Ni gambar lama ...sekarang pipi dia dah bolat dah hahahha
Semalam dia tertido awal. Yang hebatnya pasal Yaya ni adalah , dia mampu tido kat mana sahaja. Kadang atas lantai la....sambil kaki atas sofa ...terlentok kat kerusi la. Mmg dia la yang paling senang tido.
Hari tuh dia frust sebab takley tgk running man kat TV lepas tuh dia cam masam je kat sofa . Tak sampai 5 minit sekalik dah terlena kat situ bersama timbunan bantal2.
Yaya ni mmg suka sangat kat baby. Mmg kakak yg sangat la penyayang. Dari zaman si Rafiq kecik lagi mmg dia suka bertepek je ngan Rafiq. Kejap kejap dtg peluk Rafiq...kenyek pipi Rafiq yg tembam tu. Macam dah obses sangat ngan Rafiq. Lepas tuh asyik mintak adik je ngan mummy hahahah
Bila Nani tanya kalau Yaya ada adik nak bagi nama apa
Nak bagi nama Rafiq
Kalau dapat baby perempuan nak bagi nama apa
Nak bagi nama Rafiq juga
Hahhahah sangat kelaka, Tapi sekarang Rafiq dah lagi besar dari dia mana larat Yaya nak kejar n dukung Apik dah hahah sekali tangan Apik backhand Yaya mau terpelanting Yaya
Sekarang, dia sangat attach ngan Sarah. Memang boleh dah nak mintak tolong dia pakai kan Sarah pampers ke apa . Kadang kalau balik petang2 Moon akan cepat2 masuk dapur nak siapkan dinner. Nanti dia ajak la adik dia mandi sekali. Lepas siap mandi tolong lap kan Sarah, bagi pakai pampers n pakaikan baju. Rasa sweet sangat .
Mummy baru nak pergi kat Yaya dia dah ckp tak apa , Yaya dah siapkan adik. Mummy masak la .
Kalau Pak Sutan meniarap atas carpet depan TV mmg dia pun akan meniarap jugak atas belakang daddy dia. Dulu Abg Isk slalu buat cam tuh. Tapi skrg Abg Isk pun dah besar mau terberak daddy kalau Isk pun meniarap atas belakang hahahha. Bila Yaya dah turun si Sarah plak sambung meniarap atas belakang daddy dia.
Sekarag dia dah darjah 2. Kadang2 pagi2 mmg dia menguji kesabaran sket. Kadang masuk bilik air punya la lama. Dah siap mandi nak pakai baju pun sangat slow. Now Moon paham kenapa masa Moon umor baya baya dia arwah mak slalu marah n kata slow. Exactly macam Yaya . Nak pakai kain sekolah pun lama...lepas tuh ulang aling kesana ke mari baru nak sarung baju sekolah. Lepas tuh nak pakai tudung lagi....mmg sgt slow la. Ataupun di mata Moon je kot.
Tu Pak Sutan baru2 nih ckp kat Moon...jgn marahkan sangat kat Yaya sian dia. Takut dia kecik hati atau terasa ke apa. Just ckp elok2 kat dia
Bila Pak Sutan ckp baru Moon rasa ah ah la mebi im to harsh on her. Sebab dia kakak...Moon pun expect utk dia cergas n cekap buat semua benda. Padahal dia baru 8 tahun kot....still nak tepek2 nak peluk2. Kadang2 tak perasan pun sehingga la someone bgtau ...hey apa u buat ni tak sesuai. Terus kita baru cam sedar.
Kalau nak dikirakan banyak sangat benda yg bagus dia buat n mmg patut selalu berikan pujian kat dia. Betul la org kata ...anak anak akan mengajar kita tentang banyak benda.
Sayang Kakak Yaya ...mmuahhhhhhhh
Selamat Hari Jadi yg ke 8 ya kakak.