Showing posts with label Prihatin. Show all posts
Showing posts with label Prihatin. Show all posts

Monday, October 17, 2011

Prihatin: Muhamad Hairuman Miskon



Thanks Sidratul sebab lepas baca ur comment moon terus google pasal adik Hairuman Miskon . Ya Allah terasa ngilu anggota badan bila melihat keadaan dia . For those yg tak tahu adik Hairuman adalah mangsa renjatan letrik . Dia terkena renjatan ketika mengkait buah kelapa sawit thn lepas

Muhamad Hairuman bin Miskon yang merupakan anak yatim piatu sejak berumur 5 tahun. Dia merupakan anak ke 9 dari 10 adik-beradik dan 2 orang kakaknya adalah golongan O.K.U.

Menurut kakak Hairuman, Puan Maryuni Miskon, adiknya terkena renjatan sub station TNB bervoltan tinggi pada 26.11.2010 sewaktu membantu rakannya membersihkan kebun kelapa sawit milik pakcik rakannya itu.

Kabel TNB yang tidak dibalutkan dengan penebat sejak berpuluh tahun merentangi kawasan kebun kelapa sawit dan kampung. Kabel tersebut telah melendut di celah-celah pokok pisang dan kelapa sawit.

Keadaan cuaca pagi itu basah akibat hujan pada malam sebelum kejadian. Galah besi yang digunakan oleh Hairuman telah tercecah pelepah sawit yang mengenai kabel dan menyebabkan tubuhnya terkena renjatan 3000KW. Pakaiannya hangus terbakar dan 50% badannya melecur.

Oleh kerana kecederaannya amat kritikal, doktor mendesak untuk memotong kedua-dua tangannya di paras bawah lengan. Puan Maryuni memohon waktu untuk mendapatkan ikhtiar lain kerana tidak sanggup melihat Hairuman kudung kedua belah tangan memandangkan umurnya baru mencecah 22 tahun.

Sumbangan wang untuk membantu menampung kos rawatan Hairuman boleh disalurkan kepada Puan Maryuni Binti Miskon melalui akaun Maybank – 1620 3063 2448 atau CIMB – 1257 0000 2035 29.

nombor telefon kakak Hairuman iaitu:
018-3807867 – Maryuni Bt Miskon.Alamat: No 28, Jalan Desa Mawar 2/11,

Seksyen 2. Taman Desa Mawar,
45500 Tanjong Karang, Selangor.

anda boley baca selanjutnya di sini : Cyberjoy ada gamba2 n bukti perubatan jugaks . Moon tak sampai hati nak letak gambar dia injured kat sini ..sebab terlalu parah kecederaan dia

transfer Factor

Bila Moon nampak nih ..syukur sangat sebab dia pun di beri mkn Transfer Factor . TF nih mmg bagus n ramai sangat dah guna ...insyaallah kan . Tp tew la ubat ubat nih semer pun mahal kan . Hope ada yg prihatin n sudi membantu meringan kan beban mereka kerana adik ini telah menjadi OKU sepanjang hayatnya .

Moon share kan kat sini ...moga kiter dpt meringan kan beban mereka . Boleh baca lebih lanjut di sini juga ...moga usaha kita yg kecil ini dapat membantu mereka .