Sunday, July 31, 2016

Kenduri kahwin

Selamat Pengantin Baru buat Ina dan pasangan. Kenduri jiran mama kat Taiping. Sampai je dr Penang terus pergi makan kenduri ahaksssss perut pun dah lapar sebab duk sangkut dalam jam. Mmg elok benar la kan hahahha



Tahniah buat Ina dan pasangan 


bergambar ngan pengantin dulu 


nak ajak pengantin lelaki bergambar sekali tapi segan ahaks 

 ni plak pengantin lama hahhahaa


 memang dekat sangat hahhahah siap budak budak ni wat masuk nasik masuk umah n makan kat dalam hahah. Plus si Rafiq  langsung tak lepaskan Nani dia keluar.

Tahniah buat Ina....selamat pengantin baru ya. Akak dah siap stalk FB awak tgk gambar awak gie honeymoon hehehehhehehe

Monday, July 25, 2016

Drama Korea - Uncontrollably Fond

Ok sekarang Moon tersangkut ngan cerita ni...alahaiiii sebab kalau korang masing ingat citer The Heirs....mamat sorang lagi adalah hero citer ni siapa lagi kalau bukan Woobin

Sebelum ni duk syiok tgk DOTS Descendants Of The Sun dan juga citer Rain berlakon ni Please Come Back Mister  

Selepas cerita ni dah masuk episod ke 6 baru Moon start tgk. Sebab duk baca ramai org kata best..rupanya mmg besttttttttt ahaks....tambah plak Suzy ni berlakon.

comey la sangat si Suzy ni n watak dia dalam ni sangat best.

Citernya mamat ni adalah superstar , pelakon n penyanyi terkenal. Tetapi tiba2 doc bgtau dia ada tumor n boleh hidup dalam masa beberapa bulan aje .

Dia pun macam tak percaya sebab cara hidup dia sihat n dia tak pernah rasa sakit pun. Dengan sebab itu dia kata mungkin doc salah diagnos.

Si Suzy ni plak adalah wartawan cam tu. So dia dah kena buang kerja sebab amik rasuah ( rupanya dia amat perlukan duit ) jadi dia berusaha utk pujuk hero utk buat program dokumentari.

Rupanya dia org nih satu sekolah dulu n banyak berlaku masa zaman dia org kat sekolah dulu. Mamat ni mmg dah jadi kegilaan pompuan even masa zaman sekolah lagi.



Sebabkan si Suzy ni cam tak tergilakan dia sgt jadi dia cam paksa si Suzy ni berlakon jadi awek dia. Tapi one day ayah Suzy mati kena langgar. Lepas tu Suzy pun menghilangkan diri bersama ngan adik dia. So mamat ni cam rasa bersalah sangat. Sebab apa dia rasa bersalah tu korang kena tgk sebab bersimpul sekalik la citernya tapi best.

 Episod 3 banyak citer macam mana kisah dia org masa muda2 dulu . Macam mana Suzy berlakon jadi awek dia


 Then mamat ni pun setuju la nak buat dokumentari tu . Tp bila pompuan ni sampai umah mamat ni boleh plak dia allergic ngan anjing la lepas tuh ada few incident.

Masa episod 4 ni juga la buat pertama kali mamat ni sakit tiba tiba...

masa ni la baru dia ley terima yg mmg dia sakit dan akan mati. Doc plak kata tumor dia membesar cepat sangat n dia ada 3 bulan je nak hidup.

 boleh plak mamat ni luahkan perasaan dia kat Suzy ni masa dia tgh buat konsert. Mmg kecoh la kan...lepas tuh internet penuh la ngan kisah lama dia org dulu n etc

Suzy plak suka kat sorang mamat lain yg mmg selalu tolong dia org masa susah. Tapi apa yg dia tak tahu adalah,....sebenarnya mamat tu adalah anak org kaya yg berlakon susah

Dah ...tetiba 2 lelaki yg mungkin adik beradik berebut sorang pompuan


So dia org ni pun cubalah lari dari diburu ngan wartawan yg nak penjelasana. Ni la episod 6 . Sekali mamat hero ni plak hilang org tak tahu dia gie mana.

Gelabah la si Suzy ni n manager n kampeni mamat ni


Rupanya mamat ni lari kejap ke sebuah pulau terpencil.

Lepas tuh episod 6 habis sampai situ .........mencik tauuuuuuuuuu apa plak jadi lepas tu kena tunggu episod 7


So siapa yg sangkut kat drama ni jugaks?

Gambar gambar kredit pada page Dramabeans  sebab dia org mmg bagi detail punya writeup utk setiap episod plus gambar dr episod tu juga

Moon layan drama ni kat Dramacool. 

Moh la kita sama sama tunggu episod 7














Ke Penang

Masa cuti Raya hari tuh balik Penang jap pi jumpa Auntie Zizah. Kalau pergi umah Auntie Zizah mmg makan je la kijenya.

Mama suh buat laksam sket sebab Auntie ngan Uncle suka makan laksam. Ikan kat Taiping ni mmg murah la aiiih. Ikan sardin tuh sekilo RM3 je . Terus buat kuah laksam pekat pekat yg jenis kalau berniaga mmg bankrup.

Since dah ada sana terjah ke TM Resort kat sana. Saja tanya kot kot ada bilik kosong kan. Lagi pun besok pun kena ada kat Penang juga. Kebetulan ada bilik kosong...apa lagi

 Rafiq pun ada sekali sebab masa ni Talib n Baqis dtg hantar kat Penang. Dia org kena kerja time minggu raya. Sonok la si Apik Bam Bam tu mandi kolam.

Sarah plak tgh berdukacita sebab kaki penuh kat pasir...


Yang bestnya kat sini adalah sebab semua bilik mengadap ke swimming pool. So tahan je la telinga kalau anak anak semer nangis tak sabar nak mandi kolam. Mmg jelas nampak swimming pool dari bilik.

TM Resort ni khas utk staff n rate dia pun berpatutan. RM137 per nite. Apartment 2 bilik plak tuh mmg selesa sangat. Keluar pagar tu terus jumpa pantai dah.

Kolam luas n tempat pun selesa

 Memang best sgt 

 Ok dah nak balik dah. Ada budak tu still takleh lepas kan pelampung dia tu. Pakai baju siap siap sebab nak balik utk kenduri kawen Ina.

Tapi jalan punya la jem dari Penang nak balik ke Taiping. Mmg jenuh layan jem

Simpan siap siap nom ni k mana tahu kot kot cuti sekolah hangpa nak book bilik ka . Tapi utk staff sila make sure bawak ID Card yer

TM Resort Penang - 04-8995492

Tuesday, July 19, 2016

Selamat Hari Raya

Baru nak kuarkan entry Raya ahaksssssss

Ada org ternanti nanti tak ( perasaaannnn hahahhahah ) Sebenarnya Moon duk syiok tgk sambutan raya korang semua. Semua nampak meriah n best je. Tapi Raya kita org best juga walau pun simple je tapi still seronok

Kami balik ke Taiping awal ...Malam Jumaat dah balik sana. So sempat la berbuka puasa ngan Mama n Papa serta Umi kat Taiping. Kebetulan Umi pun cuti sem.

Kali ni baju raya tak banyatk pun . Beli selai dua je..kids pun beli sket2 je. Konon tahun ni nak emerald green...tapi utk baju Pak Sutan n Isk warna hijau tuh je ada, Isk sekarang dah kena beli baju dewasa size S dah sebab dah tak ada size budak utk dia.  Sudahnya ada all shade of green hahahha


 Papa n Mama duk tunggu anak anak dtg bersalam salaman. Tahun ni Talib tak balik sebab dia beraya di Nismilan n kena kerja time Raya.

 Dimulakan ngan si sulong. Sonok je tgk dia peluk mak ayah dia . Acara peluk2 ni bukan pada hari raya aje tau sebab family Pak Sutan mmg peluk peluk n cium sokmo. Masa mula mula Moon dikenalkan ngan parents dia masa tu Moon baru umor 19 thn camtu hahahahh mmg kena peluk n cium ngan Mama. Padahal masa tuh bukan menantu lagi pun. Cam tu la layanan dia org mmg mesra dari dulu sampai la sekarang.

Moon plak membesar dalam family yg tak pernah nak cium2 cam ni. Takat salam salam je . Untuk peluk n cium mmg tak pernah sehinggalah Moon masuk family dia org. So anak anak tak perlu rasa malu utk cium n express your love pada your parents. Masa Pak Sutan 1st jumpa Abah Moon mmg dia peluk kemah keming. Terdiam kejap my Abah hahahhaha

Tapi time Moon salam tak ada dalam gamba hahahhaha sebab cepat2 salam. Kalau lama lama nanti hujan. Moon ni plak mmg cepat je gugur air mata n terus jadi air terjun so better kita salam n cium cepat2 hahahhaha


 Sempat la amik gamba budak2 ni kejap kat tepi rumah. Konon nak bagi nampak susana raya di kampung hahahha padahal tak kampung sangat pun . Nak bergambar kat sawah padi tak ada , maka kita bergambar kat kawasan lapang ni sahaja

 Tudung Yaya ni sangat murah . RM10 je Moon beli pada malam Raya kat bazar Raya di Taiping tu. Lepas dah beli terus rasa menyesal sebab beli 1 aje...alahai napa la tak amik 2 atau 3. Kain sangat elok n tebal

 Bergambar lagi. Tgk la cik Sarah tu kemain la dia posing. Dalam kamera ni ada banyak gambar dia buat macam macam style hahahha. Tapi bila sampai part bergambar kat rumput, terus muka dia sedih sebab dia geli....ambooooiiiii

ok ni antara salah satu gambar dia....noti neh....

Seperti biasa kat sini tak ramai yg ada kat rumah sebab ramai yg balik ke kampung. Jadi acara tetap adalah Che Nah dtg rumah n kita org ke umah Che Nah. 


Tetamu adalah jiran sebelah rumah aje hikssss 
 
 Anak Cik Nah akan kawin pada Raya ke 3. Depan rumah mmg dah siap siap ada khemah utk kenduri


 Rindu plak nak amik gamba budak budak.

Raya pertama tak buat apa sangat hikssss. Basically makan hahahhahahah.  Raya ke dua kita org ke Penang

Transbella by Zenia

Ni nak kenalkan ngan product terbaru dari Zenia Beauty. Sebelum ni dia org ada keluarkan Transgluta kan. Masa May hari tu Kak Moon ada pergi majlis pelancaran Transbella ni pada bulan May 2016. Kak Moon dah cuba sebotol n mmg ada perbezaannya u ols. Mmg kulit nampak cerah sekata 1 badan.

So lepas habis sebotol ni Kak Moon kacau lagi si Anny bgtau nak cuba lagi sebotol sebab masa raya hari tu sakan pergi berjemur kat pantai hahahha. So nak la putih balik auwwwww. Nanti lepas habis sebotol  ni Kak Moon share lagi tau

 Ni la baby baru si Anny ni. Transbella ni dapat membantu memutihkan kulit dan juga memperbaiki struktur kulit. Yang pentiang, ia putihkan seluruh badan n bukan putih tang muka sahaja.


Packaging pun cantik dan yang paling best adalah sebab Transbella ni main kunyah kunyah aje. Rasa pun sedap cam sugus anggur ( boleh u ols bayangkan tak ) kunyah kunyah pun boleh cantik. Takyah susah susahkan.

Cara makan : Kunyah je sebiji sebelum makan setiap hari

Senang sangat....rasa dia pun sedap.

 
 Sebenarnya ada 2 jenis tau. 1 Adalah Transgluta dan 1 lagi Transbella . Kedua duanya adalah lah untuk putihkan kulit tapi ada juga perbezaan nya.

 Perbezaannya antara Transbella dan Transgluta


Masa launching hari tu pun Kak Moon ada tanya, Su explain yang kadang ada org tak boleh amik collagen sebab allergik jadi dia org boleh amik Transgluta yg mengandungi Glutathione

So sesiapa nak putih dan ada collegen pada masa yg sama boleh consume Transbella sebab Transbella menggunakanEkstrak Yis dan Sakura

 Dalam ni ada 30 biji n memang cukup utk pengambilan selama sebulan. 


HARGA 

1 Transbella - RM80
1 Transgluta - RM70
2 Transbella - RM150
2 Transgluta - RM130
Trannsgluta + Transbella - RM140
Zenia Collagen - RM120
Collagen + Transbella - RM180
Collagen + Transgluta - RM170
Collagen + Transgluta + Transbella - RM220


 ni la org kuat Transgluta n Transbella , Annie n Suraya Sulatin

Duta produk mereka Atita Haris yg sangat cantik u ols 







Email : zenia.sales@gmail.com

Hotline : 013-6915915 / 019-3173715


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...