Monday, July 25, 2016

Ke Penang

Masa cuti Raya hari tuh balik Penang jap pi jumpa Auntie Zizah. Kalau pergi umah Auntie Zizah mmg makan je la kijenya.

Mama suh buat laksam sket sebab Auntie ngan Uncle suka makan laksam. Ikan kat Taiping ni mmg murah la aiiih. Ikan sardin tuh sekilo RM3 je . Terus buat kuah laksam pekat pekat yg jenis kalau berniaga mmg bankrup.

Since dah ada sana terjah ke TM Resort kat sana. Saja tanya kot kot ada bilik kosong kan. Lagi pun besok pun kena ada kat Penang juga. Kebetulan ada bilik kosong...apa lagi

 Rafiq pun ada sekali sebab masa ni Talib n Baqis dtg hantar kat Penang. Dia org kena kerja time minggu raya. Sonok la si Apik Bam Bam tu mandi kolam.

Sarah plak tgh berdukacita sebab kaki penuh kat pasir...


Yang bestnya kat sini adalah sebab semua bilik mengadap ke swimming pool. So tahan je la telinga kalau anak anak semer nangis tak sabar nak mandi kolam. Mmg jelas nampak swimming pool dari bilik.

TM Resort ni khas utk staff n rate dia pun berpatutan. RM137 per nite. Apartment 2 bilik plak tuh mmg selesa sangat. Keluar pagar tu terus jumpa pantai dah.

Kolam luas n tempat pun selesa

 Memang best sgt 

 Ok dah nak balik dah. Ada budak tu still takleh lepas kan pelampung dia tu. Pakai baju siap siap sebab nak balik utk kenduri kawen Ina.

Tapi jalan punya la jem dari Penang nak balik ke Taiping. Mmg jenuh layan jem

Simpan siap siap nom ni k mana tahu kot kot cuti sekolah hangpa nak book bilik ka . Tapi utk staff sila make sure bawak ID Card yer

TM Resort Penang - 04-8995492

4 comments:

Anis Azalea said...

Murahnya caj hotel. Untunglah jadi staff ek. Anak kita pun pantang masuk hotel terus diselaknya langsir nak cari pool. 😅😅😅

mama tisya said...

syok la TM staff ada special rate kn..dlu bernas ada juga lps tu dh xde...bdk2 nmpk pool mmg sronok la

Rizziela said...

bestnya

Unknown said...

bkn staff boleh x k moon...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...