg cantik dan berkualiti pada harga yg meletop kebabom.

Nak beli langsir raya terus pun boleh u ols...beli awal tempah awal. Nanti dah nak raya takyah nak kalut dah pikir pasal langsir raya. Awal June dah Ramadhan.

Sila datang ke lvl 7 Sarah Hughes Globe, Jalan TAR pada 3 hari iaitu 26, 27 dan 28 hb Feb 2016. Bermula dari pukul 11 pagi hingga 4 ptg.





Jgn risau, sebab Moon akan ada kat sana dari 11 am sampai la ke petang. So bila naik atas just cari Moon ya. Nanti moon bisik2 kat korang harga VIP tau...harga nih org lain tak dapat tau. Hanya those yg follow blog Moon je dapat...

So bagitau kawan2 dan sedara mara sekali

Kalau tak misti dia org jeles sebab korang dapat beli langsir cantik pada harga yg tak masuk akal.

So kalau ada kawan atau sesiapa yg kita kenal mmg tengah mencari langsir, baik ajak dia org datang sekali. Mmg berbaloi2

Entry mengenai jualan VIP Moonpunyerblog


Harga murah ye u ols...bermula dari Rm2.90 pun ada....RM5 pun ada. So depend pada budget u ols...

So siapa yg pernah datang boleh dtg repeat lagi...kali nih bawak geng...bawak 1 kampung pun boleh

Siapa yg baru 1st time n cam takut2 nak dtg tu....datang je...I tak makan org n anda pun tak dipaksa beli. Kalau dtg nak usha2 dulu pun boleh

Mmg gerenti puas hati


Instagram : Moonpunyerblog

Sale Nov lepas : VIP Sale Nov 2015 

Thursday, February 25, 2016

Beli buku mewarna kat LAZADA

Moon mmg dah ada buku Secret Garden dan mmg duk suka warna buku tuh. Tapi kalau masuk FB memang selalu je nampak iklan buku mewarna murah kat Lazada. Kadang sampai jadi Rm12 je..tapi dari China la kan. Memula tuh cam tak tergoda sangat, untill one day Moon pergi tgk satu satu hahahhah parahhhhhhhh

Terus berkobar2 nak beli.

Tuh yang bahaya kalau boleh beli online nih. Laju je klik klik order

So Moon pun order 1 utk test ( kalau best lain kali boleh beli lagi ) sebab suka suka je pun kan ekekek


Moon ke bahagian Books

So Moon mmg nak sangat Enchanted Forest. Hari tuh pergi ke kedai buku Borders, duk angkat letak n angkat letak je buku tuh sebab tgk harga RM59.90 ...tapi duk pikir mcm eh buku Secret Garden pun ada banyak lagi page lom warna...takyah la. Tapi kuar dari kedai buku ngan senyuman kelat je. Pak Sutan tanya, Mummy nak ke.... terus senyum ke Pak Sutan n kata takyah la. Tapi dlm hati nih mcm budak2 tak dapat beli jajan hahahhaha

So bila nampak kat Lazada dalam Rm13 tanpa pikir panjang terus klik beli hahahha (  Ada juga yg original tau n yg mahal lagi ) . Memang la ramai org kutuk2 buku ni. Tak ori la ...apa la...tapi bukan semua org mampu nak spend jumlah wang yg banyak utk beli benda2 mcm ni. So mewarna ni pun utk kepuasan sendiri je kan. Lain la kalau join kelab ke apa mebi segan nak beli yg tak ori hahah,. Ni takat kaler syok sendiri atas tilam mcm Moon ni ok la kan...Rm13 hokey...kalau fotostat pun tak dapat harga nih. Free postage polop dari China

Tapi .........

Kena tunggu sebulan hahahahha

so dah dapat dah buku nya....ok la dalam dia. Tapi kulit depan cam kertas biasa n fotostat je hahahha

Buku pun binding tak kuat n dah terkuar dah 2 3 page. Nasib jugak kot...tapi ok la what to complain RM13 kannnnnnnnnn hahahahha



Semalam sambil ajar anak buat kerja sekolah ..sempat la warna page ni ... Sorang buat matematik sorang kena hafal surah ...mummy dia duk situ diam diam sambil kaler hahahahha



overall ok la kan



so sapa sapa kalau nak try ..lepas tuh takut membazir kalau beli mahal mahal tapi tersadai n tak kaler...better beli je yg murah cam ni

Lazada tu teruk kan.....sebab macam macam benda ada dalam tuh . Bukak Lazada sangat merbahaya sebab boleh terjebak terbeli macam macam hahahhaha


Wednesday, February 24, 2016

Susun & Solat Bersama Aman & Alia

Budak budak memang suka apa apa saja yang dalam bentuk permainan. Jadi kalau ada satu permainan macam puzle ni mmg la sangat bagus kan. Dalam masa kita nak bagi anak anak berseronok dan bermain, dia org pun boleh belajar juga pada waktu yang sama.
 

Moon mmg suka dengan konsep mengajar anak belajar solat serta aturan dalam solat dengan cara yg seronok dan interaktif.

Moon dapatkan set Susun & Solat bersama Aiman & Alia ni last month dan budak budak nih sangat suka.


Memang menarik sangat. Yaya pun suka susun2 dan bagi dia lebih faham aturan solat serta bacaan bacaan dalam solat.


KANDUNGAN PAKEJ

1. Satu set lengkap platform GIANT puzzle untuk 5 waktu solat
  • 16 Keping
  • Ukuran Sebelum Dicantumkan 21 cm X 12.75 cm
  • Ukuran Selepas Dicantumkan 84 cm X 51 cm

2. Satu set lengkap flashcard shape pergerakan solat setiap waktu (5 waktu)
  • 37 Keping
  • Ukuran 8.5 cm X 6.9 cm 


 


3. Satu set kad rujukan bacaan solat 5 waktu

Book Ring

 

4.Satu set panduan penggunaan Susun dan Solat Bersama Aman & Alia




 Ajarkan anak mengenali pergerakan solat dan tertib susunan pergerakkan dahulu, setelah mereka mahir dengan pergerakan solat, barulah tekankan soal bacaan. 


Semua ini ada dalam kotak ni. Kita nak kemas balik pun senang, just masukkan balik dalam kotak ni aja


 Walaupun dia kata 3+ tapi anak Moon si Sarah tu pun suka jugak main. Memang la dia tak tahu baca n faham sangat tapi Moon boleh ajar dia mengenal bentuk. Dia pun tahu bila tgk kat kad tu mana 'abang' n mana 'kakak' heheheh


Bila Sarah nampak gambar yang perempuan dia kata tu kakak, bila dia tgk gambar yang lelaki, dia kata tu abang.


Anak anak boleh buat rujukan dan panduan utk solat

 
kad kad ni pun pun sangat tebal n elok 



LANGKAH PENGGUNAAN SUSUN & SOLAT BERSAMA AMAN & ALIA
(PERHATIAN: Sekiranya anak lelaki, gunakan gambar Aman dan jika anak perempuan, gunakan gambar Alia)


Ajarkan anak mengenali pergerakan solat dan tertib susunan pergerakkan dahulu, setelah mereka mahir dengan pergerakan solat, barulah tekankan soal bacaan.
  • Langkah 1 
    • Susun dan cantumkan Platform Puzzle menjadi satu susunan seperti di bawah

  •  Langkah 2 
    • Tentukan waktu solat yang ingin ibu bapa ajarkan kepada anak kemudian tunjukkan flashcard shape waktu solat kepada anak. Boleh gunakan ayat seperti berikut. 
      • "Ok ... sekarang ini kita akan belajar solat subuh"
      • Tanya kepada "Solat subuh ada berapa rakaat?" Berikan jawapan supaya anak akan cepat ingat. 
      • Minta anak masukkan flashcard shape waktu solat di tempat pertama. Sesuaikan dengan warna dan bentuk. 
      • Puji anak apabila mereka boleh buat.
    • Berpandukan kad bacaan, ibu bapa bacakan niat solat kepada anak.

  • Langkah 3 
    • Tunjukkan kad takbiratul ihram kepada anak dan sebut kepadanya TAKBIRATUL IHRAM.
    • Berikan flashcard shape takbiratul ihram kepada anak dan kemudian minta anak masukkan ke tempat yang sesuai dengan warna dan bentuk. 
    • Puji anak apabila dia berjaya buat. 

  • Langkah 4 
    • Tunjukkan flashcard shape qiyam kepada anak dan sebut kepadanya QIYAM. 
    • Berikan flashcard shape qiyam kepada anak dan minta dia meletakkan masukkan ke tempat yang sesuai dengan warna dan bentuk. 
    • Puji anak apabila dia berjaya buat. 

  • Langkah 5
    • Tunjukkan flashcard shape rukuk kepada anak dan sebut kepadanya RUKUK.
    • Berikan flashcard shape rukuk kepada anak dan minta dia meletakkan masukkan ke tempat yang sesuai dengan warna dan bentuk. 
    • Puji anak apabila dia berjaya buat. 

  • Langkah 6
    • Teruskan ke peringkat seterusnya mengikut tertib solat. 
    • Sesuaikan flashcard shape di tempat yang sesuai dengan bentuk dan warna. 
    • Teruskan sehingga SALAM. 
    • Ulang setiap langkah permainan sehingga anak faham. 

  • Langkah 7
    • Apabila semua kad telah disusun mengikut kesesuaian rakaat dan pergerakkan solat, mula ajarkan anak melakukan praktikal solat dengan mengikut gambar pergerakan solat di dalam flashcard shape. 
    • Bentangkan sejadah menghadap kiblat.
    • Pastikan platform yang telah lengkap dengan susunan flashcard shape berada di hadapan sejadah anak sebagai floor puzzle dan minta anak meniru pergerakan solat di dalam gambar. 
 
 

  • Langkah 8
    • Setelah anak mahir dengan pergerakan solat, boleh mula ajarkan mereka bacaan dalam solat perlahan-lahan dengan berpandukan kad bacaan yang dibekalkan

 
TQ sangat sangat kat Ummi sebab perkenalkan kit yang sangat bagus nihdan siap hantar lagi pada Moon.

*source google


Kalau anda nak juga belikan kit susun dan solat macam ni boleh je buzz Ummi sebab mmg laku n laju je habis. 

Moon rasa kalau kita invest utk benda yg educational dan bermanafaat mcm ni amat lah bagus. Sekarang, bila anak anak dah ingat step utk solat, maka mudahlah  untuk kita ajar bacaan dalam solat pula.


Harga RM70


Monday, February 22, 2016

Pengumpul barang Nike Vintage

Ni sambungan masa balik Terengganu hari tu. Punya lama duk peram hahahha

Masa on d way back ke KL tu duk nampak signboard Kuantan. Kita org kalau balik mmg tak sah kalau tak singgah kat member kita org nih. Member dari zaman belajar lagi nih...si husband tu adalah housemate Pak Sutan n si wife plak adalah housemate Moon. Tgh drive nih duk terbayang dah ikan aji aji bakar ...perggg

Terus Pak Sutan msg Sopee tanya ada dop kat kedai. Sebab tgk kat IG dia macam dia ada kat Jepun pergi persidangan pengumpul brg brg Nike ni....kalau dia ada kita org singgah kalau tak ada kita org terus drive terus blk KL.....

So bila konpom dia ada terus kita org nak singgah la. Rupanya dia pun baru balik beberapa hari je. 

So terus kuar exit Kuantan hahahha n kita ke Tanjung Lumpur singgah Super Top. Wahhh Super Top pantai makin besar gedabak ...

 
 
kami duduk nun di hujung belah pantai ...angin mmg kuat ...

 Rancak bersembang la dua org nih ...

 Si Isk ni mmg fav dia la sotong celup tepung nih ..yg rangup rangup krup krap nih mmg sedap cicah ngan sos.

Ikan bakar tuh pun sedappppp

Tapi yg nih mmg sangat win ........hahhahahha sedap sangat yg nih


lepas tuh Sopee ajak singgah umah dia dulu sebab Sheila ada kat umah . Boleh la tgk koleksi barang Nike dia yg banyak tuh. Siap masuk TV pasal collection dia ni. Sampai ke Jepun dia pergi utk perhimpunan brg brg Nike vintage

Pak Sutan kata mmg dari zaman belajar lagi, Si Sopee nih suka kumpul brg Nike . Merata dia pergi cari barang...mmg keluar ke banyak negara

Hari tuh siap masuk Buletin Utama TV3. Hahhahah bangga hokey...kebetulan masa tu si Ssaiful Nizam duk baca berita pasal brg Nike Vintage ni, terus Moon whats app dia bgtau tuh kawan akak hahahha hover sangat kan . Yer la bangga la kat member2 kan

 Yaya bergambar ngan kasut Nike gergasi nih hahah

 Ni baru bahagian luar je ...pun dah penuh . Nanti kita masuk dlm bilik yg dia simpan kasut2 lain ....siap simpan dlm bekas kaca n bilik ber aircond hokey . Dont play play ....

  
Gambar mmg kualiti handphone aje ....terus rasa tak syok ...kalau la bawak kamera kan best

Sopee kata beg yg Moon pegang tuh lagi mahal dari designer handbag. Beg tahun 1972 tuh n kualiti tip top ...alamak gigil tangan mak pegang beg ni

Dalam bilik ni hanya sebahagian....ada banyak lagi koleksi baju baju t shirt n kasut kat kedai ...perggg

 ni sikit je ni

 
  tgk buku Nike dari Jepun ....Pak Sutan kata masa zaman belajar pun banyak baju yg Sopee pakai ada dalam buku nih. Skrg dia ada dalam 2000 helai T shirt nike

Sapa yg minat barang Nike Vintage ni mmg kena intai blog Sopee

Blog : Hatuguni
Instagram : Nikemaniax 


Sopee, kawe cilok dari IG demo :)



 pitam tgk banyak baju T Shirt....yer, di dalam bekas nih adalah T shirt Nike











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...